Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar pra-perkahwinan Wan Raja, Yaya Maembong (16 gambar)

Khamis, 11 Disember 2014


Tarikh 12/12/2014 dipilih oleh Wan Raja dan Yaya Maembong (adik beradik Emma dan Shikin) yang juga kedua-duanya adalah pelakon drama Drama Diari 3G, untuk bergelar suami isteri yang sah.

Mereka yang sudah bertunang pada 10 Syawal yang lalu akan mengadakan resepsi pada 14 Disember di Dewan Sri Putra, Kuala Lumpur manakala pada 26 Disember 2014m majlis akan diadakan di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang pula untuk keluarga sebelah Wan Raja.

Dan ini adalah foto-foto mereka untuk pra-perkahwinan. -gambar Murai

Ieda Moin bakal bercerai?

Menurut portal MediaHiburan, rumahtangga 8 tahun Ieda Moin kini sedang dibadai ombak dimana Ieda sudah pergi ke Mahkamah Syariah Jalan Duta pada 2 Disember lalu bersama suaminya, Naquib Idris untuk memfailkan perceraian.

"Belum cerai, tapi saya tak nak komen apa-apa buat masa ini. Saya bukan tak nak kongsi, tapi saya takut. Saya sendiri pun belum membaca apa yang disiarkan. Doakan yang terbaik buat saya. Kalau sudah bersedia, saya akan kongsi. Jangan risau, saya OK," ujar Ieda.

Mereka telah dikurniakan cahaya mata, Nur Dhia Dania, yang kini berusia 6 tahun.

Bekas kekasih Hanez, Romie sudah bercerai

Masih ingat lagi bekas Hanez Suraya, Romie? dengar khabar Romie dengan isterinya, Nur Liyana Manan sudah bercerai talak satu di mahkamah Syariah Shah Alam baru-baru ini.

Menurut sumber, lafaz cerai dilakukan oleh Romie dihadapan Hakim Syarie Azmi Aziz selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai oleh Nur Liyana mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Romie dikehendaki membayar nafkah edah sebanyak RM5000 selama 3 bulan, dan Nur Liayana tidak meminta mutaah.

Adakah ini peluang Hanez untuk bersama semula??

Seksi juga Salwa Razak ni (3 gambar)

Baru terperasan yang penampilan Salwa Razak penyanyi yang mendendangkan lagu Ahmad di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-21 yang lalu, cukup seksi dengan menampakkan sebahagian asetnya.

Uish ni dah kira berani dah ni kalau dah berpakaian dedah ini itu.

Sharnaaz komen isu minuman keras di troli

Rabu, 10 Disember 2014

Baru-baru ini timbul isu yang memaparkan sekeping gambar Sharnaaz Ahmad membawa sebuah troli berisi beberapa buah tin minuman keras di pasaraya dekat Jepun dengan ditemakan Hanis Zalikha dan Mimi Lana..

Dan ini menimbulkan reaksi yang kurang senang terhadap empunya badan. Yang hairannya pula tiada kenyataan yang menafikan ianya (minuman keras) ianya benar atau tidak dia membelinya untuk minum atau sekadar babak sebuah drama/filem.

Tapi komen Sharnaaz, dia cuma menemplak semula terhadap dakwaan segelintir pihak yang mendakwa tin itu adalah minuman keras jenama terkenal di Jepun.

Ani Mayuni makan ulat untuk..

Penyanyi dangdut, Ani Mayuni mengakui yang dia ada dipaksa untuk memakan ulat untuk pengacara sebuah rancagan TV yang diterbitkan oleh RTM. Nama program itu adalah Jejak Juadah Borneo yang memaparkan keunikan makanan yang ada di Sabah dan Sarawak.

Ani ada juga merasa sedikit namun selepas itu dia tidak mahu meneruskannya lagi kerana rasa mual dan geli.

Apa yang tak kena dengan gambar Izara Aishah ni? (4 gambar)

Pelakon cantik, Izara Aishah telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-22 di Pavilion Center Court baru-baru ini. Namun jangan hairan kenapa ada tanda anak panah hitam itu, mungkin ianya jahitan semata-mata.

Tiada orang nak tayangkan asetnya percuma-percuma okey kalau sudah popular. Kan. -gambar Forum Cari.

Dato' Pian jadi pengantin wanita?

Apa sudah terjadi dengan Dato' Pian ni, satu evolusi yang sangat-sangat mengejutkan. huhu.. Lihatlah gambar ini, katanya untuk majlis pelancaran butik barunya.

Seksinya Killa Ferry (5 gambar)

Wow Seksi juga melihat Killa Ferry ketika satu majlis Fashion Show yang berlangsung minggu lalu di Petaling Jaya. Cantik dan seksi mungkin bukanlah isu yang harus menjadi tumpuan, tapi Killa ni agama apa ek? huhu.

Najwa selamat bertunang (6 gambar)

Selasa, 9 Disember 2014


Penyanyi Najwa Mahiaddin atau nama sebenarnya, Najwa Muhyiddin telah selamat ditunangkan dengan lelaki pilihannya, Idris Koh Keng Hui, selepas solat Isyak, semalam, 8/12/2014.

Majlis pertunangan anak perempuan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu telah dilangsungkan di kediaman keluarganya di Sri Satria, Putrajaya.

Najwa yang hita dengan lagu You've Got To Go dan Seri Mersing telah bertunang dengan salah seorang daripad ahli muzik di dalam band iringannya.

Rombongan pihak lelaki telah menghantar 3 dulang berbalas 5 daripada pihak perempuan. - gambar @joeprcinternational | @royidris | @najeebazami

Fazura dilamar serius oleh peminatnya (video)

Baru-baru ni ada kejutan yang dibuat oleh seorang jejaka terhadap Fazura. Kejutan bebentuk lamaran. Ianya berlaku di sebuah majlis karaoke bersempena promosi filem Manisnya Cinta di Cappadocia secara spontan.

Jejaka ini sebenarnya seorang peminat Fazura, namun berani melamar Fazura dengan sebuah cincin yang diberikan olehnya. Siap ada ibu Fazura lagi yang hadir menyaksikan aksi itu.

Jawapan Fazura?..

Peminat cacat otak! -Rita Rudaini

Rita Rudaini baru-baru ini telah menjadi perbualan hangat dan komen negatif di laman sosial oleh segelintir pihak dimana terjadi salah faham yang kononnya dia bakal menyertai satu karnival memperagakan buah dada.
"Saya biarkan saja malas nak layan. Orang-orang yang bercakap macam ini adalah golongan cacat otak. Jenis macam itu saja yang akan cakap benda bukan-bukan pada orang lain."

"Mula-mula saya pun pelik kenapa pengikut ini komen benda bukan-bukan kononnya ada yang tak sabar nak tengok saya tayang dada di sebuah karnival.

"Nak tergelak pun ada pada awalnya. Apalah yang mereka merepek takkanlah ada acara macam itu. Apatah lagi saya dan Intan (Ladyana) pula yang dikatakan bakal tayang dada kami di karnival itu," katanya lapor Hmetro.

Mas Idayu buat kecoh lagi di Mentor.. (video)

Wah Mas Idayu sekali lagi membuat kecoh di malam rancangan realiti, Mentor hujung minggu lalu. Nak tahu apa Mas telah buat. Jom tonton video kat bawah ni. keke.


Shera Aiyob bertudung/berhijab (6 gambar)

Isnin, 8 Disember 2014

Shera Aiyob dikatakan kini sudah berhijab aka bertudung. Ini dibuat oleh Shera untuk sebuah drama bersiri Dalam IradatMu di TV AlHijrah. Tidak dipastikan ianya kekal atau sementara.

Isteri kepada Zahiril ini telah membuat satu tindakan tepat dimana foto-foto lamanya yang tidak menutupi aurat kini telah dibuang di dalam laman sosial miliknya.

Semoga kita doakan yang ianya menjadi satu kekal buat diri Shera.

Che Ta komen isu berskirt langgar pantang di JPO

Heboh mengatakan yang Rozita Che Wan (Che Ta) baru-bau ini ada pergi ke Johor Premium Outlets (JPO) di Johor untuk membeli belah bersama suaminya, Zain Saidin menurut sebuah tabloit tempatan dalam keadaan berpantang.

Ini ditambah dengan keadaan Che Ta ketika itu dengan memakai skirt pendek dan berstokin panjang. Isu itu diperbesar-besarkan memandangkan aktress ini menjadi tumpuan setiap masa.
"Setakat ini saya tidak pernah pun memberi kenyataan berpantang untuk tidak keluar rumah. Sebaliknya hanya berpantang daripada segi penjagaan makanan dan dalaman badan.

"Jadi tak perlu nak persoalkan kenapa saya ke sana. Saya 'pantang orang ajak' adalah.. hahaha,"

"Sebenarnya, kalau nak diikutkan saya nak duduk dalam kereta sahaja. Tetapi memandangkan suami, anak-anak dan ibu keluar, maka saya pun ikut sekali. Tak mahulah duduk seorang diri dalam kereta.

"Tetapi lain pula jadinya apabila orang mula bercakap tentang kami. Mula-mula kata suami saya sombong kerana tidak mahu ambil gambar. Lepas itu kata saya langgar pantang pula. Macam-macam..," -Che Ta petikan mStar

Alif Hadi dimasukkan ke hospital sebab.. (3 gambar)

Pelakon dan pengacaa, Alif Hadi baru-baru ini dimasukkan ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan lanjut akibat menghidap penyakit demam denggi

Difahamkan menurut portal MediaHiburan, keadaan Alif kini bertambah stabil dan kemungkinan akan keluar wad tidak lama lagi.

Karpet Merah Anugerah Industri Muzik 21 (39 gambar)


-gambar Rotikaya

Senarai penuh pemenang AIM 21

Tahniah Dato' Siti Nurhaliza yang merangkul tiga daripada lapan pencolonan Anugerah Industri Muzik (AIM) 21 yang berlaingsung baru-baru ini.

Kategori yang dimenangi Album Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita dan Rakaman Album Terbaik (Konsert Lentera Timur)

Antara pemenang yang lain adalah. -gambar Bharian

Mas Idayu, protege keluar bersama untuk.... (4 gambar)

Ahad, 7 Disember 2014

Selepas satu video viral yang kontroversi berlaku beberapa minggu lalu diantara Mas Idayu dengan seorang lelaki ketika pengambilan peserta protege untuk program Mentor yang lalu, kini Mas sudah mempunyai protagenya sendiri.

Yang paling menjadi tumpuan, Mas dikatakan telah meluangkan masa dengan protege nya itu untuk bersenam/berjogging.

Ini dibuatkan kemungkinan hendak menambahkan stamina, kekuatan dan mengeratkan hubungan diantara mentor dan protege.

Sekitar pernikahan Syarif Sleeq, Mahdaly (5 gambar)

Penyanyi kumpulan Sleeq, Syarif, 25, sudah melangsungkan pernikahannya dengan gadis pilihan hati, Malaque Mahdaly baru-baru ini yang berlangsung di Singapura.

Tiada maklumat lanjut mengenai perkahwinan mereka ini, apa-apa pun tahniah diucapkan. :)

Fouziah Latif kahwin tahun hadapan calonnya adalah...

Jumaat, 5 Disember 2014

Tahniah buat Fouziah Latif atau Jee yang sudah bersedia memulakan kehidupan berumahtangga dan sekaligus mengakhiri zaman bujangnya tahun hadapan. Untuk makluman usia Jee tahun ini adalah 44 tahun.
"Ya… Insya-Allah tahun depan masa sesuai untuk saya mendirikan rumah tangga.

"Saya sendiri berdebar-debar untuk melangkah ke alam itu semula, tapi saya fikir ia adalah untuk kebahagian semua pihak termasuk anak-anak,"

"Saya tidak banyak buat persiapan kerana pada usia sekarang yang penting ialah untuk settle down sahaja.

"Alhamdulillah, anak-anak saya terima dengan keputusan ini dan mengharap yang terbaik buat kami,"
Hasil perkahwinannya dengan Johan Indot bermula dari 1997 sehingga 2007, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Jeffri Joaquim, 15 dan Jeremy Jay, 13.

Chef Wan buka Restoran pertamanya? (gambar)

Dengarnya Chef Wan bakal membuka kedai makannya sendiri di IOI City Mall Putrajaya. Jika dilihatkan ianya masih dalam pembuatan lagi.

Buat masa ini banner sahaja yang terpampang atas nama 1Market by Chef Wan. Mungkin dalam masa beberapa minggu lagi akan dibuka.