Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Aksi berkemban, Erma Fatima teruskan niat (5 gambar)

Jumaat, 5 Disember 2014

Erma Fatima kini dihimpit masalah berkaitan telefilemnya yang meyaksikan beberapa babak berkemban. Telefilem berjudul Takhta 3 Ratu itu menampilkan pelakon seperti Erra Fazira, Awie dan Feby Febiola.

Telefilem yang berkisar mengenai kerajaan Majapahit itu adalah sinonim dengan adegan berkemban yang digunapakai orang dahulu sebelum ada baju moden sekarang (kikiki).

sekitar Pernikahan & Resespi Zuan Azmi TV3 (22 gambar)

28 November, Jumaat lalu, Penolong Penerbit Melodi merangkap wartawan hiburan segmen Bikin Panas, yang juga Pengacara belakang pentas Mentor Legend, dengan sekali lafaz, Zuan Azmi telah selamat bergelar suami kpd Effy Eddy dengan mas kahwin RM10 ribu tunai. Pasangan tersebut telah dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan, Datuk Dr Eddy Yusrizal di hadapan pembantu jurunikah, Ustaz Mastori dengan disaksikan hampir 100 orang tetamu, termasuk keluarga & rakan artis. Majlis akad nikah ini diacarakan oleh Awal Ashaari & antara rakan artis yang hadir adalah seperti Ella, Riz Amin & Alex Yanz.

Manakala pada 30 November, Ahad lalu, pasangan pengantin tersebut telah mengadakan majlis resepsi sebelah perempuan di Putrajaya dengan bertemakan perkahwinan The Great Gatsby.

Majlis ini telah dihadiri oleh lebih 100 orang artis, rakan media, serta penggiat seni industri hiburan tempatan. Antara artis yang hadir adalah Nora Danish, Remy Ishak, Kamal Adli, Fizo Omar, Fasha Sandha, shahrul shiro, achey, tauke raja lawak, farid kamil, diana danialle, zalif sidek, azwan ali, alif satar, lisdawati, fauzi nawawi serta ramai lagi. Turut hadir adalah pengerusi majlis industri muzik malaysia, rosmin, bersama presiden karyawan, datuk freddie fernandez, IFF datuk shah reza serta jutawan kosmetik, Dato Alif Syukri Terlajak Laris. Penyanyi Indonesia, Vienna Fridiana, penyanyi Brunei, Fakhrul Razi, Black & RJ, Alyah, Indah Ruhaila turut membuat persembahan di majlis resepsi tersebut.

Iqram Dinzly & Sherry Al-Hadad telah mengacarakan majlis resepsi itu dengan jayanya. Kedua-dua majlis ini mendapat sokongan padu dari pelbagai pihak dan di uruskan oleh ZE Wedding Committee. -Penhantar Email



Siapa Asyraf Khali buat Ummi Nazeera?

Khamis, 4 Disember 2014

Gosip melanada Ummi Nazeera yang dikatakan menjalinkan hubungan dengan pengurusnya iaitu Asyraf Khalid atau anak kepada Datuk Khalid Jiwa adalah tidak benar sekali.

Ummi menafikan hal itu dan menganggap dia sebagai pengurus dan adiknya sahaja. -video mStar

Saat-saat terakhir Neelofa di Nona (video)

Untuk makluman Neelofa akan tamat kontrak untuk menjadi pengacara rancangan Nona sehingga hujung 2014 ini. Neelofa akan memfokuskan perniagaannya setelah tamat kontrak berkenaan.

Video ini adalah kenangan Neelofa dan Fara Fauzana serta beberapa crew Nona yang lain di dalam set pengambaraan Nona di Osaka Jepun untuk episod terakhir Neelofa bersama Nona.

“Sekian NONA dari saya selepas 3 tahun mengacara. Alhamdulillah, terima kasih kepada seluruh kru produksi NONA untuk segala tunjuk ajar dan pengalaman yang cukup bernilai. Pastinya semua kenangan manis bersama NONA akan sentiasa terpahat dlm sanubari. i love you NONA”

Erry Putra tayang 'itu'.. (7 gambar)

Bukan main lagi Erry Putra punya bentuk badan ni. Ber pack-pack sangat. Memang kena dengan orangnya, dah la kacak. Keke. Perempuan jangan terliur pula.

Raja Azmi dedah siapa cinta baharunya....

Selepas bercerai dengan Eddie beberapa minggu yang lalu, kini Raja Azmi (kak Mi) akui yang hidupnya sudah dapat penganti Eddie. Cinta baharunya ini mungkin ramai yang tidak menyangka namun pilihan kak Mi adalah tepat dan terbaik.

Cinta baharunya adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
"Alhamdulillah, Kak Mi kini teruskan hidup seperti biasa. Pengalaman kedua bercerai ini membuatkan Kak Mi lebih redha dan kini lebih tenang berbanding penceraian kali pertama dahulu.

"Kalau dulu rasa kesunyian dan sebagainya tetapi kali ini Kak Mi lebih senang terima kenyataan.

"Malah kini Kak Mi sudah temui cinta baru atau cinta sebenar iaitu cinta Kak Mi kepada Allah.

"Kak Mi mahu muhasabah diri dan dekat dengan Dia kerana d isitu Kak ami temui ketenangan sebenar. Lebih-lebih lagi di penghujung usia begini," -Kak Mi petikan portal Murai

Gambar anak sulung perkahwinan pertama Didie Alias

Ini lah dia anak Didie Alias yang sulung, Nur Dania 21 tahun hasil perkahwinannya yang terdahulu, dengan Ridzuan Hashim. Dah besar panjang dah anaknya, siap bertudung dan berjubah lagi tu. Memang tak sama penampilannya berbanding emaknya.

Panas! Akim ambil dadah ketika menyanyi?

Rabu, 3 Disember 2014

Agak mengejukan apabila lagu Mewangi yang di nyanyikan Akim pada Separuh Akhir Muzik Muzik lalu dicemari dengan penggunaan dadah.

Akim dituduh menggunakan dadah terlarang untuk membangkitkan kekuatan nyanyian di atas pentas. Sudah jatuh ditimpa tangga lagu berkenana tidak layak untuk ke Anugerah Juara Lagu ke-29.

Pengurus Akim, Adlan yang memetik portal GUA, menafikan sekeras-kerasnya penggunaan dadah di dalam pembawaaan lagu Mewangi.

Ayu Raudhah, Zaquan bercuti di Pulau Bali (18 gambar)


Zaquan Adha dan Ayu Raudhah serta anak mereka baru-baru ini telah pergi bercuti di pulau peranginan terkenal dunia, Pulau Bali.

Banyak tempat yang mereka pergi, cuma beberapa keping gambar sahaja yang dimuatnaik oleh Ayu di dalam laman instagram miliknya.

Apa-apa pun jom kita lihat keluarga bahagia ini. ^^

Anak Liyana Jasmay terkini, Sofia Arissa (5 gambar)

Liyana Jasmay akui kedatangan anak sulungnya, Sofia Arissa membuatkan dirinya lebih bahagia disamping suaminya.

Video terkini Lara Alana

Comelnya Lara Alana video terkini ni. Caption pon menarik. Ni mesti ayah (Awal Ashaari) yang p buat ni kan. Keke.

Izzue Islam miliki dua buah rumah!

Wah bukan main hebat lagi melihat Izzue Islam yang dikhabarkan sudah mempunyai dua buah rumah di dalam usianya kini 24 tahun yang juga suami kepada Awin.

Rumah pertama mereka iaitu di Klang dan kedua di Perak yang masih di dalam pembinaan.

Menurut majalah Mangga, Izzue mengakui ianya adalah hasil usahanya selama bergelar anak seni sehingga tahun ini.
"Ini adalah hadiah untuk diri saya sendiri. Alhamdulillah, sepanjang tahun ini, banyak juga job yang saya terima dan hasil daripada kerja keras saya ini, saya gunakan untuk membeli kedua-dua rumah ini. Saya kenalah mengumpul harta dari sekarang untuk kemudahan keluarga suatu hari nanti” -Izzue

Sharifah Sakinah tayang ketiak (2 gambar)

Selasa, 2 Disember 2014

Sharifah Sakinah tak usah diperkitaikan lah, memang dia seorang yang berani. Berani untuk muatnaik gambar yang ntah diluar kebiasaan seorang wanita Islam yang lain.

Baru-baru ini Sharifah ada memuatnaik gambar dia di Instagram yang menampakkan bahagian ketiak. Yang menjadi panas lagi, pengikutnya bergaduh mengenai ketiak berkenaan. Takpelah ada yang menasihati tu.

Tapi nak kata apa pun, Sharifah sebenarnya tak amik tahu juga mengenai komen-komen seperti ini. Hope lepas kahwin nanti, suaminya boleh menasihati Sharifah agar lebih berhati-hati untuk memuatnaik gambar. :)

Rita Rudaini tolak 'ikan emas'!

lakonan Rita dan Remy Ishak untuk drama Satu Hari di Sarajevo

Rita Rudaini kini berasa amat berat hati atau malu untuk digandingkan menjadi heroin kepada hero pelakon lelaki lebih muda darinya.

Memetik portal mStar, faktor usia yang menyebabkan Rita risau peranannya untuk berlakon tidak menjadi.

Gambar anak kembar Nurul Syuhada

Ni lah dia anak pengacara, Nurul Syuhada Nurul Ain dengan suaminya, Raja Amir Shah. Nama anak kembar mereka berdua ini adala Raja Nour Emaan dan Raja Abdul Mateen (tak tahu sebelah mana kalau lihat gambar di bawah ini). Usianya kini dah 2 bulan lebih.

Jom layan.. -Gambar MediaHiburan

Tahniah! Johan timang anak sulung (2 gambar)

Tahniah kepada Johan yang dikhabarkan sudah menimang anak pertamanya dimana isterinya Ozlyn telah selamat melahirkan anak ke-4 berjantina perempuan pada 25 November yang lalu.

Namun Johan buat masa ini enggan memberi lihat wajah anak sulungnya itu kepada umum/peminat.

Rosma isteri Khai kini bertudung (15 gambar)

Isnin, 1 Disember 2014

Awal bulan lalu, isteri Khai AF, Rosma telah memakai tudung, dan kelihatan ianya bukanlah untuk sebarang model atau mempragakan barangan tudung, namun sepertinya kekal.

Bahkan pemakaiannya ini juga mungkin satu penghijrahan yang baik yang harus ditiru oleh mana-mana pihak.

Mereka berdua kini sibuk dengan perniagaan pelangsingan badan yang boleh ditempah melalui laman sosial Instagram milik mereka, @khai_rosma.

Gambar comolot ini adalah Tauke Jambu??

Gambar bercomolot yang tersebar baru-baru ini akibat kecuaian tidak mengambil memery card telefon bimbit telah menjadi persoalan siapa selebriti lelaki yang digambar berkenaan.

Ramai yang menunding jari dan meneka ianya Tauke Jambu. Namun Tauke yang memetik portal MynewsHub menafikan perkara itu dan ianya satu fitnah ke atas dirinya

Almy Nadia mengandung anak kembar?

Desas desus menyatakan yang Almy Nadia hamil anak kembar. Ini memandangkan ramai orang yang menyangka perut besar Almy (gambar muatnaik) akan melahirkan anak kembar.

Namun buat Almy, dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai hal itu, dan berharap semua pihak bersabar sehingga Almy melahirkan anak yang dikandungnya itu.

Izreen, Erra Fazira belum 'bincang' pasal Amar Baharin!

Akui Izreen Azminda yang dipetik melalui laporan mStar semalam dimana dia belum lagi berbincang dengan Erra Fazira mengenai pelakon yang sering dikaitkan dengan mereka iaitu, Amar Baharin.

Memandangkan juga Amar pernah dikaitkan dengan Erra satu masa dahulu dimana gosip menyatakan mereka pernah rapat. Dan kini Amar telah rapat dengan Izreen.

Maka, Izreen yang kini berlakon dibawah naugan Erra di dalam sebuah teater bertajuk Takhta 3 Ratu, menganggap Erra sangat professional dan tidak menghiraukan soal Amar di dalam kerja.

Sekitar resepi Atilia, Adam (9 gambar)

Tahniah kepada penyanyi, Atilia yang sudah bergelar isteri yang sah kepada Adam Sofian 3 bulan yang lalu. Mereka baru-baru ini diraihkan untuk satu majlis resespi di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM

Tetamu yang hadir mencecah 800 orang termasuk rakan-rakan, keluarga dan tetamu kehormat. -Bharian | @atiliaharon