Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Tidak hensem, Hazama akui tiada syarikat duta nak kat dia!

Khamis, 6 November 2014

Mungkin ramai yang menyangka golongan artis senang untuk mendapatkan kontrak menjadi duta produk. Tapi tidak buat Hazama. Dia jarang ditawarkan apa-apa tawaran menjadi duta produk oleh mana-mana syarikat.

Memetik portal mStar, Hazama akui mengenai itu, dan dia redha dengan rezeki pemberian Tuhan.
"Diakui, tidak banyak syarikat yang inginkan saya menjadi duta produk mereka. Tetapi saya tak berkecil hati kerana fokus utama saya adalah membina nama sebagai seorang penyanyi dan bukannya menjadi duta produk.

"Cuma ia sekadar satu bonus buat seseorang artis jika mendapat tawaran itu. Dan memandangkan trend sekarang banyak produk kecantikan memutihkan muka di pasaran, 'muka pecah' macam saya ini, ada ke orang nak saya jadi duta? Hahaha...

"Dulu penyanyi Zainal Abidin pernah berkata, sebelum menerima tawaran menjadi duta (produk), penting untuk seseorang itu memilih adakah produk berkenaan sesuai dengan imej yang kita bawa atau tidak.

"Bayangkan, saya pernah mendapat tawaran daripada sebuah syarikat yang menjual kopi kesihatan untuk orang yang sudah berkahwin. Saya menolaknya dengan baik, kerana sebagai orang yang belum berkahwin, rasanya tidak relevan untuk saya menjadi duta produk tersebut," -Hazama

Apa yang tidak kena dengan gambar Fasha, Anzalna ni?

FOTO TERKINI ANZALNA NASIR CETUS KONTROVERSI
Baru-baru ini, Anzalna Nasir telah memuatnaik gambar yang cukup menimbulkan perbualan yang kurang senang diperkatakan oleh pengikutnya.

Ini berikutan gambar yang diambil bersama Fasha Sandha ketika sesi pengambaraan drama Tentang Hati telah menjadi perbualan hangat oleh lelaki miang bermata keranjang, tidak kurang 'nama' wanita juga turut ikut bersama mengomen.

Apa tidaknya angin dikatakan kebetulan meniupi mereka lalu menampakkan bahagian yang 'penting' buat kaum hawa ini.

Amyza Aznan selamat melahirkan anak ke-3 (gambar bayi)

Tahniah, memetik portal Bharian, Amyza Aznan selamat melahirkan bayi lelaki petang semalam, 5 November kira-kira 3 petang di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Ayden Andika Khairil Izhar adalah nama yang diberikan anak ke-3 nya itu. Ayden dilahirkan secara normal dengan berat 3.7 kilogram.

Sairah redha bercerai dengan suami (2 gambar)

Rabu, 5 November 2014

Dengar khabar yang adik pkepada Datuk Siti Nurhaliza, Siti Sairah kini sudah bercrai dengan suaminya, Saiful Anuar sekitar 27 Oktober yang lalu di mahkamah syariah dekat Kuantan, Pahang.

Sumber yang dipetik melalui Bharian ini lagi menyebut, ada ucapan yang menyentuh berita itu di laman sosial Instagram milik Sairah (gambar atas).

Bahkan ianya ditambah lagi dengan ucapan semangat dari Siti Nurhaliza di laman sosial miliknya yang ditujukan kepada Sairah (gambar bawah).

Putus cinta dan mohon maaf - Hanez Suraya

Dengarnya setelah beberapa bulan dihimpit kontroversi dengan suami orang, Hanez Suraya akui hubungannya dengan jejaka bernama Romie itu kini sudah berakhir, dan mereka kini sebagai kawan biasa sahaja.

Hanez membuat kenyataan ini untuk membuka lembaran baru di dalam kehidupannya tahun akan datang. Tapi segelintir yang tidak mempercayai akan kenyataan ini dengan menganggap ianya gimik, memandangkan Hanez kini juga dihimpit dengan kurang penawaran untuk berlakon.

Tapi kalau betul-betul, baguslah, sekurang-kurangnya Hanez sudah sedar akan kesilapan yang dia lakukan.

Sasha Saidin akui bayi Che Ta sama dengannya (6 gambar)

Kegembiraan yang terjelas terpampang buat suami isteri, Zain Saidin dan Che Ta (Rozita Che Wan) di dalam menyambut anak sulung mereka, ada juga insan lain yang menumpang gembira bersama.

Kakak Zain, Sasha Saidin adalah orang yang turut bersama-sama gembira. Katanya wajah bayi berkenaan mirip wajahnya ketika beliau masih bayi lagi.

Gelaran 'Datuk' buat Pian Cecupak sakit mental!

Dengarnya pelakon Pian Cecupak (paling kiri) kini mengalami gangguan mental selepas begelar Datuk (negeri Naning). Pian akui gelaran berkenaan membuatnya ianya bertambah stress.

Menurut laporan mStar, namanya itu bukan disangjung atau dihormati, tapi sebaliknya, dihina dan dicaci.
“Terlalu banyak tekanan yang saya terima akibat gelaran itu termasuklah hinaan serta kata-kata kesat orang terhadap saya selama ini,”
Akibat tidak tahan dengan kata-kata hinaan itu, Pian mengalami kemurungan dan selepas dirujuk ke HOspital Kuala Lumpur (HKL) sekitar bulan Ogos lalu, dia disahkan sakit mental.
“Jadi saya terpaksa mendapatkan rawatan selama lapan bulan di HKL untuk ubat dan sesi kaunseling agar penyakit saya ini dapat dipulihkan,"-tambah Pian

Zahid bergelar ayah (gambar bayi)

Tahniah Zaid AF yang diberitakan isterinya selamat bersalin anak mereka semalam, 4 November. Biarlah gambar diatas berbicara. Okey tu je info yang dapat. keke.

Hafiz Suip, kekasih ke Sydney (8 gambar)

Selasa, 4 November 2014

Ramai yang dah tahu dimana Hafiz Suip akan berkahwin atau bertunang pada tahun hadapan jika tiada aral melintang. Dan baru-baru ini juga dia sempat memberi nampak kekasih yang bakal menjadi isterinya itu.

Mereka telah pergi bercuti ke Sydney Australia bertemankan ahli keluarga. Bukan berdua seperti yang diuar-uarkan segelintir pihak.

Kelibat Amelina Dangdut ditemui (3 gambar)

Siapa tidak kenal dengan penyanyi dangdut terkenal tanah air, Amelina yang satu masa dahulu popular dengan tagline lagunya, Ah Ah Ah.

Namun tahu tak anda, setelah berkahwin dengan suaminya, Reduan Mahmood, Amelina jarang kelihatan di mana-mana event selebriti. Tidak dipastikan kenapa, samada kurang mendapat tawaran atau Amelina sudah bersara dari bidang nyanyian dan menumpukan sepenuhnya kepada keluarganya.

Baru-baru ini sebuah blog hiburan telah mendakwa terlihat kelibat Amelina baru-baru ini dekat Bangsar Shopping Centre, Bangsar, Kuala Lumpur.

Kelihatan juga penyanyi Maya Matahari dan seorang lagi lelaki tidak diketahui. Mereka makan tenghari dan kelihatan Amelina tidak bertudung. Sungguh menghairankan, memandangkan ramai mendakwa dia kelihatan kini sudah bertudung.

Apa-apa pun, Amelina bukan hilang, kelibatnya masih ada, cuma tidak aktif lagi rasanya dalam bidang nyanyian.

Wallahualam lah kalau ini dia atau bukan.. kuku..

Bekas kekasih Fazura kini kahwin (5 gambar)

Dengarnya memetik Forum Cari, bekas kekasih kepada pelakon Fazura 10 tahun lalu, yang dikenali sebagai Man Zai telah berkahwin dengan pasangannya beberapa hari lalu di Kuching, Sarawak.

Beberapa keping gambar telah dimuatnaik menunjukkan persandingan mereka. Kasihan Fazura kan, tak pe la, ada jodoh tak kemana juga.

Chef Riz bakal jadi suami kepada kakak Emma Maembong

Setelah 2 tahun menduda, Chef Riz akan menikahi kakak kepada pelakon sensasi, Emma Maembong iaitu Shikin Maembong.

Menurut portal mStar, mereka akan bernikah pada bulan Disember depan dan akan meminang Shikin pada hari ini.
"Insya-Allah, esok saya akan menghantar rombongan merisik dan meminang Shikin dan kami merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini iaitu Disember.

"Kami buat majlis secara sederhana sahaja kerana ini perkahwinan kedua saya. Kemungkinan kami hanya buat majlis nikah sahaja dan bersanding pada tahun hadapan,"

"Saya mahu majlis perkahwinan berlangsung secara sederhana dan dihadiri keluarga sahaja kerana peristiwa perkahwinan lalu banyak memberi pengajaran pada saya," -Chef Riz

Che Ta bersolek selepas bersalin! Zain pula...

Rozita Che Wan yang melahirkan anak sulung hasil perkahwinannya dengan Zain Saidin beberapa hari lalu telah mendapat liputan luas.

Anaknya cukup comel dan ramai yang memuatnaik ke dalam laman sosial masing-masing. Ramai juga yang menyangka Che Ta cantik tidak bermake-up atau berwajah neutral.

Namun bila dilihat dua kali. Korang akan perasan dia sebenarnya bermake-up sebelum memuatnaik gambar bersama anaknya ke dalam laman sosial.
"Memang saya bersolek dan bersiap. Bukan sebab nak masuk TV, tapi ketika melahirkan dua anak sebelum ini pun saya buat perkara sama. Malah, kalau ke mana-mana sekali pun, saya pasti akan bersiap," -Che Ta petikan MediaHiburan
Selain itu, ayah kepada anak itu, Zain Saidin juga boleh azan dan iqamah. Agak mengejutkan memandangkan dia 'kantoi' bila berbuka puasa untuk sebuah rancangan pada bulan Ramadan yang lalu. kiki.
"Saya juga rasa tersentuh ketika azan dan iqamat ke telingan anak. Sebelumnya dia menangis, tapi apabila diazan dan iqamat dia terus diam," -Zain petikan MediaHiburan

Aliff Telajak Laris tayang bulu ketiak (3 gambar)

Isnin, 3 November 2014

Siapa tidak kenal dengan usahawan yang bernama Dato' Aliff Syukri yang selalu dengar dengan nama, Terlajak Laris di kaca-kaca tv tempatan.

Namun baru-baru ini Aliff telah membuat satu kejutan yang menimbulkan kontroversi iaitu menayangkan bulu ketiak di Instagram miliknya.

Saya masih solo, belum bercinta! -Elfira Loy

Gosip Elfira Loy dikaitkan ada menjalinkan hubungan dengan aktor dari Indonesia, Baim Wong adalah tidak benar sekali. Tegas Elfira semalam memetik portal Utusan yang dia kini masih solo dan belum bercinta dengan mana-mana lelaki di atas muka bumi ini.

Gosip ini tersebar luas apabila beberapa keping gambar mereka bersama kelihatan intim seperti sepasang kekasih ketika berada di Jakarta beberapa minggu yang lalu.
“SAYA masih solo dan masih belum membuka hati untuk mana-mana lelaki,”

“Sebenarnya sudah setahun saya tidak bertemu dengan Baim dan kebetulan saya dan keluarga bercuti di sana dan kami bertemu. Bila berada di sana dia mengajak saya menghadiri majlis perkahwinan.

“Saya ingat itu majlis perkahwinan orang biasa. Tak sangka pula sebenarnya majlis perkahwinan Raffi dan Nagita. Sudahnya terkeluar pula cerita kami berpacaran,”

“Susah sebenarnya nak cakap tentang hati dan perasaan. Yang boleh saya katakan sehingga sekarang saya masih lagi solo dan tidak terikat dengan mana-mana lelaki.

“Itu juga tidak bermakna saya menolak sesiapa juga. Jika ditakdirkan pada masa hadapan saya semakin rapat dan ada jodoh dengan Baim, saya terima dengan hati yang terbuka.

“Tapi waktu ini biarlah masa dan keadaan yang menentukan. Segala-galanya saya serahkan kepada Yang Maha Esa dan saya tidak akan terburu-buru ke arah perkahwinan,” -Elfira

Inilah dia kekasih Tauke Jambu, namanya..

Memetik petikan Kosmo!, Tauke Jambu kini sudah memiliki kekasihnya sendiri bernama Nadia. Namun tidak ada maklumat lanjut mengenai wanita bernama Nadia ini.

Buat Tauke, Nadia sangat istimewa dan dia cukup menawan. Nadia pernah berjumpa sekejap dengan anak-anak Tauke pada Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
“Nadia paling rapat dalam hati saya buat masa sekarang, terpulanglah kepada orang lain hendak fikir kami berdua macam mana.

“Nantilah, selepas selesai Maharaja Lawak Mega (MLM 2014), saya akan uar-uarkan siapa dia sebenarnya,”

“Belum sempat kenalkan betul-betul lagi, jumpa pun masa raya,” .

“Hampir tiga tahun saya menduda (anak 6 berusia antara 7-15 tahun), sudah tentu saya rindu untuk kembali bergelar suami. Saya juga tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak walaupun mereka tidak lagi bersama." -Tauke

Siti Saleha sambut Holloween (4 gambar)

Apalah nak sambut perayaan yang bukan dari agama sendiri ni. Halloween Party ni dah semakin popular sejak abad ini, memandangkan pelbagai app, perisian, laman sosial, laman web tengah mempromosikan perayaan ini.

Siti Saleha antara selebriti yang meraihkannya. Dengan berpakain serba merah serta bertanduk melambangkan ianya sesuatu yang tak elok diikutkan.

Yang pelik, ramai pula yang 'like' gambar ini di laman sosial Instagram miliknya.

Wallahualam.

Nora, Nedim bakal berpisah? sebab..

Dengarnya hubungan Nora Danish dengan Nedim Nazri kini semakin diambang perpisahan. Menurut sebuah laporan tablot media hiburan tempatan, hubungan mereka tidak direstui oleh ayah kepada Nadem yang juga Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri.

Nora telah mengomen mengenai hal itu di portal Kosmo! untuk tidak teragak-agak memutuskan jika ianya satu penyelesaian yang terbaik buat semua pihak. Tambahan lagi, mereka belum ada perancngan untuk berkahwin dalam masa terdekat ini atas kemungkinan faktor ini.
“Sudah menjadi keutamaan bagi saya untuk mendahulukan pendapat yang datang daripada ahli keluarga. Jika saya tidak mendapat restu daripada bapanya, tidak mustahil untuk saya memutuskan hubungan kami.”

“Tetapi, selama berkawan dengan Nedim, dia tidak pernah memberitahu saya apa-apa mengenai perkara itu. Saya juga pernah berjumpa dengan ibu dan bapanya. Mereka sungguh merendah diri dan begitu baik terhadap saya.” -Nora

Rozita selamat melahirkan anak (6 gambar)

Sabtu, 1 November 2014

Rozita Che Wan,41 selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira pukul 2.18 petang di Pusat Perubatan Ampang Puteri, Sabtu, 1 November 2014.

Rozita melahirkan bayi seberat 3 kilogram secara normal dan kedua-dua ibu serta bayi itu berada dalam keadaan baik. -mStar

Nana Mahazan tunjuk2 kebahagaian keluarga? (20 gambar)

Nana Mahazan menafikan yang dia berniat menunjuk-nunjuk kebahagian yang dimiliki dengan memuatnaik gambar keluarganya ke dalam laman sosial.

Memetik portal mStar, Nana beranggapan ianya satu cara dia mendekati peminatnya dan sebagai rutin hariannya.

Nora Danish elak pegang tangan Farid Kamil

Agak sedikit pelik kali ini, Nora Danish sepertinya enggan memegang tangan pelakon Farid Kamil kerana takut akan salah faham dan cemburu buta berlaku kembali oleh Diana Danielle yang sebelum ini pernah dipostkan (gambar promosi filem) di laman sosial Instagram miliknya mengenai keadaan sedemikian terhadap suaminya.

Kali terakhr Nora dan Farid bergandingan adalah dalam filem Pengantin Malam. Namun kali ini, mereka digandingkan bersama untuk filem Anak Jantan. Dan difahamkan Nora mahu setiap babak dia dengan Farid tiada adegan berpegangan tangan.
“Untuk gandingan saya dengan Farid kali ini, semuanya tiada masalah. Kami senang untuk bekerja dan menghormati sesama sendiri. Saya tahu meletakkan had tertentu agar cerita dahulu tidak berulang. Di majlis ini pun, saya mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak ada sebarang sentuhan yang berlaku antara saya dan dia. Semua boleh dielakkan,” -Nora petikan portal GUA

Lelaki surirumah bukanya dia pondan! - Chef Wan

Stigma masyarakat Malaysia beranggapan lelaki yang membuat kerja-kerja wanita di rumah sebagai pondan perlu dikikis kerana ia boleh memberi kesan negatif terhadap institusi kekeluargaan, kata pakar masakan, Datuk Redzuawan Ismail.

Chef Wan berkata, anggapan itu berlaku secara meluas di Malaysia akibat tahap ego keterlaluan dalam diri di kalangan lelaki khususnya Melayu, yang melihat melakukan kerja-kerja rumah sebagai individu yang memiliki perwatakan lembut.
"Tidak semestinya lelaki yang membuat kerja-kerja rumah dianggap lemah dan lembut. Mereka berbuat demikian bagi membantu isteri yang mungkin penat setelah bekerja di pejabat.

"Bagaimanapun, dalam masyarakat kita persepsi sedemikian masih terjadi sedangkan ia tidak pernah wujud di negara Barat," katanya kepada Bernama selepas menjadi anggota panel dalam diskusi 'Mentakrifkan Kelelakian'

"Melalui pengalaman sendiri, saya dapati apabila melakukan kerja-kerja rumah ia bukan hanya menyenangkan, malah menyihatkan badan,"

"Bukan hanya kerja rumah, malahan jika lelaki yang terlibat dalam bidang kewanitaan seperti fesyen dan memasak pun turut dilabel sebagai lelaki lembut atau songsang.

Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana ia mampu menghalang seorang individu khususnya lelaki untuk menceburi bidang yang digemari mereka," -Che Wan petikan Bernama