Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Saya sudah maafkan Nabila Huda - Amy Search

Jumaat, 11 Julai 2014

Amy yang ditemui di dalam rancangan Astro Gempak beberapa hari lalu telah dtanya mengenai kesediaannya menerima permohonan maaf dari Nabila Huda atau tidak berhubung kait dengan kontroversi yang melanda dua beranak ini bulan lalu.

Amy menyatakan yang dirinya sudah memaafkan anaknya itu walaupun Nabila belum berbuat untuk meminta maaf dan mengakui merindui anaknya itu yang sudah lama tidak bersemuka.
“Kalau dia tidak hubungi saya (untuk) meminta maaf pun, saya sudah maafkan dia. Saya sentiasa maafkan dia. Saya mahu Abil sedar yang kontroversi yang dicetuskannya akan menyebabkan kariernya terjejas. Saya tidak mahu itu berlaku kerana dia seorang yang berbakat.”

“Saya dah lama tak jumpa dia. Kali terakhir pada awal muharam tahun lalu. Kalau saya jumpa pun, hanya anak dia sahaja. Kalau dia mahu ke rumah saya, pintu rumah saya sentiasa terbuka untuknya,” -Amy

Gambar anak Shuib, Sarah 2014

Khamis, 10 Julai 2014

Inilah gambar kedua-dua anak Shuib Sepahtu dan Siti Sarah yang terkini 2014 setelah posting terakhir mengenai mereka pada bulan puasa 2013 yang lalu. Kedua-duanya sudah besar, yang sulung Uwais al Qarni, dan yang bongsu Dzakirat al Ita Zahara yang berusia 1 setahun lebih. Bahagia betul keluarga Shuib dan Sarah ni kan. :) -Gambar http://instagram.com/shuibsepahtu | http://instagram.com/sitisarahraissuddin

Anak Beego, Linda menangis bila waktu Maghrib.. misteri~

Dah makin comel dah anak kepada Beego dan Linda Hashim yang baru berusia 2 bulan bernama Jelita Clarisa. Nama pun jelita, harap nanti jelita jugalah kan anak mereka kelak bila besar.

Terbaru mengenai anak mereka itu, agak menjadi satu kepelikan apabila Jelita sering nangis bila waktu Maghrib tiba.
"Sekarang usia dia sudah masuk dua bulan dan semakin sihat tetapi saya dan isteri agak juga sebab dia kerap meragam dan menangis terutamanya waktu Maghrib.

"Bagaimanapun, saya tidak rasa masalah itu disebabkan oleh apa-apa gangguan lagipun sekarang ini bulan Ramadan. Linda (isteri) beritahu ia mungkin disebabkan rutin waktu tidur dia kerana dia akan tidur panjang selepas Maghrib dan terjaga pada tengah malam,"

"Pada usia ini bayi memang akan berjaga malam kerana ingin menyusu. Saya kasihan juga dengan Linda sebab dia tidak cukup tidur dan tiada masa untuk diri sendiri.

"Jika tidak ada penggambaran memang saya akan bantu dia menguruskan hal rumah tangga, namun hal mandikan bayi dan tidurkan bayi, Linda yang akan uruskan," -Beego. Petikan portal mStar

Service Celcom Macam Taik! - Dafi

Dengarnya, Dafi AF tengah bengang dengan syarikat Celcom disebabkan tidak dapat akses yang dia kehendakinya sebagai pelanggan.

Dia meluahkan semua itu di dalam laman sosial Twitter miliknya. Ini tidak dinafikan, kadang kala akses sesebuah servis itu menjadi lembab memang sering kali terjadi.

Yang lebih melucukan, Dafi adakah salah seorang selebriti yang dipilih selain Kamal Adli, Nelydia Senrose, Liyana Jasmay, Elizabeth Tan, Najwa Latiff, Yana Samsudin serta Iqram Dinzly untuk mempromosikan patung KAX (produk celcom) yang dilancarkan sempena kempen Piala Dunia 2014. -gambar portal Murai

Sebab-sebab Rozana dibelasah Awie?

Memetik sebuah blog tempatan, seorang penulis yang hanya menamakan dirinya sebagai Sangkalajari9, telah memuatnaik kisah Rozana Misbun susulan daripada insiden belasah oleh Awie beberapa minggu yang lalu.

Malah dalam posting blog itu, Sangkalajari9 telah menjelaskan beberapa isu mengaitkan Rozana tentang ketiadaan sijil nikah, larangan berjumpa anak serta tuduhan yang mengatakan dia mencuri duit Awie.

Berikut adalah posting Sangkalajari9 yang tidak diketahui siapa sebenar penulisnya:
Mungkin ramai yang tidak tahu apa kejadian sebenar yang menimpa isteri artis terkenal yang baru baru ini gambar keadaan beliau dibelash oleh suaminya tersebar luas di dalam facebook.

Bagi mengelakkan pelbagai spekulasi yang tidak bertanggungjawab dari terus bertiup kencang, pihak keluarga Rozana mengesahkan bahawa sememangnya beliau telah dipukul.

Setelah ditahan di hospital bagi mendapatkan rawatan dan dibenarkan keluar, Rozana kini berada dibawah jagaan serta pemerhatian keluarga selain diberi perlindungan polis.

Pihak keluarga beliau memohon agar orang ramai tidak terus-terusan menyebarkan dakyah palsu yang boleh mengganggu-gugat proses penghakiman yang sedang berlangsung ketika ini sekaligus memburukkan lagi keadaan psikologi dan emosi Rozana yang masih lagi dalam keadaan trauma; yang kini dalam kesedihan kerana telah disekat dari berjumpa mahupun berhubung menerusi telefon dengan anak-anaknya iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6 dan Putri Qasseh Antasha , 4 tahun, sejak beberapa minggu yang lalu.

Walau pun begitu, pihak keluarga Rozana masih percaya pada undang-undang di negara ini dan di bulan Ramadhan yang barakah ini, keluarga beliau akan terus medoakan keadilan untuk Rozana Misbun. Kepada mereka yang bersimpati dan memahami situasi getir yang harus didepani keluarga beliau ketika ini, keluarga Rozana mengucapkan jutaan terima kasih

Surat nikah tidak berdaftar

Pihak keluarga Rozana kini dikatakan menghadapi kesukaran dalam mendapatkan salinan sijil nikah Rozana Misbun dan Ahmad Azhar Othman (Awie) yang dipercayai dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) bertarikh 20 Jun 2005.

Segala usaha yang telah dilakukan akhirnya menemui jalan buntu berikutan MAIS yang dikatakan tidak mempunyai sistem pengkomputeran itu membayangkan kesukaran untuk mengesan sijil berkenaan.

Lebih memburukkan lagi keadaan, menurut sumber yang layak dipercayai, banyak dokumen yang hilang apabila mereka berpindah ke pejabat sekarang beberapa tahun yang lalu. Justeru keluarga Rozana memohon campur tangan dari pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Malaysia selain Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi membolehkan surat nikah asli dapat diperolehi dan dikenal pasti kesahihannya.

Ini adalah kerana, tanpa surat nikah yang dikeluarkan oleh MAIS serta pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla, Thailand, pernikahan tersebut tidak dapat didaftarkan di Malaysia dan ini mengakibatkan peguam yang dilantik bagi mewakili Rozana tidak dapat berbuat apa-apa.

Buat masa sekarang, hasrat bagi memohon Interim Custody (hak penjagaan sementara) terhadap Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha terbantut di tengah jalan.

Manakala dalam konteks pendaftaran bagi Sijil Kelahiran bagi ketiga-tiga anak mereka pula, keluarga beliau turut meminta jasa baik Jabatan Pandaftaran Negara dalam menangani permasalahan baru yang berbangkit dimana Nombor Daftar Kahwin yang digunapakai di dalam Sijil Kelahiran anak-anak itu terbukti dari sindiket palsu.

Larangan berjumpa anak

Awie dikatakan telah menghantar satu surat arahan kepada Adni Islamic International School, Taman Melawati dan Smart Reader, Ukay Perdana pada 21 Jun 2014 yang melarang Rozana dari berhubung samada menerusi telefon atau berjumpa dengan anak-anak mereka di sekolah-sekolah terbabit.

Bagaimana mungkin pihak sekolah membenarkan perkara ini berlaku? Mengikut undang-undang kekeluargaan, surat larangan untuk berjumpa ibu atau bapa hanya sah diperakui dengan adanya perintah mahkamah.

Ibubapa yang berdepan dengan masalah rumahtangga tidak wajar menjadikan anak-anak sebagai mangsa yang pastinya memberi impak negatif kepada emosi serta psikologi mereka.

Lebih-lebih lagi Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha masih kecil dan amat memerlukan kasih sayang serta perhatian dari seorang ibu.

Memisahkan anak-anak yang tidak berdosa ini dari ibu yang mengandung, melahir dan membesarkan mereka dari sebesar telapak tangan, sesungguhnya satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sebelum ini telah bekerjasama dengan PDRM dalam meluluskan Interim Protection Order (perlindungan sementara) terhadap Rozana, diharap dapat juga berbuat demikian sekali lagi bagi memastikan keselamatan serta kebajikan ketiga-tiga beradik itu terpelihara.

Kutukan terhadap Rozana

Satu jari yang menuding orang lain, sembilan jari yang lain menuding diri sendiri. Apa jua kata hentaman dan nista yang dilemparkan terhadap Rozana, bagi keluarga beliau ianya tidak lebih dari bersifat 'character assassination' atau 'pembunuhan karakter' dalam usaha untuk mencemarkan integriti Rozana sebagai seorang wanita; baik sebagai isteri mahupun ibu. Jadi apa perlunya keluarga beliaunmembazirkan masa dan tenaga dalam memberi perhatian terhadap sebarang pertuduhan mala fide(berniat jahat) itu?

Wang yang didakwa dicuri oleh Rozana yang kononnya berjumlah RM250,000.00 rupa rupanya diperuntukkan sebagai nafkah anak-anak dan isteri serta belanja keperluan rumah selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Duit itu jugalah yang terpaksa dikeluarkan oleh Rozana dari masa ke semasa bagi menampung perniagaan kelab malam milik suaminya itu yang beroperasi di Ipoh.

Apa buktinya Rozana mencuri? Itu akaun peribadinya; dia tidak mencuri kad ATM sesiapa jauh sekali kata kunci bagi mengeluarkan duit secara penipuan dari akaun pihak ketiga.

Jadi, atas kapasiti apa tuduhan 'mencuri' dilemparkan kepada Rozana? Adakah ianya semata-mata bertujuan untuk menghalalkan perbuatan mengaib serta memukul Rozana tanpa belas kasihan? Satu perkara yang harus diingat, keadilan dan perlaksanaan undang-undang adalah didasari fakta, bukannya emosi.

Dua persoalan yang patut kita renungkan bersama:

1) Apakah wujud istilah 'curi' dalam harta sepencarian?

2) Andai pengorbanan seorang isteri yang mengorbankan seluruh jiwa, masa, tenaga serta usia mudanya demi keharmonian rumahtangga... serta sebagai ibu yang mengandung, melahir dan membesarkan anak itu boleh diukur dengan wang ringgit: Berapakah nilainya?

Raja Azmi ingin meninggal dunia seperti Kak Pah (9 Gambar)

Setiap orang Muslim pasti cita-citanya ingin mati dalam keadaan baik yang diterima oleh Allh. Banyak cara bagaimana mati dengan keadaan baik, terutamanya di bulan Ramadan iaitu yang telah ditakdirkan ke atas Allahyaharmah Datuk Sharifah Aini (Kak Pah) akhir minggu lalu.

Raja Azmi juga menginginkan kematian seperti arwah Kak Pah. Tindakan awal Raja Azmi adalah dengan membuang lebih daripada 300 gambar tidak bertudung yang ada di dalam laman sosial Instagram miliknya.

Gambar terbaru Nur Fazura lebih menawan..

Rabu, 9 Julai 2014

Walaupun semua mengetahui yang Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail akan melangsungkan perkawinannya pada bulan Oktober ini dengan seorang wanita bernama Khaleda, namun ramai tidak menyedari yang Nur Fazura kini bertambah berseri-seri dan menawan.

Baru-baru ini dia memuatnaik gambar terbarunya ke laman sosial Facebook miliknya dengan menunjukkan mimik muka lucu dan tersenyum lebar. Makna daripada itu, dia tidak kisah dengan siapa calon isteri TMJ. Hehe..

Johan Raja Lawak terima RM70,000!

Durian runtuh buat Johan (Raja Lawak) pada bulan Ramadan ini walaupun terpaksa menelan hakikat yang amat sakit sekali suatu masa dahulu.

Memetik sumber, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memerintahkan Johan (plantif) menerima ganti rugi RM70,100.00 daripada (defenden) syarikat, Juara Filem Production Sdn Bhd dan pengarah filem, Mohd Javed akibat kes diantara mereka yang berlaku pada 2010.

Nilai itu merangkumi ganti rugi akibat trauma (RM20,000), perubatan (RM100) dan kos lain (RM50,000).

Nilai berkenaan dibuat berdasarkan kerjaya Johan dimana sumber pendapatannya secara melawak adalah dari wajahnya.

Nora Danish nak anak perempuan (6 gambar)

Memang ramai orang suka dan ramai juga yang tak suka kepada Nora Danish yang menjalinkan hubungan cinta dengan anak Menteri, Nadem Aziz.

Namun itulah hakikat yang harus diterima, mereka semakin hari semakin bahagia dengan dibuktikan gambar bersama yang boleh dikatakan setiap hari/minggu.

Dan ini petunjuk dimana kemungkinan besar mereka akan berumahtangga tidak lama lagi. Dan Nora juga meninginkan anak perempuan jika berkahwin lagi selepas ini.
“Sekiranya saya berkahwin saya menginginkan seorang anak perempuan pula, ialah saya sudah ada anak lelaki, tiba masanya untuk saya dapat anak perempuan, tetapi itu semua bergantung pada rezeki,”

Ifa Raziah selamat buat pembedahan

Alhamdulillah, itulah sahaja perkataan yang harus keluar di mulut kita apabila mendapat tahu Ifa Raziah selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketulan di payudaranya. Menurut portal Murai, ianya berpunca daripada jangkitan virus.

Ifa membuat pembedahan itu di Beverly Willshire Medical Centre semalam. Suaminya, Mohd Yani memberitahu yang isterinya itu dalam keadaan yang stabil selepas pembedahan selama 7 jam.

Semoga cepat sembuh dan boleh berpuasa serta menyambut Hari Raya nanti. :)
“Dia (Ifa) kini sudah berada dalam keadaan stabil cuma masih lagi tidak bermaya.Dia kini sedang menjalani beberapa rawatan susulan sebelum dibenarkan pulang tiga hingga empat hari lagi,”

“Dia memang amat takut untuk menjalani pembedahan ini, saya pun pelik kerana dia sebelum ini adalah seorang yang berani.

“Tapi syukur semuanya berjalan dengan lancar,” -Mohd Yani

Ziana Zain bertudung tapi...

Di dalam ramai-ramai selebriti yang sudah mula bertudung, ada juga yang tengah belajar memakai tudung secara perlahan-lahan dengan menggunakan bulan Puasa Ramadan ini sebagai medan ujian untuk menguji diri agar boleh mempraktikkannya selepas berlalunya Ramadan.

Ziana Zain adalah selebriti yang berbuat demikian. Menurut status di laman sosial miliknya, Ziana hanya memakai tudung bila bulan Ramadan tiba, sebagai menghormati bulan Suci ini.

Namun sebagai peminat Ziana, kita berharap agar Ziana boleh bertudung terus untuk mengekalkan imej bertudung yang cantik ini.

9 Gambar sesi photography keluarga Betty Banafe

Selasa, 8 Julai 2014

Bersempena Ramadan ini Betty Banafe dan suaminya, Bruce Dargus serta anak mereka, Julia Claire Dargus telah berkesempatan mengambil sesi fotograpphy bergambar di sebuah taman. Jom layan. -Gambar Littlestars Photography

Hubungan Zizan Razak, Emma Maembong retak?

Dengarnya hubungan diantara Zizan Razak dan Emma Maembong kini semakin retak, ia berikutan status Instagram milik Emma yang mengambarkan hubungan mereka seperti mahu retak dengan berbunyi nadanya, hatinya sedang kecewa apabila menulis status dia akan mencari lelaki lain yang boleh mengambil berat terhadapnya.

Namun Zizan yang menyatakan memetik portal mStar, status berkenaan tidak ada kena mengena mengenai hubungan percintaan mereka berdua.
"Saya tidak rasa luahan perasaan itu ada kena mengena dengan saya atau hubungan kami sebaliknya percintaan kami masih berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah.

"Emma adalah seorang yang suka berkarya dan apa yang dimuat naik itu mungkin salah satu daripadanya,"

"Tidak perlu buang kerana mungkin apa yang diluahkan itu mewakili orang-orang yang mempunyai perasaan sedemikian.

"Saya dengan Emma ok jer malah baru semalam kami bersama-sama menjayakan sebuah acara bersama-sama," -Zizan

11 Gambar Umie Aida Bertudung..

Rasanya disebalik bulan puasa Ramadan kali ini banyak sekali kejutan yang ditunjukkan oleh sebilangan selebriti Islam di Negara kita ini.

Satu persatu daripada mereka telah memakai tudung/menutup aurat dari yang berstatus bujang dan kepada yang sudah berkahwin.

Terbaru ramai yang sudah tahu, Datin Paduka Umie Aida juga sudah bertudung.
“Penyertaan saya dalam kelas agama sejak tahun lalu banyak membuka hati dan mata membuat keputusan ini. Saya bukan saja tenang apabila bertudung, malah imej ini membuatkan saya jadi seronok dan selesa. Perasaan jatuh cinta untuk memakai tudung itu semakin menebal”

“Ketika menunaikan solat tarawih, perasaan hendak memakai tudung bertambah. Tak lengkap hari tanpa mengenakan tudung. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berimej begini dan saya sudah bersedia 100 peratus” -Umie

Bekas isteri Sham Kamikaze dedah kecurangan..

Semua orang sudah mengetahui yang hubungan diantara Sham Kamikaze dengan isterinya, Nurul Halimin adalah tidak sah dan terbatal pada minggu lalu.\

Ia disebabkan pernikahan diantara mereka berdua dijalankan oleh wali hakim yang tidak diiktiraf atau tidak sah mengikut syarat-syarat sah nikah.

Namun belum selesai lagi permasalah ini, timbul lagi isu dimana bekas isterinya, Farazila mendedahkan satu lagi kecurangan Sham melalui sisipan akhbar B'Pop hujung minggu lalu.
“Sham melafazkan talak kepada saya pada jam 7 malam, 1 September 2011 bersamaan 3 Syawal. Puncanya berkaitan dengan sikap mata kerajangnya. Bukan saja dikaitkan dengan Nurul Halimin, tetapi dia juga bersama wanita lain yang berhijrah ketika itu.

Bagaimanapun Sham datang merujuk secara perbuatan di rumah keluarga saya di Batu Pahat, Johor selepas 15 hari melafazkan cerai. Saya terpaksa akur dan duduk kembali bersamanya di kediaman di USJ, Subang, sehinggalah saya ingin memfailkan penceraian pada Ogos 2012 apabila menjumpai bukti cakera keras yang merakamkan kecurangan bekas suami itu. Lima cakera keras itu kini berada di simpanan pihak polis.

“Maknanya saya masih isterinya ketika dia berkahwin secara senyap-senyap dengan Nurul Halimin. Saya dan Sham bercerai kerana saya tahu kecurangannya. Saya tahu apa yang saya katakan ini akan menjadi bahan kritikan penyokong Sham. Saya tidak peduli kerana saya tahu penyokongnya masih buta hati.

“Saya sudah beri amaran, jangan kaitkan nama saya lagi. Selama ini sudah lama saya berdiam dan sabar apabila kenyataan saya dianggap fitnah dan tuduhan liar, sedangkan Sham tahu apa yang dilakukan.

“Apakah hukumnya apabila seorang suami menafikan perkahwinannya? Bukankah sudah jatuh talak apabila menafikan perkahwinan secara terang-terangan? Adakah dengan kenyataan ini orang di luar masih mengatakan saya membuat tohmahan dan dakwaan liar. Kenapa sekarang Sham berani memutar belit kenyataan mengatakan dia berkahwin kali kedua dan bukannya berkahwin dua, sedangkan ketika berkahwin, saya masih isterinya!!

“Di sini saya berharap orang luar dapat membuat pertimbangan sendiri. Layakkan manusia sebegini diangkat sebagai pendakwah sedangkan beliau suka berbohong? Saya pelik sebagai seorang penceramah yang sibuk membetulkan kesalahan orang sana sini, tidakkah Sham tahu rukun pernikahan sehingga melantik orang yang tidak bertauliah.” -Farazila

Disangka Sharifah Amani yang meninggal dunia..

Memang agak melucukan dan tak sangka sering kali ada ucapan yang tersilap untuk di 'tag' kepada orang yang ingin ditujukan.

Pelakon dan model, Carmen Soo telah mengucapkan takziah kepada pelakon, Sharifah Amani pada hari Ahad lepas. Walhal ucapan itu adalah untuk ditujukan kepada keluarga Allayaharma Datuk Sharifah Aini yang meninggal beberapa hari lalu.

Carmen sudah memohon maaf diatas ketelanjurannya di dalam laman sosial Twitter miliknya itu. -gambar mStar

"RIP (rest in peace) Sharifah Amani (berehat dengan aman Sharifah Amani)," Carmen So

“Weh! I’m still alive and Twitting lah.” -S. Amani

Ana Dahlia bertudung sebelum bergelar isteri.. (4 gambar)

Isnin, 7 Julai 2014

Difahamkan seorang lagi selebriti kita dah mula bertudung. Namanya walaupun tidak sepopular Neelofa, Emma Maembong dan Felixia Yeap yang kini sudah ramai mengetahu diri mereka bertudung, namun yang ini kurang sikit mendapat perhatian media.

Ana Dahlia adalah orangnya yang sudah bertudung iaitu bekas isteri kepada Chef Riz. Episod Ana mula bertudung apabila dia memuatnaik beberapa keping gambar dia dengan teman-temannya di dalam laman Instagram.

Tidak kurang juga berbuka bersama seorang jejaka bernama Ubaidullah yang difahamkan menurut portal Kosmo! dia adalah bakal suami kepada Ana Dahlia yang dijadualkan perkahwinan mereka tidak lama lagi.

Nabila Huda ikut misi kemanusian (4 Gambar)

Tidak perlu dipertikaikan kontroversi yang melibatkan Nabila Huda mengenai kekasihnya, penukaran agama dan kemarahan ayahnya, Amy Search di laman sosial Instagram yang telah mendapat perhatian ramai.

Agak mengejutkan apabila baru-baru ini Nabila telah membuat kerja amal untuk mengikhlaskan dirinya mengurangi kontroversi sediada dan mengambarkan yang dia bukanlah seperti segelintir orang yang berfikiran negatif terhadap dirinya.

Terdahulu, Nabila telah pergi bersama-sama untuk menyertai Misi Kemanusiaan Prihatin Kemboja anjuran badan bukan kerajaan (NGO), Al-I'tisam Relief Program (ARP), sempena bulan puasa Ramadan ini.

Menurut sumber, misi kemanusiaan ini dijalankan selama 5 hari turut berkunjung ke beberapa buah kampung termasuk Kampung Ambel dan Phom Soi.

Tahniah, Almy Nadia sudah hamil anak sulung

Menurut laman sosial Facebook milik, Khairul Noormaaidah Zali atau Aida (pemenang musim pertama Gadis Melayu TV9) dia telah mengucapkan ucapan tahniah kepada pasangan Fizz Fairuz dengan isterinya, Almy Nadia sebab sudah hamil anak sulung.

Agak mengelirukan kenyataan ini kerana Almy sendiri belum membuat kenyataan rasmi kepada media. Namun memetik portal GUA, Almy tidak menafikan perkara ini, dia akui yang kini di dalam proses awal kehamilan.
“Alhamdulillah. Kehamilan saya masih di peringkat awal. Sepatutnya berita gembira tersebut saya tak mahu dedahkan dahulu kepada semua kerana kandungan masih baru.Tapi Aida adalah rakan baik saya, dan saya berkongsi berita ini dengan dia.

Saya faham, dia sebagai kawan turut rasa gembira dengan berita ini dan berkongsi kegembiraannya menerusi Instagram. Kalau boleh, saya enggan hebohkan berita ini, tapi perkara sudah berlaku. Jadi kini saya hanya berharap agar peminat-peminat di luar sana dapat mendoakan agar saya dan kandungan saya selamat dan baik-baik sahaja, Insya-Allah,” -Almy
Almy Nadia selamat bergelar isteri kepada Fizz Fairuz Zainal pada 26 April yang lalu.

Fasha Sandha tak menjaga sensitiviti?

Beberapa hari lalu kita kehilangan biduanita Negara, Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini. Ramai rakan selebriti yang hadir ketika hari terakhir pemakaman arwah.

Boleh dikatakan hampir 50% golongan selebriti yang hadir. Namun kemungkinan ada yang menjanggalkan apabila melihat gambar dibawah ini.

Sempat senyum-senyum apabila berada mengambil gambar bersama-sama di hari sedih, bab macam ini tidak menjaga sensitiviti ke?

Gambar yang dimuatnaik oleh Fasha Sandha dengan rakan selebiritinya Emelda Rosmila dan Emylia.

Zaquan Adha kahwin dengan Zarema?

Kalau diikutkan Zaquan Adha ni adalah suami kepada Ayu Raudhah, namu melihat keratan akhbar semalam, agak mengelirukan apabila dikatakan pasangan kepada Zarema iaitu isteri kepada kembar Zaquan, Aidil Zafuan.

Mungkin editor nya tidak membuat semakan terhadap senarai diatas dan membuatkan ramai yang gelak sinis mengenai kesilapan tidak diduga ini. Hehe. -gambar Forum Cari

Anak lelaki Linda Rafar meninggal dunia (3 gambar)

Ahad, 6 Julai 2014


LINDA Rafar menyiram air mawar pada pusara Allahyarham anak ke-2 lelakinya, Rezaimen Keiflin, 12, yang meninggal dunia akibat ketumbuhan kronik dalam perut sejak awal tahun ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, sebelum solat Zohor tadi. -Bharian

MamaDahMulaRinduAnakMama #AlfatihahForMemen #memenAhliSyurga Tunggu mama kat sana sayang BigHugs..Can'tStopThinkingOfUBabyBoy..UrSoSpecialSayang..Ppl & Allah LoveuSoMuch.. -Instagram LindaRafar
Gambar kenangan arwah Rezaimen Keiflin, hasil perkahwinan pertamanya terdahulu dengan pelumba kereta terkenal Keifli Othamn. Linda kini berkahwin dengan pelakon, Syed Aiman.