Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Fazura waktu kecil

Rabu, 25 Jun 2014

Ni la dia wajah pelakon Nur Fazura Sharifuddin yang mungkin berusia setahun. Fazura dilahirkan pada 27 September 1983 kalau korang nak tahu. Memang comel dan gemuk juga Fazura ketika dia waktu kecil kan. Sekarang dah super slim ko jah. Hehe.

Lisdawati akui langgar pantang selepas bersalin!

Rasanya sudah ramai mengetahui yang gambar photographer anak Lisdawati dan Fauzi Nawawi sudah dimuatnaik. Namun perasan kah anda mengenai kelibat Lisdawati? mungkin hanya biasa-biasa sahaja kan.

Tapi yang paling ajaib sekali, Lisdawati sudah kembali aktif sebelum berpantang selama 44 hari selepas melahirkan anak ke-3 pada 14 Jun yang lalu, apabila dia kelihatan di majlis pelancaran produk kecantikan Aisrish Fashion Cosmetik yang berlangsung di Ibukota baru-baru ini.

Dalam erti kata lain, melanggar pantang la kan. Tapi memetik portal mStar, Lisdawati enggan mengulas lanjut mengenainya.
"Jangan tanya soalan kenapa saya datang atau langgar pantang, saya datang adalah semata-mata untuk memberi sokongan kepada majlis ini dan pengasasnya.

"Saya percaya dan mengamalkan berpantang selepas bersalin, malah sejak mengandung saya ada mengamalkan peraturan tertentu terutamanya dalam hal menjaga makan.

"Cuma saya jenis yang suka keluar, bila rasa sihat sedikit saya akan keluar untuk hilangkan rasa bosan kerana duduk di rumah," -Lisdawati

Imej terbaru Aliff Aziz bagai 'mayat hidup'

Wah agak memeranjatkan imej terbaru penyanyi Singapura/Malaysia, Aliff Aziz. Rambut yang dibuatnya berwarna perang seolah-olah mengikut trend di Korea, K-pop, yang dimuat naik di dalam laman sosial Facebook dan Instagram miliknya.

Namun pun begitu, penampilannya itu bukan disukai ramai peminatnya, malah mendapat kritikan dan ejekan. Bagai mayat idup tanggapan oleh seorang pengikutnya-sumber forum Cari

Kekasih baharu Lana Nordin, Lebih matang dan muda~

Setelah putus cinta dengan Johan Asaari dahulunya berlaku, Lana Nordin sudah mendapat penganti Johan. Dia adalah jejaka kacak bernama Mas Khan.

Usia Mas Khan dalam lingkungan 20-an mengikut sumber portal mStar. Dan Lana menjalinkan hubungan dengan Mas baru sahaja sebulan couple tetapi sudah lama berkenalan.

"Dia muda lagi tapi dia seorang yang matang dan tidak suka ambil tahu tentang orang lain. Dia tidak kisah tentang kontroversi saya sebelum ini.

"Tetapi saya juga perlu berhati-hati sebab dahulu pun begini juga, saya percaya kalau tidak baik untuk saya, Allah akan tunjukannya," -Lana Nordin

Anak Azhar Sulaiman ditampar guru 10 kali!

Pelakon, Azhar Sulaiman mendakwa anak lelakinya, Andhika Rees Pahamin telah ditampar oleh guru sekolah sebanyak 10 kali di dalam laman sosial miliknya. Agak keterlaluan bila seorang guru menampar sebanyak 10 kali, sekali sudah memadai jika melakukan kesalahan oleh seorang pelajar.

Azhar Sulaiman telah membuat laporan polis berkaitan dengan hal yang terjadi itu.

Nadia Shahrul, Sammy Simorangkir belum bersedia untuk kahwin!

Selasa, 24 Jun 2014

Agak pelik kenapa personaliti TV3, Nadia Shahrul Annuar yang memilih penyanyi Indonesia, Sammy Simorangkir sebagai teman kekasihnya, mungkin sebab alasannya iaitu jodoh.

Sammy Simorangkir difahamkan bukan beragama Islam, dan disebabkan itulah Nadia dan Sammy belum bersedia ke gerabang perkahwinan.

Menurut portal mStar, Nadia tidak mahu memaksa Sammy memeluk agama Islam, namun biarlah dari lubuh hatinya yang ikhlas.
"Setakat ini kami masih belum berbincang secara mendalam untuk membawa hubungan ke tahap seterusnya (perkahwinan) kerana soal perbezaan agama di antara kami yang perlu difikirkan secara mendalam sebelum membuat sebarang keputusan.

"Kami mengharapkan yang terbaik dan soal lambat atau cepat biarlah masa dan jodoh menentukan,"

"Hubungan kami setakat ini baik-baik sahaja cuma biasalah setiap pasangan berhadapan dengan beberapa masalah dan soal agama menjadi dugaan buat kami.

"Saya sendiri pernah mengalami kegagalan dalam rumah tangga sebelum ini jadi saya tidak mahu terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan yang mungkin akan dikesali suatu hari nanti,"
Ada beberapa komentar daripada user yang sangat bernas dan rasanya ada juga tepatnya.

Falexia Yeap bakal masuk Islam bulan Ramadan ini!

Menurut portal Harian Metro, model yang kini popular kerana transformasi nya mengenakan pakaian Muslimah pada dirinya walaupun masih menganut agama asal, Falexia Yeap bakal menjadi saudara baru orang Islam atau masuk Islam kemungkinan pada bulan Ramadan nanti bersempena harijadinya.
"Jika tiada halangan, Insya-Allah saya akan mengucap (kalimah) syahadah pada Ramadhan ini bersempena dengan tarikh lahir saya pada Julai depan,”
Apabila ditanya adakah dia ingin menukar agamanya kerana teman lelakinya yang juga seorang Melayu Islam, dia menafikan tuduhan itu dan berkata dia memeluk Islam kerana sayangkan Islam dan dia memerlukan lebih masa untuk mempelajari dan mempersiapkan diri sebelum memeluk Islam.

Gambar kekasih baru Nabila Huda?

Pendedahan kali ini belum dipastikan lagi kesahihan empunya badan. Namun melihat daripada beberapa sumber, mereka yakin ini lah lelaki yang bergelar kekasih kepada Nabila Huda.

Tambahan sumber itu lagi, lelaki berkenaan diberikan nama jolokkan, ‘Bert’ dan juga merupakan pemilik restoran Kulkats Barrio di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Damansara.

Wardina salahkan kerajaan isu budak OKU! siapa ADUNnya?

Beberapa hari lalu, imbul berita panas mengenai seorang kanak-kanak orang kurang upaya yang dijumpai ketika serbuan oleh pihak berkuasa dari rumah ke rumah.

Namun adik berkenaan kini sudah di dalam penjagaan rapi dan diberi layanan terbaik oleh kerajaan.

Bagi Wardina pula, isu seperti ini ada lah berpunca daripada kelemahan kerajaan dan menyalahkan kerajaan melalui laman sosial Instagram miliknya,.

Ni Adun Nilai tak turun Padang ke..

“Ini berlaku salah satunya berpunca dari ibu bapa remaja OKU itu tidak diberikan bantuan. Saya (di sini mahu) bandingkan bagaimana kita masyarakat orang Islam melayan anak anak istimewa ini dengan negara yang kononnya kafir,

“Di Australia, ibu bapa kepada anak OKU akan diberi pelbagai keistimewaan seperti elaun bulanan yang tinggi. Malah kawan saya mempunyai anak OKU kedua dua suami dan isteri tidak perlu bekerja kerana disuruh kerajaan untuk fokus menjaga anaknya yang OKU”

“Anak anak OKU dihantar ke terapi secara percuma. Dihantar ke sekolah OKU berkualiti dengan percuma dan ibu bapa diberi cuti percuma setiap tahun kerana kerajaan faham betapa tertekannya untuk menjaga kanak kanak istimewa ini”

“Ya, itu negara kafir. Anak anak istimewa dan OKU kita pula? Di mana nilai kita? Terpaksa ibu bapa memikul beban tanpa pertolongan dan sistem sokongan yang padu dari mereka yang sepatutnya. Saya cuma berkongsi realiti, terimalah,” petikan instagram Wardina

Isu Wechat, Sikap Zarema terjawab - Rita Rudaini

Isnin, 23 Jun 2014

Memetik portal MediaHiburan, sebelum itu, Rita Rudaini ada membidas kenyataan isteri baru bekas suaminya, dimana Zarema yang didakwa telah menyekat komunikasi diantara Aidil dengan anak-anaknya.

Kemudian, Aidil membalas agar Rita menghentikan memburukkan isteri barunya itu.
"Apa yang saya beritahu sebelum ini semuanya daripada mulut Aidil sendiri. Kalau bukan dia yang cakap isterinya itu yang sekat aplikasi Whatssapp dan Wechat, mana mungkin saya boleh tahu dan berkata sedemikian. Aplikasi Whatsapp itu disekat sebelum mereka berkahwin dan Wechat itu pula selepas berkahwin.

"Aidil yang meminta saya muat naik aplikasi Wechat sebab senang nak berhubung dengan anak secara 'video call'. Saya menolak sebab tidak suka menggunakan aplikasi yang jarang digunakan. Akhirnya saya akur kerana dia menggunakan alasan anak-anak.

"Selepas muat naik, dia sempat buat panggilan video sekali sahaja dan disekat oleh isterinya tiga hari selepas itu kerana kantoi dia berhubung dengan saya dan anak-anak. Kemudian, Aidil menghubungi saya menggunakan nombor lain. Saya tanya, mana pergi telefon lagi satu dan Aidil menjawab isterinya ambil.

"Bila saya tanya kenapa, dia jawab lagi isterinya itu terjumpa 'history' panggilan video yang pernah dibuat sebelum ini. Saya cakap dengannya, kenapa perlu takut sedangkan apa yang dia buat itu adalah untuk anak-anaknya sendiri.

"Aidil juga cakap, dek kantoi dengan aplikasi Wechat itu dia dan isterinya bergaduh sehingga habis barang-barang di rumah dipecahkan,"
Dalam hal berkaitan, Aidil dikatakan sering meluahkan mengenai isterinya itu sebelum mereka bernikah atau pun sesudah bernikah. Agak memeranjatkan sehinggakan Aidil enggan meneruskan hasratnya berkahwin lagi.
"Pernah satu hari Aidil datang dengan menaiki kereta lain. Bila saya tanya mana kereta, dia jawab perempuan tu ambil sebab tak benarkan dia jumpa anak. Aidil siap cakap, dia tebalkan muka untuk meminjam kereta kawannya semata-mata mahu pergi jumpa anak.

"Dua minggu sebelum mereka dinikahkan, Aidil juga mengadu yang dia tak mahu kahwin. Dan ketika dia cakap hal itu, Aidil mengatakan bakal isterinya itu sedang berparti di luar. Saya cakap dengannya, sepatutnya hal ini mengadu pada ibu bapanya, apa yang Aidil cakap adalah dia takut.

"Selain itu, Aidil juga pernah sewakan saya dan anak-anak sebuah bilik di hotel ternama di KL bagi memudahkannya pergi berjumpa anak. Sedangkan pada hari itu saya kena balik kampung. Mengenangkan dia teringin sangat nak jumpa anak-anak, saya batalkan penerbangan. Dan hal itu juga diketahui oleh bakal isterinya.

"Tidak hanya itu, Aidil juga mengadu yang habis duitnya digunakan bagi menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan di sebelah pihak perempuan,"

"Aidil ada cakap yang perempuan itu menggunakan akaun Instagramnnya untuk membalas semua komen-komen peminat yang mengkritiknya,"

"Saya bukan perempuan yang senang nak diperkotak-katikkan. Dia gunakan persengketaan kami untuk menutup salahnya. Apa yang saya ceritakan ini bukan fitnah tapi semuanya daripada mulut Aidil sendiri. Saya perlu bela diri kerana saya memang jenis yang lantang dan telus daripada bersikap 'silent killer' seperti dia," -Rita Rudaini.

Allahyarham Tan Sri Nasir P.Ramlee paras kaki je - Sharnaaz

Agak keterlaluan kenyataan yang dilemparkan oleh Sharnaaz Ahmad terhadap lagenda seni tanah air, Allahyarham Tan Sri Nasir P.Ramlee. Dimana Sharnaaz beranggapan yang seniman agung itu diletakkan tarafnya pada 'paras kaki' sahaja.

Kenyataan itu dibuat dilaman sosial Instagram untuk membandingkan ayahnya, Basir Ahmad bersempana ulang tahun ayahnya itu.

Memetik portal mStar, cucu kepada Allahyarham Tan Sri Nasir P.Ramlee, Najua membidas kenyataan Sharnaaz itu dan menganggap kenyataan Sharnaaz itu hanya pandangan bersifat pribadi dan tidak bagi semua golongan masyarakat.
"Saya dan keluarga sudah tidak kisah dan lali dengan pandangan dan hinaa orang ramai tentang Allahyarham.

"Kalau nak diikutkan apa yang Sharnaaz cakap itu hanya sikit jika ingin dibandingkan tomahan orang lain yang lebih teruk daripada itu,” -Najua
"Saya tidak rasa itu salah dan ia hanya gurauan sahaja, lagi pula saya ingin memberitahu tentang kelebihan bapa saya berbanding P.Ramlee di sudut pandangan mata saya sebagai seorang anak.

"Perkara tersebut seharusnya tidak menjadi isu kerana saya baik dengan keluarga serta anak-anak Allahyarham P.Ramlee dan mereka duduk berhampiran sahaja dengan rumah kami.

"Saya rasa pihak mereka pun tidak kisah dan menganggap ia hanya sekadar gurauan sahaja," -Sharnaaz
Nak bergurau pon agak-agaklah tuan, bergurau kat orang yang sudah meninggal dunia, kalau dia masih hidup, rasanya boleh lagi tuan kena maafkan.

10 Gambar sesi photogrpher anak ke-3 Fauzi, Lisdawati

Memang sudah menjadi trend, apabila anak sudah dilahirkan satu sesi photographer dijalankan untuk mengambil kenangan anak berkenaan ketika di usia mudanya.

Anak ke-3 Fauzi Nawawi dan Lisdawati adalah anak yang bertuah, Ahmad Nur Fyrdaus yang lahir pada 14 Jun lalu, telah menjalani sesi photographer bersama-sama ahli keluargnya, dan juga dua orang kakaknya.

Amy Search bengang kat Nabila Huda

Wah memang bersikap kebapaan sangat Amy Search apabila mendapat anaknya, Nabila Huda pergi bercuti ke luar negara bersama 'kekasih' nya. Dan isu yang melibatkan penukaran agama oleh seorang pengikutnya di laman sosial Instagram.

Amy yang memuatnaik sekping gambar di laman sosial miliknya, membidas dan cukup marah akan isu yang melanda anaknya itu.

Tahniah! Erin Malek sudah bertunang (17 Gambar)

Tahniah kepada pelakon, Erin Malek yang kini menjadi tunang orang, Farriz Fauzy yang diadakan pada hari Sabtu lalu, dekat Duta Suria Residency Ampang.

Usia Erin yang kini mencecah 20 tahun bertunang dengan Farriz berusia 30 tahun. Menurut portal mStar, pihak lelaki menyerahkan 5 dulang hantaran yang berupa tepak sirih, sirih junjung, sepasang kain, kain telekung dan kek. Erin pula membalas dengan 7 dulang hantaran terdiri daripada jambangan sirih junjung, cincin, sepasang kain, set wangian, buah-buahan dan dua dulang manisan.

Majlis kemudiannya disusuli dengan adat menyarung cincin yang sempurnakan oleh ibu Farriz, Wan Nor Azmah. Kedua-dua pihak keluarga bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 10 Oktober depan. Gambar instagram.com/mazazitv

41 Gambar akikah anak Ashraf Muslim, Wan Sakinah

Ahad, 22 Jun 2014

Baru-baru ini berlangsung satu majlis akikah untuk anak Ashraf Muslim dengan isteri ke-2 nya, Wan Sakinah telah berlansung. Nama anak mereka itu Sarah Ashraf Muslim yang kini berusia nak masuk usia 3 bulan.

Turut hadir bersama isteri pertama Ashraf Muslim, Noor Dayana. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. :)

Azwan Ali anggap Adibah Noor sebagai Dinasour!

Jumaat, 20 Jun 2014

Keinsafan Azwan Ali memang tidak perlu dipertikaikan lagi, kadang kala berubah menjadi alim kadang kala mulutnya menjadi laser sekali. Akibatnya ramai yang tidak menyukai akan kehadiran Azwan Ali.

Baru-baru ini terjadinya perang Twitter diantara Azwan Ali dengan Adibah Noor, Azwan yang memberikan hint penghinaan tanpa memberikan nama empunya yang dihina itu.

Adibah adalah orang yang sangat terkesan dengan kenyataan Azwan itu. Tidak diketahui apa punca dan sebab Azwan mengeluarkan kenyataan yang sangat tidak professional itu.

Diana Danielle bengang dengan Nora Danish!

Memang tak lari kemana Nora Danish kali ini, dah episod akaun palsu untuk memburukkan dia belum selesai, timbul pula satu lagi isu dimana kali ini melibatkan Diana Danielle.

Kisahnya bermula, apabila Nora Danish dan Farid Kamil membuat pelancaran filem 'Pengantin Malam' baru-baru ini. Dan sekeping gambar yang menunjukkan mereka berdua tengah bergambar untuk tujuan promosi.

Namun mata tajam Diana melihat gambar itu sungguh janggal, dan tak senang duduk. Lalu, disebabkan itu, Diana memberikan komen pedas kepada Nora Danish.

Tapi bagi admin, tak salah buat Nora dan Farid, sebab mereka hanya melakukan kerja dengan professional, Diana kena faham di dalam dunia pelakon ni kan. kiki

Yana Samsuddin diganggu gangguan seksual oleh Roslan Ali

Lagi sedih kalau ada komen dari laman sosial yang menggunakan perkataan lucah terhadap post/gambar yang kita updates. Manusia seperti ini menyalahgunakan kebebasan dan tidak ada maruah untuk berbuat demikian.

Kali ini berkisar dengan pelakon, Yana Samsuddin yang dikatakan oleh seseorang dengan kata-kata lucah. Gambar yang menunjukkan Yana dengan beberapa biji buah strawberi di sebuah tempat peranginan yang tidak dikenal pasti.

Awal Ashaari beri nampak gambar orang hina isterinya!

Sapa kata Awal Ashaari tidak memerhatikan komentar di setia post kat Instagram miliknya? nah sekarang sudah terhantuk kepala apabila Awal mendedahkan kepada umum gambar orang yang menghina isterinya, Scha al Yahya ketika majlis baby shower beberapa hari sebelum itu.

Komen yang agak sadis dikeluarkan oleh seseorang itu dibalas oleh Awal dengan.

"Doakan semoga si polan atau anaknya nanti jadi orang yang baik baik, amin."

"You can change your IG name all you want but you cant change that ugly attitude of yours. I kasi u free publicity malam ni. I'm sure this is what u want, B."

Rumah Mamat Khalid di rompak!

Khamis, 19 Jun 2014

Khalid mengalami kerugian lebih RM100,00 apabila kediaman teres dua tingkat miliknya di Lebuh Hillview, Taman Ipoh Jaya Timur, di sini dipecah masuk sekumpulan tiga lelaki, awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, disedari isteri beliau, Hasmah Hassan, 50, ketika bangun untuk solat Subuh.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), ketiga-tiga penjenayah itu memasuki kediaman berkenaan pada jam 3.30 pagi melalui tingkap bahagian tepi rumah yang diumpil.

Hasmah berkata, antara barangan yang dilarikan termasuklah sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton, kamera antik milik Mamat Khalid, iPad, gajet mainan mudah alih (PSP) dan wang tunai RM500.
”Sebaik dapat masuk rumah ini, mereka kemudian mengambil kunci pintu utama rumah dan pagar serta kunci kenderaan yang berada dalam mangkuk di atas piano berhampiran pintu utama rumah.

“Ketika itu, hanya saya dan dua anak iaitu Mohd Khalid Adam, 19, dan Nurhassanah, 14, berada di rumah, sementara Mamat Khalid sedang menjalankan penggambaran filem di Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI), Tanjung Malim,

"Saya memang terkejut dengan kejadian ini dan hanya mampu menangis,” katanya.
Difahamkan, ia merupakan kejadian kedua, sejak mendiami rumah berkenaan, 10 tahun lalu.

Hasmah berkata, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kampung Rapat pada jam 11 pagi selepas itu.

Katanya, siasatan lanjut tidak menemui sebarang kesan cap jari, namun pihaknya sudah menyerahkan rakaman CCTV kepada polis dalam bentuk cekera padat untuk siasatan. -petikan SinarHarian

Raja Azmi akui niat betudung kerana perniagaan tudung!

Agak terkejut mendengar kenyataan Raja Azmi baru-baru ini yang memetik laporan mStar dimana dia mengakui sebab lain dia bertudung adalah kerana mengembangkan lagi cabang perniagaan tudung yang diterokainya sekarang, tudung Raja Azmi For Variente Hijab.

"Adakah saya berhijab kerana mahu mulakan bisnes rekaan tudung? Ada kebenarannya perkara itu.

"Saya tak berani nak nafikan tentang perkara itu kerana niat bertudung dan mahu menjalani bisnes rekaan tudung datang seiring,"
Raja Azmi berkata, selepas membuat sembahyang sunat tahajud selama tiga malam, barulah dia mendapat jawapan dan terbuka hati agar bertudung.

Irma Hasmie bakal timang anak ke-2 berjantina perempuan!

Memetik sumber portal mStar, Irma Hasmie dan suaminya, Reza Syah Azmeer yang diketahui umum bakal menimang cahaya mata ke-2 tidak lama lagi.

Baru-baru ini Irma yang ditemani suaminya, pergi membuat pemeriksaan lanjut, dan mendapati mereka bakal menimang cahaya mata berjantina perempuan.

Irma yang sangat terkejut dengan pengesahan doktor itu mengakui dia berasa bersyukur kerana doanya termakbul dimana sebelum ini dia inginkan anak perempuan.
"Mula-mula saya resah juga kerana sudah beberapa kali buat imbasan sebelum ini masih belum nampak jantinanya dan Alhamdulillah akhirnya doktor mengesahkan bakal mendapat bayi perempuan.

"Saya paling teruja berbanding suami kerana saya memang mengimpikan mendapat anak perempuan dan Insya-Allah lengkap keluarga kami kerana sebelum ini saya sudah dapat anak lelaki," Irma Hasmie