Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Jangan berkira dengan anak! -Rita Rudaini

Sabtu, 5 April 2014

Aidil Zafuan beberapa hari lalu telah menyatakan yang dia mampu memberikan RM2000 kepada Rita Rudaini untuk menjaga anak-anak mereka iaitu sebagai nafkah selepas mereka bercerai.

Reaksi Rita Rudaini yang memetik Bharian semalam, dia berasa sebak dan mempertikaikan jumlah wang berkenaan. Namun Rita juga mampu memberikan kehidupan anak-anak mereka, namun keutamaan dan perhatian Aidil terhadap sepertinya kurang.
“Saya sangat sebak sewaktu mendengar pengakuan Aidil. Bayangkan kos sara hidup sekarang bukannnya murah, yuran sekolah saja sudah mahal. Belum lagi termasuk makan pakai dan sakit pening. Saya tidak tahu hendak kata apa”

“Dia tidak sepatutnya berkira dengan anak. Janganlah disebabkan terlalu ingin menjaga hati banyak pihak, dia sanggup korbankan kebajikan anak, sedangkan dia sepatutnya mengutamakan anak terlebih dahulu,” -Rita

Radhi, Shahira selamat bergelar suami isteri (5 gambar)

Sekali lagi ucapan tahniah kepada penyanyi, Radhi OAG yang selamat bergelar suami kepada pasangannya, Nur Shahira Ayu pada hari Jumaat sekitar jam 10 pagi di Masjid Sultan Salahudding Abdul Aziz Shah.

Radhi menyerahkan mas kahwin bernilai RM3000 dengan wang hantaran sebanyak RM30,000. Untuk hantaran pula, Radhi memberikan 12 dulang dengan dibalas 14 dulang oleh Shahira.

Untuk pengetahuan, Radhi sudah mempunyai anak hasil perkahwinannya sebelum ini, namanya Muhammad Rifdhi Muslim. -sumber mStar

Tahniah, Julfekar, Yasmin sah suami isteri (10 Gambar)

Tahniah kepada komposer Julfekar (duda anak 4) yang selamat bergelar suami dengan sekali lafaz kepada pasangannya, Nurul Yasmin pada hari Jumaat di Masjid Kota Damansara selepas solat Jumaat.

Memetik portal mStar, mas kahwin pernikahan itu adalah RM1000 dan wang hantaran tidak diberitahu. Julfekar memberikan 7 dulang hantaran dan dibalas 9 oleh Nurul. -gambar RedPhorography

Gambar Liyana Jasmay mengandung terkini

Jumaat, 4 April 2014

Beberapa hari lalu, Liyana Jasmay ditemui ketika satu majlis pelancaran Samsung Galaxy S5 di ibu negara. Kelihatan Liyana jasmay yang hamil nak 7 bulan datang sekaligus nak beli satu, jadi kesempatan itu diambil dirinya untuk mengambil beberapa gambar. -instagram LiyanaJasmay

tragedi MH370 akan difilemkan oleh orang Barat!

Pasukan produksi filem di Hollywood bakal menerbitkan filem versi insiden MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Penerbit Eksekutif filem thriller 'Red Eye', J.C Spink mengesahkan bahawa projek filem itu sudah mula dibangunkan oleh rakan-rakan sepasukannya.

"Kami sudah mula merancang filem ini, buat masa sekarang sudah ada 50 orang sedang menguruskan 50 buah projek yang berlainan bagi menghasilkan filem yang seakan sama dengan MH370.

"Ada sesuatu yang terjadi dalam penerbangan MH370, yang kita semua tidak tahu, misteri kehilangannya merupakan satu idea yang bagus untuk filem ini," katanya.

Walau bagaimanapun, menurut laporan The Star, penerbit filem dan salah seorang pengasas KRU Studio, Yusry Abdul Halim tidak akan memfilemkan tragedi MH370.

Menurut pengarah filem Vikingdom itu, tragedi yang menimpa MH370 merupakan insiden yang terlalu sensitif kepada keluarga penumpang pesawat terbabit.
"Sebagai rakyat Malaysia, saya faham ia satu isu yang amat sensitif, tapi bagi studio di Hollywood mereka bebas untuk mengfilemkan kisah ini kerana ia tidak menyentuh sensitiviti mereka," ujarnya. -SinarHarian
PS: memang lah ni orang Amerika dan Barat takde otak, tak tahu menjaga sensitif orang yang menimpa musibah, jangan kan hal seperti ini, agama Islam pun mereka berani bermain api dengannya.

Fasha Sandha jadi duta Avon

Tahniah kepada pelakon Fasha Sandha, mengikut sumber dia telah menjadi duta kepada produk kecantikan terkenal Avon (Malaysia) buat masa ini.

Ini dibuktikan lagi dengan gambar dia dekat majalah terkenal berkenaan. Baguslah macam itu, dengan berbadan dua lagi, Fasha masih boleh mengekalkan kecantikan sedia ada. :)

Gambar Datuk Siti Nurhaliza nampak leher

Baru-baru ini Datuk Siti Nurhaliza ada pergi membuat satu latihan untuk sebuah nyanyian. Dalam dia membuat latihan tu terselit pula gambar dia pakai tudung tapi tak penuh (menampakkan leher).

Gambar seperti ini tak sepatutnya dimuatnaik, dan ini menunjukkan yang Datuk Siti belum sedia lagi sepenuhnya memakai tudung penuh.

Apa-apa pun kita tahu dan mengerti, setiap orang tak lepas daripada kesilapan, jadi tepuk dada tanya iman. -gambar forum Cari

10 Gambar Fazura ke Eropah

Ini adalah beberapa keping gambar Fazura dengan saudaranya kalau tidak silap telah pergi ke beberapa tempat menarik sekitar Eropah. Tidak dipastikan samaada ianya satu percutiaan atau shooting di sana.

Apa-apa pun jom kita layan gambar yang menunjukkan kemanisan wajah Fazura ni.

'Kau ni.. Bodoh Betul La' - Jep Sepahtu

Khamis, 3 April 2014

Memetik portal Kosmo!, pelawak terkenal dan disukai ramai, Jep Sepahtu dikatakan telah membuat hal. Ianya bermula daripada seorang peminatnya yang menghantarkan email menyatakan rasa luahan kesal terhadap Jep.

Kejadian berlaku ketika satu perlawanan bola sepak yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil membabitkan pasukan Super Lawak FC pada 23 Mac lalu.

Ketika itu, si peminat ni nak mengambil gambar dengan Jep, tapi ditolak oleh Jep dengan kata-kata yang kesat sekali
“Kau ni kejap lagi tak boleh ke? Bodoh betul la.” -Jep
Malah ramai lagi yang menyaksikan kejadian ini, si peminat rasa cukup sedih dan terkilan..

Video Scha al Yahya hamil

Baru-baru ini Scha al Yahya dengan suaminya, Awal Ashaari telah mengadakan sesi photography oleh majalah MediaHiburan untuk edisi akan datang di studio mereka.

Kelihatan Scha yang berbadan dua itu dengan usia 4 bulan lebih adalah fakus utama majalah berkenaan untuk ambil gambar mereka berdua.


Gambar bentuk badan Kilafairy

Tidak dinafikan senaman dan aktiviti yang menyihatkan pastinya dapat menghasilkan sesuatu yang menarik perhatian terutama dibahagian tubuh.

Itulah yang berlaku kepada pelakon, Kilafairy apabila kelihatan tubuhnya memang langsing dan menarik sekali.

Melihat daripada gambar yang dimuatnaik, pastinya dia seorang yang aktif bersukan seperti boxing, pergi gym dan juga aktiviti fitness.

Gambar pegang tangan Ketih Foo oleh Ziela Jalil..

Ziela Jalil kini hangat digosipkan dengan pelakon kacak, Keith Foo kerana dilihat secara mata kasar hubungan mereka kelihatan agak mesra. Namun kemesraan mereka disalah anggap sehingga menimbulkan gosip dimana mereka menjalinkan hubungan cinta.

Bahkan beberapa keping gambar mereka bersama sambil bersentuhan dilihat dimuatnaik ke Instagram sehinggakan ada insan prihatin yang mengritik tindakan Ziela berkenaan kerana dianggap tidak mencerminkan budaya Islamik (pakaian).

Memetik laporan HarianMetro, Ziela menafikan ada hubungan cinta dengan Keith sebaliknya dia menganggap Keith sebagai adiknya dan juga mirip wajah anaknya.
“Saya dikata macam-macam seolah-olah ada hati dan nak menggatal dengan mereka. Kalau suka, aksinya tak begitu. Baik saya peluk saja mereka dari belakang! Saya anggap mereka semua ini macam adik-beradik. Apatah lagi muka Keith pun ada iras muka anak lelaki saya Jufri. Saya tak fikir soal lain pun ketika itu”

“Keith datang bertemu saya berkenaan isu kontraknya yang ada masalah sebelum ini. Sesudah itu kami bergambar. Ketika itu saya terfikir kalau masukkan gambar ini di Instagram pasti akan jadi isu. Tapi apa salahnya saya berkongsi gambar ini dengan peminat”

“Memang betullah selepas itu teruk saya kena kutuk. Mulanya saya tak nak jawab kerana beranggapan suka hatilah sesiapapun nak kutuk. Tapi saya bengang apabila ada yang kaitkan nama anak saya dan suruh mereka ajar saya. Tak perlulah nak ajar mereka sampai begitu sekali. Cara mereka bukannya nak menasihat tapi lebih untuk mengaibkan orang”

“Memang saya pegang tangan Keith dan saya tak katakan perbuatan ini betul, tapi cara menegur itu salah. Saya bukan sempurna, bagaimanapun sebagai manusia kita perlu amalkan adab hubungan dengan Allah SWT dan hubungan dengan manusia”

“Sekali lagi saya katakan cara menegur itu yang tak kena kerana ayat yang digunakan sangat melampau,” -Ziela Jalil

Gambar Ummi Nazeera terkini

Cantik dan manis itulah dia pelakon, Ummi Nazeera yang jarang sudah kita lihat di kaca tv mahupun dunia filem. Namun sejak dia bertudung ni, pendekatannya pada bidang agama amat meningkat.

Semoga dapat jodoh dari kalangan orang alim dan baik-baik ah Ummi, semoga berjaya dunia dan akhirat. :)

Polis sedia jaga Hanez Suraya!

Rabu, 2 April 2014

Kontroversi Hanez Suraya dengan suami orang masih lagi hangat diperkatakan, pun begitu ianya tidak menjejaskan sedikt banyak kerjayanya sebagai anak seni, tapi mungkin sahaja kekurangan peminat.

Memetik laporan mStar semalam, Hanez yang dijadualkan akan berlakon untuk pementasan teater Projek Kahwin di Istana Budaya akan di 'jaga' oleh polis berpakaian biasa.

Ini disahkan lagi oleh pihak Istana Budaya, sebagai langkah berjaga-jaga kerana difahamkan Hanez menerima ugutan daripada pihak yang tidak berpuas hati terhadap kontroversi yang melanda dirinya.

Teater Projek Kahwin akan berlangsung pada 11 hingga 14 Jun, sementara enam hari pementasan awal iaitu pada 6 hingga 10 akan dilakonkan oleh Kilafairy.

Video Pesanan Neelofa..

Nak tahu apa Neelofa nak beritahu anda semua, untuk sesiapa yang ada like fan page Facebook Neelofa je ah. Yang takde, baik tak payah tengok. hehe. -video Forum Cari

Isu Nafkah, Mercedes dari Aidil Zafuan

Walaupun sudah berumahtangga baru, bekas suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan telah pergi ke mahkamah semalam atas perbicaraan mengenai nafkah yang patut diberikan kepada Rita Rudaini.

Memetik portal Bharian, Aidil mengakui mampu memberikan RM2000 sebulan untuk bekas isterinya itu. Jumlah itu diberikan selepas dia keluar rumah di kota Damansara pada Januari 2012, tapi tidak untuk bayaran tertentu.
“Ketika tempoh perkahwinan, saya memberikan (kepada Rita) RM5,000 untuk bayaran rumah, makan minum dan pengangkutan.

“Bagaimanapun, sejak keluar (rumah) saya hanya bagi RM2,000 sebulan, selepas ditolak tanggungan rumah RM3,000. Saya tolak sebab majikan ketika itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sediakan rumah, jadi tak perlu bayar, ”
Pada prosiding itu juga, peguam syarie turut membangkitkan pemilikan sebuah kereta Mercedes milik Aidil yang tidak pernah disebut oleh pemain bola sepak itu pada perbicaraan terdahulu.

Menjawab soalan itu, Aidil mengaku membeli kereta berharga RM240,000 itu pada 2012, dengan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM3,000.

Katanya, ansuran itu dibayar majikannya berdasarkan perjanjian dipersetujui ketika menandatangani kontrak untuk bersama pasukan terbabit.

Perbicaraan bersambung pada 9 dan 25 Jun ini.

Fadzil Zahari kekasih Yana Samsudin?

Dalam diam, adik kepada Farid Kamil, Fadzil Zahari memiliki hubungan rapat dengan Yana Samsudin. Buat masa ini Fadzil mengakui mengenali hati budi masing-masing.

Dia juga tidak menolak jika dijodohkan dengan Yana Samsudin (jika Yana menerima lamarannya) menurut laporan SinarHarian.
“Saya memang terlalu rapat dengannya. Mungkin jika ada keajaiban jodoh saya dengannya saya tak menolak. Yana seorang yang baik dan memahami,

“Kalau di masa akan datang sudah ditakdirkan saya berjodoh dengannya saya akan terima. Sekarang kami masih diperingkat teman paling rapat dan serasi,” -Fadzil

Ayah Ac Mizal Meninggal Dunia

Selasa, 1 April 2014

Salam takziah kepada pelakon dan pengacara Dato' Ac Mizal diatas kepermergian ayahandanya, Dato' Zaini Hashim ke Rahmatullah pada hari Sabtu yang lalu.

Arwah menghembuskan nafas terakhir di Sunway Medical Center dan kemudian dibawa ke Muar untuk dikebumikan setelah solat Zohor. -gambar MediaHiburan


Noryn Aziz hamil 4 bulan setelah 4 tahun kahwin!

Memetik sumber mStar, penyanyi Noryn Aziz dikhabarkan sudah hamil aka berbadan dua sejak bulan Januari lalu. Ini adalah hasil perkahwinannya dengan Datuk Raja Kamarul pada tahun 2010 yang lalu.

Saat ini Noryn dan suaminya adalah orang yang bahagia menantikan saat bergelar ibu dan ayah.
"Sebelum ini macam-macam cara saya dan suami ikhtiar untuk mendapatkan zuriat namun tidak berjaya.

"Alhamdulillah usaha dan doa kami berdua akhirnya membuahkan hasil dan saya kini sedang hamil empat bulan dan dijangka bersalin pada September depan," -Noryn Aziz

Jaclyn Victor umum tarikh perkahwinan

Semalam, Jaclyn Victor yang berusia 36 tahun akan mengumumkan tarikh perkahwinannya tidak lama lagi. Ianya menjadi bukti apabila dia sendiri memuatnaik gambar pasangan kartun berbaju pengantin.

Sebenarnya tarikh berkenaan sudah lama disimpan oleh Jaclyn sendiri namun bagi menghormati mangsa MH370 jadi dia terpaksa menundanya sehingga semalam kepada peminatnya.
I AM GETTING MAR. . . . Hello semua. This morning I have some good news to share with you. A little secret yang terpaksa kusimpan sejak awal bulan haritu, bagi menghormati semua yang terlibat dalam penerbangan MH370. So firstly, I apologise for making this announcement at this difficult time. I pray for everyone on board the flight. Marilah kita semua sama sama berdoa supaya family dan kawan -instagram Jaclyn

Erra dan Engku sambut harijadi Alessya

Tak sangka bila sudah bercerai diantara Erra Fazira dengan Engku Emran kini dipertemukan atas dasar untuk mengembirakan anak mereka,

Tengku Alessya yang menyambut harijadi ke-5 nya baru-baru ini.

Majlis sederhana itu dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan Erra serta Emran di sebuah beach.

Shila Amzah bernyanyi pakai skirt pendek!

Aik biar betul ni, Shila Amzah memakai skirt jarang aka pendek ketika dengan legging warna kulit yang seakan-akan dia memakai tudung sambil berskirt.

Menurut laporan MalaysianGazette, tindakan Shila memakai pakaian seperti itu mencerminkan tindakan negatif ke atas semua orang Islam.

“Di Malaysia, rasanya belum ada penyanyi yang pakai macam tu. Walaupun masih menutup aurat, tapi legging yang sememangnya ketat dan warna seakan warna kulit boleh memberi pandang negatif masyarakat China tentang cara menutup aurat untuk wanita Islam”

“Nanti masyarakat China ingat, etika menutup aurat macam yang Shila pakai pula. Bertudung tapi boleh pakai skirt pendek dan dipakai bersama legging,”