Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Amirul Kembar Johan Asaari

Jumaat, 6 Disember 2013

Dalam tak disangka, ada juga kembar kepada pelakon Johan Asaari yang juga seorang pelakon. Amirul Ariff dikatakan mirip kepada Johan ketika melihat wajahnya. Dan dia akui memang ramai yang menyangka demikian.

Dalam perkembangan lain, Amirul merupakan pelakon utama untuk filem Kolumpo yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Gambar Keluarga Datuk Eizlan Yusof edisi Disember

Khamis, 5 Disember 2013

Ini adalah edisi Disember 2013 gamba anak kepada Datuk Eizlan Yusof dan juga isterinya Datin Vie Shantie. Anaknya yang kecil, Vie Zaalia kini dah masuk 4 bulan usianya. Memang putih-putih keturunan mereka ni. Emak dia, si Vie ni jangan lah cakap, macam remaja masih gitu. Eizlan pula jarang bersama-sama keluarga, katanya sibuk gitu. -Instagram VieShantie

Lagu Maya Karin di Radio Switzerland

Bangga lah juga kan kita kalau lagu dari negara kita diudarakan di radio kat negara asing. Kalau kat Indonesia itu tak lah mengempakkan sangat kalau lagu selebriti tempatan kita diudarakan kat sana, tapi kali ni kat Switzerland ko jah.

Memang hebat, nanyian lagu Bintang Syurga oleh Maya Karin telah menjadi tetamu jemputan di stesen radio, Radio Television Suisse baru-baru ini menurut portal Utusan.

Politik Dalam Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang Terjawab

Filem pertama lakonan gandingan pelawak Shiro dengan Ustaz Azhar Idrus menerusi filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang. Admin ada pergi menonton filem ni Jumaat lalu, kat dalam panggung tu tak sampai 20 orang yang tengok.

Tapi sebab nak lihat penampilan Shiro ni, jadi admin pergi lah menonton. Lihat punya lihat, memang lawak juga, tapi babak terakhir sepertinya ada sedikit unsur2 politik.

Bab2 politik ni, admin tak nak campur, kang ramai yang hantam admin pula kan. Memang banyak persoalan filem yang mengaut untung RM1.4 juta (4 hari), antara persoalan2 yang dijawab oleh laman rasmi Metro Wealth Picture adalah:
1. Bayaran Ustaz Azhar Idrus Bayaran yang diberi berpatutan mengikut nama Ustaz Azhar Idrus itu sendiri. Kami ingin memasukkan seberapa tinggi nilai komersial yang boleh di dalam filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang dan bukan kesalahan Ustaz Azhar Idrus untuk menerima bayaran tersebut kerana ianya adalah setimpal dengan imej Ustaz Azhar Idrus yg mampu memberi aura kepada filem tersebut dan ternyata aura tersebut ada dalam filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang. Sebagai bukti 4 hari filem Ustaz Mu Tunggu aku Datang ditayangkan, ianya telah berjaya mengutip RM1.4 juta.

2. Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang menjadi bahan politik. Isu ini adalah sensitif jika dibincangkan. Namun sewaktu menjalankan pengambaran, tak terlintas oleh kami bahawa filem ini dibuat untuk mana-mana pihak. Ia hanya dakwah untuk semua.

3. Komedi di dalam Dakwah. Komedi adalah satu elemen yg boleh menarik mnat semua orang. Semua suka komedi dan ketawa. Kami yakin Ustaz Azhar Idrus adalah calon yang sesuai berdasarkan imej beliau yang berdakwah secara santai. Bayangkan jika filem dakwah ini disampaikan secara seram/aksi, bukan mudah untuk para penonton menerima dakwah & mesej yang ingin disampaikan. Komedi juga subjektif bagi setiap individu. Ada yang komedi ringan pun dah gelak macam bumbung nak jatuh tapi ada pula yang buat lawak sampai bumbung jatuhpun takkan gelak. Apa yang penting ialah mesej yang disampaikan dapat diterima oleh para penonton.

4. Serangan peribadi kepada Ustaz Azhar Idrus. Tindakan yang tak wajar diluahkan di media sosial. Ustaz Azhar Idrus adalah seorang ustaz yang menyampaikan ilmu agama. Sekiranya kita tak suka pada peribadi & perwatakan ustaz pun, tak sepatutnya kita cakap camtu. Kami anggap nie satu serangan peribadi kepada ustaz. Namun satu keperibadian yang tinggi pada Ustaz Azhar Idrus yang patut dipuji apabila tidak membalas balik apa yang dikatakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.



Deja Moss Kini Bertudung

Dalam tak disangka Deja Moss kini sudah bertudung penuh. Ianya sekaligus menyempurnakan gelarannya sebagai hajah. Dia ditemui ketika satu majlis di PWTC, Kuala Lumpur bersempena Perhimpunan Agung Umno 2013.

Deja membuka gerai jualan makanan asli orang Sarawak iaitu Kek Lapis Sarawak. Katanya memang sedap dan enak buatan Deja ni. -gambar MediaHiburan


Erma Bagi Rabecca RM11,200 Syiling 5 Sen!

Rabu, 4 Disember 2013

Kemelut yang melanda dua aktress tempatan, Rabecca Nur al Islam dengan Erma Fatima sepertinya tiada kesudahan walaupun keputusan kes mahkamah memihak kepada Rabecca sebab tuntutan bayaran yang tidak dibayar oleh Erma menerusi drama Dejavu Di Kinabalu sebanyak 40 persen.

Rabecca yang menang saman terhadap Erma telah layak menerima semula ganti ruginya itu bernilai RM11,200.00. Namun Rabecca berasa terkejut apabila mendapati dia menerima beberapa kotak yang dipercayai dari Erma, yang bila disedari apabila membukanya kelihatan banyak wang syiling 5 sen serta kitab suci al Quran.

Namun Rabecca enggan mengambilnya dan akan memulangkannya semula kepada Erma untuk diserahkan semula kepadanya secara terhormat dengan bentuk yang mudah difahami (cek atau bankin).
"Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab Al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?," -Rabecca. mStar

Zahnita Buat Permohonan Perceraian

Terkejut juga baru dapat mengetahui rumahtangga pelakon dan model, Zahnita, 35, dimana dia sudah membuat permohonan fasakh untuk bercerai dengan suaminya, Abdul Zackery setelah 8 tahun membina sebuah keluarga bersama dengan dikurniakan 2 cahaya mata, Zarafeena, 6, dan Zasharayna, 1.

Setelah seminggu permohonan cerai itu dibuat oleh Zahnita sendiri, dia belum lagi dapat menyerahkan tuntutan itu kerana kelibat suami berada di luar kawasan. Namun kes cerai ini akan dibicarakan semula pada 19 Disember ini.
"Pilihan ini untuk masa depan saya dan kedua-dua anak saya, Zahrafeena dan Zasharayna membina kehidupan yang lebih cerah selepas ini. Saya tidak mahu menjadi hipokrit lagi!

"Saya sudah memfailkan tuntutan fasakh untuk bercerai dengan suami saya pada 18 November lalu kerana kami bukan lagi ditakdirkan untuk hidup bersama. Jangan tanya kenapa tapi inilah keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak dan keluarga kami

"Sudah banyak kali saya cuba memperbaiki hubungan yang makin retak tapi tidak berjaya. Kami cuba berbincang dan pernah membawa kes ini untuk mendapatkan khidmat kaunselor perkahwinan, namun tetap gagal.

"Bukan senang untuk membuat keputusan ini, saya tidak menyesal dengan perkahwinan yang telah terbina selama tempoh lapan tahun ini. Bagaimanapun, saya menganggap mungkin kesilapan saya berkahwin terlalu muda.

"Ketika itu saya terlalu naif dan terburu-buru membuat keputusan tanpa berfikir panjang tapi syukur Alhamdulillah saya dikurniakan dua orang puteri menyerikan hidup saya selama ini,

"Saya bersedia dengan sebarang kemungkinan pada masa akan datang. Saya sedia menjadi ibu dan bapa kepada kedua-dua anak saya. Disebabkan itu saya mengambil keputusan nekad ini," Zahnita. Kosmo!



Shawal AF Selamat Bertunang

Siapa peminat Akademi Fantasia masihnya anda tidak lupa penama Shawal kan. Dia merupakan pelajar AF musim ke-5 yang lalu (pelajar lainnya seperti Dafi, Mila dan Heliza Helmi).

Memetik sumber sebuah blog, dikhabarkan yang dia kini sudah bertunang dengan pasangannya bernama Azura pada 30 November lalu di Kelana Jaya.

Di majlis itu, kelihatan seperti sederhana je, dengan kehadiran sanak saudara dan teman rapat kedua-dua pihak.



Gambar Bulan Madu Fizo, Mawar di Dubai

Rasanya nak dekat sebulan dah hubungan suami isteri yang terjalin diantara Fizo Omar dengan Mawar. Namun dikhabarkan melalui Facebook milik Fizo, yang dia dengan Mawar baru-baru ini pergi berbulan madu di Dubai, UAE.

Kehadiran mereka turut disertai dengan ahli keluarga lainnya.

Nana Mahazan Selamat Bersalin Anak ke-2

Tahniah kepada Nana Mahazan yang dikhabarkan selamat bersalin anak ke-2 semalam sekitar jam 2.24 petang menurut laman sosial Instagram miliknya. Dengan berjantina lelaki, nama anak lelaki itu adalah Aaqib Raqeem Brian seberat 2.83kg.

Nana juga berasa bersyukur kerana dengan segala perjalanan untuk bersalin berjalan lancar dan selamat.

Adi Pandai Memujuk Minta Gambar Panas - Nooraida

Selasa, 3 Disember 2013

Kecoh juga dahulu bila seorang wanita tampil memberikan penjelasan dimana pelakon Adi Putra dan dirinya saling berkongsi gambar panas.

Wanita bernama Nooraida Abdul Mutalib itu mendakwa Adi pada mulanya mahu 'test market' namun tanpa disedari telah intim kepada hubungan diluar dugaan.
"Dalam Instagram, ada gambar saya, suami dan anak. Walaupun Adi tahu status saya sebagai isteri orang, namun dia masih mahu berhubung dengan saya.

"Saya anggap mungkin dia main-main saja atau sekadar nak test market. Menerusi WhatsApp pula, Adi ada mengatakan dia sedang mencari calon isteri dan nak anak sendiri. Sebagai peminat fanatik, saya berasa teruja. Itulah sebab mengapa saya masih melayannya dan terus terjebak dalam perhubungan ini,"

"Adi pula pandai memujuk dan romantik orangnya, jadi saya terjebak untuk melayan. Saya akui, bukan alim dan tak kuat iman. Adi pula nampaknya lebih berminat berbual perkara amat peribadi, selain bertukar gambar yang sangat peribadi," -Nooraida. -SinarHarian
Penjelasan Nooraida ini masih lagi dalam siasatan, namun tidak diketahui samaada kebenaran atau nak menjatuhkan nama Adi Putra.

Cantiknya Bentuk Badan Faezah Elai

Bukan main lagi pakaian Faezah Elai ni, cukup menampakkan dirinya begitu slim sekali. Tak pasti apa rahsia disebalik memiliki badan seperti ini. Mungkin juga sebab baju tu yang berfesyen memang slim kat tengah.

Kalau dilihatkan Instagram nya dia hanya muatnaik pemakanan seimbang dan sihat. Baguslah kalau macam tu, makanan seimbang diutamakan, jangan pula makan ubat yang berlebihan kan, macam tak elok je jadinya nanti.

Gambar ni diambil ketika Faezah dan suami ke ASK 2013 baru-baru ni.

Gambar Anak Ke-2 Harith Iskander 2 Bulan

Dah nak masuk usia 2 bulan anak ke-2 Harith Iskander ni yang bernama Alessandrea Jayne Iskander. Memang comel la kan anak kacukan ni. Muka juga mirip Harith. :)

Lana Nordin Nafi Guna Ilmu Hitam

Macam-macam hal bila timbul sesuatu yang pelik berlaku kat dunia ni. Orang akan tidak memandang positif namun akan memandang negatif benda yang mahu ke arah kebaikan.

Lana Nordin dikatakan menggunakan ilmu hitam untuk menambat hati Johan Asaari dimana ramai sudah tahu yang perkenalan 3 hari mereka membawa kepada satu acara merisik dari Johan kepada Lana.

Lana yang sedih dengan dakwaan itu, segera menafikannya dengan menganggap apa yang terjadi adalah kuasa Allah untuk mendekatkan mereka kepada jodoh, memetik portal mStar semalam.
"Susah untuk terangkan situasi ini, saya anggap perkenalan dalam tempoh tiga hari ini dan kemudian terus dilamar dianggap sebagai pertemuan baik antara saya dan Johan.

"Ini kerana saya mahu seorang lelaki yang menerima saya seadanya dan kemudian membimbing saya mengubah diri ke arah kebaikan. Terkejut juga apabila orang anggap saya gunakan ilmu hitam terhadap Johan. Itu adalah tuduhan yang tidak masuk akal," -Lana

Betty Benafe Selamat Bersalin Anak Perempuan (3 Gambar)

Betty Benafe dikhabarkan selamat melahirkan anak perempuan dengan berat 2.9 kilogram di Hospital Pakar KPJ, Damansara pada pukul 7 pagi semalam menurut sisipan Utusan. Betty yang dijadualkan akan bersalin 22 Disember memberikan reaksi terkejut apabila dia segera bersalin lebih awal 3 minggu.

Gambar Mesra Cristina Suzanne Dengan Tunang

Isnin, 2 Disember 2013

Menurut sebuah blog hiburan tempatan, gambar ini adalah gambar kemesraan diantara pelakon, Cristina Suzanne dengan tunangnya Jay Jay.

Memang agak romantik dan bahagia sungguh pasangan ini memuat naik gambar mesra mereka. Apa-apa pun semoga cepat kahwin la kan. hehe.

Amyza Aznan Tak Kawan Dengan Orang Gemuk Sebab Jahat

Tak pastilah kan samaada status laman sosial minggu lalu dari pelakon Amyza Aznan ni adalah gurauan semata-mata ataupun sudah menjadi prinsip dalam hidupnya bila berkawan dengan orang lain.

Ianya dikira sebagai satu bentuk kesensitifan bila orang gemuk terutama pelakon yang juga kawan kepada Amyza membacanya.

Tapi rasanya ianya satu gurauan je kot memandangkan Amyza saling ber tweet dengan pelakon Sharifah Shahirah (shieraijoy) kawan baiknya.

Lana Nordin Bakal Bertudung Sebelum Bernikah

Episod hubungan Lana Nordin, 34 dengan Johan Asaari, 27 yang semua sudah tahu ada hubung kaitnya dengan Shila Amzah adalah satu hubungan yang mengejutkan apatah lagi selama ini Shila Amzah kemungkinan akan dilamar oleh Johan, namun sebaliknya berlaku.

Mungkin tindakan Johan itu ada hikmahnya juga, nak mengubah gaya hidup Lana kepada arah yang lebih baik. Dan menurut sebuah sumber yang memetik portal Utusan semalam, Lana bakal bertudung sebelum bergelar isteri kepada Johan.
"Dia (Lana) bakal berhijab kerana tidak lama lagi akan berkahwin dengan Johan. Keinginan untuk berhijrah juga memang pernah dimaklumkan oleh Lana sendiri kepada saya sebelum ini sepanjang berkenalan dengan Johan.

"Katanya kepada saya, kalau boleh, biarlah dia bertudung kerana dia bakal berkahwin. Lagipun, Lana menyifatkan perkahwinannya itu bukan perkara main-main. Itu adalah serius!" -sumber

25 Gambar Hari Jadi Anak Nedim, Nora Danish Ikut Sekali

Dengarnya keluarga besar Nedim telah mengadakan satu majlis harijadi untuk anak kecil Cucu kepada Nazri Aziz. Ni lah anak kepada Nadem. Namanya adalah Nedrin Nazri Aziz. Ramai juga selebriti yang hadir, terutama Nora Danish tu la, kekasih kepada Nedim kan. Hehe.

Meh tengok kaya bapok ni majlis, siap ada mini keretapi lagi di halaman rumah. Hoho

Gambar Kemalangan Paul Walker

Pada hari Sabtu waktu Amerika berlaku satu kemalangan yang mengejutkan peminat filem Fast and Furious seluruh dunia, iaitu Paul Walker yang terlibat dalam satu kemalangan ngeri pada usianya 40 tahun.

Kereta jenis Porsche yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas sebelum musnah terlanggar pembahagi jalan. -sumber


Salima AF Berkahwin Dengan Ustaz

Ahad, 1 Disember 2013

Dikhabarkan yang Salima AF telah menjadi isteri kepada seorang alim dan warak dalam agama. Kalau tidak silap namanya adalah, Ustaz Syed Abd Kadir. Gambar yang dimuatnaik oleh Salima menunjukkan dia sedang dihiasi inai dekat tangannya.

Selain daripada itu kelihatan juga satu majlis khatam Al Quran dilaksanankan seiring dengan sebelum majlis akad nikah dilakukan.

Kalau betul berita ini, tahniah dan semoga kekal hingga ke akhir hayat. :)

Ayah Misha Omar Meninggal Dunia

Menurut forum Cari, ayah kepada Misha Omar, Omar bin Ismail telah meninggal awal pagi semalam. Menurut sumber, arwah tidak diketahui menghidap penyakit apa. Namun sejak kebelakangan itu arwah telah pergi ke PPUM (University Malaya Medical Centre) untuk menjalani satu sesi perubatan Angiogram.

Diharap Misha Omar dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini, dan sabar dengan kepemergian arwah. Alfatihah dan salam takziah.