Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Persandingan Izzue Islam

Selasa, 4 Jun 2013

Pada 2 Jun yang lalu Izzue Islam dan pengurusnya, Awin Nurin pada dinikahkan pagi hari, maka di hari yang sama pula yakni pada tengaharinya, mereka berdua tidak membuang masa dengan melangsungkan majlis bersanding.

Turut hadir pasangan selebriti adalah Lisa Surihani dan suami, Yusry. -Gambar GUA | Murai










cakk!! aku pun datang juga.. hehe..



Dafi Ditangkap Khalwat?


Seperti tidak percaya dengan apa yang terjadi atas diri Dafi yang ditangkap khalwat, dia bagaimanapun mempunyai penjelasan yang tersendiri tentang insiden yang berlaku pada dirinya baru-baru ini di negeri Johor.

Menurut portal Utusan, Dafi yang pada ketika itu berada di Batu Pahat, Johor untuk menjalani penggambaran telah ditangkap khalwat kerana dituduh tidur di dalam satu bilik hotel yang sama.

Dafi bersama Ayda Jebat dari Instagram Dafi

Kira-kira jam 1.00 pagi, Dafi berada di bilik hotel dan telah diserbu oleh 4 orang lelaki yang mengakui mereka adalah anggota pencegah maksiat. Mereka meminta izin untuk menggeledah biliknya setelah mendapat aduan dari orang awam yang Dafi bersekedudukan dengan seorang wanita.

Dafi telah memberi kerjasama penuh untuk membenarkan mereka memeriksa bilik hotel mereka kerana percaya dirinya tidak bersalah sama sekali. Bagaimanapun empat lelaki berkenaan beredar dari bilik hotel Dafi selepas tidak mempunyai sebarang bukti yang menunjukkan ada kelibat wanita.

Menyifatkan tuduhan sebegitu sebagai mengarut, Dafi sememangnya mengakui bahawa pembantu peribadinya seorang wanita tetapi mereka hanya berkongsi tingkat hotel yang sama bukannya berkongsi bilik seperti yang disangka.

Zed Zaidi Mahu Lepaskan Jawatan Presiden Seniman

Isnin, 3 Jun 2013


Dalam banyak cerita gembira hari ini, ada pula satu berita sedih. Kali ini Presiden Seniman, Zed Zaidi sedia berundur dari jawatan nombor satu Seniman itu. Menurut Zaidi, dia mengalu-alukan sesiapa yang mahu mengambil alih jawatan ini pada pemilihan akan datang.
"Jika ada yang merasakan diri mereka layak untuk membela nasib golongan artis saya tiada masalah mempertimbangkan untuk melepaskan jawatan saya ini," -Zed Zaidi. mStar

Lagi Gambar Anak Zaquan, Buka Kedai Sayur


Ini adalah gambar terkini anak kepada pemain bola sepak, Zaquan Adha dan pelakon, Ayu Raudhah. Memang tiada apa yang beza dengan gambar yang terdahulu. Namun pekembangan terkini cukup membuatkan anak mereka dalam keadaan sihat.

Selain itu, Lan Pet Pet yang juga sebahagian ahli keluarga besar mereka turut tidak ketinggalan mendukung anak mereka. Dalam pada yang sama, 1 Jun yang lalu, adik beradik Zaquan dan Zafuan telah membuka kedai baru. Kedai yang mungkin diusahakan bersama dua adik beradik ini lebih kepada bidang pertanian berbanding makanan restoran. Memang pelik namun begitulah cara mereka mencari peluang.





Michelle Yeoh Kini Bergelar Tan Sri

gambar TheStar
Tahniah kepada pelakon tempatan berstatus antarabangsa, Datuk Michelle Yeoh kerana dihadiahakan/dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri bersmepena ulang tahun Hari Keputeraan Yang di Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim pada 1 Jun 2013 yang lalu.

Selain itu, Jimmy Choo (pereka kasut) dan Zang Toi (pereka fesyen) masing-masing dianugerahkan darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.

Gambar Pertunangan Fouziah Gous

Tahniah juga kepada pelakon, Fouziah Gous kerana selamat menjadi tunang kepada Zahfran pada hari Sabtu, 1 Jun 2013. Majlis diadakan di Asmara Penchala, Damansara pada pukul 8.30 malam.

Mengikut portal GUA, Fouziah menerima 5 dulang hantaran (tepak sirih, set kurma dan coklat, set kosmetik dan wangian, selembar kain dan sebuah kamera). Dan pihak lelaki menerima 7 dulang hantaran (sirih junjung, baju melayu, selembar songket, beg, set manisan coklat dan buah-buahan, set wangian dah senaskah kitab suci Al-Quran).

Mengikut perancangan pernikahan mereka berdua akan diadakan pada September tahun ini. -gambar Rotikaya | GUA






Gambar Pernikahan Izzue Islam


Tahniah kepada Izzue Islam yang sudah selamat menjadi suami kepada pengurusnya sendiri iaitu Nurinafilah Waharudin pada 2 Jun semalam di Masjid Negeri Selangor, Khairuddin Haiyon kira-kira pukul 9.45 pagi di Dewan Shah Alam. Dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM11,111.11 untuk pihak perempuan. -gambar Rotikaya









Isteri Anang Keguguran Anak Sulung

Ahad, 2 Jun 2013

Anang Hermansyah mengesahkan isterinya, Ashanty mengalami keguguran pada malam Khamis lalu. Anang yang kini masih lagi bersedih dengan kejadian itu walaupun isterinya berada dalam keadaan baik dan sedang berehat.
"Ya benar berita berkenaan, dia (Ashanty) sedang berehat," ujarnya ringkas. -mStar
Ashanty sebelum ini terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengadu sukar bernafas namun kandungannya berada dalam keadaan baik.

Gambar Elyana, Suami Mengerjakan Umrah


Baru-baru ni kalau tidak silap awal bulan Mei yang lalu, Elyana dan suaminya, Khairul Anuar Hussin telah pun pergi mengerjakan ibadah umrah. Perkahwinan mereka yang berusia 2 tahun setengah itu dikurniakan seorang anak perempuan, Summaiya.




Pelakon Josiah Hogan Kahwin Kali ke-2

Sabtu, 1 Jun 2013

Murut portal MediaHiburan semalam, pelakon Josiah Hogan telah menamatkan zaman bujangnya dengan berkahwin pada 26 Mei yang lalu dengan isterinya bernama , Nurul Hidayah.

Difahamkan lagi, ianya merupakan perkahwinan kali ke-2 buat Josiah dan memiliki seorang anak, Irvine.

Nama Josiah kian dikenali apabila dia berlakon dalam drama 'Bulan Bintang dan Kita', 'XoXo' dan terbaru, 'Cinta Jangan Pergi'.

Gambar Nur Fazura di Turki


Ini adalah gambar dari kesinambungan filem Manisnya Cinta yang dibarisi oleh Shaheizy Sam, Lisa Surihani dan juga Rafidah 3R. Namun kali ini lokasi shooting mereka ada lah dekat Turkey. Memang inginkan kelainan daripada yang lain, maka Turkey juga menjadi tempat pilihan shooting mereka.