Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Akikah Anak Irma Hasmie, Redza

Sabtu, 6 April 2013

Pada hari Khamis, 4/4/2013 yakni bersamaan pada malam Jumaatnya, Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah telah melangsungkan majlis akikah dan cukur jambul anak sulung mereka, Redza Syah Irfhan.

Majlis berlangsung di kediaman Irma dengan dihadiri oleh rakan baik seusrah Irma, Yatt Hamzah dan Diana Amir.

Kenapa cepat melangsungkan majlis akikah? begini difahamkan, Irma dan suami mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW dimana dalam tempoh 7 hari selepas kelahiran. -gambar Facebook Moment Effects Photography and Design.

Fazura Akui Sam Sangat Istimewa!

Jumaat, 5 April 2013

Fazura menganggap Shaheizy Sam merupakan insan jejaka yang istimewa dan tidak sama dengan orang lain. Fazura mengakui Sam memiliki ciri-ciri lelaki yang diidamkannya seperti sangat menghormati wanita ini terbukti apabila kejuaraannya di ABPBH yang lalu dihadiahkan untuk ibunya.

Tapi apa pula kisahnya dengan TMJ? dah putus ke? geh3. Tapi kedua-duanya, Fazura dan Sam juga bujang..
"Saya setuju Sam seorang lelaki yang ‘tidak banyak’ di luar sana. Ramai wanita yang menganggap lelaki semuanya sama, tetapi dia lain, dia sangat istimewa.

"Kerana itu saya sangat senang apabila berlakon dengannya menerusi drama Kisah Cinta," -Fazura. -mStar

Engku Aleesya Kini Dah 4 Tahun!

Sudah genap 4 tahun usia anak kepada Erra Fazira dan Engku Emran, Engku Alessya yang lahir pada 30 Mac 2009 yang lalu. Gambar sambutan harijadi Aleesya disambut bersama-sama rakannya di taska/tabika tempat dia kini menuntut ilmu. Selamat hari jadi, semoga jadi anak yang solehah.





Gambar Seksi Rabecca!

Bukan main seksi lah Rabecca berpakaian baru-baru ini pada sebuah majlis makan malam. Gambar yang dimuat naik dalam Instagram itu mendapat perhatian ramai follower terutama peminat-peminat Rabecca di blog mahupun Forumer yang sedih dan terkilan dengan tindakan Rabecca menayangkan gambar itu. Namun difahamkan tiada maklum balas daripada Rabeeca. Huhu.

Kalau tak silap, Rabecca memang seorang selebriti yang gemar berpakaian seksi pon.






Remy Ishak Tolak Tawaran Berlakon Unsur Seksual

Aik adakah tindakan Remy Ishak kali ini mencerminkan yang dia sudah menginsafi mengenai cara berlakon yang betul. Gegeh. Tindakan menarik diri daripada teater M. Butterflu arahan Maslina Mustaffa dengan alasan mempunyai unsur berbaur seksual dan politik memetik portal Utusan semalam.

Bahkan pengunduran Remy itu bukanlah menamatkan spikulasi pelakon Melayu tidak berlakon dengan Maislina sebaliknya posisi Remy digantikan dengan Benjy, anak kepada Azean Irdawaty.

Baguslah kalau seperti itu Remy, memang kita orang Melayu lebih-lebih lagi Islam harus berlakon mengikut kesesuaian yang sepatutnya. Maslina merupakan aktivis ketika demo membantah perlaksanaan PTPTN tahun yang lalu. Pasal botak kepala yang tu Wallahualam.

Dan ini adalah mengenai maklumat teater berkenaan..
Drama inspirasi daripada opera Madama Butterfly Giacomo Puccini mengisahkan watak utama, Rene Gallimard, yang merupakan seorang kakitangan awam dihantar untuk bekerja di kedutaan Perancis di China.

Gallimard jatuh cinta dengan diva opera China, Song Liling, yang sebenarnya seorang lelaki menyamar sebagai seorang wanita.

M. Butterfly juga pernah dipentaskan di Euqene O’Neill Theatre, New York, Amerika Syarikat pada 20 Mac 1988 hingga 27 Januari 1990 selama 777 kali pementasan yang diarahkan oleh John Dexter dan pernah difilemkan selama tiga kali oleh pengarah berlainan iaitu David Cronenberg, Jeremy Irons dan John Lone.

Teater M. Butterfly karya asal David Henry Hwang ini dijadualkan dipentaskan bermula 11 hingga 14 April ini di Blackbox, Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.  

Julia Ziegler Akhirnya Hamil/Mengandung!

Julia Ziegler dah hamil ke? tak da angin ribut nikah ke kahwin ke, tetiba sahaja disahkan hamil/mengandung. Tak ke menjadi pelik terbeliak. haha. Namun masih merasa ragu-ragu dengan berita ini apabila beberapa keping gambar Julia hamil telah tersebar di media-media tempatan.

Rupanya bukan hamil betul-betul, dia cuma mengayakan pakaian/baju ibu mengandung daripada syarikat Dynas Mokhtar, http://dnabydynas.com/ Tak tahu macamana perut dia seakan-akan hamil/mengandung, pakai bantal kot. Keh keh.


Lisa Surihani, Yusry ke Universal Studio

Khamis, 4 April 2013

Dua merpati sejoli, Lisa Surihani dan suaminya, Yusry KRU baru-baru ini tela pergi ke Universal Studio di Amerika Syarikat. Kedua-duanya telah kelihatan begitu seronok dengan suasana di sana. Jom lihat gelagat mereka.








Gambar Siti Nurhaliza di LegoLand

Baru-baru ini Datuk Siti Nurhaliza ada membuat lawatan bersama peminat produk barangan kosmetik SimplySiti ke Legoland Malaysia. Ini bersempena mereka yang bertuah kepada pengguna yang membeli produk SimplySiti dengan niat untuk menderma.

Dan lebih 100 pemenang ini dibawa ke Legoland dekat Johor itu bermula jam 6 pagi dari Kuala Lumpur. Selain itu juga Datuk Siti Nurhaliza memberikan cek bernilai RM57,000 kepada Yayasan IJN hasil kutipan menerusi kempen SimplySiti di Hati 2012. -gambar Budiey.com










Gambar Raja Ema Terkini

Penyanyi yang popular diera 80-an, Raja Ema pastinya ada yang masih lagi mengingati beliau. Usianya kini yang mencecah 44 tahun bakal kembali setelah menyepi 24 tahun daripada persada anak seni dengan melancarkan single terbaru mengikut laporan Kosmo!.
"Biarlah kemunculan saya nanti ada kelainan. Setiap penyanyi ada cara masing-masing untuk membuat comeback. Saya lebih selesa lagu itu nanti bercerita tentang perjalanan hidup saya bergelar anak seni. Tetapi, ia masih dalam peringkat perbincangan dan mungkin akan diselit juga dengan kisah percintaan"

Selain daripada itu Raja Ema juga mendapat tawaran berlakon daripada kawan karibnya, Erma Fatima dalam drama Bukan Untuk Aku dan Slot Samarinda TV3 - Cinta Khirana (10 April ini). Keputusan mahu berlakon semula kerana anaknya Putera Amar, 19, dan Putera Alqasha, 17, sudah meningkat usia dan ada kehidupan sendiri.
"Budak-budak lelaki bila sudah besar, bukan mahu pedulikan kita sangat. Mereka ada kehidupan sendiri. Jadi, saya berasa sunyi dan rindu pula pada lakonan,"-Raja Ema

Isteri Taja MUH Selamat Melahirkan Anak



Mungkin nama Taja Mustapha masih asing lagi ditelinga korang tapi sebenarnya dia adalah salah seorang nadi utama dalam kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH) sebagai gitaris kumpulan.

Selain kelahiran anak Irma Hasmie beberapa hari lalu, dikhabarkan isteri Taja, Kimmy yang juga pengurus MUH telah selamat melahirkan anak perempuan mereka berdua pada jam 8 pagi 2 April yang lalu. Berita ini disampaikan sendiri oleh isterinya melalui laman sosial Facebook.

Tahniah!

Gambar Hanis Zalikha Yang Manis

Rabu, 3 April 2013

Pelakon filem Gangster Celop, Hanis Zalikha memang nampak manis orangnya. Namun jarang sekali kita dapat melihat lakonannya dalam banyak-banyak filem kerana dirinya masih lagi baharu dalam dunia seni.

Kini dia sedang menjadi selebriti dibawah naugan Astro. Dan jika anda ingin follow perkembangan infor dan gambar terkini Hanis, ikuti di laman blognya. http://inibelogsaya.blogspot.com/


Lagi Gambar Anak Harith Iskander V2

Zander Xayne tak usah ceritalah anak kepada Harith Iskander ni. Memang paling comel dan bambam sekali persis ayahnya. Banyak aktiviti Zander seperti berenang, makan dan lain-lain telah diabadikan oleh Harith dalam laman sosial Instagramnya. Jum layan. IG Harith

Edry KRU Nafi Suntik Botok Pada Wajah

Edry Halim KRU menafikan yang dia menggunakan suntikan botok untuk wajahnya memandangkan ada sedikit kelainan pada wajahnya pada masa kini. Wajahnya kelihatan sedikit muda dan tampan berbanding beberapa tahun yang lalu.

Memetik daripada portal mStar semalam, Edry sepertinya malas mahu melayan gosip yang sedang melanda dirinya kini. Dan menguatkan fakta yang perubahan pada wajahnya kerana kerap bersenam dan aktif dengan aktiviti luar. betul ke?
"Jika benar saya buat sebarang perubahan pada wajah sudah tentu kini saya kelihatan seperti Brad Pitt dan Yusry tidak lagi menjadi anggota KRU yang paling kacak.

"Khabar angin itu sama sekali tidak benar dan saya tidak akan melayan cerita yang tidak masuk akal seperti itu,"

"Jika benar saya lakukan sebarang perubahan pada wajah, saya sendiri akan dedahkan perkara itu kepada umum dan tiada apa yang perlu saya sorokkan,

"Saya tidak rasa ada apa-apa perubahan pada wajah saya kerana jika buat perbandingan dengan gambar lama dan terkini tiada beza tapi ada orang kata saya nampak lebih muda mungkin kerana gaya rambut yang sentiasa berbeza dan kesan senaman konsisten yang saya lakukan," kata Edry