Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Anak Rabecca Nur al Islam, 3 Bulan

Isnin, 4 Februari 2013

Gambar dibawah adalah gambar keluarga pelakon Rabecca Nur al Islam yang dimuatnaik melalui laman sosial dengan ditemani suami Nor Azam, anak-anak serta beberapa orang rakan.

Anak Rabecca hasil perkahwinannya dengan Azam bernama Nor Anggun Raverra itu kini sudah berusia 3 bulan. Nor Azam mempunyai dua orang anak dengan perkahwinan pertamanya yang dahulu.

Gambar Resepsi Liyana Jasmay, Fathuddin

Ini adalalh gambar perkahwinan atau resepsi Liyana Jasmay dengan pasanganya, Fathuddin Mazlan sebelah malam selepas bernikah pada sebelah pagi 2 Februari lalu.

Majlis ini diadakan di PWTC Kuala Lumpur. Pakaian pengantin lelaki dan perempuan nampak seperti simple dan biasa kita lihat, mungkin harganya mahal rasanya.

Pelik ke tak? nikah pakai 'tudung', bersanding tak pula. Hehe. Apa-apa pun semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. -gambar RotiKaya.

Gambar Kekasih Fizo Omar, Cantik!

Jeng-jeng. Jangan menangis gadis yang meminati pelakon kacak, Fizo Omar. Dia kini dikhabarkan melalui portal mStar semalam sudah menemui kekasih hati berasal dari Kedah. Walaupun dalam proses berkenalan hati budi rasanya mereka berdua memang sesuai dan sama padan.

Nama wanita itu adalah, Haas Jaafar berusia 25 tahun dan masih lagi menuntut di Universiti Lim Kok Wing dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Keusahawanan). Dulu Fizao dengan Haas hanya lah rakan biasa selama bertahun-tahun namun kini bercinta sejak 3 bulan yang lalu.

Berita lain adalah Fizo kini merupakan seorang ahli perniagaan makanan segera, Hot Burger, dan sudah mempunyai 30 buah gerai cawangan kurang dari setahun, tahniah untuk kedua-dua berita baik ini.

Memey Suhaiza Selamat Melahirkan Anak Sulung

Ahad, 3 Februari 2013

Tahniah kepada suami isteri selebriti, Memey Suhaiza dan Norman Hakim kerana memetik portal mStar semalam mereka dikurniakan / dianugerahkan cahaya mata sulung hasil perkahwinan mereka pada September 2011 yang lalu.

Nama anak sulung mereka itu adalah, Mohamed Darwisz Hakim yang lahir pada malam Jumaat lalu di Dewan Bersalin Muslimah Gombak, Selangor, 2 minggu lebih awal daripada jadual sebenar bersalin.

Memey mengharapkan agar anaknya dapat dibimbing oleh Norman menjadi anak yang berguna pada masa hadapan.

Gambar Pernikahan Liyana Jasmay, Fathuddin

Tahniah kepada Liyana Jasmay dan suaminya, Fathuddin Mazlan yang diijab kabulkan semalam 2 Februari di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur kira-kira jam 10 pagi lebih.

Liyana menerima 5 dulang hantaran dengan termasuk wang bernilai RM28,322, seutas rantai, sepasang anting-anting, sebentuk cincin.

Manakala majlis resepsi mereka akan diadakan pada sebelah malamnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). gambar Utusan | mStar

Gambar Anak Datuk Sheila Majid

Sabtu, 2 Februari 2013

Wan Nur Khaleda atau nama popularnya Kayda Aziz merupakan anak kepada Datuk Sheila Majid hasil perkahwinan pertamanya dengan komposer, Roslan Aziz yang kini berusia 21 tahun (portal Wikipedia).

Memang dah besar panjang anak hasil perkahwinan pertama Sheila selain daripada Wan Nur, ada seorang lagi anak hasil perkahwinan mereka, Megat Abdul Majid.

Dan semenjak 2003, Sheila kini bahagia dengan Hasridz Murshim (perkahwinan ke-2) dengan dikurniakan dua cahaya mata Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim.

ND Lala Berang Dengan Sharnaaz

Ayahanda kepada Shila Amzah iaitu ND Lala semalam berasa kurang senang dengan kekasih anaknya itu, Sharnaaz Ahmad yang disifatkan sangat terbuka mengenai isu hubungan cinta dengan anaknya.

Akhbar HarianMetro semalam menyatakan yang Sharnaaz seolah-olah mengenepikan dirinya dan isteri sebagai ibu dan bapa kepada Shila. Akibat daripada tindakan Sharnaaz yang nekad mahu merisik Shila pada bulan Mac ini.

Namun ND Lala sebagai ayah tidak menolak jodoh anaknya dengan sesiapa. ND Lala rasanya seperti kesal dengan tindakan Sharnaaz itu.
"Saya dan ibu Shila masih hidup, masih bernyawa, sekurang-kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya.

"Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya,

"Sharnaaz mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan saya percaya keluarga Shaarnaz turut malu dengan tindakannya itu,

"Saya tidak pernah lagi berbincang dengan keluarga Sharnaaz atau menyentuh apa-apa perkara berkaitan pertunangan atau perkahwinan kerana saya mahu Shila memberi fokus utama kepada kariernya terlebih dahulu.

"Pesanan saya pada Sharnaaz, ibu bapa Shila masih hidup dan kita ada adat dan agama, jadi jangan nak memandai-mandai.

"Kenyataan Sharnaaz itu telah menyebabkan saya dihujani pelbagai soalan oleh rakan dan peminat. Mulanya saya mengambil sikap mendiamkan diri tetapi kemudiannya banyak pula kenyataan liar dikeluarkan media dan Internet.

"Sikap keterlaluan dia itu benar-benar telah menjejaskan nama baik keluarga saya dan perjalanan seni Shila. Tolonglah jangan biadap, hormati kami sebagai ibu bapanya. Perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main,".

Tahniah! Aznil kini Bergelar Dato'

Tahniahlah kepada Aznil Nawawi yang telah dikurniakan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) bergelar Dato' oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena Hari Wilayah Persekutuan semalam, 1 Februari 2013 diusia Aznil yang kini 51 tahun.

Menurut portal mStar lagi, Dato' Aznil tidak kisah dipanggil apa pun asalkan berkaitan dengan namanya terutama sekali nama panggilan popularnya, Pak Nil.
"Tak kisah, panggillah saya apa-apa pun, tetapi biarlah kita menghormati individu yang memberikan anugerah tersebut.

"Bagi saya ini merupakan satu pengiktirafan yang besar daripada pihak kerajaan yang pernah diterima. Ia sebagai penyuntik semangat untuk saya bekerja lebih keras buat masyarakat menerusi bidang penyiaran yang saya ceburi," Dato' Aznil.

Linda Onn Masih Berusaha Mencari Jodoh

Jumaat, 1 Februari 2013

Linda di salah satu restoran miliknya MMCR.
Penyampai radio yang dikenali ramai dan juga bos besar My Mom's Chicken Rice (MMCR) yang kini memiliki 4 buah cawangan, Linda Onn digosipkan akan berkahwin tidak lama lagi sebelum ini dan seterusnya mahu menamatkan zaman bujangnya yang kini dia berusia 35 tahun.

Namun ianya hanyalah gosip semata-mata, Linda menyifatkan ianya hanyalah satu doa dan kini sedang berusaha untuk mencari jodohnya agar dipercepatkan untuk berkahwin dengan menyerahkannya kepada Allah SWT.

Kenyataannya di dalam mStar semalam menunjukkan dia kini semakin kuat untuk berusaha memilih calon suami. Namun tidak dinyatakan ciri-ciri yang menjadi pilihan di hatinya.
"Saya ada berusaha untuk mencari pasangan namun terlalu peribadi untuk saya kongsi tetapi semuanya berbalik kepada jodoh. Mungkin suatu hari nanti jika diizinkan saya akan berkahwin.

"Apabila orang mengatakan saya akan berkahwin saya menganggap itu sebagai satu doa daripada mereka dan mungkin ia akan dimakbulkan.

"Ibu bapa saya juga tidak pernah memaksa atau meletakkan tempoh khusus untuk saya berkahwin dan bersyukur mereka sentiasa menyokong," -Linda Onn, mStar.

Gambar Shuib, Siti Sarah dan Anak

Shuib Sepahtu sebagai ayah dan Siti Sarah yang melahirkan anak sulung mereka pada Mei 2012 yang lalu bernama Uwais Al Qarni kini sudah membesar dan kelihatan comel sungguh.

Dan Siti Sarah kini hamil anak ke-2 dan usia kandungannya kini dalam 4-5 bulan. Memang bahagia sungguh keluarga Shuib.

Drama Sahara Hina Islam?

Drama Sahara di Astro Prima telah mengejutkan ramai pihak yang sentiasa menantikan drama berunsurkan cinta dan dakwah dalam TV. Namun itulah realitinya, drama ini dikatakan telah menghina Islam dengan melakonkan watak seorang muslimah dengan seorang lelaki yang bukan mahramnya. Namun ini bukan menjadi isunya tapi adalah aksi yang dipertontonkan cukup membuka mata sesiapa yang melihat.

Memang menjadi ajaran Islam supaya seorang Muslimah menjaga pergaulannya apatah lagi berpurdah yang sememangnya mengetatkan batas pergaulan pada dirinya. Namun sebaliknya terjadi apabila drama Sahara ditayangkan. Ramai orang menghentam penulis/pengarah drama ini di laman Youtube.

Video yang dimuat naik ke dalam laman Youtube itu pada lusa hari yang lalu telah ditonton hampir puluhan ribu orang. Dan ada komen terbaik daripada penonton yang melihatnya yang mungkin dapat memberikan kesimpulan daripada apa yang terjadi.. Tepuk dada tanya iman..

Ning Baizura Selamat Melahirkan Anak Lelaki

Tahniah kepada Ning Baizura dan suaminya, Omar Sharif Chirstopher Dalton apabila dikhabarkan memetik portal Utusan semalam, yang dia selamat melahirkan anak sulung lelaki pada pagi semalam jam 3.06 pagi.

Ning selamat melahirkan anak seberat 3.5 kilogram yang sihat itu di hospital swasta di Kuala Lumpur dengan memberi nama kepada anak sulungnya itu, Ryan Sky Dalton (mak ai nama, modern sungguh).

Paling membahagiakn Ning sekali adalah dia dan Ryan Sky lahir pada tarikh yang sama iaitu 31 Januari.