Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Pra-perkahwinan Farid Kamil, Diana Danielle

Jumaat, 2 November 2012

Esok 3hb November adalah hari yang penuh bermakna buat pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle. Mereka bakal disatukan dengan satu ikatan yang sah. Dan kisah itu bakal dinanti-nanti oleh seluruh rakyat Malaysia yang meminati lakonan mereka berdua.

Dibawah ini adalah gambar yang dikatakan gambar pra-perkahwinan mereka berdua yang diedit menggunakan software tertentu, ehsan oleh seorang facebooker yang berkongsikan bersama-sama.

  farid dan diana danielle farid dan diana danielle farid dan diana danielle 
 farid dan diana danielle farid dan diana danielle 
 farid dan diana danielle 
 farid dan diana danielle

Gambar Seksi Faradhiya

Tidak tahu ini gambar bila punya yang dipetik melalui sebuah blog politik. Namun belum lagi di postkan oleh admin. Dalam blog berkenaan tiada apa yang luar biasa, memang kenyataannya adalah bab seksi dan mengoda mengenai pemakaian Farahdhiya.

Namun ada gosip yang timbul dalam menceritakan bab seksi Farah dalam blog tu, walaupun ada juga yang sudah mengtahui kisah ini beberapa bulan yang lalu, katanya Farah hendak kahwin dengan seorang VIP bergelar Datuk S, tambah blog itu lagi, dia merupakan orang kacukan arab dan melayu.

Tidak tahu kebenaran cerita ini, jum layan gambar Farahdhiya dibawah ini.


__________________________________________________________

dan ini gambar yang dikatakan Datuk S itu..

 

Zahnita Selamat Melahirkan Anak ke-2

Tahniah kepada model dan juga pelakon jelita, Zahnita Wilson yang dikhabarkan selamat melahirkan anak ke-2 yang juga anak perempuannya pada pagi semalam.

Menurut portal GUA, bayi dan ibunya dalam keadaan baik-baik sahaja ketika proses kelahiran. Nama anak perempuan Zahnita itu adalah Zasha.

Zahnita mendirikan rumahtangga pada usianya 20 tahun pada 2005 dengan  Abdul Zackery dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Zahra Feena.



Gambar Pertunangan Anak Sulung Rosyam Nor

Nah saat yang dinanti-nanti sudah tiba. Anak kepada aktor terkenal, Rosyam Nor yang juga anak sulung berusia 23 tahun, Arniesha Azureen telah pun selamat bertunang dengan pasangan pilihan hatinya baru-baru ini.

Sebelum ini suda di postkan suasana pelamin kepada kedua-dua pengantin ini. Namun kali ini ternyata suasana itu bertambah warna warni dan bermakna.

Namun dalam banyak gambar-gambar yang dilampirkan, tidak kelihatan kelibat Rosyam Nor, tidak tahu kemana dia pergi, mungkin sibuk melayan tetamu-tetamu yang hadir ketika itu.

Nantikan pernikahan Diana Danielle dan Farid Kamil esok ok!

Gambar Fazura di Pelancaran LUX

Khamis, 1 November 2012

Setelah Avon menyerahkan galas tugas baru duta mereka daripada Fazura kepada Scha al Yahya, kini pelakon jelita Fazura tetap menjadi pilihan syarikat produk lain.

Fazura kini masih lagi menjadi duta LUX dan baru-baru ini dia ditemui ketika hadir ke majlis pelancaran syarikat produk berkenaan di hotel Westin, Kuala Lumpur.

Jom lihat Fazura.. -gambar budiey.com

Man Raja Lawak Nafi Ikut PAS

Man yang lebih dikenali kerana telah menjuarai Raja Lawak musim ke-5 lalu telah dituduh menyertai parti politik PAS.

Isu ini timbul kerana dia sering kali menyertai mana-mana majlis anjuran parti berkenaan.

Namun Man yang lebih suka bersenyum daripada marahnya lebih bersifat positif dan terbuka atas tuduhan yang dilemparkan.

Man menyangkal dan menafikan dirinya sudah masuk ke dalam parti PAS, kehadirannya hanya sekadar memeriahkan majlis dan mencari rezeki.

Dan ini komentar Man yang dipetik melalui portal Murai semalam.
"Selebriti juga manusia dan rakyat Malaysia. Jadi, golongan ini juga ada tanggungjawab untuk melaksanakan tugasan sebagai rakyat tempatan. Untuk itu, tiada logiknya pihak berkenaan menuduh saya menyertai parti PAS hanya dengan penglibatan saya dalam program anjuran parti berkenaan.

"Saya tidak menyertai parti berkenaan seperti yang didakwa. Penglibatan saya dalam program tersebut bagi membuktikan bahawa negara kita memberikan kebebasan kepada rakyat untuk bekerja di mana-mana.

"Saya hanya mencari rezeki yang halal. Sedikit pun saya tidak nampak kesalahan saya dengan menjadi pengacara dalam program berkenaan. Saya ditugaskan untuk menjadi pengacara dan dalam masa yang sama, saya kena melawak untuk menceriakan majlis tersebut," kata Man.

Gambar Sekitar Majlis Cukur Jambul Tengku Cleopatra

Que Haidar dan Linda Jasmine baru-baru ini mengadakan kenduri selamat kesyukuran yakni majlis cukur jambul untuk anak hasil perkahwinan mereka, Tengku Cleopatra baru-baru ini di sebuah restoran terkenal, restoran Songket Jalan Yup Kwang Seng.

Jum kita lihat anak mereka berdua ini, sudah besar  Tengku Cleopatra, comel gitue, anak kacukanlah katakan. -gambar facebook.com/songketsalikinsidek

Rumahtangga Chef Riz, Ana Dahlia Bergolak

Dikhabarkan semalam mengikut laporan Kosmo!, anak kepada selebriti chef terkenal, Datuk Chef Wan, Chef Riz (Mohd Nadzri ) mengakui yang rumahtangganya yang didirikan dengan pasanngannya pada Disember 2011, Ana Dahlia kinis sedang bergolak.

Namun pergolakkan itu masih lagi belum ada kata putus untuk samada dibawa ke mahkamah atau penyelesaian secara meja bulat.

gambar mStar.
Kisah ini berlaku sudah lama lagi, mengikut info, Ana dikatakan curang terhadap Chef Riz, Wallahualam lah kalau ini punca mereka sedang bergolak. Namun punca ini disangkal oleh Ana sendiri dalam pertengahan bulan Oktober yang lalu.

Datuk Chef Wan sendiri enggan mengulas kisah mereka berdua ini, malah mengharap agar mereka berdua dapat menangani masalah rumahtangga mereka sendiri.