Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Selebriti Berbuka Puasa | Fesyen & Ragam

Jumaat, 3 Ogos 2012

Gambar ini diambil ketika satu majlis yang dihadiri oleh ramai selebriti terkenal tanah air bersama-sama Astro baru-baru ini. Memang banyak ragam dan photo selebriti yang datang. Dan yang pasti menjadi perhatian adalah kelibat Rozita Che Wan dengan Zain Saidin. Mereka berdua kelihatan bersama-sama ketika waktu berbuka berkenaan.

Gambar yang lain-lain adalah sebagai penghias sahaja untuk mempromosikan baju raya samada tajaan ataupun persendirian, Azwan Ali juga apa kurang hebatnya. Erra Fazira awet muda gitu.

gambar buahmulut.com

Gambar Maya Karin di Studio Yassin

Maya Karin pastinya individu yang merasa kesepian setelah bercerai dengan bekas suaminya Julai 2010 yang lalu. Yang pasti dirinya tidak berasa sebegitu seolah-olah ianya sudah hilang diingatan kerana kesibukan kerjayanya yang kian menaik. Dan mengikut sumber, bekas suaminya juga sedang bergiat aktif dalam beberapa siri lakonan drama/filem.

Gambar dibawah adalah gambar yang diambil oleh jurufoto candid ketika Maya Karin sedang mempersiapkan lirik lagu sehingga yeye berjaya dengan dibantu oleh komposer, Yassin di studionya baru-baru ini. Kelihatan Maya tidak memakai sebarang makeup ketika itu, dan ianya nampak keletihan dengan lambakan lirik lagu yang digubahnya namun membuahkan hasil.

Gambar Erin Malek dengan Kekasih Hati

Pelakon, Erin Malek berani mempamerkan siapa kekasih hatinya yang sebenar. Dia nampaknya tidak segan silu, memberitahu jejaka kacak yang hanya mahu dikenali sebagai Walid telah berjaya mencuri hatinya. Walid dikatakan seorang membahagiakan dan memahami kerjaya Erin sebagai seorang pelakon. Ok la, yang penting bahagia, jangan lama-lama berpacaran, 'yang baik' harus disegerakan. :)

gambar ManggaOnline

Memey Suhaiza, Abby Abadi Berdamai, Berpelukan

Ini berita baik untuk pengemar berita selebriti tanah air. Dikhabarkan bahawasanya di bulan Ramadan yang Suci ini persengkataan Memey Suhaiza, isteri kepada Norman Hakim dan juga Abby Abadi yang juga mantan isteri Norman Hakim telah berbaik semula. Ini dibuktikan apabila satu peristiwa yang sungguh menyedihkan berlaku dihadapan ketiga-tiga pihak ini..

Iaitu satu peristiwa pemelukan erat Abby Abadi sambil menitiskan air mata terhadap Memey yang dikatakan Memey dan Norman mahu mengambil anak-anak yang berada bersama Abby di sebuah lokasi di Shah Alam. Namun apa sebab disebalik peristiwa semua itu, kata Abby dan Memey sepakat mengatakan ianya rahsia perempuan yang Norman sendiri tidak boleh mengetahuinya.

Kesempatan lain dalam peristiwa bersejarah itu, mereka semua berbuka puasa bersama-sama di kediaman Abby Abadi. Syukurlah kalau semuanya sudah selesai~

Gambar Dato' Siti Nurhaliza Lancar Bejeweled

Khamis, 2 Ogos 2012

Ahli perniagaan Dato' Siti Nurhaliza yang juga pengasas kepada SimplySiti telah melancarkan satu lagi produk baru keluaran beliau yang diberi nama Bejeweled, nama ni hasil gabungan dua pihak diantara SimplySiti dengan Habib Jewels.

Kerana extrak permata dijadikan ramuan dalam produk bermutu ini untuk kecantikan anda semua terutama perempuan-perempuan di luar sana yang masih lagi tercari-cari produk yang mengubah penampilan.

Korang juga boleh menang bertuah mendapatkan set berlian bernilai RM70,000 dengan menyertai Find That Diamond In You yang lainya boleh di lihat di website simplysiti.com.my.

Dato Siti ditemui dengan pakaian serba simple dan anggun dalam majlis berbuka puasa dan pelancaran Bejeweled di Hotel Berjaya Times Square baru-baru ini.














gambar Budiey

Nora Danish, Rayqal Berbuka Puasa

Walaupun tidak ditemani oleh ayahnya ketika berbuka puasa, namun ternampak keriangan pada wajah Rayqal anak kepada Nora Danish itu. Mereka berdua ditemui media ketika majlis berbuka puasa baru-baru ini. Baju merah menjadi tema bersama dua beranak ini. Apa-apa pun jom tengok~

gambar MediaHiburan

Bila Zul Arifin Komen Pasal Abby Abadi

Bekas mantan kekasih Abby Abadi, Zul Ariffin dikatakan kurang senang dengan cara bekas kekasihnya itu bergiat terlalu aktif dalam politik tapi amat menyukai penampilan Abby yang bertudung itu.

Berbalik kepada kurang senang Zul itu, Zul menganggap cara Abby terlalu 'extreme' dalam berpolitik kerana baru belum setahun jagung terlibat dalam politik sudah berani burukkan atau mengkiritik kerajaan.

Orang penting dalam hidup Abby satu masa lalu, pastinya akan memberikan komentar. Dan juga pernah sama-sama berlakon dalam berkhidmat sebagai ketua atasan keselamatan Negara dalam PDRM ala drama Gerak Khas.

mStar: "Saya gembira melihat perubahannya dengan imej bertudung dan tidak salah untuk dia menyertai mana-mana parti politik kerana itu adalah haknya.

"Bagaimanapun apabila mendapat tahu tentang kelantangannya bersuara memburukkan kerajaan, rasanya dia perlu selidik dahulu dan bukannya bercakap berdasarkan cakap-cakap orang.

"Tambah pula dia baru sahaja menyertai dunia politik (PAS), tak mungkin dia dah selidik tentang semua hal. Apa yang dibuatnya sekarang ini terlalu ekstrem," -kata Zul

Sharifah Aleya Bertudung Bermula 1 Ramadan

Alhamdulillah, bertambah lagi seorang selebriti mengenakan tudung pada dirinya, iaitu penyampai radio atau deejay kepada radio Hot FM, Sharifah Aleya. Mengikut portal mStar dia sudah mengenakan tudung pada 1 Ramadhan yang lalu.

Dia menganggap penhijrahan ini satu titik baru buat dirinya agar menjadi mematuhi perintah Allah, lebih-lebih lagi Aleya bergelar ibu kepada dua orang anak. Dan tidak mahu mengulas lebih lanjut kenapa dia berubah ke arah kebaikan itu. :)

Abby Abadi dilucut menjadi Duta Syarikat Tudung

Rabu, 1 Ogos 2012

Pada 5 Mei yang lalu, Abby Abadi menjadi duta dan juga jurucakap untuk produk keluaran Al-Humaira Contemporary setelah Abby mengenakan tudung pada dirinya. La, bila Abby sudah masuk ke arena politik dan menyertai parti pembangkang dengan agresif, dia kini disahkan hilang punca pendapatan apabila Al-Humaira Contemporary telah membatalkan kontraknya sebagai duta untuk syarikat berkenaan pada 4 Julai yang lalu.




Ini terbukti apabila laman Twitter kedua-dua pihak menyatakan hal sedemikian kepada umum atau pengikut setia Twitter kedua-dua pihak. Apa motif sebenarnya pembatalan kontrak berkenaan, itu yang menjadi masih tanda tanya, mungkin Al-Humaira Contemporary mengalami kerugian secara hukum fizik perniagaan.

Dr Halina Hamil Anak ke-2

Dr Halina Isteri kepada angkasawan pertama Negara, Dr Sheikh Muszaphar disahkan hamil 3 bulan. Berita gembira ini disahkan lagi oleh blog kepunyaan pasangan berkenaan, Barely Supermommy. Menurut blog yang dikendalikan sendiri oleh Dr Halina, dia sempat memberikan kepuasan kepada yang selalu mengikuti perkembangan blognya dengan memberikan bukti sahih dia mengandung yakni dengan melampirkan gambar imbasan 'scan' yang diambil ketika membuat pemeriksaan.

Dengan kepanjangan 5cm size gambar itu, Dr Halina menjagkakan dan seterusnya mengharapkan bayi berkenaan adalah lelaki. Memandangkan anak sulung mereka perempuan, Sophea Isabella yang kini berusia setahun sejak Julai 2011 dilahirkan. Tahniah diucapkan kepada Dr Halina dan Dr Sheikh Muszaphar.

Hafiz di Saman sehingga RM200,000!

Semalam ada di berita TV mengenai kes seorang wanita yang mengakui di cederakan oleh seorang selebriti juara program realiti. Dan berita itu sudah pon di kenal pasti sebagai seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Nur Haniza seorang penasihat jualan kenderaan menyaman Hafiz AF.

Selain itu Nur Haniza telah memfailkan saman di Mahkamah Sivil Kuala Lumpur setelah setahun kes inseden berkenaan berlalu. Jumlah tuntutan saman berkenaan berjumlah RM200,194 yang merangkumi pelbagai aspek ganti rugi.

Menurut cerita Nur Haniza di Bernama pula, ketika beliau menuruni tangga studio untuk meneruskan tugasnya, Hafiz AF bertindak agresif dengan menolaknya sehingga terjatuh ke bawah dan tersungkur di hadapan rakan sekerjanya.

Tindakan Hafiz AF itu menyebabkannya mengalami kecederaanpada bahagian kaki dan juga Hafiz AF tidak membantunya. Nur Haniza telah menyerahkan notis tuntutan bertarikh 25 Jun lepas supaya Hafiz AF memohon maaf dan membayar ganti rugi tetapi Hafiz AF menafikan ada mencederakannya.