Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Zizan Raja Lawak ketika waktu sekolah

Khamis, 17 Mei 2012

Mari kita lihat gelagat dan kenangan Zizan Raja Lawak ketika dibangku sekolah menengah dahulu. Gambar ni diambil ketika Zizan mungkin tingkatan 5. 4 orang lagi kawannya itu mungkin cukup berbangga dengan prestasi Zizan saat ini, iyalah mana taknya kawan yang dianggap dahulu di sekolah sebagai biasa-biasa, kini 1 Malaysia sudah dikenali. Apa-apa pun, kenangan tetap kenangan, saat dibangku sekolah ada kenangan korang yang paling manis sekali.

Kekasih baru Syahrini, cucu Sultan Selangor?

Rabu, 16 Mei 2012

Artis dari Indonesia Syahrini (ex Anang) akhirnya mendedahkan sedang menjalinkan hubungan dengan seorang kerabat diraja Selangor, iaitu Raja Mohammad Syazni (Bubu). Syahrini berkata, mereka telah bercinta sejak dua tahun lalu selepas berkenalan ketika bertemu sempena sambutan tahun baru di Kuala Lumpur pada Disember 2010.

Pada bulan Februari lalu dia telah menerima sebentuk cincin berlian daripada Bubu dalam pertemuan makan malam serta jambangan bunga bagi meraikan cinta mereka.

Sementara itu Bubu memberitahu dia bukanlah lelaki yang berasal dari Bogor dan berketurunan Batak sebagai mana yang dihebohkan media Indonesia. Bubu mengesahkan dirinya adalah kerabat diraja yang berasal dari Selangor.

"Saya keturunan raja, saya adalah cucu Raja Selangor. Nama saya Raja, tak semua orang di Malaysia boleh menggunakan nama itu," ujar Bubu. -mStar
-bagaimana dengan Raja Gopal? huehue

Yatt Hamzah lihat wanita buka aurat di panggang!

Artikel dibawah ini dipetik daripada laman fan facebook page Imam Muda 3. Admin melihatnya, dan ramai yang like dan share mengenai kejadian yang terjadi kepada Yatt. Apa-apa pun korang baca dan nilai sendiri kejadian luar biasa daripada Allah ini untuk mereka yang inginkan hidayahNYA.

Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."

Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.
Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."

"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.

Izara Aishah penghias majalah Lisa

Pelakon baru, Izara Aishah, kini sudah menaik namanya, pelakon jelita dan cantik ini sudah menampakkan beberapa kepercayaan untuk pihak majalah menggunakkanya untuk menggunakan halaman hadapan mereka, dan yang terbaru adalah majalah Lisa. Lihat rambut sahaja memang kita dapat teka, Izara bakal selepas ni untuk model shampo lah pula kan, mana lah tahu, tuah manusia.

Eira Syazira disahkan hamil sebulan

Selasa, 15 Mei 2012

Pelakon Eira Syazira yang juga isteri kepada pelakon Azad Jasmin disahkan hamil sebulan lebih. Berita ini disahkan melalui laman sosial Twitter milik Eira sendiri. Namun tidak dipastikan apa jantina anak yang dikandungkan itu. Azad dan Eira dinikahkan pada bulan September 2011 lalu, bersamaan Hari Malaysia. Tahniah diatas perkhabaran ini.

Fasha Sandha bunting pelamin?

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh sebuah laman hiburan tempatan, Media Hiburan semalam melaporkan yang Fasha Sandha telah disahkan hamil lebih kurang 2 minggu. Pastinya berita ini mengejutkan ramai pihak, apatah lagi usia perkahwinan mereka berdua pada 28 April lalu baru nak masuk 2 minggu.

Mengikut laman berkenaan, berita ini disahkan lagi oleh pengurus pribadi Fasha sendiri, Nik Yasmin melalui Blackberry Massenger (BBM). Dalam text yang dilampirkan, menyatakan, doktor melakukan pemeriksaan ke atas Fasha selepas dia dikenalpasti lewat datang bulan. -Via

Adik Alyah Samun Ahli Perniagaan Wanita

Adik lelaki penyanyi yang lebih dikenali sebagai Lady Gaga Malaysia, Alyah diminta membela diri di Mahkamah Sesyen Johor Bahru terhadap satu pertuduhan melakukan samun dengan merampas beg seorang ahli perniagaan wanita warga Singapura.

Mohd Faizal Abu Hassan di tuduh melakukan samun ke atas Rohana Jamal pada kira-kira jam 1.15 tengah hari di Taman Tampoi Indah di sini, 23 Januari lalu.

Gambar Ziana Zain yang terbaru

Isnin, 14 Mei 2012

Gambar dibawah adalah gambar Ziana Zain yang kelihatan anggun dan jelita bersempena penyampaian hadiah untuk para pemenang ABPBH 2011 yang lalu. Nampak Ziana seperti diwaktu usia kegemilangannya, tetap maintain dengan gaya penampilannya. Korang layan dulu ah. Gambar milik penuh Facebook BlackpepperProduction.

Johan RL diboikot kerana video demo!

Johan memangnya tidak patut dan tidak wajar untuk disalahkan, namun 'orang=orang kuning' yang memang fikiran kuning ni, sikit-sikit nak salahkan orang bila tidak setuju dengan perhimpunan 'itu'. Lebih-lebih lagi golongan artis, sehinggakan Johan terpaksa menanggung akibat tidak manis atas perbuatan 'orang=orang kuning' ni, mereka bina satu laman fan page untuk memboikot Johan atas video klipnya di YouTube tu.


Dalam laman fan page itu, Johan dipaksa untuk berminta maaf kepada 'orang=orang kuning' jika mereka bakal menganas dan tidak akan menyokong Johan lagi. Johan jangan fikirkan sangat hal ni, biasalah 'orang=orang kuning' ni, semua mereka je nak betul, tegur sikit, dah panas punggung. Apa-apa pun rezeki itu di tangan Allah SWT, bukan ditangan mainan politik 'orang=orang kuning'.

ND Lala berhutang RM15,000 denagn Denn Wahab

Jarang lihat disebalik perbalahan diantara artis-artis vateren ni, selalunya artis-artis muda je kan. Kali ni episod Den Wahab dengan ayah kepada Shila, ND Lala. Kata Den, ND Lala ada hutang sehingga RM15,000 yang masih belum dilunaskan walaupun menyedari ND Lala kini dah kaya raya. Memang tidak dinafikan yang ND Lala kini seorang jutawan MLM, namun malangnya, reputasi itu sudah tercalar dengan terbitnya artikel ini, benar atau tidak ND Lala berhutang sedemikian, hanya mereka berdua sahaja yang tahu.

Elfira Loy jadi duta Maybeline

Ahad, 13 Mei 2012

Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, tak gitu ke? pelakon muda Elfira Loy kini lebih berkerjaya apabila ditabalkan sebagai duta Maybeline. Dengar-dengar mengantikan Liyana Jasmay, betul atau salah, admin tak tahu la pula. Apa-apa pun tahniah kepada Elfira Loy atas kepercayaan usia mudanya memikul tugas sebagai duta. :)

gambar Cari

Lagi gambar Bulan Madu Fasha Sandha, Jejai

Sabtu, 12 Mei 2012

Gambar bulan madu yang sudah dipostkan pada beberapa hari yang lalu, bulan madu Fasha Sandha dan Jejai di sebuah pulau kini menampakkan kelibat kedua orang pasangan ini. Jawapan kepada pulau berkenaan, bukanlah diluar negara, tapi di dalam negara, Pulau Redang. Jum kita lihat apa aktiviti mereka di sana.

Saiful Apek tuntut RM200.000 dari David Teo

Saiful Apek mendakwa David Teo terbabit gagal melunaskan pulangan pelaburan RM200,000 filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali kepadanya selepas dia yang membintangi kedua-dua filem berkenaan melaburkan wang hasil lakonannya RM100,000 sejak 2005.

Katanya, selain isu berkenaan perkara lain dibangkitkan adalah kegagalan David menyiapkan album nyanyiannya sedangkan kontrak dimeterai setahun ditandatangani pada tahun yang sama.

Berikutan tidak berpuas hati dan tidak mempunyai saluran memperjuangkan haknya, dia tampil membuat kenyataan di laman sosial sehinggalah menyedari menerima kritikan hebat pengguna rangkaian sosial berkenaan.

Ahad ini jam 2 petang, dia dan lebih 50 selebriti yang mahu menuntut hak masing-masing terhadap David dengan mengadakan sidang media bersama bukti dan dokumen yang pernah ditandatangani bagi menerangkan keadaan sebenar.

Katanya, pada 2005, dia ditawarkan membintangi filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali dengan bayaran RM100,000 sebelum wang itu dilaburkan semula dalam kedua-dua filem berkenaan. -Via

Kemesraan Ain, Syamsul di set lokasi filem Oh Mak Kau

Jumaat, 11 Mei 2012

Nurul Ain Nordin (Ain) menganggap penyebaran gambarnya dengan Syamsul Yusof di Internet adalah perbuatan khianat pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengannya. Ain berkata dakwaan mereka mempunyai hubungan istimewa juga adalah tidak benar sebaliknya dia telah mengenali Syamsul sejak menjalani latihan praktikal di Skop Production beberapa tahun lalu. Gosip ini lebih panas lagi, apabila dikatakan Syamsul juga dikatakan sanggup menemani Ain di lokasi penggambaran selama beberapa jam walaupun dia tidak terlibat dengan penggambaran.

“Sudah berulang kali saya memberikan penjelasan mengenai hubungan kami namun saya sedar tidak mudah untuk meyakinkan orang untuk menerima apa yang saya katakan.

“Hakikatnya, kami hanya kawan. Hubungan kami adalah atas dasar profesional kerana dia banyak membantu membimbing saya di lokasi penggambaran filem OMK dan tidak lebih daripada itu,”

“Saya ada bercakap dengan Syamsul mengenai perkara ini. Saya mohon agar isu ini tidak dibesar-besarkan kerana saya tidak mahu perkara remeh-temeh begini menimbulkan perasaan kurang selesa kepada Syamsul, bapanya Datuk Yusof dan mereka sekeluarga yang saya hormati.

“Apatah lagi dakwaan itu adalah tidak benar jadi saya bimbang ia akan melukakan hati kekasih Syamsul pula,” baca lagi..

Gambar Adira AF dengan kekasih baru?

Selepas berpisah dengan Hafiz AF, Adira AF kini lebih senang bersendirian. Namun ramai yang yakin Dira kini bersendirian. Namun benarkah itu semua? baru-baru ni ada sedikit gambar kantoi, gambar kemesraan Adira bersama seorang jejaka yang bernama AGcoco. Tidak dapat dipastikan siapa AGcoco ni, gambar mesra mereka kelihatan ketika gambar itu dimuatnaik di dalam laman sosial.

gambar forum Cari

David Teo mohon maaf terbuka

Episod Apek Saiful yang menyindir David Teo sememangnya menjadi satu kontroversi tanpa adanya teguran/komen dari David sendiri. Namun kini David tampil sebagai seorang lelaki sejati untuk mengalah dan memohon maaf secara terbuka kepada umum atas kenyataannya yang menyinggung pelbagai pihak terlibat. Itulah David Teo, sifat seperti inilah yang kita inginkan, saling memaafkan walaupun kesilapan itu sudah berlaku dan tidak terlalu bersikap egois untuk tidak mahu mengalah. :)

GUA: Salam takziah saya buat seluruh keluarga dan sahabat handai arwah Bob Kuman (Husni Bin Mohd. Rawi). Pemergian beliau sememangnya satu kehilangan buat industri hiburan Malaysia.

Saya sendiri terkejut apabila mendengar berita pemergian beliau namun kita sebagai manusia harus redha dengan segala ketentuan Tuhan.

Allahyarham sebelum ini banyak terlibat dalam produksi saya & beliau sangat komited dengan segala kerja yang dilakukannya. Saya juga sangat menghormati beliau sebagai sahabat dan rakan kerja yang sama sama bekerja dalam industri.

Di kesempatan ini, saya dari lubuk hati yang dalam memohon maaf daripada keluarga Allahyarham sekiranya ada kata-kata atau tindakan saya yang menyinggung perasaan mereka. Bukanlah niat saya untuk mencetuskan sebarang kontroversi.

Saya sedar kata-kata saya dalam rancangan Melodi bertarikh 22 April 2012 saya ada menyebut tentang sumbangan yang telah saya beri di Hospital Tawakal pada tahun 2010 yang lalu semasa beliau sakit.

Dalam kenyataan itu, saya ada menyebut “jika Bob Kuman perlukan sumbangan lebih, saya boleh sedekah”. Di sini saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan ini dikeluarkan semasa Arwah masih hidup, BUKANNYA setelah beliau meninggal. Penggunaan perkataan “sedekah” yang saya maksudkan adalah “derma atau sumbangan”.

Apa yang saya faham, “sedekah” bukanlah sesuatu yang hina. Selalu kita dengar “senyum adalah satu sedekah” dan “sedekahkan al-Fatihah” jika ada orang meninggal dunia. Saya anggap perkataan ini sesuatu yang suci tetapi mungkin saya tersalah tafsir.

Saya sedar kata-kata saya ini telah menyinggung perasaan keluarga dan sebilangan masyarakat terutamanya peminat dan penyokong Arwah Bob Kuman. Percayalah, demi Tuhan saya langsung tidak terlintas niat di hati untuk menyakitkan hati mana-mana pihak sedangkan beliau telah saya anggap sebagai sahabat baik saya.

Saya sekali lagi memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas kertelanjuran saya. Saya bukanlah insan sempurna yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Pengalaman ini akan saya jadikan pedoman untuk menempuh hari-hari yang mendatang dengan lebih berhati-hati.

Kepada semua rakan-rakan artis dan peminat, sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham di-sana. Diharapkan permohonan maaf ikhlas ini dapat diterima dengan hati yang ikhlas juga.

Ikhlas,

David Teo

Gambar bulan madu Fasha Sandha, Jejai

Khamis, 10 Mei 2012

Gambar dibawah adalah dikatakan atau didakwa oleh forum Cari sebagai salahh satu tempat bulan madu khas untuk pelakon, Fasha Sandha dengan Rizal (jejai). Lokasinya tidak dikenal pasti dimana. Namun ianya sesuatu yang menarik dan kemungkinan juga bulan madu di negara luar. Apa yang pasti, semoga berbahagia, dan subur untuk mendapatkan zuriat secepat yang mungkin. Hee.

Anak Harith Iskander Minat Liverpool

Zander Xayne Iskander yang kini berusia 2 bulan telah pun diajarkan oleh ayahnya, Harith Iskander untuk meminati dunia bola sepak, walaupun masih lagi kecil, namun Zander telah dipakaikan baju kegemaran kelab kesukaann ayahnya, Liverpool. Gambar ini diambil ketika perlawanana FA akhir yang lalu, dimana Liverpool tewas 1-2 kepada Chelsea, dan gagal untuk membawa piala berkenaan.

Baju Maya Karin, Jaclyn Victor sama

Hari ni admin nak postkan satu lagi kisah menarik, tapi bukan kisah sedih atau kisah yang menyayat hati dan perasaan, cuma kisah pakaian yang dipakai sama. Ini diantara pelakon, Maya Karin dan juga penyanyi, Jaclyn Victor. Pakaian yang mereka berdua pakai sama, Mengikut sumber yang dipetik melalui forum Cari, baju ni adalah baju sponser, dan kedua-dua artis terpilih untuk memperagakannya.

SMS Suhaila dakwa anak dikandungkan anak haram

Rabu, 9 Mei 2012

Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam semalam bahawa isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengaku mengandung anak luar nikah dan mengugut mahu menggugurkannya jika kandungan itu benar anak Jimmy.

Jimmy berkata, Nursuhaila membuat pengakuan menerusi SMS pada petang 24 Januari 2011 selepas dia menegur isterinya itu, yang didapati masih berjudi.

Jimmy memberi keterangan dalam perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat yang difailkan terhadap Nursuhaila pada 3 dan 27 Januari tahun lalu.

Menjawab soalan peguam syarie Mohd Noor Aizan Mohd Idrus, Jimmy berkata, pengakuan Nursuhaila itu adalah salah satu sebab mengapa dia mendakwa isterinya nusyuz.
"SMS isteri berbunyi; Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.

"Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung? Dia jawab; Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah," kata Jimmy yang membacakan SMS Nursuhaila di hadapan Hakim Syarie, Saharusin Selamat. -VIA

Gambar Pertunangan Akma AF, Farih

Tahniah kepada penyanyi AF, Akma AF kerana selamat bertunang dengan seorang ahli perniagaan, Farih Hamshi bin Dato’ Mohamad Fatmi, di rumah keluarganya di Petaling Jaya, Selangor pada petang 6 Mei 2012. Pasangan ini akan melangsungkan pernikahan pada pagi 30 Jun 2012 nanti di Dewan Belia Antarabangsa, Cheras dan majlis persandingan pada tengaharinya.

Manakala majlis menyambut menantu akan berlangsung pada 3 Julai 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). -via

gambar MediaMalaya

Saiful Apek vs David Teo

Ini adalah petikan yang diambil melalui laman fan page milik Saiful Apek. Apek sepertinya meluahkan rasa ketidak puasan hatinya untuk menyatakan yang dirinya tidak suka dengan pengarah filem, David Teo. David Teo sebelum ni dikatakan (betul atau tidak) mengkritik arwah Bob Kuman yang juga kawan akrab kepada Apek kerana memberitahu sumber kewangannya dan meminta sedekah. Tidak dapat disahihkan cerita ini lagi. Kalau korang rajin, korang boleh baca di FB Apek tu lagi komen-komen daripada peminat.