Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Dira Abu Zahar nafi sepak/tendang orang!

Isnin, 9 April 2012

Kalau nak diingatkan dah seminggu Dira Abu Zahar pengacara Melodi yang direhatkan yang telah menyebabkan menyebabkan kecederaan terhadap pengunjung wanita di sebuah kelab hiburan di Jalan Sultan Ismail, Sabtu minggu lalu. Dira dengan lantangnya menafikan tuduhan itu dan bersedia disoal siasat Polis jika diperlukan.

Memetik daripada Kosmo, pengadu, Hamizah Abd. Hamid, membuat laporan polis di Balai Polis Ampang Jaya, Selangor tetapi kes tersebut diserahkan kepada Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Hamizah mendakwa menjadi mangsa sepakan dan tendangan Dira dalam kejadian pukul 1.30 pagi, 1 April lalu itu juga enggan mengulas lanjut. Hamzah bimbang jika maklumat yang diberikan boleh menimbulkan keraguan dan mengganggu siasatan polis, namun menyerahkan sepenuhnya kepada Polis untuk membuat sisatan lanjut.

ps: nama jerk dah tahu, seorang Muslim, tapi apa buat kat kelab hiburan tu~, bagus dok rumah lagi baik. =.=

Gambar-gambar ABPBH 2011

Ramai juga artis dan selebriti yang menghadiri ke majlis ini, tak usah nak diperkatakan pastinya perlumbaan fesyen memang akan berlaku. Tak juga yang mahu mengalah membawa pasangan istimewa masing-masing untuk dijadikan tumpuan dan perhatian. Korang nak tengok suasana gambar mereka ketika itu? jom layan

gambar OhBulan.com

Senarai Penuh Pemenang ABPBH 2011

ABPBH 2011 sudah pun melabuhkan tirainya semalam dengan pelbagai kejutan dan juga kelainan yang berlaku. Dari sudut pengacaraan sehinggalah persembahan yang menampilkan pelbagai wajah-wajah baru yang boleh dilihat. Ada juga yang juara bertahan tewas dimuka baru, manakala ada juga juara bertahan yang masih lagi bertahan-tahan hingga ke tahun yang sudah. Berikut adalah senarai pemenang, dan tahniah diucapkan. :)


Penyampai Anugerah ABPBH25

Nora Danish & Adi Putra
Kumpulan Boboi
Nurul Syuhada & Datin Seri Normala Samsudin
Ridhuan Hashim & Neelofa
Chad, Deen & Kamelia
Erra Fazira & Mustapha Kamal
Rosyam Noor & Fazura
Datuk Yusof Haslam, Samsul Yusof dan Syafiq Yusof
Datuk DJ Dave & Wan Maimunah

Berikut adalah keputusan penuh ABPBH2011:

Penyanyi Lelaki

Faizal Tahir
Anuar Zain
Aizat
Hafiz (pemenang)
Black

Penyanyi Wanita

Najwa Latif
Yuna (pemenang)
Stacy
Alyah
Shila Amzah

Artis duo/Berkempulan

6ixth Sense
Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah (pemenang)
Meet Unclee Hussain/Hazama
Bunkface
Forteen

Artis Baru Lelaki

Johan Ariff As'ari (pemenang)
Hazama
Awi Rafael
Aeril Zafrel
Beto Khusyairi

Artis Baru Wanita

Tasha Shilla (pemenang)
Najwa Latif
Neelofa
Nur Fathia
Izara Aishah

Pelakon Filem Lelaki

Aaron Aziz (pemenang)
Shaheizy Sam
Adi Putra
Syamsul Yusof
Bront Palaree

Pelakon Filem Wanita

Lisa Surihani
Maya Karin (pemenang)
Diana Danielle
Yana Samsudin
Eja

Pelakon TV Lelaki

Aaron Aziz
Adi Putra
Remy Ishak
Fizz Fairuz (pemenang)
Fauzi Nawawi

Pelakon TV Wanita

Fasha Sandha (pemenang)
Tizz Zaqyah
Scha Alyahya
Nora Danish
Rozita Che Wan

Artis Komedi Lelaki

Zizan Razak
Johan (pemenang)
Nabil
Along Cham
Afdlin Shauki

Artis Komedi Wanita

Noorkhiriah
Sharifah Shahira
Didie Alias (pemenang)
Kenchana Dewi
Alliza Abdullah@Enot

Pengacara TV Lelaki

Aznil Nawawi
Faizal Ismail
Ally Iskandar
Awal Ashaari
Zizan Razak (pemenang)

Pengacara TV Wanita

Fara Fauzana (pemenang)
Cheryl Samad
Sharifah Shahira
Raja Azura
Nurul Shuhada

Penyampai Radio Lelaki

Faizal Ismail (pemenang)
Aznil Nawawi
AG
Halim Othman
Khairil Rashid @ Krill

Penyampai Radio Wanita

Fara Fauzana (pemenang)
Linda Onn
Raja Azura
Abby Fana
Sharifah Shahira

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ABPBH2011

Datuk Sheila Majid

Anugerah Seri Perak

Datuk Siti Nurhaliza

Artis Paling Popular 2011

Aaron Aziz

-sumber Murai

Gambar Aaron Aziz di Lords Tailor

Ahad, 8 April 2012

Gambar di bawah adalah gambar Aaron Aziz yang bakal berjalan di Karpet Merah di ABPBH nanti dan sesi make-up oleh penaja utama, Lords Tailor. Aaron kelihatan lebih kacak dan tampan dengan make-up yang begitu professional itu. Lagi difahamkan melalui sumber yang Aaron Aziz akan menyanyi lagu Ombak Rindu bersama dengan Maya Karin, Liza Surihani di ABPBH nanti.

Aaron Aziz di ABP

gambar Budiey.com

Ainul Aishah buka kedai Tutti Frutti

Sabtu, 7 April 2012

Pelakon, Nana Tanjung, Ainul Aishah turut mengikut jejak langkah rakan artis lain seperti Dato' Siti Nurhaliza, AC Mizal, Ezzany dan lain lain lagi, apabila dia juga kini sudah bergelar usahawan dalam masa usia 27 tahun. Walaupun usianya perniagaannya baru berusia setahun, namun itu bukan halang sebenar bagi Ainul, bahkan ianya terbukti berjaya apabila dia telah membuka dua cawangan di dua buah negeri. Selain itu dikhabarkan yang Ainul juga berhasrat untuk berehat sebentar dari dunia lakonan untuk meluangkan masa dengan dunia perniagaannya ini.

"Alhamdulilah saya kini dah ada dua cawangan Tutti Frutti yang terletak di Bangi, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan. Selain daripada itu juga, saya sedang bergiat aktif dalam jualan produk kesihatan."

"Bidang perniagaan telah membuka prespektif baru dalam hidup saya kerana selain menguntungkan ia dapat menjamin masa depan saya" -via

Aaron Aziz tunjuk kad pengenalan sebenar!

Isu kad pengenalan aktor, Aaron Aziz memang menjadi perhatian dalam awal bulan April ini, namun boleh dikatakan ianya hanya sekadar edit yang cukup super dari mereka yang tidak suka akan Aaron Aziz. Aaron yang ditemui baru-baru ini sempat menayangkan kad pengenalan sebenar dari negara asalnya, Singapura, yang tertera Aaron Mustapha Bin Aziz, bukannya Mat Haron.

gambar Murai

Amir RL enggan bercinta lagi

Jumaat, 6 April 2012

Amir Raja Lawak yang berusia 23 tahun ini, membuat keputusan untuk tidak mahu bercinta selepas 5 kali dipermainkan oleh golongan wanita termasuklah seorang jururawat. Amir akui, dia merupakan seorang lelaki yang jujur dalam percintaan tetapi amat sedih setiap wanita yang dikenalinya tidak pernah ikhlas untuk mengambilnya sebagai kekasih hati.

"Saya sedar diri ini bukanlah sempurna dan kacak seperti kebanyakan lelaki lain. Saya sedih apabila wanita yang saya kenali cuba mempermainkan perasaan saya. Kalau perkara itu terjadi, saya terpaksa menjauhkan diri,

"Dengan apa yang dilalui ini, saya mengambilnya sebagai pengalaman positif dan anggap mungkin saya dan wanita-wanita yang pernah bertakhta di hati saya itu tiada keserasian dengan saya selain jodoh belum sampai.

"Lagipun saya pegang dengan kata-kata “tak ada perempuan kita boleh hidup tapi kalau tak ada wang, kita tak boleh nak hidup”. Jadi tak perlulah saya nak menagih cinta dan lebih baik saya fokus kepada kerjaya sahaja," ujarnya. -Via

Anne Ngasri, Aliff Aziz penghias majalah Media

Episod demi episod diantara Anne Ngasri dengan Aliff Aziz sudah pun tersebar. Mengenai keserasian mereka sehinggalah kepada perjumpaan keluarga telah membuatkan kita tidak sabar-sabar mereka bakal mengistiharkan tarikh perkahwinan mereka pula selepas ini. Hehe. Lagi kebahagian yang kita nampak apabila mereka berdua sempat menghiasi majalah hadapan Media bersama-sama anak Anne Ngasri sendiri. Anak Anne pun suka juga dengan Aliff.

Yuna dalam rancangan Conan O’Brien Show.

Khamis, 5 April 2012

Wah bukan main top dah Yuna di negara Amerika Syarikat. Baru-baru ini Yuna telah mendapat pelawaan menerusi rancangan TV yang popular di sana, iaitu rancangan Conan O’Brien Show. Yuna berkesempatan untuk menyanyikan lagunya yang berjudul, lagu Live Your Life, hampir berjuta rakyat Amerika Syarikat mungkin melihat penampilan Yuna dan sekaligus kemungkinan peluang Yuna untuk menjadi artis hollywood menampakkan kecerahan yang gemilang.

Nia Ramadhani hamil 7 bulan

Tahniah pelakon dari seberang, Indon, Nia Ramadhani, apabila kini usia kehamilannya berusia 7 bulan. Nia yang kahwin dengan anak jutawan ahli perniagaan terkenal Indonesia, Ardie Bakrie pada tahun 2010. Sebelum ini Nia dikatakan sudah hamil pada 1 Jan 2011, mungkin ini anak ke-2 untuk Nia dan suaminya.

Nadia Mustafar disamun dua lelaki! rugi RM20k

Nadia Mustafar kerugian RM20,000 selepas disamun dua lelaki menaiki motosikal di tempat letak kereta Pasar Pudu. Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Nadia bersama anak keduanya di dalam kereta Toyota Camry miliknya sebelum seorang lelaki yang masih memakai topi keledar membuka pintu dan membawa lari beg tangan pelakon berkenaan yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan.



Nadia yang ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi berkata, terkejut dengan tindakan dua lelaki itu, dia keluar daripada kereta dan menjerit meminta tolong, namun beberapa orang awam di situ gagal mengejar dua lelaki terbabit yang memecut laju motosikal mereka.
“Saya baru tiba di tempat letak kereta pasar itu apabila tiba-tiba dua lelaki berhenti di sebelah pintu kiri saya sebelum seorang daripada mereka membuka pintu dan melarikan beg tangan saya.

“Di dalam beg itu ada tiga beg kecil masing-masing berisi wang perniagaan RM18,000 manakala dua lagi wang perbelanjaan diri dan dokumen peribadi,” katanya. -Via

Tiz Zaqyah penghias majalah Lisa

Rabu, 4 April 2012

Majalah oh Majalah. Kepada kaki majalah, inilah masanya anda membeli majalah Lisa, yang menampilkan muka hadapannya pelakon paling manis, Tiz Zaqyah. Mengunakan spek ala beach, lebih menampakkan lagi keremajaan Tiz. Tapi makai rantai dia, diimport dari Zimbabwe ke tu, besar juga. Hehe.

Datuk K terima pangkat Kolonel Kehormat

TAHNIAH kepada suami Dato' Siti Nurhaliza apabila Datuk K menerima pangkat ekslufif daripada institusi kententeraan Negara. Petikan daripada portal mynewshub memberikan butiran lanjut di bawah..

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memakaikan pangkat Kolonel Kehormat kepada Pengerusi Eksekutif Ace Global Ventures Sdn Bhd, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Ia disampaikan pada majlis perhimpunan bulanan dan pemakaian pangkat kehormat di Dataran Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, Selasa.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. Sebelum ini, penerbit filem terkenal, David Teo juga diberi penganugerahan pangkat kehormat yang membawa gelaran Mejar.

Safee Sali cerai talak satu dengan isterimya

Memetik daripada sumber Utusan, Pemain bola sepak negara, Safee Sali sah bercerai talak satu dengan isterinya, Sabarina Yusof di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, semalam. Safee melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie Fouzi Mokhtar dalam satu prosiding tertutup dengan kehadiran peguam kedua-dua pihak.

Tidak dapat dipastikan apa sebab utama keretakan rumahtangga berkenaan, adakah ianya menyangkut soal kerjaya Safee sendiri atau pun hal pribadi yang lain. Safee dan Sabarina mempunyai 2 anak perempuan (Nur Syaza Syaqina, 3, dan Nursyasya Safirna, 1)

Mereka telah mendirikan rumah tangga pada 2007 selepas berkenalan ketika Safee beraksi bersama Sarawak dalam saingan Liga Perdana.

Nurul Ex Ajai bakal isteri Mat Saleh

Selasa, 3 April 2012

Dengar berita, yang Nurul bekas isteri kepada Ajai, bakal bernikah atau berkahwin tidak lama lagi. Bakal suami Nurul ini adalah seorang yang berbangsa France (mat saleh). Ada informasi memtik dari Cari Gosip menyatakan beberapa hari lalu Nurul pergi ke JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) untuk pendaftaran @convert masuk Islam. Nama bakal suami Nurul ini adalah Mr. Eric Deep seorang businessman yang sukses. Info mengenai Eric Deep ada di SINI

Isu Kad Pengenalan Aaron Aziz

Isu kad pengenalan Aaron Aziz saat ini agak kepoh dan mengemparkan. Ada yang mendakwa Aaron sengaja mempopularkan dirinya dengan menukar namanya yang lebih komersial berbanding nama asalnya. Dakwaan ini timbul apabila sebuah kad pengenalan warga Singapura yang dikatakan milik Aaron bernama Mat Haron Mustapha telah diselongkar. Pelik tetap pelik, isteri dan juga pengurus Aaron, Diyana memberi komen dalam portal Murai baru-baru yang lalu dengan mendakwa kad pengenalan itu hanyalah rekayasa, dan menegaskan yang suaminya bernama betul Aaron Mustapha bin Aziz.

"Apa yang saya boleh pastikan, dakwaan tersebut adalah palsu semata-mata. Nama sebenar Aaron ialah Aaron Mustapha bin Aziz dan bukannya Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mat Mustapha seperti yang didakwa dan seperti yang tertulis dalam kad pengenalan berkenaan.

"Saya juga baru mengetahui berkenaan hal ini melalui Twitter dan belum berkesempatan bercerita kepada Aaron kerana dia masih berehat kerana demam.

"Jika anda tidak percaya atau menganggap saya mahu menyembunyikan hal sebenar, anda boleh bertanyakan mana-mana produksi yang pernah Aaron bekerja untuk mendapatkan kepastian nama sebenar Aaron daripada pasport miliknya," jelas Diyana. -via

Zizan Beli Mitsubishi EVO 10

Masyuk la Zizan Raja Lawak ni, kereta dia kini adalah Mitsubishi EVO 10, ini bukan Inspira ok. Gaya sporty Zizan memang agak menonjol, biasalah jiwa bujang, memang nak lebih yang mencabar dan bergaya sedikit, harap-harap jangan dibuat race haram dah la ye Zizan. Hehe.

Gambar MediaMalaya

Gambar Anuar Zain terbaru

Isnin, 2 April 2012

Kepada peminat Anuar Zain, pastinya mahu melihat gambar terbaru beliau kan. Memang tidak dinafikan yang Anuar Zain orangnya cukup hensem, dan boleh dikatakan ramai yang sudah jatuh hati terhadapnya. Tapi jodoh Anuar belum sampai lagi, kita doakan agar Anuar dapat berkahwin dengan jodoh pilihannya tahun ini. :)

Rozita Che Wan saman penyebar fitnah kahwin dengan Datuk K

Rozita Che Wan kini dalam tidak menentu apabila ada pihak tertentu memfitnahnya telah berkahwin dengan suami Dato' Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid atau lebih terkenal dengan nama Datuk K. Dimana dikatakan Dato' Siti Nurhaliza dimadukan. Telajak Perahu boleh berundur telajak kata, susah nak 'delete', 'erase', 'remove'. Begitulah kisah gosip liar yang bagi Rozita tiada maaf bagi mu selepas ini. Ikuti komen Rozita mengenai ini yang dipetik melalui laman GUA.

inilah informasi yang dikatakan telah memfitnah RCW, klik untuk besarkan
“Benda ini fitnah. Saya tak tahu macam mana isu ini boleh timbul dan siapa yang mula membangkitkan isu ini. Saya berkemungkinan akan mengambil tindakan kepada individu yang menyebar fitnah ini. Orang yang reka cerita ini patut bertanggungjawab kerana isu ini melibatkan orang lain,

“Ini kali ketiga saya dikaitkan dengan Datuk K. Dua tahun lepas pun benda yang sama dan benda ini boleh timbul lagi walaupun saya dah menafikan perkara ini. Mereka yang menyebarkan fitnah ini memalukan saya dan juga menjejaskan rumahtangga orang lain. Saya mungkin akan saman individu tersebut.

“Saya pun tak faham, jika betul saya berkahwin, tunjukkanlah bukti. Bagi saya, jika tak ada bukti, tak payah buat cerita. Benda ini semua fitnah. Bila tulis benda tak elok yang saya sendiri tak buat, pandangan masyarakat akan buruk terhadap saya. Selagi saya tak ambil tindakan, selagi itu orang tak akan berhenti bercakap.”

Gambar Pernikahan Azza Elite, Azlan

Akhirnya dengan beza 9 tahun, Azza Elite, 34 dan Azlan, 25 sah bergelar suami isteri semalam apabila mereka diijabkabulkan di Masjid Bukit Antarabangsa. Pada majlis itu pihak lelaki memberikan sembilan dulang hantaran berbalas sebelas oleh pihak perempuan dengan Wang hantaran sebanyak RM10 ribu.

Antara artis yang hadir pada majlis nikah mereka seperti Rozita Che Wan, Roslan Shah serta anggota Elite iaitu Abby Abadi, Watie dan Sasha. Majlis resepsi kedua-dua pasangan itu mendapat tajaan pasaraya Mydin dan akan diadakan di Ipoh pada tarikh yang belum ditetaplkan lagi. -Via

gambar Syokkahwin | mStar

Gambar bersama Ally Iskandar, Farah Lee

Ahad, 1 April 2012

Sudah hampir dua bulan berlalu episod perkahwinan, 20 Jan yang lalu diantara pengacara Mentor, Ally Iskandar dengan Farah Lee. Kisah rumahtangga mereka kini semakin bahagia namun belum ada petanda-petanda yang Farah hamil. Ally sempat berkongsikan sekeping gambar kemesraan mereka berdua sebagai suami isteri kepada korang semua di luar sana.