Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

lagi Gambar Lisa Surihani, Yusry honeymoon

Khamis, 8 Mac 2012

Mesti ramai yang nak lihat gambar honeymoon dua merpati sejoli, Lisa Surihani dan Yusry kan. Memang sungguh mengasyikkan, dan tak ramai juga berkecainya hati-hati lelaki yang diluar sana yang melihat gambar ini. Hehe. Apa-apa pun jom kita lihat dulu perkongsian gambar Lisa ini kepada peminatnya di Malaysia.

Yusri dan Lisa Surihani di Switzerland

bulan madu lisa surihani dan yusri

yusri dan lisa surihani bulan madu

gambar lisa dan yusri bulan madu

yusri kru dan lisa surihani berbulan madu di Zurich Switzerland
gambar MyGosip

Gambar Pra-Perkahwinan Fasha Sandha part 2

Dengar cerita yang Fasha Sandha dan Rizal (jejai) akan melangsungkan perkahwinan mereka di Bali, Indonesia, pada 29 April ini, mengikut laporan yang dipetik daripada Berita Harian baru-baru ini. Rasanya waktu itu tidak lama lagi, dan lokasinya juga begitu ekslusif, jauh daripada media tempatan. Dan yang terbaru lagi, mereka berdua amik gambar pra-perkahwinan dan memilih jurugambar No 1 Malaysia, Bustamam White Studio (photographer magazine glam)

gambar Cari

Neelofa sayang kanak-kanak

Rabu, 7 Mac 2012

Jarang kita lihat gelagat seorang selebriti mesra dengan seorang kanak-kanak, apatah lagi selebriti berkenaan masih lagi belum mendirikan rumahtangga. Namun kebiasaannya, selebriti yang sayangkan kanak-kanak ni, sepertinya mahu mendirikan rumahtangga tak lama lagi, almaklumlah, sayang sangat kat kanak-kanak, mestilah nak ada anak sendiri juga kan. Itulah dia, Neelofa yang dikatakan sayang sangat kat kanak-kanak, gambar dibawah adalah sebahagian daripada aksi sayang Neelofa kepada kanak-kanak (anak buah dia kot)

gambar Syokkahwin

Sherie Merlis hamil setelah 20 tahun jadi ibu tunggal

Pelakon tv yang popular satu masa dahulu, Sherie Merlis yang baru menamatkan status jandanya pada 1 Jan lalu selepas berkahwin dengan Ash kini dia disahkan mengandung. Sherie bersyukur kerana dia mengandung lagi selepas hampir 20 tahun menjadi ibu tunggal setelah rumah rumahtangga yang dibinanya dan dikurniakan beberapa orang anak hasil perkahwinan itu.

“Kandungan saya kini berusia sebulan lebih. Doktor kata saya harus menjaga kandungan saya kerana mengandung pada usia 40-an agak berisiko apatah lagi saya sudah lama tidak mengandung. Saya bersyukur kerana masih berpeluang mengandung. Ini mungkin bunting pelamin,” ujarnya. -Via

Tiz Zaqyah penghias majalah Remaja

Lawanya Tiz sebagai penghias muka hadapan majalah Remaja untuk edisi bulan ni. Putih melepak sepertinya satu proses editing yang cukup sempurna. Rambut pun ikal mayang dan terbukti 'gf' kepada Remy Ishak ini betul-betul menjadi perhatian orang ramai terutamanya lelaki. Nak baca lanjut, p la beli majalah ini di pasaran. Hehe

Gambar anak Bienda, nama anak unik!

Selasa, 6 Mac 2012

Pada 26 Februari lalu, Bienda selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.95 kilogram dengan cara pembedahan di sebuah hospital swasta. Bayi perempuan mereka itu diberi nama dengan nama yang unik, Lavienda Namiraz. Ilham untuk memberikan nama Lavienda Namiraz itu kepada bayi perempuan mereka datangnya dari sebuah telenovela Latin yang kerap ditonton oleh Bienda ketika dia sedang mengandung.

“Nama Lavienda diilhamkan daripada gabungan nama saya dan salah satu watak dalam telenovela Latin yang saya gemar tonton ketika mengandung dulu.

“Kebetulan pula, suami juga ada nama pilihannya iaitu Namiraz yang diambil daripada nama Zariman yang diterbalikkan. Untuk berlaku adil, kami gabungkan dua nama itu,” -Via

Yusry Tweet perkembangan Honeymoon dengan Lisa

Episod ini memang sudah ramai yang menantikan, biasa lah dua merpati ini saling mahu menajadi perhatian, terutama Lisa Surihani, beberapa jam yang sudah mereka telah pergi honeymoon di Zurich di Switzerland. Jauh nye, memang percutian musim sejuk yang mengasyikkan. Apa-apa pun semoga enjoy dengan malam pertama itu. hehe.


gambar myartis.com

Ella hadiri kursus kahwin, tamatkan zaman bujang

Dikhabarkan yang penyanyi rock, Ella telah menghadiri satu kursus kahwin baru-baru ini. Mengikut informasi, Ella ditemani oleh PA nya untuk menghadiri kursus berkenaan di Masjid Taman Tun. Selain daripada itu, memetik sumber daripada laman GUA, Ella bakal berkahwin tak lama lagi dengan seorang jejaka yang mahu dikenali dengan huruf 'A'. Wah, akhirnya, Ella bakal menjadi isteri. :)

gambar yang dikirim oleh seseorang yang sempat mengambil gambr bersama Ella menghadiri kursus berkenaan

Siti Nurhaliza di perkahwinan adiknya

Isnin, 5 Mac 2012

Baru-baru ni berlangsungnya satu majlis akad nikah adik bongsu kepada penyanyi nombor satu, Dato' Siti Nurhaliza, Mohd Hafiz. Nikah ini dilakukan di sebuah masjid yang tak jelas dimana, mungkin di Pahang kot. Siti sempat lagi menjadi mak andam menghias pengantin perempuan. Hihi.














gambar Facebook ROZI ABDUL RAZAK

Fasha, Jejai hadiri kursus kahwin

Menurut laman Cari, Fasha Sandha dan Jejai telah menghadiri satu kursus perkahwinan yang diadakan di Kuala Lumpur pada hari Sabtu dan Ahad yang lalu. Mengikut perancangan persediaan perkahwinaan mereka bakal dibuat tak lama lagi, cuma tarikhnya masih lagi menjadi teka teki yang misteri. Lihat Fasha Sandha bertudung, sungguh manis dan ayu gitu. Kalau pas kahwin pun macam ni, alamatnya, saham Fasha pun tetap naik, peminat pun ramai yang suke. :)

Leya Hot FM cerai dengan suami

Tanpa sebarang desas-desus mahupun gosip mengenai keretakan rumah tangga Deejay Hot FM, Sharifah Aleya kini sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin setelah membina kebahagian sejak 8 Disember 2007, dengan dikurniakan sepasang anak kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena.

Pasangan berkenaan bercerai secara baik dan mendapat persetujuan bersama dalam satu proses tertutup pada pukul 10 pagi 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam.

Leya yang mengesahkan perkara tersebut berkata, walaupun sudah bercerai, mereka tetap berhubungan sebagai kawan baik. -Via

Tiz Zaqyah nyanyikan Kisah Hati untuk Remy Ishak

Ahad, 4 Mac 2012

Wah bukan main asyik lagi Tiz Zaqyah menyanyikan lagu buat kekasihnya yang disaksikan oleh selebriti dalam studio Hot.FM. Lagu Kisah Hati ini merupakan lagu yang dipopularkan oleh Alyah. Tapi sekali sekala oleh Tiz ok juga kan. Ok layan ah hujung minggu ini bersama nyanyian Tiz. hehe.

Zahirah kekasih terbaru Hafiz AF?

Sabtu, 3 Mac 2012

Menurut satu laporan daripada blog hiburan, gambar dibawah didakwa adalah kekasih kepada Hafiz AF yang bernama Zahirah Radzi berumur dalam 27 tahun. Baru-baru ini mereke dipertemukan untuk Zahirah berlakon dalam video klip 'Ilusi' nyanyian Adira dan juga 'Jahatnya Cinta' nyanyian Stacy-Akim. Episod cinta diantara Zahirah dengan Hafiz masih kurang jelas, bahkan episod itu kadang kala masih lagi dipertengahan diantara teman tapi mesra. Kalau nak diikutkan memang menawan sungguh Zahirah ni, untunglah kalau jadi kekasih. :)

Diana Danielle penghias majalah GLAM

Bagi peminat Diana Danielle, inilah masanya korang nak tengok kelibat diri sebenar Diana yang sudah lama tidak muncul-muncul akibat kesibukan masanya. Terbaru Diana sempat menjadi penghias majalah GLAM dimana penampilannya sungguh amat begitu teruja sekali. Sampai nampak bahagian tengah sekali Diana dah mula beranikan diri untuk menampakkannya. Satu kebangkitan yang begitu hebat sekali nampaknya.

Gambar Awal, Scha ke butik tempah baju kahwin??

Jumaat, 2 Mac 2012

Dengar khabar dan cerita yang kedua-dua merpati ni, Awal Ashaari dan Scha al Yahya kini dalam perancangan untuk berkahwin. Tambahan lagi, ada informasi dan gambar yang menyatakan mereka datang ke Butik Altelia Amani Shah Alam untuk berjumpa dengan pereka dan juga pengurus kedai butik berkeaan untuk menempah baju pengantin dan sebagainya. Apa kah ini betul, dan bakal menamatkan spikulasi bila mereka akan berkahwin. Kita nantikan selepas ini.

Yana, Sam buat album single? tanda bercinta?

Tambah menarik kini, apabila Shaheizy Sam dan Yana dikatakan telah membuat kejutan terbaru dengan muncul dengan single bersama. Lagu yang diberi judul Begini Caranya, merupakan kejutan terbaru dari mereka dan lagu tersebut masih lagi tidak diketahui status samada merupakan lagu untuk filem terbaru ataupun ada projek-projek terbaru mereka kelak. Apapun, buat masa kini, lagu tersebut hanya dimainkan di Nasional FM dan usaha terus dilakukan bagi memecah ke stesen radio yang lain pula.

Bagi yang belum mendengar, lagu Begini Caranya mempunyai maksud yang penuh tersirat selain tidak terlepas dari nada cinta dan susunan lagu yang menarik. -Via

Gambar Anak Mawi dan Ekin

Ini lah dia gambar ekslusif anak kepada Mawi dan Ekin yang sudah pun disebarkan di internet. Akhirnya mereka telah akur untuk menampakkan wajah anak mereka kepada umum jua. Bayi bernama Cahaya Malaika yang lahir pada pukul 4 pagi, Selasa lalu itu kelihatan sihat dan comel sekali. :)

gambar mStar

Rumah Nabil RL dipecah masuk, rugi RM3000

Khamis, 1 Mac 2012

Rumah Nabil dikhabarkan dipecah masuk perompak dalam satu kejadian di Kampung Masjid, Mambau Seremban pada semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.55 pagi itu, perompak berkenaan bertindak memecah masuk rumah itu melalui sebuah daripada bilik rumah yang kini didiami keluarga bapa saudaranya.

Menurut bapa saudara Nabil, Rahmat Abdul Latiff, kejadian disedarinya sebaik pulang ke rumah berkenaan selepas menghantar anak perempuannya ke tempat kerja di sebuah pusat beli belah berhampiran.

Katanya setelah diperiksa, penjenayah berkenaan didapati melarikan komputer riba milik anaknya yang berharga RM3,000.
"Kejadian ini yang pertama berlaku dan saya baru sahaja menetap dua bulan di rumah ini selepas Nabil bersama ahli keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur," katanya. -Bernama

Nora Danish, Ady Putra bernikah senyap-senyap!

Nora Danish tidak pernah lekang dengan pelbagai cerita sensasi, baik yang berkaitan dirinya ataupun tempias cerita bekas suaminya. Nora Danish sebelum ini digosipkan rapat dengan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Bagaimanapun Nora menafikan pernah keluar dengan Khairul Fahmi atau Apek. Tetapi, ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram itu pernah menghantar mesej kepada Apek di laman sosial Tweeter, itu pun hanya sekali sahaja.

gambar Utusan

Kini Nora sudah bernikah dengan Ady Putra. Kenapa terkejut? memang lah korang pun akan anggap ianya sebagai khbar angin, tapi lihatlah gambar tu, dah cukup jelaskan. Hehe. jangan panik dulu, ni lakonan Nora Danish dengan Adi Putra untuk filem Aku Terima Nikahnya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya baru-baru ni. Sepadan?

Liyana Jasmay dirisik ahli perniagaan, bulan ini tunang

Liyana Jasmay telah membuat pengakuan akan bertunang dengan jirannya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan bernama Fathuddin Mazlan pada bulan Mac nanti. Liyana berkata dia sudah pun menerima cincin merisik daripada bakal tunangnya itu.

"Dia menghantar rombongan merisik pada minggu lalu dan jika tiada aral melintang, kami akan bertunangan pada bulan depan. Tarikhnya terpaksa dirahsiakan. Insya-Allah tahun depan kami akan berkahwin," katanya. -Via