Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Chomel Fana, artis baru

Khamis, 15 Disember 2011

Penyanyi dan pelakon yang mahu mengilap namanya, Chomel Fana kini menjadi rebutan dan bualan banyak media. Chomel dulu dikatakan juga sebagai seorang bekas pemain bola sepak wanita Malaysia B serta bekas ahli Silat Selangor. Memang kalau lihat daripada profil lama Chomel memang seorang yang lasak dan berjiwa kental. Mungkin ada yang mengandaikan dirinya seorang yang 'tomboy' tapi kita harus berfikiran positive, mungkin itu semua hanya hobinya sahaja, kini Chomel dah jumpa kerjaya yang sesuai buat dirinya. :)

gambar Via

Gambar Akma AF3 bertudung

Penyanyi dan pelakon yang dicungkil daripada program AF3, Akma lebih selektif dan menjaga batas sejak bertudung pada 13 Syawal lalu. Akma kini mula bertudung dan kelihatan pada Konsert Akhir Reunion Akademi Fantasia di AEON AU2, Setiawangsa baru-baru ini.

“Selain menjalankan kewajipan sebagai seorang Islam, saya juga lebih selesa berpakaian sebegitu kerana rasa lebih tenang. Alhamdulillah kerana Allah membuka hati saya untuk berubah ke arah kebaikan. -via

Anak Dian P. Ramlee cerai talak 3?

Rabu, 14 Disember 2011

Mengikut sumber yang diterima melalui laman Cari. Diberitahu yang anak perempuan sulung kepada Dian P.Ramlee yang berumur 22 tahun diceraikan oleh suaminya baru-baru ini. (Anak Dian yang perempuan ni memang terkenal sebab kecantikannnya) Bab-bab cerai memanglah bukan perkara biasa tapi yang menjadi luar biasanya adalah jatuhnya talak 3 yang dikatakan dilafaz oleh suaminya. Memang sungguh meyedihkan kalau talak 3 dilafazkan.

Tak tahu berita ini benar atau tidak dikatakan si suami menganggap si isteri curang. Kini Dian menjaga cucunya yang berusia setahun setengah bagi tidak dilibatkan dalam kes mereka berdua. Wallahualam, cerita lanjut kita nantikan pengakuan Dian pula selepas ini.

Gambar suami Camelia?

Memang kita tidak pernah mengetahui siapa suami kepada penyanyi Camelia kan. Sebab mungkin ada benda-benda yang penting yang mahu dielakkan. Tapi itu semua hanya tekaan sahaja. Kali ini kita dapat melihat gambar yang didakwa dia adalah suami kepada Camelia. Gambar diambil ketika majlis cukur jambul anak mereka baru-baru ini. Wallahualam.

Liza Hanim selamat melahirkan anak ke-3

Tahniah kepada penyanyi, Liza Hanim kerana dikhabarkan melalui Facebook milik suaminya, Shahrin shamsuddin yang menyatakan isterinya selamat bersalin anak ke-3. anak ke-3 ini adalah anak lelaki. Gambar belum kuar lagi, tapi gambar Liza mengandung la dulu korang layan. Hehe. sebab baby tu masih ada dalam kat perut, ala sama jerk pon kan. Hehe nanti admin updates k.

Shaheizy Sam suka kehijauan

Selasa, 13 Disember 2011

Shaheizy sam yang terkenal kerana lakonannya yang begitu mencuit hati memang mendapat banyak perhatian ramai. Namun itu pada bidang kerjaya, di dalam bidang pribadinya pula, tahukah anda yang adik kepada aktres Zizie Ezzette ini mengambil masa selama 10 hari untuk menyiapkan landskap taman di depan rumahnya. Walaupun terpaksa berhabis sekitar RM4,000 untuk kos barang-barang dan pemasangan, Sam akui berpuas hati kerana landskap itu dibangunkan dengan titik peluhnya sendiri.

Kalau hendak tahu lagi, landskap ini baru sahaja dibina oleh Sam ketika menghabiskan cuti Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Dia sendiri yang melakukan kerja-kerja mengecat, memasang perabot dan memacakkan tiang lampu di taman ini. Memang cantik kiranya halaman tu. Biasalah kerja orang bujang, kalau dah berbini mungkin lebih indah dan cantik lagi kan.

Norish Karman nafi hamil anak luar nikah!

Norish Karman yang lama menghilangkan diri (sebenarnya sibuk menjadi juri Pilih Kasih musim ke-3 di Penang dan buat album pertamanya) daripada dunia seni kerana dikatakan hamil luar nikah akhirnya muncul dengan menafikan khabar angin itu.

Norish berkata dia enggan mengambil tahu berita sensasi itu sebaliknya lebih menyibukkan dirinya dengan kerja dan anak-anaknya.

“Saya tidak mengambil tahu tentang gosip-gosip di akhbar mengenai hal itu kerana sangat sibuk dengan kerjaya dan anak-anak.

“Tetapi saya ada mendengar cerita-cerita kelakar ni. Pada saya, banyak perkara lain yang saya boleh fikirkan. Biarlah mereka (media) nak cakap apa, saya tidak kisah.

“Yang penting, siapa nak jumpa saya, boleh…tapi kita borak pasal kerja sahaja,”

Rosyam Nor labur RM1 juta jadi usahawan!

Rosyam Nor melabur (membelanjakan) hampir RM1 juta bagi projek tanaman nangka madu berkeluasan 40 hektar di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lanchang, Temerloh.

Rosyam berkata, projek yang dimulakan sejak lebih setahun lalu itu dijangka mengeluarkan hasil pertama penghujung tahun depan.

Penglibatan Rosyam dalam bidang pertanian pada awalnya dipandang sepi banyak pihak sehingga pada satu masa dia sendiri hampir putus asa.

Selain mengusahakan tanaman nangka madu, dia turut menanam pisang, mangga dan durian belanda dikawasan sama.

Menurutnya, dalam tempoh setahun lagi, dia akan membuktikan kepada semua pihak dia juga mampu menjadi petani berjaya walaupun pada asalnya ia bukanlah bidang utama perniagaannya.

Selebriti di Istana Negara yang baru

Isnin, 12 Disember 2011

Baru-baru ni Istana Negara yang terbaru sudah pun dirasmikan oleh Agong dalam Dirgahayu Diraja (jamuan negara). Dalam pada masa yang sama terdapat juga artis-artis tempatan yang sama-sama dijemput memeriahkan suasana. Mereka adalah Andre Goh, M. Nasir, Vanidah Imran, Shila Hamzah, Ning Baizura dan Stephen Rahman. Memang cantik giler Istana baru ni, sesuai la kita untuk memertabatkan institusi beraja di negara kita.

gambar Fb Shila Hamzah

Gambar Perkahwinan Ana, Chef Riz

Dengan sekali lafaz, pelakon Ana Dahlia yang berumur 28 tahun telah sah bergelar isteri kepada chef selebriti, Mohd. Nadzri Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Riz anak kepada Dato' Chef Wan di rumah Ana di Taiping, Perak.

Riz dan Ana diijab kabulkan kira-kira pukul 12.30 tengah hari dengan mas kahwin sebanyak RM1 001. Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, Ana menerima wang hantaran berjumlah RM20,000 dengan 10 dulang hantaran, manakala, pihak Riz menerima 15 dulang.

Tahniah diucapkan kepada Ana dan juga Riz, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

-gambar Via | text Via

Gambar anak ke-2 Intan Sarafina

Intan Sarafina selamat melahirkan bayi lelaki bernama Megat Israfel Raez pada 2 Disember lalu di Pusat Perubatan Sime Darby (SDMC), Subang Jaya. Megat dilahirkan secara normal seberat 3.38 kilogram.

Menurut Intan, nama Israfel dipilih kerana membawa maksud malaikat yang meniup sangkakala manakala Raez bermaksud ketua atau pemimpin yang juga merupakan gabungan nama kedua Intan dan suami iaitu Sarafina dan Ezzahuddin.

Nama Raez turut diberikan kepada anak sulung mereka iaitu Megat Evan Raez yang berusia 2 tahun. Intan berkahwin dengan Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli tiga tahun lalu. -Via

Penulis Ombak Rindu dapat lebih RM300k

Ahad, 11 Disember 2011

Nampaknya kontroversi filem Ombak Rindu masih tidak berpenghujung. Semakin rancak jumlah kutipan yang diperolehi filem ini, semakin rancak juga penulis novel ini, Fauziah Ashari, mengeluarkan kenyataan pedas. Semuanya gara-gara rasa tidak puas hati.

Selepas berterus-terang kecewa dengan garapan Osman Ali, si penulis muncul dengan kenyataan baru. Dalam laporan sebuah akhbar Rabu lalu, Fauziah mengatakan dia kecewa kerana tidak mendapat bayaran setimpal. Dakwa Fauziah, bayaran yang diterimanya sangat sedikit. Hanya cukup untuk tambang ulang-alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Bukan itu, Fauziah juga seolah-olah menyalahkan pihak penerbit, Alaf 21, kerana berpendapat perjanjian atau kontrak yang ditandatangani ‘memakan diri’ penulis atau berat sebelah.

penulis yang bertudung
“Ingin saya tegaskan di sini bahawa kami adalah penerbit novel tersebut. Oleh itu, kami sama sekali tidak terlibat dengan pembikinan filem. Kalau Fauziah rasa kami ada mengaut keuntungan daripada penerbitan filem ini, dia silap. Kami hanya menerima bayaran berjumlah RM4,000 daripada Tarantella Pictures dan 40 peratus (RM1,600) daripada bayaran itu telah diserahkan kepada Fauziah. Memang kami tidak letakkan harga yang tinggi kepada produksi filem kerana kami percaya jika filem ini mendapat sambutan hangat, ia pasti membantu penjualan novel juga.

Untuk makluman semua, setakat hari ini Fauziah telah menerima bayaran royalti sebanyak RM291,845.09, dan seandainya cetakan terbaru berjumlah 40,000 naskah habis dijual, dia akan menerima sebanyak RM50,000 lagi. Jadi, mengapa harus Fauziah berasa tidak puas hati?

Sebagai penerbit novel, kami juga mengharapkan keuntungan daripada penjualan novel. Bukan daripada filem. Fauziah seharusnya faham dengan perjanjian yang telah ditandatangani sebelum ini. Sebagai penerbit, Alaf 21 punya hak untuk uruskan naskah novel sekiranya ia mahu diadaptasi ke pementasan teater, filem dan sebagainya,” ujar Pengarah Urusan Alaf 21, Dato’ Hussamuddin Hj. Yaakob.
Ditanya mengapa Alaf 21 meletakkan harga yang rendah kepada Tarantella Pictures, Hussamuddin memberitahu ketika urusan pembelian hakcipta Ombak Rindu dilakukan pada tahun 2009, memang tidak ada mana-mana pihak yang mahu membeli sebuah karya novel dengan harga yang tinggi. Tarantella adalah pihak pertama yang datang kepada Alaf 21.
“Bagi kami harga yang ditawarkan tidak menjadi masalah kerana kami faham mereka juga perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk menerbitkan sebuah filem. Macam yang saya katakan tadi, kami bersetuju dengan harga itu kerana kami percaya ia akan membantu jualan novel seandainya filem ini mendapat sambutan hangat. Ini terbukti dengan situasi terkini. 20,000 naskah cetakan terbaru telah pun habis dijual. Dengan penjelasan ini, saya harap Fauziah dan pihak-pihak di luar sana faham dengan situasi sebenar. Kalau Fauziah masih tidak yakin dengan jumlah jualan yang kami umumkan, dia boleh datang buat audit. Saya tidak kisah kerana kami mengamalkan perniagaan yang telus dan terbuka,” ulas Hussamuddin lagi.
artikel Via

Gambar Abby Fana Bertudung

Sabtu, 10 Disember 2011

Wah selepas balik dari menenunaikan ibadah haji beberapa bulan yang lalu, Abby Fana kini kelihatan berseri-seri. Almaklumlah dia dah tunaikan ibadah haji, dan kini dah boleh digelar hajjah. Perubahan yang Abby lakukan amatlah berpatutan, kini dia dah bertudung. Melihat daripada penampilan terbarunya ini melalui MHI (Malaysia Hari Ini) baru-baru ini. Syukurlah kalau macamtu, harap-harap ramai lagi selebriti atau personaliti TV akan mengikuti jejak Abby selepas ini.

Kereta mewah ND Lala pecah, disamun!

Penyanyi dan pelakon yang juga usahawan e-dagang, ND Lala, kerugian hampir RM4,000 apabila disamun sekumpulan 15 remaja lelaki yang menaiki 10 motosikal di stesen minyak Petronas di Jalan Genting Klang, berhampiran Danau Kota, awal pagi semalam.

Ketika kejadian jam 3.30 pagi itu, ND Lala dalam perjalanan pulang dari pejabatnya di Danau Kota ke Cheras dan berhenti di stesen minyak untuk ke tandas.

“Apabila kembali ke kereta dan sedang membaca khidmat pesanan ringkas (SMS), saya lihat sekumpulan lelaki menaiki sedang berkumpul di jalan besar sebelum mereka tiba-tiba membuat pusingan U dan menuju ke arah kereta saya.

“Mereka menggunakan topi keledar mengetuk cermin sisi penumpang sebelah pemandu hingga retak dan meminta saya menyerahkan wang, telefon bimbit dan beg duit serta mengugut ingin membunuh saya.

“Selepas mengambil semua barangan itu, mereka melarikan diri apabila sebuah lori yang membawa bekalan minyak masuk ke dalam stesen petrol berkenaan,”
ND Lala yang bersyukur kerana tidak dicederakan oleh kumpulan remaja bermotosikal itu, kemudiana membuat laporan polis di Balai Polis Setapak. -Via

Kereta Awie, Toyota Estima kena curi!

Jumaat, 9 Disember 2011

Kesian kat penyanyi dan juga pelakon yang pernah membintangi filem Zombi Kampung Pisang, Awie, kerana kereta miliknya dikhabarkan hilang dicuri oleh pencuri yang sememangnya berkerjaya sebagai mencuri. Hehe. Jadi mari sama-sama membantu Awie dalam mencari keretanya, saper-saper yang terserempak dengan kereta berkenaan, silalah berhubung terus dengan orang yang dinyatakan di bawah ini.

-Gambar hiasan. Gambar Toyota Estima.
Kereta Awie Wings dilaporkan hilang dicuri sejak 24 jam lalu. Kereta model Toyota Estima yang bernombor pendaftaran WNK 6913 itu dianggarkan berharga lebih daripada RM200,000.

"Kereta awie wings hilang WNK 6913 Estima Putih, sila hubungi Madi (0123862467) kalau sesiapa terjumpa," ujar rakan twitter Aqasha bernama Lourenzar.

Selami rumahtangga Norman, Memey

Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 25, mendirikan rumah tangga dengan Norman pada 24 September lalu di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor. Kini sudah beberapa bulan berlalu, kehidupan rumahtangga mereka sepertinya begitu bahagia sekali. Mari kita lihat apa yang ada dan terjadi dengan rumahtangga mereka. Hidup berumahtangga memang indah, apatah di awal permulaan episod, tapi harap-harap ianya berterusan sehingga selama-lamanya.

"Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar dan apa yang boleh saya katakan, saya amat bahagia dengan kehidupan saya sekarang.

"Jadi, kalau hendak keluar ke mana-mana sahaja, tiada apa yang perlu difikirkan lagi dan sesungguhnya kami amat gembira dengan apa yang kami lalui sekarang ini," jelas Memey sewaktu ditemui pada majlis perasmian Pameran Busana Perkahwinan Mutiara di Muzium Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

"Abang seorang yang ringkas dan dia aktif bersenam di gimnasium serta jarang makan nasi, maka, makanan yang perlu saya masak kebanyakannya jenis kukus, panggang dan bakar.

"Makanan barat menjadi keutamaan abang. Tetapi, kadang-kala, saya masak juga masakan Melayu kerana mahu ubah selera dan saya masak apa yang dia suka.

"Belum lagi. Buat masa ini masih kosong lagi. Masing-masing sibuk dengan komitmen kerja. Apa pun, kami memang tidak merancang dan menerima rezeki yang datang." -Via

Video Nur Atikah Nabilah

Sebelum ni video yang memaparkan seorang budak perempuan mirip suaranya seperti Ning Baizura, kini muncul sekali lagi klip videonya yang ke-2 yang sudah dimuatnaik ke dalam laman YouTube. Nama budak ni adalah, Nur Atikah Nabilah Thane, yang masih lagi belajar dalam darjah 4 di Sekolah Rendah Serasa, Muara, Brunei Darussalam. Mungkin kawan-kawan seusianya masih lagi kurang memahami apa Atikah lakukan, namun itulah bakat kurniaan Allah untuk Atikah.

Gambar perkahwinan Erni Dekritawati Yuliana

Khamis, 8 Disember 2011

Anak kepada Allahyarmah, Datuk Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana akhirnya telah diijabkabulkan dengan pasangan hidupnya Khamarul Azlan yang dilangsungkan beberapa hari yang lalu. Mungkin kurang sedikit details mengenai perkahwinan ini, namun kita berharap Erni lebih tabah menghadapi dugaan hidup, dan kini sudah ada teman hidup. Tahniah diucapkan kepada Erni dan Khamarul Azlan

filem Songlap bakal mengatasi Ombak Rindu?

Adakah Songlap lakonan Shaheizy Sam akan mengalahkan Ombak Rindu lakonan Aaron Aziz dalam bulan Disember ini? filem ini diarahkan oleh pasangan suami isteri Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Ishak yang pernah menghasilkan filem Kami The Movie sebelum ini.

Diantara pelakon yang lain adalah Sara Ali dan juga Syafie Naswip, filem itu turut membariskan Omar Abdullah, Rozie Rashid, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi dan Lisdawati. Ia bakal ditayangkan di 77 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bermula 15 Disember ini.

Video Neelofa dengan Hans Isaac

Memang tidak dinafikan Neelofa seorang selebriti yang cantik dan menawan. Cukup dengan segala pakej yang diidamkan pengarah filem/drama. Terutama Hans Isaac. Namun gosip yang melanda mereka berdua telah membuatkan ada teka teki yang sehingga kini masih lagi tiada jawapannya. Neelofa menafikan mereka tengah bercinta, namun kadang kala aksi mesra mereka seperti mereka sudah menjalinkan hubungan cinta. Tak caya? cuba tengok video ni.