Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Hero Ombak Rindu, Aaron Aziz

Rabu, 7 Disember 2011

Memang Aaron Aziz kalau dah berlakon, magnet dah mengena, ramai peminat dia akan serbu pawagam. Kiranya Aaron adalah aset paling berharga kalau nak buat filem zaman ni oleh producer. Ombak Rindu yang dikatakan filem akhir tahun yang terbaik pernah dihasilkan telah membawa Aaron sekali lagi menjadi perhatian ramai. Gambar dibawah adalah sempena bertemu peminat untuk melihat filem Ombak Rindu baru-baru ini di TGV Wangsa Walk.

Aaron Aziz

Aaron Aziz

Aaron Aziz

Aaron Aziz

Aaron

Ombak Rindu

Ombak Rindu

Ombak Rindu

Ombak Rindu

Ombak Rindu

Ombak Rindu

Aaron


-Gambar Via

Gambar persandingan Azad, Eira ala Bollywood

Gambar persandingan dibawah diantara Azad Jasmin dan Eira Syazira ini diambil pada 26 Nov 2011 yangg lepas. Bertempat di Marine Community Centre, Penang. Majlis tersebut adalah bertemakan Bollywood. Maaf la yer kalau terlewat post. Hehe. Apa-apa pun enjoy dulu gambar perkahwinan ala bollywood mereka ni. -KAMERADANSA & PHOSGRAPHIS PHOTOGRAPHY




























Aura Mawi masih lagi berbisa!

Biarpun karier nyanyian Mawi dilihat kurang menyerlah sejak akhir-akhir ini, namun dia tidak tewas untuk membolot dua anugerah di Konsert Akhir Reunion Akademi Fantasia (AF) pada Sabtu lalu.

Mawi merupakan juara AF3 berjaya memenangi Anugerah Balada Lelaki dan Anugerah Duet dengan pasangan duet Lagu Jiwa Lagu Cinta iaitu Datuk M.Nasir yang pernah menjadi pengetua Mawi sewaktu di AF3.

Sementara itu, antara sembilan musim AF, alumni AF2 yang lebih menyerlah apabila berjaya menggondol dua anugerah di konsert yang menggabungkan hampir semua alumni AF 1 hingga AF9 itu.

Zarina dan Bob yang merupakan bekas pelajar AF2 berjaya memenangi Anugerah Dangdut Terbaik menerusi lagu Goyang Inul dan Anugerah Irama Malaysia (Pantun Budi).

Berbaki lima lagi anugerah masing-masing dimenangi oleh Anum AF8 (Anugerah Rock Wanita), Hazama AF9 (Anugerah Rock Lelaki), Faizal AF4 (Anugerah Komedi), Mila AF5 (Anugerah Balada Wanita) dan Stacy (Anugerah Tari). -Via

Neelofa pakai kolagen kekalkan kecantikan?

Selasa, 6 Disember 2011

Noor Neelofa Mohd Noor bersyukur dengan rezeki yang melimpah ruah setelah menjuarai Dewi Remaja 2010. Menyelami erti kecantikan sebenar buat Neelofa, Neelofa akui seseorang itu akan menjadi lebih cantik jika memiliki tingkah laku dan hati yang baik.

“Saya lebih tertumpu pada pemakaian celak dan maskara. Untuk kulit muka pula, saya hanya menggunakan pencuci muka Shu Uemura terutama menanggalkan mekap selepas kerja.

“Selain itu, saya mengamalkan minuman kolagen yang boleh mengelakkan muka menjadi kusam.

“Saya juga membuat rawatan muka di Chemical Peel setiap dua kali sebulan. Cara paling mudah untuk kecantikan kulit adalah minum banyak air kosong,”
Tambahnya lagi, untuk mengelakkan kulit muka menjadi gelap akibat berjemur di bawah cahaya matahari, Neelofa akan membuat lulur badan dan mengambil vitamin C untuk mencerah semula kulit. -Via

Bila budak sekolah rendah menyanyi

Video ni adalah ekslusif sebab bukan budak ni bukan dari kalangan artis. budak ni baru jerk sekolah rendah macam tu. tapi suara dia, alamak, setaraf macam selebriti muda yang lain da. Ada saingan dan bakat betul budak ni. Kalau besor nanti tak tahu lah pula macamana kerjayanya. Hope takyah jadi penyanyi jadi guru or lecture lagi bagus. Hehe.

Ombak Rindu kaut RM4 juta 4 hari

Filem yang diadaptasi daripada novel cinta popular karya Fauziah Ashari, Ombak Rindu arahan Osman Ali berjaya mengutip jualan tiket sebanyak RM4 juta selepas empat hari ditayangkan.

Menurut penerbit filem itu, Sharad Sharan, kutipan pada hari pertama tayangan iaitu Khamis lalu mencecah RM750,000 dan kutipan pada hari seterusnya melebihi RM1 juta sehari.

filem lakonan tiga artis popular iaitu Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani itu dijangka mencipta fenomena baharu dalam industri filem tempatan yang mahu melihat genre drama dan cinta kembali menguasai layar perak.

Gambar Suami Noryn Aziz

Isnin, 5 Disember 2011

Gambar romantik ini diambil ketika Noryn Aziz bersama suaminya, AR Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah ketika menghadiri majlis fesyen majalah Glam dan Glam Lelaki di Zebra Square baru-baru ini. Dalam majlis itu juga, Raja Bahrin Shah telah dinobatkan sebaga salah satu antara sepuluh lelaki paling gaya menerusi penghargaan Malaysia's Most Stylish Men rf2011 majalah Glam Lelaki. Kalau korang nak tahu, suami Noryn ni merupakan orang bangsawan, yakni ada keturunan darah diraja. Bertuah si Noryn.


Siti Sarah selamat melahirkan anak

Tahniah kepada Siti Sarah kerana selamat melahirkan anak lelaki dan juga anak sulung Shuib Sepahtu. Dikhabarkan Siti Sarah selamat menjalani pembedahan di hospital swasta di KL. Memang inilah saat-saatnya yang dinantikan oleh Shuib yang tak sabar-sabar nak jadi ayah. apa-apa pun tahniah sekali lagi diatas kelahiran cahaya mata ini. Semoga berseri-seri lah kehendaknya rumahtangga nanti. :)

Enot tercedera selepas program MLM

Ada satuu kemalangan dalam program MLM pada minggu kelima dan kali ini ia melibatkan pelawak wanita, Alliza Abdullah atau Enot. Rasanya tak molek kalau ada yang cuba mengandaikan kejadian ibarat satu badi.

Kisahnya, Enot pada malam persembahan telah tergelincir dan terjatuh selepas dia yang sepatutnya beraksi mendukung Didie Alias di atas pentas, gagal mengimbangkan tubuh. Disebabkan itu, Enot telah mengalami keretakan di lututnya.

Dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras Sabtu lalu, Enot kini menjalani rawatan sepenuhnya termasuk fisioterapi.

Dia juga turut diduga dengan mulut-mulut jahat yang sengaja mencetuskan amarah wanita berusia 33 tahun ini dengan dakwaan dia sengaja meraih simpati orang ramai.

Lebih menyedihkan, dia turut dikecam kerana dianggap sengaja menyakiti diri untuk meraih undi simpati penonton MLM.

“Tak masuk akal untuk saya sengaja jatuh pada persembahan malam itu. Ia satu kemalangan. Bukan dibuat-buat.

“Hairan juga saya kenapa ada yang kata saya nak raih simpati dengan cara macam tu. Kalau saya buat macam tu, tentu saya akan dikecam sebab menggunakan cara jijik untuk menang bukan? jadi fikirlah sendiri, ” katanya. -Via

Fasha, Johan menang Screen Couple 2011

Ahad, 4 Disember 2011

Fasha Sandha dan juga Johan Asari dianugerahkan sebagai the BEST on Screen Couple 2011 dalam majlis yang dijayakan oleh Majalah Cosmopolitan baru-baru ini. Memang tidak disangka mereka berdua adalah pemenang bagi anugerah itu. Mungkin keintiman mereka di set lakonan membawa persepsi pelbagai pihak yang mereka sepasang kekasih. Namun kesahihan 'pacaran' mereka belum diketahui dan disahkan oleh kedua-dua empunya badan.

Twiiter: Nabila tidak puashati dengan bekas suami!

Sabtu, 3 Disember 2011

Laman sosial sekarang bukan sahaja menjadi tempat berhubung dan mengeratkan silaturahim, tetapi untuk meluahkan rasa geram dan juga makian kepada sesiapa yang kita tidak suka atau menyenangi. Baru-baru ni, twitter milik Nabila Huda @abilsuhaimi telah melepaskan rasa geram dan ketidakpuashatinya kepada bekas suaminya, Zaidi. Tidak dapat dipastikan mengapa Nabila sanggup meluahkannya di Twitter sedangkan ada alternatif len yang lebih cepat dan senang seperti SMS or Call. Huhu.

-Gambar Via

Kekasih Sarimah Ibrahim orang France

Sarimah Ibrahim mengakui sedang menjalin hubungan intim dengan lelaki warga Perancis bernama Guillaume sejak dua tahun yang lalu. Mereka hanya menjadi rapat sejak lelaki berusia 34 tahun itu menetap di Kuala Lumpur.

“Saya sudah lama kenal dengannya, sejak lapan tahun lalu kerana dia memang menetap di Asia sebelum ini. Bagaimanapun, sebelum ini kami sekadar bertegur sapa begitu saja dan hanya kawan biasa.

“Hubungan kami menjadi semakin rapat kira-kira dua tahun selepas dia (Guillaume) berpindah ke Kuala Lumpur

“Saya senang dan selesa berkawan dengannya tapi sejujurnya saya tidak pasti jika dia adalah lelaki paling tepat untuk menjadi calon suami.

“Saya berserah kepada Allah, jika dia adalah calon terbaik saya terima dengan hati yang terbuka.

“Apa pun, hanya masa yang akan menentukan siapa pasangan terbaik yang telah ditakdirkan untuk saya, insyaAllah,” kata Sarimah. -Via

Bila Dato' Siti Nurhaliza layan karaoke

Jumaat, 2 Disember 2011

Dah namanya artis, tak sah kalau Dato' Siti Nurhaliza layan juga aktiviti karaoke ni. Suaranya memang tetap sama dan tiada perubahan pon. Tapi kita sahaja yang jarang lihat Dato' Siti pergi layan karoeke ni. Jom kita lihat Dato' Siti tengah syok layan karaoke bersempena majlis ulangtahun Nurul Hidayah (tak berapa pasti siapa gerangan orang ni).

gelaran 'Doktor' Rozmey ditarik balik?

Baru sahaja entry mengenai DDR keluar semalam, dah ada pula berita ini yang mengemparkan ramai orang. Mengenai penarikan gelaran doktor yang dipegang oleh jutawan DRR. Dipetik melalui laman blog berkenaan, DRR telah menggunakan gelaran doktor itu untuk membuat karyawan yakni perniagaannya yang rata-rata ramai orang kata ditipu. Hu. Isu penarikbalikan berkuatkuasa untuk tempoh 2 tahun kerana melanggar etika [dalam bidang perubatan] dan alasannya telah dinyatakan dalam surat yang dilamirkan oleh blog berkenaan. [Via]

Lagu Filem Ombak Rindu

Filem Ombak Rindu memang filem fenomena yang terbaru melanda sejak beberapa hari ini. Memang orang ramai akui filem ini adalah yang terbaik setanding filem Nur Kasih. Kalau anda belum lagi melihatnya, pergilah lihat selepas waktu kerja nanti. :) di bawah ni merupakan video rasmi Filem Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira. Enjoy.

Gambar Maya Karin pelancaran filem Ombak Rindu

Khamis, 1 Disember 2011

Seperti sedia maklum, gambar di bawah diambil ketika malam perlancaran filem Ombak Rindu. Turut hadir pelakon utamanya yang melakonkan watak sebagai Izah, Maya Karin. Maya Karin tak usah katalah, jujur admin kata, memang artis kacukan yang masih lagi mengekalkan kecantikannya dulu hinggalah sekarang.Tapi ntah bagaimana hubungan dia dengan Yusri yang dikatakan tempoh hari bercinta telah beralih kepada si Li..tutzz.. Takde rezeki kot, xpe2, masih lagi ramai lagi kupu-kupu diluar sana.

Maya Karin

Maya Karin

Maya Karin

Maya Karin

Maya Karin

Maya Karin


-Gambar Via

DDR cipta penapis air standing air Zam-Zam!

Selewat-lewatnya pada Mac 2011 dR-Premier, produk rawatan penapisan air formulasi DDR dengan teknologi rakan kongsi dari Korea akan menemui pengguna. DDR menjangkakan mampu menjual 1,000 unit sebulan pada bulan pertama dengan peningkatan kepada 10,000 unit sebulan menjelang suku ketiga 2011.

Keyakinan ini berdasarkan kepada dR-Premier yang merupakan teknologi terbaik di dunia yang DDR bangunkan bersama rakan kongsi dari Korea. Teknologi canggih Korea ini adalah yang pertama dibangunkan oleh anak watan dan yang pertama dipasarkan di Malaysia.

Sistem rawatan air yang terdiri daripada penapis sedimen, penapis prekarbon, uf membran dan pos karbon mampu menghasilkan air terbaik dunia, air zam-zam kerana dR-Premier mampu menghapuskan bakteria mineral dan bahan logam arsenik berlebihan.

dR-Premier yang menggunakan teknologi yang canggih dan terkini ini ditawarkan pada harga RM3,250 seunit adalah yang paling murah dalam pasaran berbanding jenama lain yang menggunakan teknologi jauh lebih rendah daripada dR-Premier. -Via

Ps: Dasyhat la, boleh menghasilkan air yang setanding air zam-zam, pemikiran manusia sekarang sampai menandingi ciptaan Tuhan. Wallahualam kalau cara DDR ni menyalahi hukum agama, mungkin kita harus mencari jawapan dan bertanya kepada yang lebih arif

Lisa Surihani di persidangan UMNO

Sekarang Lisa Surihani adalah artis kategori pelakon no. 1 di Malaysia yang mengikuti perhimpunan UMNO baru-baru ni. Dan semua juga tahu yang Lisa merupakan kekasih hati kepada Yusri. Tapi tahukah anda 10 tahun yang lalu, Erra juga menyertai dan mengikuti perhimpunan UMNO, dimana Erra masa itu merupakan kekasih kepada Yusri juga. Hehe. Mungkin hanya kebetulan tapi mungkin tidak berlaku benda yang sama. Apa-apa pun enjoy dulu gambar Lisa di bawah ni di persidangan UMNO baru-baru ni, memang jadi perhatian sungguh.






-Gambar Via