Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Pernikahan Faezah Elai, Heykal

Sabtu, 10 September 2011

Dengan hanya sekali lafaz, Faezah Elai kini sah bergelar isteri kepada pengarah, Heykal Hanifah kira-kira jam 3.35 petang kelmarin 9 September. Faezah menerima mas kahwin sebanyak RM1001 manakala jumlah wang hantarannya dirahsiakan. Pada majlis akad nikah tersebut, pihak perempuan turut menerima sembilan dulang hantaran antaranya cincin beserta rantai, iPhone 4, jam tangan Tag Heuer, barangan kecantikan Forest’Secret, Al-Quran digital dan telekung.

Manakala pihak lelaki pula menerima sebelas dulang hantaran dari pihak perempuan antaranya berupa sebentuk cincin, kamera Nikon DX, iPhone 4, jam tangan Tag Heuer, barangan penjagaan lelaki Forest’Secret, Al-Quran, wangian, dompet Mont Blanc, buah, cupcake serta sirih junjung.

Gambar bergaun biru di bawah adalah acara berinai Faezah.






















[Via ]

Fazley Dapat Anak ke-3

Tahniah kepada Fazley Yaacob dan isterinya, Azrene Soraya yang baru saja menimang anak ketiga mereka baru-baru ini. Bayi lelaki diberi nama timangan 'Piyush' dilahirkan di hospital swasta di Kuala Lumpur, pada 9 Sept bersamaan 11 Syawal 1432 dengan berat 3.3 kg.

Kelahiran bayi ini lebih istimewa kerana ia merupakan anak ketiga dan juga anak lelaki ketiga untuk Fazley Yaacob yang kini berusia 33 tahun tahun.

Malah, Piyush juga merupakan anak Syawal kedua buat Fazley Yaacob selepas anaknya yang pertama Ahmad Fariedz (Payish) yang berusia 2 tahun 11 bulan yang turut dilahirkan pada bulan Syawal. Anak kedua Fazley, Ahmad Fieradz (Piyash) pula kini berusia 1 tahun 5 bulan.

[via]

Marsha Pengsan Telan 30 Biji Pil!

Jumaat, 9 September 2011

Bekas finalis AF3 dan juga pelakon, Marsha AF menurut sumber yang sahih diberitakan sedang menjalani rawatan di wad trauma dan kecemasan di sebuah pusat perubatan selepas dikatakan menelan hampir 30 biji pil!! yang kemudian membuatkan Marsha pengsan di kediaman dekat KL baru-baru ni.

Marsha dikatakan berbuat demikian kerana tidak sihat sejak beberapa hari yang lalu. Dalam satu kenyataan, pembantu peribadinya, Syada, telah menafikan tindakan Marsha itu bermotifkan bunuh diri dan setakat ini masih berada didalam rawatan di Pusat Rawatan Universiti Malaya (UM).

Kita doakan agar Marsha kembali pulih sedia kala je yer.
[via]

Gambar Bunga Citra Lestari Kurus

Kehidupan Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari kini dah masuk setahun menjadi ayah dan ibu. Disamping anak sulung mereka yang tercinta yang kini sudah berusia nak dekat setahun. Dengar khabar keadaan bentuk fizikal Bunga kini sudah pun berasa sedikit kelainan. Bunga bertekad untuk menurunkan berat badannya, memandangkan berat badannya naik ketika hamil anak sulung mereka. Tapi ini bukanlah permintaan Ashraf sendiri, namun hanyalah untuk kelihatan lebih langsing dan menawan seperti zaman keremajaannya dahulu. :)

[via]

Shahz Jazsle bercinta dengan Miera Liyana

Shahz Jazsle yang satu masa dahulu pernah dahulu pernah bercinta dengan pelakon Maria Farida kini sudah mula akrab dengan seorang pelakon muda, Miera Liyana. Mereka sudah saling mengenali sejak 8 tahun lalu. Dalam tak disangka mereka ni merupakan pelajar SMK Taman Tun Dr Ismail. Pada waktu SMK itu, Shahz Jazsle di Tingkatan 5 manakala Miera Liyana di Tingkatan 2.

Walaupun menyukai Miera pada waktu itu, Shahz terpaksa mengalah kerana kawan baiknya juga berminat pada Miera. Persahabatan mereka terjalin semula apabila kedua-duanya menjadikan lakonan sebagai kerjaya. Namun begitu, status mereka sekadar kawan biasa. Sehinggalah Shahz putus dengan Maria Farida. 8 bulan selepas itu, mereka mula menjadi rapat ataupun bercintun.

"She's nice. Tak plastik. Saya tak kisah jika orang tak suka dia. Saya juga tak kisah apa orang nak cakap tentang dirinya atau kontroversinya.

"Karektor dia juga memikat saya. Dia seorang yang sempoi dan mudah untuk 'communicate' dengannya. Jangan lihat usianya yang muda. Bila topik yang dibualkan sesuatu yang serius, dia boleh serius.

"Sekarang susah nak cari perempuan yang baik. Di dalam industri ini, saya dikelilingi perempuan cantik tetapi kecantikkan tidak menjaga kita." -[via]

Bila Misha Omar Bawa Kereta Kancil

Khamis, 8 September 2011

Memang jarang kan melihat selebriti yang low profile ni. Hehe. Sesuatu yang bagi kita adalah terlalu menarik. Apatah lagi selalunya golongan artis dikaitkan dengan kenderaan mewah. Dipetik melalui Twitter milik Misha Omar di nickname 'samihah omar' memperlihatkan Misha memakai kenderaan tempatan paling murah, yakni Perodua Kancil. Tidak tahu gambar ni baru atau dah lama kat laman sosial berkenaan. Tiada isu hot dan panas yang mahu disampaikan namun apa-apa pun gambar ini menjelaskan kita yang Misha sememangnya seorang yang low profile dan tidak suka bermegah-megah walaupun pada hakikatnya dia seorang artis/selebriti. ^_^

Kereta AC Mizal Kena Tarik?

Dalam artikel di sisipan berita Utusan baru-baru ni, ada menyebutkan mengenai seorang selebriti yang mempunyai kereta mewah kena tarik balik. Sebab apa tidak dipastikan. Namun yang pasti ianya bukanlah sesuatu yang biasa dan aneh. Sebab hal ini sering terjadi keatas orang kaya yang tidak beli kereta tidak cash. hehe. Tapi artikel berkenaan seperti memberi gambaran ianya adalah AC Mizal, tidak dapat dipastikan ianya AC atau artis yang setaraf dengan kekayaan AC daripada empayar MLM.

Dalam artikel tersebut menyebut satu insiden tarik kereta seorang selebriti popular berlaku baru baru ini di sebuah kompleks membeli belah di Kuala Lumpur. Pengacara yang pandai berlawak dan berjenaka itu dikatakan memiliki hampir tujuh buah kereta mewah yang CCM bulanan mencecah lebih RM100,000.

Semuanya hasil dari perniagaan MLM yang dijalankan oleh selebriti tersebut dan beliau juga dikatakan pernah beberapa menayangkan 'imbuhan pendapatan’ beliau kepada media/wartawan. Saksi kejadian ketika aksi tarik-menarik kereta berkenaan berkata yang selebriti dan isterinya tidak mampu berbuat apa-apa selain melihat sahaja kereta mewah kesayangan ditarik balik.

Rileks lah, baru satu kena tarik, ada 6 bijik lagi tue. Hehe.

[Via]

Aqasha Jadi Ayah, Dapat Bayi Lelaki

Tahniahlah kepada pelakon kacak, Aqasha yang baru-baru ini dikhabarkan selamat menimang anak sulung yang bernama Alehandra Ahmad. Anak Aqasha ni lelaki. Details mengenai tempat dan berat bayi berkenaan tidak dapat dipastikan sepenuhnya. Tapi gambar bayi berkenaan ada. hehe. Aqasha kahwin dengan Noor Baizura pada bulan November 2010 yang lalu.

Diana Danielle Beraya di Rumah Farid Kamil

Rabu, 7 September 2011

Sah kalau orang da bercinta ni, biar jauh pun diikut juga. Hehe. Diana Danielle yang memakai baju kurung baru-baru ni ikut beraya open house rumah kekasihnya Farid Kamil yang berbaju melayu Johor di Kedah. Mungkin nak mengeratkan silaturahim dengan keluarga Farid Kamil seterusnya memberikan restu untuk hubungan mereka berdua. Takpe la jauh asalkan bahagia. :) Layan gambar k.

[via]

Farah Lee bakal isteri Ally Iskandar?

Dah putus tunang beberapa bulan yang lalu, kini pengacara terkenal TV3, Ally Iskandar dikatakan baru-baru ini pergi ke Terengganu untuk mencari penganti. Ally ke sana kata orang, nak merisik seseorang, merisik tahap tunang ker apa ker, ntahlah Wallahualam. Daripada sumber, nama wanita yang dirisik tue, Farah Lee, seorang pelajar yang sekarang belajar di Korean. Tidak dapat disahihkan lagi kebenaran merisik ini, kalau betul, baguslah, rasanya Ally dah bersedia nak dirikan rumahtangga. :)

Hantu Bonceng kutip RM5 juta!

Satu berita yang cukup membanggakan bagi produsernya, Ahmad Idham. Dimana filemnya kali ini berjaya membuahkan hasil yang cukup lumayan. RM5 juta sehingga hari ini yakni selama 5 hari penayangannya di pawagam. Memang salah satu strategi yang bagus dan terbaik, memandangkan filem ini ditayangkan selepas Hari Raya Aidilfitri, dimana orang akan pasti mengunjungi pawagam untuk melepaskan gian sebelum Raya. Hehe.

Sehinggakan penyanyi nombor satu Negara, Dato' Siti Nurhaliza pon tidak ketinggalan untuk turut menyaksikannya dipawagam, dan komennya, amat terbaek!!.. Filem Hantu Bonceng menaruhkan Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai, Zahid AF dan ramai lagi sebagai pelakon dalam filem berkenaan. Masyuk, peminat Zizan berapa ramai oO.

[via]

Eira Syazira, Azad Jasmin nikah 16 September

Selasa, 6 September 2011

Dapat info ni daripada blog Budiey, disana dinyatakan yang pelakon Eira Syazira dan Azad Jazmin akan diijab kabulkan pada 16 September 2011 ini bersamaan Hari Malaysia tu. Sungguh tak disangka percintaan 3 tahun diantara mereka, akhirnya diakhiri dengan ikatan tali pernikahan yang sah dan sekaligus bergelar menjadi suami isteri.

Pada acara itu dijangkakan yang hadir adalah keluarga dekat kedua-dua pihak dan juga media-media tempatan. Tema kahwin masa tu adalah Red White dan Silver. Manakalah di bahagian hantaran pulak, Azad bakal membawa 9 dulang hantaran berbalas 11 dulang daripada Eira. Manakala jumlah wang hantaran masih dirahsiakan oleh kedua-dua pihak.

Majlis Resepsi pula akan diadakan pada bulan November nanti. Tarikhnya masih belum diputuskan. Apa-apa pun tahniah kepada mereka berdua, semoga kekal hingga ke akhir hayat. :)

[via]

Kris Dayanti Selamat Melahirkan Anak

Tahniah dan selamat kepada penyanyi top Indonesia dan Malaysia yang juga kawan akrab Siti Nurhaliza, Kris Dayanti yang kini berusia 36, telah selamat melahirkan seorang anak sulung berjantina perempuan, Amora Arianna Lemos melalui pembedahan pada pukul 3.21 petang (waktu Malaysia) di Rumah Sakit Mitra, Jakarta kelmarin 5 September 2011. Hasil perkahwinannya dengan Raul pada bulan Mac 2011 yang lalu.

Difahamkan, Raul amat lega kerana isteri dan anaknya itu melalui proses kelahiran dengan selamat. Malah, Raul turut berkongsi kegembiraannya kepada semua dengan menghantar gambar anaknya sendiri kepada pihak media yang berada di hospital tersebut.
[via]

Ramlah Ram - Sesaat Kau Datang

Jarang kita melihat penyanyi vateran mengeluarkan album/lagu baru kan. Nah kali ini, kita dapat menyaksikan seorang artis vateran, Ramlah Ram yang keluar dengan lagu terbarunya yang berjudul 'Sesaat Kau Datang featuring SleeQ' yang beberapa hari di 'upload' ke dalam laman YouTube. Memang rancak juga lagu ni. Siap ada hip hop lagi latar suaranya nyayian kumpulan SleeQ. Syabas lah Ramlah, memang top carta lah selepas ni. Masyukk..

Greysie eratkan hubungan Zizan, Juliana Evans

Isnin, 5 September 2011

Pelakon filem Hantu Bonceng Zizan RL dan Juliana Evans memang memberikan kelainan dalam filem itu, dengar-dengar filem itu sudah kaut RM2-3 juta sejak mula ditayangkan beberapa hari yang lalu. Memang dengar-dengar filem tue terbaik dan ok kata seorang penonton yang dah tengok filem tue. Baguslah kalau macam tue. Tapi macamana pulak dengan hubungan Zizan dan Juliana? adakah masih lagi hot dengan gosip percintaan mereka berdua?

Rasanya tidak lagi, sebab mereka berdua berkeras kepala untuk menafikan episod romantik itu, hehe. Mereka hanya menjelaskan hanya berkawan rapat sahaja, kemungkinan dalam proses mencari apa itu erti CINTA. Biasalah, kadang2 ada orang berkenalan bertahun-tahun tapi masih lagi tak jumpa apa itu CINTA. Baru-baru ni Zizan ada bawa seekor kucing belaannya, bernama Greysie untuk sesi fotoshot. Kucing Zizan cukup gemuk dan comel. Tip Top apa agi, bergambar dengan Juliana la. Maunya Juliana tak suka, mesti suka punya. Hehe.

[via]

Zarina An Julie Tak Puas Hati dengan Awal

Haish, zaman sekarang ni dah makin canggih betul, gaduh pon tahap canggih juga, pakai Twitter atau laman sosial lain. Senang taip dan luahakan rasa geram yang kusuma tu. Agaknya dah tak popular gaduh berdepan ni agaknya kot, hoho, harap-harap taklah terjadi macam tu. Kan tak baik gaduh-gaduh, macam budak-budak sahaja. Hehe.

Yang terbaru kes Zarina An Julie dengan pengacara Awal Ashaari. Zarina meluahkan rasa tidak sukanya kepada Awal melalui Twitt jerk. Tak tahulah kalau Awal ada terbaca Twitt-twitt berkenaan. Baru jerk beberapa hari beraya dan bermaaf-maafan dah ada pula kes gaduh2 ni. Bawa-bawa bermaafan. Huhu.


[via]

Episod Nakal Kamal Adli

Biasalah manusia, bila time kanak-kanak ada sahaja aktiviti mereka untuk menjadikan sesuatu itu bahan sebagai penghibur. Apatah lagi bila menjelma/menjelangnya hari lebaran. Memang terasa dan sungguh gembira waktu itu. Bermain mercun dan bersuka ria dengan kawan-kawan. Tak juga yang main meriam buluh. Lah kini dah besar, benda-benda tue dah semakin ditelan zaman, diwarisi pulak oleh kanak-kanak generasi baru. Baguslah, meriah juga kampung halaman kita kan.

Epsiod Kamal Adli yang suatu masa dahulu mungkin boleh juga dikatakan sebagai seorang nakal di zaman kanak-kanaknya. Menjelang Raya, Kamal sungguh exited bermain mercun, sehingga MEMBUNUH benda bernyawa. Tapi jangan silap, bukan bunuh manusia, tapi bunuh seekor katak dengan memakai mercun oO. Mungkin katak tu hancur berkecai kot agaknya. Iskh2, nakal sungguh Kamal di zaman kanak-kanaknya. Hoho.

“Waktu zaman sekolah dulu, saya memang suka main mercun. Pengalaman yang saya tak dapat lupakan sampai sekarang ialah saya pernah letupkan katak dengan mercun bola. Selain itu, ketika waktu Subuh, saya pernah bakar mercun bola dan baling dalam kawasan rumah seorang pakcik ini." -Gua

Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim, Dayana

Ahad, 4 September 2011

Tahniah lah kepada pengacara dan juga pelakon, Ashraf Muslim kerana sudah bergelar suami kepada pasangannya, Dayana. Mereka ditunangkan dulu pada 23 April 2011. Kini sah menjadi suami isteri yakni diijabkabulkan pada 1 Syawal 1432H yang di Tanah Suci Kota Makkah. Suasana serba sederhana memandangkan buat majlis kat negara orang. Namun sungguh bermakna dan besar pengertiannya kerana memilih tempat tanah suci sebagai tempat mengikat tali pernikahan. Semoga kekal hingga ke akhir hayat yer Ashraf. :)

[via]

Gambit Saifullah Guna Kata-Kata Kesat

Sabtu, 3 September 2011

Apa nak jadi lah dengan selebriti zaman sekarang ni, masih ada segelintir yang masih tidak peka mengenai kesensitifan perkataan dalam menyampaikan sesuatu yang baik mahupun buruk. Gambit Saifullah dalam laman Facebook miliknya sepertinya tidak mahu anda membacanya, tapi seperti anda berasa terkejut dengan kata-kata dalam Facebooknya. Tak tahulah dengan siapa dia tujukan, siapa makan cili, terasa lah pedasnya kan. Haish, ntah lah apa nak lagi di cakap, ni Azwan Ali No.2 ker.. huhu.

Nana, Rayyan tanpa Orang Tersayang

Jumaat, 2 September 2011

Suasana Hari Raya tahun ni bagi Siti Nordiana (Nana) memang amat bermakna. Suasana disambut dengan sederhana je dengan anak sulung dna juga tunggal, Muhammad Rayyan Nakhaie, 3 tahun. Tidak ketinggalan Nana dan anak menziarahi pusara bekas suaminya pada hari yang penuh bermakna itu, Mohd. Faisal Yusup yang telah kembali ke rahmatullah pada 1 Januari lalu. Setelah 6 bulan berlalu, Nana dan Rayyan kini sudah dapat menerima hakikat, dan mereka menjalani kehidupan seperti biasa. Semoga ada penganti arwah nanti mendampingi sebagai suami kepada Nana dan juga ayah kepada Rayyan. Amin.

[via]

Niat Murni Jamal Abdillah

Sebelum Hari Raya Aidil Fitri yang lalu, ada satu episod yang agak mungkin kita sedikit keinsafan dan kemurahan hati. Begitulah episod yang terjadi kepada penyanyi, Jamal Abdillah, apabila dia dengan murah hati menyumbangkan 1 lori atau bersamaan 1,520 kampit beras yang dianggarkan bernilai RM20,000 kepada golongan fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal seluruh Perak.

Niat dan tujuan Jamal hanya satu, adalah untuk meringankan beban umat Islam untuk menyambut Hari Raya yang bakal tiba dan untuk sedekah pahalanya kepada roh arwah ayahanda dan ibunda Jamal. Wallahualam kalau ada niat lain k.

Aziz M. Osman Dapat Anak Sulung Merdeka!

Tahniahlah kepada Aziz M.Osman dan juga isteri. Pada 31 Ogos 2011 kelmarin kira-kira jam 11.17 malam, Aziz M Osman dan isteri, Puteri Lily Lokman telah menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka. Anak Merdeka yang diberi nama Puteri Nur Azahra ini seberat 3.74kg dan selamat dilahirkan di Hospital Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur.

Aziz dan Puteri Lily yang diijabkabulkan pada 6 Jun 2010 pernah mengalami keguguran sebelum ini. Puteri Nur Azahra merupakan anak ketujuh Aziz yang mempunyai enam orang anak hasil daripada perkahwinan terdahulu.