Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

gambar kad perkahwinan Farah AF2, Johan

Jumaat, 8 Julai 2011

Pengacara Rasa Halal Orient Oasis, Farah Diana, 26 atau Farah AF2 yang bakal menamatkan zaman bujangya bersama dengan, Johan bin Johari tidak lama lagi sudah pun mengedarkan kad perkahwinan mereka. Kad berbentuk kipas tangan itu sememangnya cukup unik dan moden. Nampak simple jerk kan. Dulu Zed Zaidi dengan ala-ala Facebook, Noh dan Mizz pula ala-ala baju Jepun. Pas ni korang fikirkanlah nak buat macamna erk, untuk mengelakkan orang membuang daripada menyimpan kad kahwin anda tue.. Hehe. Seperti sedia maklum majlis perkahwinan Farah AF2 dan Johan akan berlangsung di Pusat Maritim Putrajaya pada 16 Julai 2011 nanti.

Pelakon Baru, Kristina Chempaka

Khamis, 7 Julai 2011

Siapa empunya nama Kristina Chempaka yang memiliki paras rupa yang boleh tahan juga ni erk. Mengikut daripada perkembangan terbaru mengenainya, dia seorang pelakon utama untuk Sentuhan Isabella. Sekaligus mengenepikan Diana Danielle (pembantu pelakon utama) dan Julia Ziegler, Mislina Mustaffa dan Zamarul Hisyam. Memang hebat lah kalau macam itu. Mungkin pengarah untuk Sentuhan Isabella, Osman Ali nak menegahkan lagi bakat-bakat baru ni. Ya la, nanti orang bosan pula lihat pelakon itu-itu sahaja. Mahu juga yang fresh dan cute. Hehe.

YunaVEVO kini di YouTube

Yuna Yunalis memang tak perlu lah nak intro panjang-panjang, sebab semua dah tahu siapa Yuna. Kini orang luar negara pun sedikit sebanyak dah kenal dengan Yuna. Sampai macam tue sekali, Vevo yang popular di laman YouTube dimana ramai artis-artis terkenal telah dipromosikannya di laman berkenaan, tidak ketinggalan juga Yuna yang dipromosikan sehinggakan namanya dipanggil @channel YunaVEVO. Kiranya bertaraf internationale ni.. Tapi malangnya, 'not available in our country'.. Zzzz..

Nora Danish mahu Rayqal belajar agama

Alhamdulillah. Nawaitu Nora Danish nak sekolahkan anaknya, Rayqal Ramli akan tercapai ketika anaknya menjankau usia 4 tahun. Nora Danish nak anaknya mendalami ilmu agama yang secukupnya. Tak mahu anaknya menjadi sosial, seperti segelintir anak-anak artis yang lain. Namun bapanya, si Jejai tidak sehaluan dengan Nora, mungkin ada lah sikit kot sokong, tapi Jejai lebih kepada sosial dan kebendaan. Tapi sebaiknya, Rayqal didedahkan dahulu dengan agama, biar tahu agama, asal apa yang dibuat kemudian hari tak akan menyusahkan siapa-siapa. :) mana tahu boleh jadi imam muda.

"Namun, saya berhasrat untuk menghantar Rayyan ke sekolah tahfiz agar dia boleh mendalami ilmu agama dengan sempurna. Ini memang impian saya sejak mengandung, kalau boleh memang saya mahu lihat Rayyan belajar agama hingga ke Mesir.

"Tapi, bapanya pula lain. Dia juga mempunyai impian untuk anaknya, sekarang pun dia ada belikan barangan-barangan Polo untuk Rayyan, mungkin dia mahu anaknya mengikut jejak langkahnya.

"Saya tidak kisah, tapi kalau boleh biarlah Rayyan terlebih dahulu mempelajari agama, sekurang-kurangnya bila dia menceburi bidang lain, dia sudah mempunyai asas agama yang cukup.

"Saya mahu dia pandai agama, saya mahu segala-galanya untuk anak saya dan saya mahu dia masuk syurga. Zaman ini sahaja, macam-macam perkara sudah berlaku, kita tidak tahu dizaman Rayyan dewasa nanti bagaimana, jadi ini persediaan saya kepadanya," kata Nora. -ManggaOnline

lagi gambar Neelofa yang mengancam jiwa kalbu v2

Rabu, 6 Julai 2011

Haha. Ada pula v2 dalam artikel kali ni erk. Memang populariti pelakon Neelofa makin mengunung ketika ni. Ditambah pula dengan pengayaannya yang cukup mengoda. Ramailah orang ingin melihatnya. Dan jangan lupa kalau belum lihat v1 yang lalu kat SINI. Memang takde apa-apa gosip yang timbul, hanya untuk cuci mata jerk. Hehe.














Hattan nak rujuk isteri? nak kahwin yang lain?

Penyanyi Hattan yang terkenal kerana menjadi juri dalam setiap pentas program realiti ni mengakui tidak kisah seandainya ditakdirkan bertaut kembali dengan bekas isterinya Arianie Mohd Abidin selepas 6 tahun bercerai yakni mereka kahwin pada 1996 dan ada seorang anak lelaki yang berusia 13 tahun. Dek disebabkan menduda selama 6 tahun, kini Hattan bersedia sepenuhnya nak kahwin lagi paling cepat tahun ni. Namun katanya belum jumpa lagi yang sesuai dan sepadan dengannya. Kalau korang nak jadi isteri Hattan, offer kan la diri, fomous nanti korang. hehe. masuk izyan.com lagi tu.

"Kesibukan saya dengan perniagaan dan cabang seni menjadi penghalang untuk mencari pasangan. Namun, saya akui sejak kebelakangan ini hubungan dengan bekas isteri menjadi bertambah rapat.

"Kami seperti malu-malu apabila berjumpa macam pasangan baru bercinta pula. Namun, tiada apa yang serius kerana kami tidak pernah berbincang apa-apa,"

"Ketika menunaikan umrah baru-baru ini, saya berdoa agar ditemukan seorang isteri yang baik dan solehah. Kalau diizinkan saya mahu berkahwin pada tahun ini.

"Terus-terang saya tidak kisah pun siapa calonnya tetapi masalahnya memang tiada. Seandainya ada jodoh, saya sudah bersedia tetapi seandainya tiada saya reda," katanya kepada mStar

Ayahanda Fizo Omar meninggal dunia

Ayahanda kepada Fizo Omar iaitu Wan Omar yang berusia 71 telah meninggal dunia di sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan pada pagi Selasa kelmarin. Menurut pihak pengurusan Fizo, Metrowealth Movie Production (MIG), bapanya mengalami masalah ketumbuhan dan telah dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu.

Bagaimanapun Allahyarham tidak sempat melakukan pembedahan seperti yang dirancang. Allahyarham yang telah berpisah dengan ibu Fizo sejak beberapa tahun lalu tinggal di Selising, Pasir Puteh. Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Melor, Kota Baharu selepas solat Isyak hari yang sama.

Sumber : mStar

-Ps: al Fatihah kepada ayahanda Fizo, dan salam takziah kepada ahli keluarga Fizo.

3 wanita bertudung edisi Julai

Selasa, 5 Julai 2011

Tengok gambar dibawah ni, sejuk betul mata memandang. 2 orang artis bertudung yang manis dan cantik Catriona Ross, Heliza Helmi ditambah dengan seorang wanita jemputan yang bertuah. Fatimah Az Zahra. Mereka digandingkan bersama dalam majalah Nur edisi Julai 2011. Nak tahu siapa tue Fatimah Az Zahra? korang beli lah majalah Nur ok. Lihat orangnya sahaja dah jatuh hati. Keke..

Dato' Siti Nurhaliza, Lisa Surihani di Wataniah

Gambar dibawah ni adalah sesi latihan pertama Platun Seni Askar Wataniah yang diadakan di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Dengan dihadiri oleh 22 artis tempatan, keadaan latihan hari pertama itu, kelmarin memang agak meriah dan ceria. Kelibat Dato' Siti Nurhaliza dan Lisa Surihani sudah semestinya menjadi tumpuan ramai. Dalam 22 artis ni, ada yang terpilih untuk ke Lubnan awal bulan puasa nanti untuk menjadi pasukan pengamanan di negara berkenaan. :)

Velvet selamat lahirkan anak ke-2

Artis kelahiran Sabah, Velvet dari AF4 yang berkahwin dengan Rich (Estranged) pada tahun 2008 yang lalu kini sudah pun memiliki dua cahaya mata. Yang ke-2 ini dilahirkan baru-baru ini. Mengikut info memang susah nak tahu lebih lanjut mengenai anak ke-2 berkenaan, sebab media jarang karang artikel mengenai anak artis, hehe. Tapi apa-apa pun tahniahlah diatas perkhabaran ini. Semoga berbahagia selalu. :)

Video masa Fara Fauzana tolong orang dapur

Isnin, 4 Julai 2011

Artis ni ada segelintir masih lagi mengekalkan sifat kepribadian dan asal usulnya, namun ada juga yang dah kaya raya tapi lupa asal usul. Nasiblah kita dapat melihat seorang artis yang masih berjiwa kampung seperti Fara Fauzana aka Fafau ni. Masih lagi mahu menolong mencuci kuali memasak. Kalau nampak keadaan sekeliling, sepertinya ada suatu majlis kat kampung. Like it.. Enjoy.. :)

gambar kad perkahwinan Memey, Norman Hakim?

Gambar dibawah ni merupakan gambar possing ala pengantin Memey dan Norman Hakim yang dihantar oleh seseorang. Gambar ni kurang details, kerana tiada apa-apa tulisan yang menunjukkan ianya seperti kad kahwin. Betul atau tidak, sebab ianya mungkin dalam proses awal kot pembikinan kad berkenaan. Sebab desas desus dahulu, mereka rancang nak kahwin September 2011 ni.

-Gambar : Murai

Jozan ada masalah aka gaduh?

Memang pelik kalau mendengar dua sahabat dalam kumpulan Jozan, Zizan dan Johan berdingin antara satu sama lain. Dalam pertandingan akhir ML yang lalu, mereka tidak menang malahan setiap minggu mereka mendapat tempat pertama undian/markah. Kata Cak dalam HarianMetro baru-baru ni, mereka berdingin/berselisih faham sebelum ML akhir tue. Mungkin kalau lihat persembahan mereka, ok sahaja kan. Tak macam ada apa-apa. Tapi itulah pelbagai alasan mengapa mereka boleh tewas di ML akhir yang lalu. Zzz. Wallahualam..

CAK ada dengar selepas Jozan masuk ML, populariti mereka semakin mencanak-canak. Setiap minggu mereka ada show, terutama Zizan. Bayaran diterima pula ‘tersangat’ lumayan. Dan kalau tak salah CAK, disebabkan itu juga, mereka bermasam muka kerana Zizan gagal memberi komitmen untuk ML. Pada peringkat awal, undian mereka tertinggi tetapi rezeki berpihak kepada Sepah.

Apabila muncul berdua, kenalah sepakat. Kalau tak boleh nak sepakat, buat persembahan secara solo macam Nabil. Bila dapat duit, tak payah kongsi dengan sesiapa. Rasa tak puas hati itu kelihatan ketara selepas selesainya pertandingan akhir ML. Apa saja Zizan cakap pada sidang akhbar yang diadakan selepas program itu, Johan ‘buat muka’. Menunjukkan yang dia tak puas hati.

CAK yang tak dengar kenyataan Zizan pun boleh teka apa yang dicakapkan, antaranya mungkin dia kata ‘tak ada rezeki’ atau ‘mereka gementar’ dan sebagainya. Namun, cerita sebenarnya mungkin lain dan kebenaran itu hanya Johan yang tahu sebab itu dia ‘tak kuasa’ dengar kenyataan Zizan pada media. Barangkali benar kerana kurang komitmen, mereka tak dapat buat persediaan secukupnya. -HarianMetro

gambar resepsi perkahwinan Tomok, Ayu

Ahad, 3 Julai 2011

Sudah pun bergelar suami isteri yang sah Jumaat lalu, kini Tomok dan Ayu sudah pun selesai melangsungkan majlis resepsi mereka di Saloma Bistro, Kuala Lumpur kelmarin. Suasana agak meriah. Dengan Tomok berpakaian baju Melayu moden dan Ayu berpakain pengantin bergaun lebar sekali. Bertemakan warna purple menyerikan lagi suasana.

Gambar : Gua

Imam Muda Hassan juara IM2

Sabtu, 2 Julai 2011

Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza (Hassan), 26, dinobatkan sebagai juara program pencarian Imam Muda musim kedua (IM2) selepas mengetepikan Nazrul Izwan Zolkiflee (Nazrul), 26, pada malam kemuncak yang berlangsung di Dewan Muktamar, Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah, di sini, Jumaat. Kemenangan tersebut melayakkan Hassan membawa pulang hadiah tajaan biasiswa penuh pengajian di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, kereta Proton Exora, pakej haji dan umrah serta wang tunai RM55 ribu.

Dia juga menerima sebuah iPad, telefon bimbit, voucer Perabot Jati bernilai RM15 ribu, komputer riba Macbook, pakej percutian ke Vietnam, kamera digital dan trofi.

Manakala Nazrul menerima biasiswa pengajian di universiti yang sama, kereta Proton Persona dan wang tunai sebanyak RM20 ribu. Pemuda dari Johor ini juga menerima voucer Perabot Jati bernilai RM10 ribu, pakej umrah, komputer riba Macbook, pakej percutian ke Vietnam, kamera digital, telefon bimbit dan trofi.

Sementara itu, lapan lagi peserta yang sudah tersingkir menerima biasiswa pengajian di universiti yang sama, pakej umrah, iPad, pakej percutian, kamera digital, telefon bimbit dan trofi.
-Sumber : mStar

Ps: Alhamdulillah.. Tahniah kepada Imam Muda Hassan. :)

gambar pernikahan Noh Hujan, Mizz Nina

Selepas lapan bulan bertunang, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 27, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 31. Majlis pernikahan mereka dilakukan di kediaman keluarga Nina di Ukay Heights, Ampang. Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Nina, Tan Sri Azman Hashim kira-kira pukul 10.20 malam, kelmarin 1 Julai.

Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan wang hantaran sebanyak RM11,111.11 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88 berserta tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, set barang kemas, iPad 2, cincin dan kek lapis Sarawak. Ia dibalas tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, sepasang kasut, dompet, sepasang baju bersanding, coklat, “Playbook” dan cincin.

Sumber : mStar

Ps: ni pun dapat suami muda juga. hehe.. apa-apa pun tahniah kepada Noh Hujan dan Mizz Nina, semoga kekal hingga ke akhir hayat. :)

gambar pernikahan Tomok, Ayu

Dengan sekali lafaz, penyanyi Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 27, kini sah menjadi suami kepada pramugari Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Rahayu Abbas, 32, pada pukul 9.30 malam di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur, kelmarin 1 Julai. Pada majlis itu, Rahayu menerima mas kahwin berjumlah RM300 beserta sembilan dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12697.11.

Manakala pihak lelaki pula menerima sebanyak 11 dulang hantaran. Kedua-dua mempelai kelihatan cukup berseri apabila mengenakan pakaian nikah berwarna krim rekaan Hatta Dolmat. Dianggarkan seramai 200 tetamu termasuklah keluarga, dan rakan media memeriahkan majlis nikah bertemakan bidadari itu.

Sumber : mStar

Ps: dah jadi trend ker, dapat suami muda daripada isteri ni. korang punya pilihan tue.. hehe.. apa-apa pun tahniah kepada Tomok dan Ayu. semoga berbahagia sehingga akhir hayat. :)

Black Mentor bakal bertunang Julai 2011?

Jumaat, 1 Julai 2011

Daripada sumber yang kureng dipercayai tapi agak boleh difikirkan lagi mengatakan yang Black Mentor akan bertunang pada bulan Julai ini. Sesuatu yang agak mengejutkan peminat-peminat Black memandangkan Black ni orangnya kurang gosip. Sumber itu berkata, dia dapat berita ini daripada diri dia sendiri apabila dia balik ke kampung halamannya di tutzzz..

Biasalah apabila balik kampung, mesti nak jenguk juga jirang sebelah-melah tue. Last-last dapat korek cerita dari anak Kak Bedah tue ha, kata anak Kak Bedah tu, kawan dia akan bertunang dengan Black Mentor pada bulan ini, Julai. Lain lagi ceritanya, kawan anak Kak Bedah tu berasal daripada Bangi. Dan dari keluarga yang berpendidikan dan beragama.

Tak tahu lah cerita ni betul atau tidak. Kita dengar cerita Black sendiri lah yer. Kalau betul, baguslah dan tahniah, kalau tak betul, korang boleh berusaha lagi nak pikat Black. Haha.

-Sumber : Cari

gambar Juhara Ayub berbaju kebaya

Gambar dibawah ini merupakan gambar pelakon, Juhara Ayub yang berbaju kebaya dan bertudung. Memang manis dan sejuk mata memandang. Juahara memakai pakaian ni bersempena lakonannya untuk pementasan dalam teater Mak Dara Nyonya yang bakal dipentaskan mulai 6 Julai hingga 12 Julai ini di MaTIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Juhara melakonkan watak utama, Halimah yang juga kisah perjalan hidup pengasasa perniagaan berasaskan herba, Jamu Mak Dara (JMD), ibu Halimah Shuib. Nak tengok lebih lanjut, g lah tengok nanti yer. :)

Sumber : ManggaOnline

Neelofa graduan Lim Kok Wing University?

Gambar dibwah ni tak tahu bila tarikh dan tahunnya. Menampakkan gambar Neelofa tengah menjadi graduan lulusan Lim Kok Wing University. Memang suatu yang amat membanggakan kalau ianya benar-benar berlaku, memandangkan kerjaya dan bidang beliau kini meningkat naik. Ada cerita lain mengatakan ianya cuma babak dalam filem AZURA, dimana mereka menerima sijil dari sebuah University. Ada sumber lain lagi mengatakan yang Neelofa seorang pelajar dari UiTM. Mana satu cerita yang betul, ntah lah, admin pun naik pening daa..

252957_223827937636015_209437452408397_879877_3001796_n

261937_223827864302689_209437452408397_879874_2928351_n

251172_223827807636028_209437452408397_879871_5443492_n

neelofa-limkokwing-azura

Sumber : SyokKahwin