Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Diana Danielle serba pink

Selasa, 17 Mei 2011

Wah Diana Danielle kini dah tamat belajar di Akademi di US tu pada 6 Mei yang lalu. Memang Diana dah bawa satu pelajaran yang bermakna buat dirinya. Tengok balik-balik Malaysia, dah kena jemput jadi model kempen untuk produk penjagaan rambut terkenal, Sunsilk. Bertuah badan nampak. Baju pun warna merah jambu, sesuai sangatlah dengan Diana yang comel tu, kelihatan bertambah comel lagi DD. -gambar Budiey | ManggaOnline

Diana Danielle

Diana Danielle

Diana Danielle

Diana Danielle

Diana Danielle

Diana Danielle

Diana Danielle

Diana Danielle


Shaheizy Sam, Lisa Surihani digandingkan bersama berlakon

Isnin, 16 Mei 2011

Filem pertama Lisa Surihani digandingkan dengan pelakon popular, Shaheizy Sam dalam sebuah filem yang bertajik Sekali Lagi. Belum ada desas desus filem ini akan keluar tahun ni, kemungkinan tahun hadapan. Sebab mereka shoot pada akhir tahun lepas, 2010. Filem ni juga turut dibintangi oleh pelakon kecil manis, Mia Sara Nasuha serta Kartina Aziz, Bront Palarae dan juga Bob Lokman. Agaknya sebuah filem romantik yang menarik sebab ada Lisa dan Sam berlakon.

Namun mereka berdua tidak ditakdirkan untuk memiliki 'cinta lokasi'. Sebab sekarang orang ramai dah tahu yang Lisa digosipkan dengan Yusry. Jadi diantara Lisa dengan Sam mungkin sekadar kawan biasa jerk, ala jodoh ditangan Tuhan juga kan. Hehe. Apa-apa pun nantikan filem ini dipawagam erk, sekali sekala lihat Sam berlakon romantik ok juga, asyik2 ganas jerk. hehe.

Jejai hadiahkan Fasha Sandha jam tangan mewah?

Dengar cerita Jejai aka bekas suami Nora Danish tu dah berpaut kembali dengan Fasha Sandha. Betul ke cerita ni? sebab admin terbaca dalam Kosmo yang menyatakan mereka bersatu kembali. Memang susah nak agak sebab ramai orang dah tahu mereka ni sepertinya susah nak bersatu kembali. Namun itulah hakikat, kalau masih ada rasa cinta di dalam hati, mesti rasa gelisah ditinggalkan kekasih. Namun cara memujuknya adalah dengan Jejai memberikan hadiah jam tangan mewah berjenama kesukaan Fasha, manakala Fasha pun 'cair' dah kata Kosmo tue lagi dah~.

Tapi kalau mereka dah bersatu semula rasanya mereka sepertinya menyembunyikan hubungan itu daripada pihak luar. Sebab tak banyak cerita dah soal Fasha Sandha buat masa ni, ntah lah mungkin kena boikot lagi kot gara-gara kes yang terbaru tue LINK.. Zzzzz

gambar Yassin Senario kahwin

Yassin Senario dikhabarkan kini dah berkahwin dengan seorang gadis pilihan hatinya. Sumber ini dipetik daripada laman blog gosip yang menyiarkan gambar pernikahan Yassin dan isterinya tu. Itulah jodoh Yassin ketika dia kini berusia 33 tahun. Walaupun berita ini belum lagi mendapat liputan media, namun kita ucapkan tahniahlah kepada Yassin yang selamat diijab kabulkan baru-baru ini. -gambar ZoomArtis





Gambar kantoi berduan Shahir AF, Rozita Che Wan

Ahad, 15 Mei 2011

Gambar edisi terbakar ni membuatkan gosip diantara Rozita Che Wan yang berusia 39 tahun bercinta dengan Shahir AF yang muda 16 tahun daripada dirinya kini makin terbukti gosip itu benar. Malah gambar kali ini memperlihatkan merpati dua sejoli ini sedang berduan ditempat public. Gambar ni diambil pada 5 May yang lalu oleh seorang informer di LCCT dimana kedua-dua merpati berkenaan nak ke Alor Setar.

Lihat gambar, ramai yang tidak mengenali kelibat dua merpati ni, memang 'misi undercover' lah kiranya. tapi ada juga kedapatan oleh seorang budak kecil di sana yang perasan itu 'Shahir mak'. Hehe. Sahlah mereka bercinta ni. Tahniah2..
Petikan Bharian kata Rozita: “Dia lelaki baik. Saya tertawan dengan sikap dan budi pekertinya. Saya senang bersamanya. Tambah pula kami berasal dari kampung dan mungkin itu juga antara sebab kami serasi. Cuma setakat ini, keluarga masing-masing tidak tahu dengan jelas hubungan kami.

Video bakal isteri ke-4 Salih Yaacob

Sabtu, 14 Mei 2011

Jeng-jeng inilah dia bakal si isteri kepada pelawak Salih Yaacob. Budak uitm tu ha. Nama dia Emi jerk, simple kat video ni. Mereka berdua diwawancara oleh portal HarianMetro baru-baru ni. Memang lah buat liputan meluas sebab ini bakal isteri ke-4 Salih. Jarang selebriti berbini 4 ni. Title-title Datuk pun susah nak kahwin 4 ni. Hai dunia-dunia, asal mampu zahir dan batin cukuplah..


Mak Jah heroin untuk sebuah filem

Filem ni merupakan filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen yang sebelum ni menaruhkan harapan tinggi kepada filem Ratu The Movie, tapi dengar-dengar filem tu hampeh, tak tahu sebab apa, kureng kot income masuk. Tak pala, adat resam cari duit. Tapi kali ni Prof telah buat satu filem baik punya, gandingan mantap Saiful Apek dan Johan RL. Namun bukan dorang berdua ni yang buat suprise filem tu sebagai pelakon utama, tapi MAK JAH yang popular dalam mana-mana drama tu jadi heroin. wah... Memang sesuatu yang pelik kan. Biasalah nak pakai strategy baru agaknya tue..

Sebab yang jadi heroin mesti yang cantik cute miut. Tapi ini lain sikit. Filem ni diberi tajuk 'Raya Tak Jadi'. Ha mungkin bulan puasa ni kot keluar. Sebab Apek tue dah bersara, takkan masih main lagi kot, kan kan kan, mungkin filem ni shoot dah lama cuma tahun ni dikeluarkan (tunggu giliran). Apa-apa pun nanti kan filem ini ok uall. :)

Dafi jadi duta dunia perbankan

Bangga juga rasanya mendengar cerita pasal penyanyi lelaki comel, Dafi, yang khabarnya tak henti-henti menerima tawaran sana-sini. Walaupun wajahnya jarang kelihatan di kaca televisyen, tetapi rezekinya tetap datang mencurah-curah. Ada saja kerja yang memberikan rezeki buat anak muda ini, walaupun ramai bakat baru lain muncul setiap hari.

Belum pun habis satu kerja, khabarnya Dafi dah dapat tawaran baru. Malah sekarang ini dia mula berjinak-jinak dalam bidang teater pula. Selain itu, Dafi juga turut mendapat tawaran sebagai duta. Bukan duta produk seperti kebanyakan artis lain, sebaliknya duta kepada Bank Rakyat. Bukan calang artis dapat duta sebagai duta bank. Jarang kita dengar artis popular dapat title macam ni, kalau produk-produk tu ramailah kot. Apa-apa pun tahniah kepada Dafi lah yer.. All the Best.. -sumber Bharian

Adam AF kena gangguan jin

Hai kasihan sungguh nasib seorang artis ni. Biasalah, kalau ada orang yang mendengkikan sangat-sangat seorang tu, dia akan buat apa sahaja untuk membinasakan orang itu, tapi itu semua usaha sahaja, Allah yang tentukan samaada ya atau tidak. Sebab Allah itu Maha Berkuasa. Jadi tak perlulah minta bantuan makhluk halus untuk menjahanamkan orang, minta kepada Allah agar orang itu dirahmati dan diredhai. Sebab doa yang menjahanamkan tidak termakbul, jadi doalah yang baik-baik. Ya kan.

Ni Adam ni bab-bah kena ganggu Jin ni memang susah nak dipercayai, sebab ramai yang kata ini zaman moden, itu semua dah tak boleh pakai dah, saper kate ha? cuba u tengok belakang u ada siapa. Hehe. tahu takut~. Adam kena ganggu ni dah lama dah, sejak tahun lalu, sebab itu dia kata dia susah nak dirikan solat. Lalu dia pun pergilah ke rumah Ustaz Ashraf Muslim untuk berubat. Selain berubat Adam juga mempelajari ilmu agama dengan Ashraf maknnya Adam dah nak bertaubat, syukurlah kalau macam tu, Islam tu kan Rahmatal Lil Alamain. :)

Adam AF4 mengakui diganggu makhluk halus sehingga membuatkan dia sukar untuk bersolat sejak tahun lalu.

Adam berkata, berikutan itu dia telah mendapatkan rawatan dengan pelakon Ashraf Muslim yang bekerja sebagai pengamal perubatan tradisional di sebuah klinik tersebut di Gombak, Selangor.

“Saya ke klinik tempat Ashraf bekerja kerana mendapatkan rawatan cara Islam untuk membuang makhluk yang berada dalam badan saya.

“Sejak beberapa bulan lalu badan saya lemah, sakit, dan hilang tumpuan terutamanya ketika ingin bersolat,” kata Adam.

Katanya, setelah beberapa bulan mendapatkan rawatan tersebut keadaannya semakin pulih terutamanya ketika melakukan ibadah.
“Saya tahu ini dugaan kecil buat saya yang baru ingin berubah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

“Selepas berubat Alhamdulillah rasa yang saya alami itu semakin berkurangan dan perjalanan hidup saya menjadi lebih baik,” katanya. -mStar

Awal Ashaari, Scha buka laman page FB

Ha kini dengar cerita pasangan kekasih selebriti yang masih bercinta lagi, Awal Ashaari dan Scha al Yahya telah menubuhkan satu fan club di Facebook. Ahli fan berkenaan dah nak cecah 50,000 orang. Memang tidak disangka, ramai juga peminat 'couple' ni erk. Mengalahkan populariti Price Willi dan Kate pulak. hehe. Apa-apa pun kita doakan mereka cepat-cepat kahwin. :)

Saida kantoi dengan seorang lelaki dalam kereta..

Khamis, 12 Mei 2011

Suami kepada penyanyi, Saida mendakwa isterinya sedang 'angau' dengan seorang lelaki sehingga menyebabkan rumah tangga mereka yang dibina sejak 15 tahun lalu terabai. Mohd Ghazali Yahya Zikri seterusnya mendakwa, dia pernah berjumpa Saida dengan lelaki tersebut yang bernama Hafiz Che Mat berada di dalam sebuah kereta di Balakong.

"Saya telah tanya pada lelaki itu jika dia tahu Saida adalah isteri saya? Waktu itu, Saida menjawab lelaki itu mahu memulangkan telefon bimbit miliknya. Saya rampas telefon bimbit tersebut dan jumpa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi perkataan seperti sayang, rindu dan sebagainya," katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu.
Lelaki tersebut kemudiannya memberitahu bahawa dia mempunyai bukti iaitu bil telefon menunjukkan Saida yang juga kakak kepada penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza menghabiskan masa berjam-jam untuk berbual dengan lelaki itu. Mohd Ghazali. Mohd Ghazali seterusnya mendakwa, dia menganggap anasir luar itulah yang menyebabkan Saida mahu bercerai dan keluar daripada rumah kelamin mereka yang terletak di Alam Damai, Cheras, kira-kira sebulan lalu.

Pada prosiding itu, Saida atau nama sebenarnya, Siti Norsaida Tarudin mengakui mengenai kejadian dalam kereta yang didakwa suaminya itu, tetapi menambah hubungan dia dengan lelaki berkenaan sekadar rakan sekerja. Pada masa itu, Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi berkata:
"Industri kerja seperti kamu memang akan berjumpa ramai orang. Tetapi tidak perlulah saya bercakap banyak kerana semua orang tahu tentang hukum hakam".
Mohd Ghazali kemudiannya berdiri dan menambah, dia boleh memahami sekiranya Saida perlu berjumpa ramai orang, tetapi tidak perlu sampai ke tahap untuk memanggil sayang dan mendesak untuk bercerai.
"Bila saya siasat dia tidak mahu mengaku. Tapi bila saya sudah jumpa gambar-gambar dan SMS ada sayang, itu bukan rakan biasa. Saya sangat sedih, kecewa dengan isteri saya. Dahulu, dia seorang yang sangat lemah-lembut dan sekarang lupa tanggung jawab. Saya harap hakim boleh beri nasihat. Apa salah saya sehingga dia buat begini? Saya kasihankan anak-anak. Mereka sampai tidak pergi ke sekolah. Dulu dia tidak begini," tambahnya.
Selain itu, Mohd Ghazali juga memberitahu, dia tidak melihat masalah besar dalam perkahwinan mereka yang boleh membawa kepada perceraian, sebaliknya hanya masalah-masalah kecil. Saida pula memberitahu, dia telah meminta cerai sejak tahun 2008 kerana tidak boleh menerima suaminya ekoran tiada persefahaman.

Selepas mendengar keterangan-keterangan yang dinyatakan oleh Mohd Ghazali dan Saida, Mohd Suhaily memutuskan untuk memberi peluang terakhir kepada pasangan tersebut untuk mencari penyelesaian dalam masalah yang dihadapi. Beliau juga menasihatkan mereka untuk mengerjakan umrah seperti yang dicadangkan oleh Mohd Ghazali yang berhasrat mahu membawa isterinya itu ke Tanah Suci. Saida yang pernah menyertai rancangan realiti, Akademi Fantasia bersetuju dengan cadangan itu namun memberitahu akan membawa ahli keluarganya bersama.

Ps: Tidak semestinya tindakan cerai itu sesuatu yang wajar. Masih ada khidmat nasihat, kaunseling dan ceramah yang boleh dilakukan. Yang penting adalah taubat, kembali kepada jalan yang benar. Tapi kalau betul-betul terbukti curang, admin pun tak nak kacau daun ha.

Mawi feat Akhil Hayy - HAMBAMU

Siapa yang minat tengok program realiti Islam pertama, Imam Muda II di Astro Oasis mesti dah tahu lagu temanya kan. Best kan? hehe.. Lagu tema kali ni agak berbeza sebab digandingkan penyanyi popular, Mawi dan juga Akhil Hayy. Lagu hasil ciptaan Edry Abdul Halim memang sedap didengar. Iramanya yang moden namun mempunyai mesej yang terbaik. Oklah, sokonglah program macam ni erk, tak perlulah nak sokong program realiti yang sia-sia korbankan duit korang.. Peace no war.. :)


Gambar keluarga pengacara Naz

Lama kita tidak melihat anak kepada pengacara, Naz atau nama sebenarnya Naz Habibur Rahman ni kan, apatah lagi isterinya yang juga pembaca berita ntv7 tue ha, Sheahnee Iman Lee. Apa perkembangan terbaru pasangan ini erk. Oh ya, anak mereka kini dah berusia 1 tahun 3 bulan. Tahu tak namanya? Zara Aaliyah. Nama pun cantik, mesti manis budaknya kan. Hehe.

Dalam diam-diam isteri kepada Naz ni sedang bergiat aktif dalam menjual produk ibu dan bayi dalam Online. Ha senang lah kepada suri rumah tu, cuma klik sahaja internet kan. Produk ni kiranya bermutulah sebab diimport daripada Australia, Amerika dan Australia. Korang boleh lawatinya di BuggyBabyBoogie.com -sumber mStar

Shaheizy Sam bagi rantai kepada ibunya

Sempena Hari Ibu yang lalu, ramai orang kita kini menyambutnya, bahkan menjadi satu tradisi yang wajib diraikan setiap tahun. Takpelah, asalkan tidak bercanggah dengan ajaran Islam dah mencukupi, yang penting niat kita nak mengembirakan hati orang tua, dan selepas ini Hari Bapa lagi. Tidak ketinggalan selebriti kita seorang ni, Shaheizy Sam meraikan Hari Ibu dengan ibunya, Kathy Fauziah.

Hadiahnya memang cukup special dan diantara hadiah paling mahal sempena Hari Ibu tahun ini di seluruh dunia. Hehe. Hadiah set rantai mutiara yang dimenangi Sam ketika ABPBH 2010 yang lalu. Rantai tue harga dia RM180,000. Nah melepaslah bakal isteri Sam nanti kan, takpe2 mungkin Sam berikan kereta Ferrari kepada bakal isterinya, mana tahu kan. Hehe. Ini kata Kahty selepas Sam menyarungkan rantai berkenaan kepada Bharian.

“Mummy rasa begitu terharu dan gembira di atas pemberian ini. Tiada kata secantik bahasa untuk Mummy selain ucapan terima kasih kepada pihak Rafflesia, Bill Bora, Berita Harian, TV3 dan rakan media serta peminat Sam sendiri. Jika tidak kerana peminat Sam yang mengundi, saya tidak akan dapat memakai kalung ini.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu khusus kepada semua ibu di seluruh dunia tidak mengira bangsa mahupun agama,” ujar Khaty.

Gambar Ayu Raudhah, Zaquan Adha

Rabu, 11 Mei 2011

Berderau darah melihat gelagat mesra, Ayu Raudhah dan Zaquan Adha ni. Almaklumlah dah bergelar suami isteri, nak peluk pun orang takkan pot pet pot pet dah. Yang haram dah jadi halal. Hehe. Nilah saat penampilan pertama mereka selepas berkahwin pada Januari 2011 yang lalu. Tengoklah kemesraan mereka berdua, memang cocok dan sungguh bahagia sekali. Baguslah kalau berterusan macam ni. Tapi pesal dengan rambut Ayu tu, adoii jah~

Ameng dijatuhi hukuman gantung sampai mati!

Kluang: Vokalis kumpulan Spring, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 43, dijatuhkan hukuman gantung sampai mati mandatori selepas didapati bersalah mengedar dadah di ibu kota, baru-baru ini.

Ameng yang bakal digantung tidak lama lagi, sempat menyanyikan lagu dipopularkan Jamal Abdillah, Mati Hidup Semula menyebabkan sebahagian banduan serta kakitangan Kompleks Penjara Kluang menitiskan air mata.

Bagaimanapun, itu semua hanya sketsa lakonan Ameng serta beberapa banduan lain sempena program Mesej dari Penjara di Kompleks Penjara Kluang, semalam.

Dalam sketsa itu, Ameng melakonkan watak Hairul, seorang jejaka kampung yang berhijrah ke ibu kota dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidupnya.

Pelbagai dugaan dilalui bersama kenalan rapatnya, Ali, sebelum kedua-duanya terjebak dengan kegiatan mengedar dadah. -HarianMetro
-Ps: artikel yang sungguh memeranjatkan bila membacanya. Haha. Admin pun dah terkena. Korang terkena juga erk? sabor2..

Dato' Siti Nurhaliza di UiTM 9 Julai 2011

Bertuah lah budak-budak UiTM Shah Alam nanti pada 9 Julai 2011. Sebab Dato' Siti akan buat satu majlis sempena Malam Gala SimplySiti. Shuu.. bukan nak promosi produk semata-mata lah, Dato' Siti buat sebab nak mengumpul dana bagi Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM tu sendiri. Ha kan niat Dato' Siti tu baik. Dan yang paling best lagi korang boleh lihat kelibat Amy Search, Aizat Amdan dan Ana Raffali pada malam itu. Memang gempaq siot, Raja Rock dan Penyanyi Nombor Satu Negara tue~

Tiket percuma jerk, jangan risau beb, bukan budak UiTM jerk dapat masuk, korang pun dapat juga da. Yang penting lepas baca ni artikel boleh lah lari sekencangnya ke Watsons Midvelly, KLCC, Alamanda, Sg Wang, SACC Mall, Sogo serta Gaurdian Ulu Klang, Giant Kelana Jaya dan Giant Prima Saujana. Hehe. Kalau Bos tanya cakap nak beli ubat pening kepala. Haha. -info asal ManggaOnline

gambar Rozita Che Wan dengan kekasihnya?

Selasa, 10 Mei 2011

Gambar ni merupakan gambar Rozita Che Wan dengan sesorang jejaka tampan. Kiranya jejaka tue cukup jelas berani bergambar dengan Rozita sehinggakan disimpan di akaun Twitter miliknya. Adakah ini kekasih si Rozita yang dirahsiakan itu? bagaimana pula dengan Shahir, yang digosipkan bercinta dengan Rozita. Kata sumber jejaka ini cukup kenal dengan Shahir. Aik adakah ini satu kebetulan.

Jangan risau lah lelaki diluar sana, ini gambar adalah pelakon baru yang bernama Fir Affandi yang sama-sama berlakon dengan Rozita dalam drama Diari Summercamp yang diamik ketika buat pengembaraan drama berkenaan di Perlis. Jadi apa kaitannya dengan Shahir pula? memanglah ada kaitan sebab drama ni menceritkan Rozita dan Shahir berkawan rapat. Rapat? nanti macam drama Nur Kasih pula jadinya, rapat di dalam, rapat juga diluar. Haha.

Salih Yaacob nak berbini lagi..

Hai, kalau dah jodoh tak kemana juga, memang dah nasib si Salih Yaacob berbini 4. Dipetik daripada laman web, HarianMetro baru-baru ni. Khabarnya yang ke-4 ni dalam proses perkenanlan lagi, namun si isteri-isteri serta 11 anak Salih pun dah berkenaan dan merestui hubungan mereka. Bakal isteri ke-4 ni kiranya masih lagi budak U di Uitm Shah Alam, umur baru 24 tahun. Hai dah basi ker jejaka di Uitm tu, haha, takde la, main-main jerk. Oklah semoga dipercepatkan pernikahannya nanti. Salih memang ada auranya tersendiri jah~. Cayok!

Dengarnya anda memang akan melengkapkan kuota tidak lama lagi? Insya-Allah... saya dalam proses membimbing dan setakat ini dia boleh ikut cara saya. Saya sudah pun pertemukan dia dengan semua isteri saya dan hubungan kami direstui. Jika tertulis dia jodoh saya, insya-Allah kami akan berkahwin tahun ini.

Sebelum ini ada juga wanita cuba mendekati saya tetapi mereka ada agenda tersendiri, termasuk mahu kejar glamor dan duniawi. Ada juga yang mengaku sanggup bermadu termasuk anak orang besar, tetapi firasat saya dapat rasakan individu itu bukan orang yang sesuai untuk saya.

Saya berpengalaman jaga keluarga besar, bukan harta benda yang saya pandang tetapi kesanggupan orang itu untuk mengikut cara saya dan hidup dengan harmoni.

Berbeza dengan dia, saya nampak dia benar-benar ikhlas dan bersedia hidup bermadu. Saya kini menunggu kelulusan permohonan poligami di Mahkamah Syariah dan dia sudah ikuti kursus kahwin.

Kami berjumpa secara kebetulan ketika saya menjayakan persembahan di luar Kuala Lumpur. Isteri dan anak saya boleh menerima dia dan saya pun mencari masa sesuai untuk bertemu keluarganya. Maklumlah dalam waktu terdekat, jadual saya sibuk dengan rakaman program SY I Follow. Kalau boleh, saya nak buat majlis ringkas dan jika diizinkan Allah, saya mahu raikan semua isteri saya. Semua akan duduk sebaris di tempat pengantin dan dapat hantaran.

Gambar Tiz Zaqyah di majlis fesyen

Aisehemn bukan main cantik lagi selebriti seorang ni, si Tiz Zaqyah. Memang tak siapa nafikan la Tiz ni seorang yang cantik, tapi dah berpunya. Hehe. Korang layanlah dulu gambar Tiz ni dengan berpakaian serba hijau mix biru terang (fesyen baru kot) di majlis Fashion Show kat ntah lupa udah. Haha. -gambar CuteCarry.com

tiz zaqyah

tiz zaqyah

tiz zaqyah

tiz zaqyah

tiz zaqyah


gambar Rozita Che Wan jadi pengemis

Isnin, 9 Mei 2011

Wah ini kali lah kita dapat melihat kelibat artis hot, Rozita Che Wan tanpa makeup dan menjadi seorang pegemis, persis kot. Hehe. Selalunya nampak Rozita pegang watak yang boleh menarik perhatian ramai, tapi kali ni berbeza sedikit. Persembahan yang ditampilkan cukup membuktikan Rozita boleh berlakon dalam watak yang cukup daif. Ni lah dia drama Dosa Siapa. Drama ni dah ditayangkan pun pada hari Sabtu yang lalu jam 10 malam di TV3. Siapa tak tengok melepaslah. Haha. Takpe2, admin ada gambarnya. Cun kan.. hehe.

Inilah dia gambar suami Cheryl Samad

Nah betullah kan kalau Cheryl Samad dah bernikah baru-baru ni. Dan pernikahan itu telah pun diadakan dengan penuh sukses dan serba sederhana di Holiday Villa, SJ. Nama suami Cheryl tu adalah Ng Ping Ho yang berusia 8 tahun lebih tua daripada Cheryl. Oh kiranya muallaf lah ni. Nah baguslah, lepasni Cheryl kena bimbing suami mengenali Islam. Dan yang menjadi persoalan hebat disini, kenapa perkahwinan yang serba indah itu dirahsiakn daripada umum, apatahlagi wartawan dengarnya turut tidak diberikan kad kahwin.... Zzz.. Cheryl pasti ada jawapannya... -gambar Utusan