Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar resepsi perkahwinan Zed Zaidi, Nelly Natalia

Isnin, 9 Mei 2011

Majlis resepsi perkahwinan diantara Zed Zaidi dan Nelly Natalia berkonsepkan moden dan tradisional berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Mentakab, malam Sabtu. Majlis turut dihadiri lebih 800 tetamu termasuk kedua-dua ibu bapa pengantin iaitu Abd Jamil Talib (bapa Zed), Fauziah Hassan (ibu Zed), Mustafa Kamal Datuk Seri Hussein (bapa Nelly) dan Norijah Datuk Seri Mohd Bahri (ibu Nelly).

Turut hadir, rakan artis seperti Iqram Dinzly, Misha Omar, Ahmad Idham, Julia Ziegler, Aril (AF7), Intan Ladyana, Kamal Adli, Fizz Fairuz, Emelda Rosmila, Zehra Zamri, Adib (Fabulous Cat), Zizi (Fabulous Cat), Datuk Yusof Haslam dan Datuk Aziz Singah. -gambar mStar

gambar Dahlia Daphne Iking mengandung

Ahad, 8 Mei 2011

Hari ini merupakan Hari Ibu sedunia. Selamat hari ibu ya. Hehe. Memang hari ibu orang akan mengenang jasa ibu kepada anaknya. Kita pasti akan merenung kembali detik-detik indah bersama ibu. Kepada yang sudah pergi tu, kirimkan doa sahaja lah yer. Kepada yang masih hidup lagi tu, jangan sia-siakan kehidupan ibu anda, berikanlah dia kesenangan, doa, kegembiraan dan jangan sesekali sakiti hati ibu, buruk padahnya dikeesokan hari, tak selamat hidup kita nok. Ingat tu.

Ha bercerita soal ibu, ni ada artis sarat mengandung, Daphne Iking. Gambar diamik diantara Daphne dan admin RedMummy.com. Daphne ni kahwin akhir bulan Februari yang lalu. Dah 2 bulan lebih berlalu, perut Daphne besor juga. Tahniahlah admin ucapkan atas khbar berita gembira ini. :)

Diana Danielle, Farid Kamil couple semula

Wah ini satu perkhabaran gembira taw. Khabar gembira ini datangnya daripada Twitter milik Diana Danielle. Kata DD dia nak sambung balik bercinta dengan Farid Kamil. Ehwah-ehwah macam kontrak pulak yer DD. Haha. Baguslah kalau sambung balik bercinta tue. Kan lebih elok kalau dipercepatkan proses pernikahan, ha lagilah masyukk. Dd memang sesuai sangat dengan Farid Kamil tue sejak dulu lagi. Kan3. Kita doakan sahaja lah mereka berdua ni bahagia. Jangan hangat-hangat taik ayam sudahlah, malu dikemudian hari.. Zzz

Adlin, Emelda Rosmila pergi umrah

Sabtu, 7 Mei 2011

Pasangan sensasi Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila baru-baru ni pergi mengerjakan umrah di tanah suci. Tak de detail lain mengenai gambar yang diterima. Kalau dah namanya g umrah tu maknanya nak minta doa supaya tutzzzzzzz, ala terputus talian. hehe.. Namun gambar tu nampak sweet. siap peluk meluk lagi, tak po noh, dah kawen juga, halal. hehe. Semoga bahagia Adlin dan Emelda. :)

Zami Ismail terlantar di wad hospital

Terkejut sungguh mendengar berita pelakon vateran komedi, Zami Ismail atau nama popularnya Pak Uda terlantar kat hospital Ampang dalam wad kecemasan ICU. Dengar cerita Zami terkena jangkitan kuman pada paru-parunya. Memang nampak kritikal kalau lihat daripada gambar tu. Ya kita doakan lah agar Zami sembuh seperti sedia kala, nak juga lihat dia berlakon lagi dalam Hantu Kak Limah ke-2 (kalau ada lah).

Kekasih Linda Hashim ke ni?

Jumaat, 6 Mei 2011

Kemana perginya pelakon manis, Linda Hashim sekarang ni erk. Agak susah nak lihat dia di kaca-kaca tv, drama ataupun filem. Mungkin sibuk kot pasal buat filem 'Ngorat' dan 'Putera Negara' yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan. Takpe lah kalau sibuk memanjang tue. Hehe. Ni ha terjumpa gambar Linda dengan seorang lelaki, bolehlah kacak juga orangnya. Linda amik gambar bersama-sama lelaki ni ketika suatu majlis perkahwinan orang India. Nampak macam sepasang kekasih jer Linda ni, boyfriend Linda erk? Linda jawab jangan tak jawab.. hehe..

gambar kereta Scha al Yahya, Audi Q5 S-Line

Biasalah artis dan selebriti ni, tak sah kalau naik kereta mahal-mahal. Mahal tahap gaban pun ada juga, yang paling top sekali bab kereta ni Yusry (lamborghini dan hummer) dan Ac Mizal (bantley dan porsche), Takde sorang pun selebriti yang nek kancil. haha. Ni nak khabarkan gambar dibawah ni kepunyaan kereta milik Scha al Yahya, jenama Audi model Audi Q5 yang bernombor plat WSC4.

Sebelum ni kereta ini digosipkan pemberian hadiah oleh Awal, namun Awal menyangkal sebab tak mampu nak belikan hadiah mahal seperti itu, dan kata Awal itu adalah hasil titik peluh Scha sendiri.

Nak tahu harga Audi Q5 ni berapa? RM325,000 tidak termasuk insurans (kata sumber). Memang lawa kereta ni, sebab buatan negara di eropah. siap dengan plat nombor cantik lagi, mahu RM350,000 juga ni. Scha CCM berapa ni? haha.. Kalau beli kancil dapat rumah sebijik jadi aset pun dah mencukupi.. haha..

gambar Noorkhiriah kini 'bertudung'

Imej terbaru pelakon, Noorkhiriah yang kini menjangkau usia 35 tahun dah menampakkan sedikit perubahan dalam penampilannya. Noorkhiriah bukanlah memakai tudung litup seperti yang anda sangkakan cuma memakai penutup kepala jerk, maknanya cuma pakai seperti 'anak tudung'. Penampilan ini bukanlah sesuatu yang gimik bagi Noorkhiriah, cuma Noorkhiriah memerlukan masa untuk berubah sepenuhnya. Apa-apa pun ini suatu perubahan yang baik, semoga suatu hari nanti kita dapat melihat Noorkhiriah bertudung litup. Amin.

“Saya tak mahu masyarakat membuat tafsiran yang salah dengan cara bertudung seperti ini. Apa yang penting saya sedang mempelajari untuk menyesuaikan diri ke arah imej bertudung litup secara berperingkat.

"Sebab itu saya memulakan langkah dengan menutup rambut dan telinga saya dahulu. Alhamdulillah, setakat in, bila keluar, saya selesa seperti ini," kata Noor kepada mStar

Norman Hakim jawab isu ponteng sekolah

Khamis, 5 Mei 2011

Norman Hakim tidak pernah mengajar anak-anaknya untuk ponteng sekolah apatah lagi jika disuruh oleh tunangnya, Memey Suhaiza. Norman berkata, tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan Memey sengaja tidak membenarkan Mohd Danish Hakim, 8, dan Marisa Dania Hakim,6, ke sekolah adalah tidak benar sebaliknya sekadar salah faham.

-klik untuk besarkan
“Sebenarnya, seorang anak saya iaitu Danish baru habis peperiksaan. Jadi, dia meminta untuk tidak pergi ke sekolah sehari selepas peperiksaan itu untuk meluangkan masa bersama saya. Memandangkan saya dan Memey tidak mempunyai penggambaran, maka saya memenuhi keinginan itu termasuklah membawa anak kedua saya, Marisa keluar bersama,” katanya.

Norman diminta mengulas kononnya Memey terlibat mengajar anak-anaknya ponteng sekolah seperti mana yang diperkatakan dalam laman Twitter sebelum ini. Kata Norman, dia amat mementingkan pelajaran anak-anaknya dan tidak sesekali membiarkan mereka ponteng sekolah tanpa sebab tertentu. -mStar

Shaheizy Sam hero untuk Adnan Sempit 2

Shaheizy Sam memang seorang artis yang popular secara mendadak. Sebab lakonan dia dalam filem Adnan Sempit. Filem yang dikatakan untung berjuta-juta ringgit, sehinggakan belum ada yang dapat menandinginya. Maaf lah yer, admin nak katakan sedikit, kalau lihat daripada filem tu, 30 percent jerk suka, selebihnya kureng sikit, kenapa? admin tak suka kat golongan mat rempit ni, haha. Tapi ntah macamana filem tu boleh kaut berjuta-juta, agaknya persatuan mat-mat rempit tengok ramai-ramai kot. haha. lupakan sahaja mengenai itu..

Ni ha yang terbaru, Shaheizy Sam bakal menjadi hero lagi dalam filem terbaru dari Adnan Sempit juga, tapi kali ni yang ke-2. Dengar cerita Shaheizy Sam kena bayar dengan gaji yang tinggi untuk yang ke-2 tu. Gaji tinggi tu ok juga, tapi kalau ramai orang dah tengok Adnan Sempit pertama tue bersependapat dengan admin, rasanya yang ke-2 ni takkan gempaq seperti yang pertama kecuali ianya berkonsepkan 3D, semua penonton pakai spek 3D.. haha.. Apa-apa pun Shaheizy Sam punya rezeki kita tak usah nak sibuk sangat, dah tuah manusia siapa yang tahu.. All the best Shaheizy Sam.

Cheryl Samad sudah berkahwin?

Heboh sekarang ni mengenai pengacara kecil molek, Cheryl Samad dah berkahwin. Memang agak mengemparkan sebab tiada ura-ura dari umpunya badan sendiri sebelum ni. Tak tahulah benar atau tidak cerita ni, sebab ramai blogger gosip dah uwar-uwarkannya. Yang paling tidak disangka, Cheryl berkahwin dengan orang yang mempunyai keturunan Cina.

Berita perkahwinan mereka ini dikatakan hanya senyap-senyap sahaja, maknanya hanya keluarga terdekat sahaja. Perkahwinan yang dikatakan berlangsung pada hari Ahad yang lalu itu diadakan di Holiday Villa, Subang. Hai, kita tunggu dan lihat sahaja lah apa komen empunya badan. Ya la, takkanlah pokok boleh bergoyang jika takde angin, mungkin hantu kak limah kot yang kasih goyang.. haha..

Dato' Siti Nurhaliza ditawarkan RM1 juta untuk berlakon

Rabu, 4 Mei 2011

Petikan daripada HarianMetro.. Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bersedia membawa watak Ibu Muslimah dalam pementasan teater muzikal Indonesia, Laskar Pelangi yang dijadual dipentaskan di negara ini Julai depan, jika tawaran diterima bersesuaian dengan kehendak dan komitmen kerjayanya. Bagaimanapun, Dato' Siti menafikan dia menerima pembayaran sebanyak RM1 juta untuk membawa watak guru yang gigih memperjuangkan nasib anak-anak susah di Pulau Belitung itu.

“Saya dengar khabar angin ada pihak produksi ingin menyunting saya sebagai seorang daripada teraju dalam teater muzikal itu namun sehingga kini tiada sebarang tawaran rasmi mengenainya, sebaliknya saya hanya mendengar daripada kawan dan pengurus saja.

“Bagaimanapun saya nafikan jumlah bayarannya sebanyak RM1 juta kerana kerana segala-galanya belum ada hitam putih. Apapun, jika benar tawaran itu akan menyusul, saya bersedia menimbangkannya kerana filem itu adalah sebuah karya yang menarik,” katanya.
-ps: amboi jah, RM1 juta tu, siapa mo tolak kan.. kasih admin lah 1 percent pn jadi lah.. hehe..

Bila Zed Zaidi berbicara soal isterinya

Zed Zaidi kini dah berteman dah, teman segala-galanya, suka dan duka. Dah menjadi lumrah pengantin baru, mesti ada yang rasa kelainan sebelum berkahwin. Macam juga Zed Zaidi ni ha, kata dia rasa pelik tinggal dengan permaisurinya di kediaman Zed dekat Damansara Perdana. Hai Zaidi, permulaan daripada sebuah alam rumahtangga tu mestilah bermula daripada rasa saling mempelajari antara satu sama lain. Lainlah kalau Zed tu duda, mesti tak rasa macam ni. Yang penting Zed kena berusaha membina rumahtangga yang teguh dan kuat, agar tidak dibadai ombak tsunami di kemudian hari. :)

"Ada banyak perkara baru dan pelik yang saya cuba membiasakan diri dan pelajari sebagai seorang suami.

"Kalau sebelum ini, saya sudah biasa tidur seorang dan hanya ada bantal peluk sebagai teman tidur. Kini, saya rasa pelik juga apabila tidur berdua tetapi saya berasa gembira dan bahagia.

"Selain itu, saya juga dapat melakukan solat berjemaah dan membuat kerja-kerja di rumah bersama seperti membantu isteri di dapur," katanya dengan nada teruja.

Pun begitu, Zed menambah, keterujaan isterinya menyediakan pelbagai jenis masakan menyebabkan dia berasa runsing kerana bimbang berat badannya meningkat.

"Isteri saya pandai memasak pelbagai jenis makanan dan ia membuka selera makan. Namun, saya risau juga kalau berat badan akan meningkat.

"Maklumlah, saya ini artis dan tentulah nampak tidak elok di depan televisyen kalau berlaku perubahan fizikal yang mendadak.

"Jadi, saya sudah berbincang dengan isteri agar memasak makanan yang bersesuaian," -mStar

Gambar bakal suami Nurul Syuhada, kahwin Julai 2011

Nah jangan terkejut ye, ni lah dia bakal suami kepada pengacara Nurul Syuhada Nurul Ain. Nama bakal suami Nurul ni bernama, Raja Amir Raja Azwa berusia 29 tahun, 2 tahun lebih tua daripada Nurul. Kerjayanya merupakan sebagai pegawai bank (pegawai bahagian apa tak tahu pula, kot-kot pegawai sekuriti, hehe). Yang paling menariknya lagi Nurul mengumumkan (perancangan) mereka akan menjadi Raja Sehari pada Julai 2011. Jadi segala teka teki sudah pun terjawab, yang penting kita doakan sahaja semuanya berjalan lancar.

“Insya-Allah, kami merancang untuk berkahwin pada Julai depan. Kami akan maklumkan kepada pihak media apabila tiba waktunya,” kata Nurul kepada mStar

bila Dato' Siti Nurhaliza pakai topi

Selasa, 3 Mei 2011

Terjumpa gambar terbaru Dato' Siti Nurhaliza kat dalam Twitter miliknya. Gambar kali ni agak menarik, sebab Dato' Siti pakai topi. Gambar ni diamik ketika Dato' Siti dan suami pergi ke Oversea (macam gambar ke gambar baru ni erk??). Ya lah, takkan lah nak pakai selendang juga kot kan kat sana. Hehe. Ada juga seorang follower ni sempat gurau senda dengan Dato' Siti selepas Dato' Siti 'twitt' mengenai gambar di bawah ni. hihihi..

Gambar Rosyam Nor dan keluarga bercuti

Gambar Rosyam Nor di bawah ni gambar dia dan ahli keluarganya bercuti di luar negara. Negara mana tak tahu pula, sebab informer amik gambar ni melalui kawan dia yang berikan katanya. Jadi detail-detail mengenai gambar ni tak dapat nak di pastikan. Gambar ke-2 tu sahaja yang boleh bagi 'hint', Rosyam dengan 3 orang anak perempuannya. Apa-apa pun korang lihat dulu yer. :) Sweet Holiday~

Klik gambar untuk kasih beSor~

sikap Remy Ishak timbulkan rasa menyampah!

Alkisah.. Kisah ni mengenai pelakon kacak, Remy Ishak. Remy dan juga 'kekasihnya', Tiz Zaqyah turut bersama hadir ke sebuah pejabat untuk mempromsikan filem terbaru mereka, filem Nur Kasih yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Tujuan ke pejabat tak tahu pula promosinya macamna, mungkin photoshoot kot atau temubual. Nak dijadikan isunya adalah perangai Remy ketika berada di pejabat. Nak tahu apa kisahnya?? ni petikan daripada portal Murai..

Yang membuatkan teman Murai Batu hangin satu badan ialah tentang sikap kurang beradab si Remy Ishak ini tatkala ditemubual. Bayangkan teman Murai Batu dan seorang lagi wartawan senior menemubual dia dan reaksi yang diberikan oleh Pelakon TV Lelaki Popular ini memang tak dapek nak tolong dehhh...

Orang bertanya dahlah dia buat muka acuh tak acuh. Kemudian lain yang ditanya lain pula yang dia jawab. Nak kata dua teman Murai Batu itu bertanya dalam bahasa yang tak difahaminya tak pula. Kata teman Murai Batu dia bertanya dalam bahasa Melayu saja tak akan tak faham. Lebih membuatkan teman Murai Batu bengang, dia bertanya soalan mengenai watak yang acapkali dipegang oleh Remy, si Remy ini menjawab benda lain, siap tanya pada teman Murai Batu tak tahu ke mengenai karektor-karektor yang dibawakannya atau tak buat kajian ke tentang perkara tersebut.

Amboi Remy, tak akan baru dua kali menang pelakon TV, awak dah besar kepala pula. Kata teman Murai Batu, sah-sah dia tanya lain, Remy yang tak faham bahasa pergi jawab lain. Dah la awak yang datang minta promosi tapi awak pula buat besar kepala. Malas nak panjangkan cerita dua teman media tadi diam sahajalah memandangkan mereka tuan rumah. Kalau tak mahu dihalaunya si Remy masa tu. Tiba pula masa untuk sesi fotografi sekali lagi dia buat hal. Siap sound-sound jurugambar yang ingin merakamkan gambarnya. Angle itu tak kena angle ini tak kena..kata Remy nanti wajahnya tak berseri kalau tangkap macam itu atau macam ini.

Memang suhu kepanasan atau tahap kesabaran teman Murai Batu dah capai 100 celcius ketika itu. Selesai sesi foto, maka dua teman media tadi beredar dan mahu melupakan kisah pahit tadi. Kemudiannya khabarnya Remy telah pun mengirim SMS pada salah seorang media itu dan memintia maaf dan telah menelefon bos teman Murai Batu tadi meminta maaf atas kekasarannya.

Hai, pelik tapi benar kalau awak rasa tindakan awak betul kenapa nak minta maaf. Atau pihak pengurusannya yang melihat sikapnya tadi yang menyuruh Remy meminta maaf siapa tahukan.Mendengar perkataan maaf Remy membuatkan dua teman Murai Batu tadi sejuk hati dan ingin melupakan segala kepahitan yang dilalui mereka pada sesi foto itu. Baru sejuk hati alih-alih, hati mereka kembali terbakar semula apabila terbaca status twitter Remy yang menulis: " kerja aku hanya sebagai seorang pelakon bukannya nak jaga hati orang". Murai Batu pun tak tahu nak cakap apalah mengenai tindakan si Remy ini.

Tak akan dah menang pelakon drama popular dan besar kepala kot. Belum lagi menang pelakon filem popular. Kalau beginilah cara dan gayanya rasanya riwayat hdup kerjaya seni awak tak ke manalah. Kalau awak nak meroyan ditanya tentang cinta mungkinlah kot, tapi kena tanya pasal kerjaya pun nak buat hal ke? Kalau begini perangainya, janganlah nak salahkan sesiapa ya, kalau media-media lain tertutup pintu hati nak menemubual awak lepas ini. Bagi Murai Batu senang sahaja, bertindaklah professional dan kalau rasa tak perlukan media, jadi tak perlulan menghadiri apa jua sesi fotografi selepas ini.

Mungkin Remy mampu menjadi artis yang berjaya tanpa kisah atau cerita perkembangan seninya ditulis. Nanti kalau peminat nak tahu cerita Remy, datang sendiri berjumpa dengannya, mungkin itu lebih senang?...Cuma nasihat Murai Batu senang saja, lihatlah contoh artis-artis yang berjaya dan bertahan lama seperti Dato Siti Nurhaliza, Anuar Zain dan ramai lagi. Bukan saja popular namun berbudi bahasa dan itulah resepi kejayaan mereka.

Lisa Surihani bawa ibunya dating dengan Yusry?

Isnin, 2 Mei 2011

Memang kecoh dan panas sekarang ni kepada lelaki-lelaki diluar sana tue yang meminati Lisa Surihani mendengar Lisa telah digosipkan bercinta dengan Yusry KRU. Ha, ni kasih panas lagi keadaan sedia ada. Dipetik daripada Kosmo edisi Ahad yang bertajuk 'Yusry, Lisa dating bawa pengapit', baru-baru ni Lisa Surihani ditemani ibunya berjumpa dengan Yusry yang juga ditemani oleh seorang kawan.

Mereka berempat ni kiranya nak makan malam bersama. Menurut Kosmo tu lagi, mereka terserempak dengan mereka ni di sekitar kawasan Ampang, Selangor. Gelagat mereka memang mesra sungguh, siap senyum-senyum lagi si Yusry kepada Lisa. Hai, baguslah kalau betul cerita kali ni, dating pun kena ada 'cover' lagi tu. Kita doakan sahajalah dorang bahagia, lelaki di luar sana jangan bimbang, hubungilah Lisa di Facebooknya.. Haha.

Diana Danielle menderita ketumbuhan di rahim

Alahai kasihan juga kat Diana Danielle aka DD ni. Dalam diam-diam, DD menghidap ketumbuhan di rahim dipetik daripada Utusan. Penyakit yang bermula lama dah. Kini Diana kelihatan lebih cergas dan aktif selepas membuat rawatan di negara tembok besar, China yakni di daerah Huangzhou dan Huangshan dengan kaedah 'Chi' (guna tenaga dalaman, ketumbuhan DD hilang melalui darah yang terkeluar berwarna hitam dan pekat macam susu cair da) baru-baru ini. Dan ianya menampakkan keberhasilan yang sungguh menakjubkan.

Bukan Dd tak mahu rawatan di professional di Malaysia, cuma kaedah itu melibatkan pembedahan bagi membuang ketumbuhan berkenaan (mungkin takut la tu kot, siapa lah yang berani bila sebut soal 'bedah', mesti mahu fikir seribu kali, tapi untuk kesihatan, benda tu tak perlu ditakutkan, tawakkal sahaja). Mama Dd punya kawan yang sarankan agar ke Negara China sebab ada rawatan 'chi' yang WOW. Apa-apa pun kami doakan Dd sihat sentiasa kehendakNYA.

vote izyan.com di DiGi WWWOW Awards

Ahad, 1 Mei 2011

Undi izyan.com ya di DiGi WWWOW Awards 2011 sehingga 20 June 2011. Peminat-peminat izyan.com yang setia tue~, ini merupakan kali pertama izyan.com dicalonkan dalam mana-mana Awards. Rasa teruja juga nak masuk bertanding untuk pertama kali. Apa-apa pun terima kasih kepada anda yang tetap menyokong izyan.com selama ini. Tetap setia di hati yuk.. (^______^)


*cara undi senang jerk, klik button 'vote for me' dan sign-in guna account Facebook anda. Tue jek. :)

Rita Rudaini selamat melahirkan anak ke-2

Rita Rudaini Mokhta selamat melahirkan bayi anak ke-2 seberat 2.75 kilogram di Pusat Pakar Perubatan Prince Court pada hari Jumaat (29/4). Bayi yang diberi nama Airit Rafqa Arjuna itu lahir kira-kira pukul 2 petang lebih. Menurut Rita, dia dan bayi itu berada dalam keadaan sihat dan bersyukur kerana semuanya selamat (proses).

Kata Rita, nama Arjuna untuk anak keduanya itu dipilih kerana menganggap bayi berkenaan sebagai wira yang menjadi kekuatan ketika dia berhadapan dengan konflik rumah tangga sewaktu mengandungkannya.

Selain bayi tersebut, Rita yang juga isteri kepada pemain bola sepak Kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 24, itu turut mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin yang kini berusia dua tahun.-mStar

Gambar kat bawah ni masa sambutan harijadi Rayyan ke-2 tahun 21/4 yang lalu..