Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ziana Zain, Daphne diantara '10 Hot Asian Moms'

Selasa, 12 April 2011

Tak sangka ada 2 artis kita tersenarai sebagai 10 Hot Asian Moms yang dikeluarkan oleh laman sesawang terkenal MadeMan.Com. Yang paling tidak diduga adalah pencapaian Ziana Zain yang menduduki tangga ke-6 disusuli Daphne Iking ke-7 daripada 10 aktress. Daphne ni bagi penulis mungkin sebab dia banyak menjadi host program-program luar, sebab tu ramai orang Asian kenal. Apa-apa pun tahniah kepada Ziana dan Daphne. Tapi apa yang hot tue erk. Zzzz. -info Cari Forum



1. Matsushima Nanako (38), Japan


2. Harumi Inoue (37), Japan



3. Claudine Barretto-Santiago (32), Philippines


4. Kim Hee-Seon (34), South Korea


5. Ewong Weng Hong, Hong kong


6. Ziana Zain (43), Malaysia


7. Daphne Ikling (32), Malaysia


8. Rie Miyazawa (38), Japan


9. Zhao Wei (35), China


10. Ruffa Gutierrez (37), Philippines

10 Hot Asian Moms

By: Lori Boyd

The 10 hot Asian moms are living proof that having children does not diminish one's beauty or allure. These Asian moms may have kids but they still have what it takes it makes heads turn.

1. Matsushima Nanako. Married to fellow actor Sorimachi Takashi, this Japanese actress started of as a swimsuit model before embarking on a successful acting career. She is immortalized by her role in the Asian horror classic “The Ring.” Widely regarded as one of the finest actors of her generation, Nanako, continues to earn roles with her looks, talent and elegance.

2. Harumi Inoue. Looking at the amazing frame of the 35-year-old Asian model, it's almost impossible to believe that she already has 2 children. A petite 5 feet and 4 inches, her body is toned by years of competition-level swimming.

3. Claudine Barretto-Santiago. This 31-year-old Filipino actress started with teenybopper roles which later evolved to more serious projects. Even after giving birth mid-2007, she continues to maintain the look she had when she was in her early 20'.

4. Kim Hee-Seon. Asian star Kim Hee-Seon took a brief hiatus after she gave birth. The Korean based actress who played opposite Jacky Chan in “The Myth,” is said to return to acting very soon.

5. Ewong Weng Hong. Hong Kong's Ewong Weng Hong actually modeled while she was pregnant a few years ago. Today this Category 3 (quasi-pornographic) actress may be seen endorsing clothes or lingerie in local Asian publications.

6. Ziana Zain. Asian pop icon Zain is well into her 40's with four children (two step-children with husband Armin Zaharin). Her singing career continues to flourish as well as firmly entrenching herself as one of the prettiest Asian moms around.

7. Daphne Ikling. This model and television personality was actually voted as Malaysia's sexiest back in 2006. Today this 31-year-old is still very visible on Malaysian television thanks in part to her astounding looks.

8. Rie Miyazawa. The former J-pop artist gave birth to a baby girl early 2009. She continues to have her plate full with several movie and television projects.

9. Zhao Wei. Also known as her English alias,Vicki Zhao, this Chinese actress burst into the scene with Shaolin Soccer, So Close and Warriors of Heaven and Earth. In 2005, Zhao was selected as the most beautiful Chinese woman in a nationwide ballot. Today, she still remains as popular as ever.

10. Ruffa Gutierrez. Another classic Asian beauty, Gutierrez hails from a prominent acting family in the Philippines. This award-winning actress and former beauty queen is regarded as one of the most beautiful and glamorous Asian moms.

Menangi Apple iPad 2 bersama MyNewsHub

Salam semua pembaca blog izyan.com yang budiman. Ni ha admin nak bagitahu sedikit mengenai satu contest untuk memenangi hadiah percuma IPAD 2 dengan mudah sekali. Contest ini dijana sepenuhnya oleh lama website milik MyNewsHub.my. Laman ini merupakan laman pelbagai berita tempatan, tak kira politik, hiburan, sukan dan macam-macam lagi. Kiranya website ni betul-betul syok!. Ok, tak perlulah soal banyak mengenai website ini, nak tahu sangat-sangat, anda pergi ke website ini untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai website MyNewsHub.my. Yang penting website ini berbentuk informasi yang berguna kepada anda.

Cara nak memenangi IPAD 2 ni mudah sahaja. Anda mestilah menjadi pengunjung setia MyNewsHub.my setiap hari. Amik masa 5-10 minit sahaja untuk baca tajuk kesemuanya, tapi nak baca artikel pun boleh juga, sebab tiada larangan disini. Hehe. Cuma kenapa mesti membaca tajuk? ha itu lah dia syarat utama contest ini. Mudah kan. Tapi kena juga lah baca sikit-sikit kot berguna sebab satu soalan ada klue (petunjuk) sebanyak 3 klue, dan ini setiap hari ada 3 soalan yang mesti dijawab. Dan klue-klue itulah yang akan membantu anda untuk mencari jawapan tepat untuk soalan itu. Dan jawapannya ada pada setiap tajuk post/berita di MyNewsHub.My. Soalan-soalan akan dipaparkan di page ini, http://mynewshub.my/bm/peraduan-news-hunt/

Contest ini akan bermula pada 11 APRIL 2011 dan berakhir pada 9 PAGI, 17 APRIL 2011 (AHAD). Oleh itu jika anda sertai contest ini, anda hendaklah mengumpul kesemua soalan dari hari pertama 11 April 2011 sehinggalah hari ketujuh 17 April 2011 dan dihantar seperti sedia maklum sebelum jam 9 pagi. 9.01 pagi dah tak boleh dah, kena reject serta merta. ok ada paham? tak paham juga, ceh penat sahaja liur admin berkata-kata. Tak pe, boleh rujuk gambar dibawah ni ok.

Info lanjut anda pergi sahaja ke LINK ini, mungkin anda boleh diskusikan bersama-sama dengan warga yang lain kat sana. Maknanya boleh letak komen di website MyNewsHub.my. Contest ni mudah jerk, tak perlu buar blog/website, tak perlu keluar 1 sen haram pun. hehe. Cuma yang penting layari MyNewsHub.my (ENG) dan MyNewsHub.My/bm (BAHASA) mulai 11 - 17 April 2011.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan selama seminggu itu adalah:

Hadiah Pertama
1 x iPad2 + Jusco Shopping Vouchers bernilai RM250

Hadiah Saguhati
10 x Jusco Shopping Vouchers bernilai RM100
Dan jangan sertakan begitu sahaja, kang juri susah nak hubungi anda nanti. Hehe. Semasa nak hantar kesemua soalan terkumpul sila sertakan sekali:
1. Nickname Facebook
2. Nama penuh
3. No kad pengenalan
4. Alamat rumah
5. Nombor telefon

ke newshunt@mynewshub.my
TERMA | SYARAT | KEMUSYKILAN DAN SYARAT KUNJUNGI http://mynewshub.my/bm/peraduan-news-hunt

RUJUKAN LAIN DI:
1. Facebook Attending
2. MyNewsHub.my Facebook Fan Page

gambar Ridzuan Hashim bersama kekasih?

Isnin, 11 April 2011

Ikut daripada kebanyakkan laman sesawang dan forum-forum artis tempatan gambar dibawah ni merupakan gambar pelakon yang cukup sinonim untuk watak sebagai ayah, Ridzuan Hashim. Namun ada blog-blog yang menyangkal sepenuhnya di mana gambar di bawah merupakan pelanduk dua serupa Ridzuan. Ntah mana satu yang benar diatas kedua-dua dakwaan diatas. Tapi pasal mirip punya hal, korang tengok lah sendiri, Ridzuan ke ni bersama kekasihnya?

Farah AF2 nak kahwin dah

Farah AF2 ni rupanya sudah bertunang pada akhir Disember 2010 yang lalu. Memang menjadi satu kejutan besar. Bertunang dengan ahli perniagaan lagi tu, namannya J. Syukurlah kalau macam tu. Ni nak kahwinnya dengar-dengar pada tahun ni. Hai, baguslah, makin cepat makin bagus, jangan tunang lama-lama, nanti fitnah yang timbul. Kan susah tue.

"Tarikh belum ditentukan lagi, mungkin kedua ibu bapa kami yang akan tentukan kelak. Cuma harapan saya biarlah tarikh bersejarah itu dapat dihadiri oleh insan-insan yang saya sayangi seperti nenek-nenek saya.

"Maklumlah mereka ini semua dah tak berapa sihat jadi itu yang paling saya risaukan. Doa saya semoga mereka dapat hadir di majlis tersebut,"

"Saya sangat sibuk kini namun sudah mula mencari-cari kelengkapan yang perlu. Tapi yang sangat terujaadalah kedua-dua orang tua saya. Mereka yang bertungkus lumus mahukan itu dan ini. Mereka pilih apa saja dan saya tak ada masalah untuk terima cuma kadang kala bertukar-tukar pendapat sahaja," katanya. -Murai

Awal Ashaari hadiahkan Scha kereta RM300k?

Kata wartawan dalam akhbar Kosmo mengatakan baru-baru ini Awal Ashaari menghadiahkan sebuah kereta mewah Audi Q5 yang berharga lebih RM300,000 kepada kekasih hatinya, Scha al Yahya. Bukan setakat itu, dengarnya nombor plat kereta berkenaan, WSC4 juga dipilih sebagai tanda betapa istimewa hadiah itu untuk orang yang tersayang. Masih lagi menjadi tanda tanya, untuk apakah tujuan hadiah itu erk? untuk suka-suka kepada orang tersayang atau sebuah hadiah pertunangan.

Haiya, tak kisahlah apa-apa hadiah pun, janji ianya tak membazir. Dan harap hubungan antara Scha al Yahya dan Awal berkekalan hingga ke jinjang pelamin nanti. :)

Tauke Raja Lawak suka main helikopter

Ahad, 10 April 2011

Tengok Maharaja Lawak tak? mesti korang tengok kan, sebab menghimpunkan pemenan-pemenang dan finalist-finalist musim Raja Lawak yang pertama hingga ke lima. Penulis pun tengok juga. Dan yang paling penulis suka kumpulan Jambu, memang mencuit hati sungguh, tergelak penulis dar awal mereka show sampi bunyi lonceng. Yang len tu minta maaf la yer, tak berkenaan dan tak berselera nak gelak. lebih-lebih lagi kumpulan Jozan dan Nabil. Asyik dibela (pembelaan, bukan bela haiwan) oleh juri masing-masing. Jozan oleh Mamat Khalid. Nabil oleh Apek. Week~ makin meluat.

Jambu memang paling class, sebab lawak dia ok dan layak nombor satu di carta kedudukan, walaupun tak sepopular Jozan dan Nabil tapi dorang lebih matang dalam berlawak. Salah seorang daripadanya adalah Tauke. Nak tahu tak, Tauke ni sekarang sedang belajar nak main helikopter remote control. Haish, hobi yang jarang sekali dilakukan oleh orang seangkatan dengannya. Tak palah Tauke, janji hobi yang bermanfaat, daripada merempit, kan3. Apa-apa pun sokong kumpulan JAMBU di Maharaja Lawak. :)

Fasha Sandha tidak beradab, tidak profesional?

Haish Fasha Sandha buat hal lagi ker nie. Rasanya makin bertambah panas lagi lah isu mengenai Fasha Sandha ni. Belum lagi keadaan reda soal tutzz tempoh hari kini timbul pula isu baru. Isu ini tercetus apabila ada wartawan yang tidak puas hati dengan Fasha Sandha selepas ABPBH yang lalu. Mungkin terlalu teruja menang, Fasha sepertinya memper'budak-budak'kan wartawan berkenaan. Nie petikan dari laman Gua.com.my.

Sebelum Cik Andalusia bercerita lebih panjang, Cik Andalusia hendak ucapkan tahniah kepada Fasha Sandha kerana tahun ini berjaya merampas kembali gelaran Pelakon TV Wanita Popular yang disandang oleh Tiz Zaqyah pada tahun lalu. Selain itu, Fasha juga tidak di‘boo’ oleh penonton di Arena Of Stars.

Bagaimanapun, ada satu insiden yang membuatkan Cik Andalusia kecewa dengan Fasha. Ingatkan selepas mendapat kemenangan itu, dia tidak kisah berkongsi kegembiraannya itu dengan mana-mana pihak media. Tetapi lain pula jadinya.

Menurut rakan Cik Andalusia, ketika dia dan dua rakan yang lain sedang menemubual Fasha, pelakon yang kaya dengan kontroversi ini buat endah tidak endah sahaja. Sudahlah tidak menjawab soalan dengan serius, malah buat memek muka seolah-olah tidak sudi ditemubual.

“Engkau tahu, sudahlah dia buat nak tak nak jer jawab soalan, lepas tu siap buat muka dekat kitorang. Lagi satu, dia sibuk ‘main’ telefon. Orang tanya sepatah, dia jawab sepatah. Kalau tak sudi diinterview, cakap jerlah. Kitorang pun faham. Mungkin dia letih,” luah rakan Cik Andalusia beremosi.

Jika difikir-fikirkan betul juga cakap rakan Cik Andalusia itu. Mungkin Fasha terlupa yang sebelum ini dia pernah diboikot oleh pihak media sehingga tidak ada yang mahu memberi publisiti padanya. Adakah Fasha mahu pisang berbuah dua kali? Atau Fasha rasa dirinya cukup kebal kerana walaupun diterjah kontroversi, peminat masih memberi undian.

Walau apa pun alasan Fasha, Cik Andalusia tetap merasakan tindakan Fasha tidak beradab dan tidak profesional. Sebagai selebriti, Fasha harus memberikan kerjasama kepada wartawan. Tidak perlu bersikap ‘diva’ hanya kerana baru menang anugerah!

sebelum jadi artis, Remy Ishak orang susah

Sabtu, 9 April 2011

Remy Ishak merupakan seorang pelakon terkenal ketika ini. Remy merupakan anak jati Negeri Sembilan dan mula diperkenalkan ke industri perfileman Malaysia oleh sutradara indie Osman Ali pada tahun 2006. Beliau meraih beberapa anugerah dan juga terkenal disebabkan menerusi drama Nur Kasih yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2009. Kini beliau dijolok dengan panggilan Hero Baru Malaya. Namun kisah hidup sebelum artis kepada Remy Ishak bukanlah sesenang artis yang lain, Remy merupakan salah seorang artis yang bermula dari level yang boleh dianggap kais pagi makan pagi...

Dipetik dari WikiPedia Malaysia.
Sebelum bertemu Osman Ali, Remy hanyalah seorang pemuda kampung yang tidak pernah mengimpi akan kerjaya sebagai pelakon terkenal. Sebelum menjadi pelakon, Remy pernah bekerja di pasar pagi dengan menjual ikan dan ayam untuk membayar duit yuran persekolahan, menoreh getah, jadi kelindan lori, buruh kasar termasuklah membuat kerja landskap di tepi jalan dengan menanam pokok dan membina jambatan.

Sebagai anak sulung daripada sebuah keluarga yang berpecah, Remy nekad untuk berusaha membantu keluarga terutama adik-adiknya yang masih bersekolah. Ketika berusia 18 tahun Remy menjudikan nasib untuk datang ke Kuala Lumpur mencuba nasib mencari kerja. Beliau pernah tidur di masjid untuk berteduh dari panas dan hujan. Dengan bantuan seorang kawan, dia dapat kerja di Hotel Mandarin Oriental." Apabila berhijrah ke Kuala Lumpur sembilan tahun lalu, saya bekerja sebagai pengemas bilik hotel, tetapi diberhentikan kerana kemelesetan ekonomi. Saya kemudian bekerja sebagai pelayan di sebuah kelab malam selama dua tahun. Sepanjang tempoh itu hati saya tidak tenteram, saya nekad berhenti dan bekerja sebagai pelayan di sebuah kafe di KLCC. Selepas itu saya dapat peluang bekerja sebagai pelayan di hotel lima bintang. Selepas beberapa tahun, pendapatan saya bertambah apabila diberi kepercayaan menjaga tetamu VIP,"
PS: TAHNIAH REMY ISHAK KERANA DUA TAHUN BERTURUT2 MENANG PELAKON LELAKI PALING POPULAR ABPH DAN SEMOGA REMY TIDAK LUPA DIRI DAN ASAL USUL.

Maria Farida dalam Datin Ghairah

Sebuah filem yang memaparkan sebuah kisah hidup seorang yang kaya raya. Filem ni dah lama dah dipromosikan dari tahun 2009 lagi, cuma akan ditayangkan pada 2010 atau 2011 (kompius sikit, semak sini tinyurl.com/datinghairah). filem ini dibintangi oleh Maria Farida dan juga Aaron Aziz. Kiranya memang gandingan yang ideal. Kedua-duanya sama cantik dan padan. Tapi harap maklum, Aaron dah berbini. Hehe. Lihat video trailer ni, tidak seghairah mana pun, cuma Maria punya gelek banyak cantik oO. Anda dilarang meniru aksi ini ketika berada di kuburan. Hehe.

gambar Isma Hanum Husein

Jumaat, 8 April 2011

Pelakon baru ni merupakan pelakon untuk filem yang akan ditayangkan tidak lama lagi Dilarang Masuk, Isma Hanum Husein. Orangnya memang cantik dan anggun. Melihat sahaja, mungkin ramai yang cair meleleh. Belum lagi tengok aksinya dalam filem berkenaan. Lagilah jah2. Hehe. Oh ya, sekali imbas wajah Isma ni mirip dengan penyanyi, Amy Mastura. Betul ke? korang rasa yer ker?

Gambar Liyana Jasmay menunaikan umrah

Penyanyi, Liyana Jasmay baru-baru ini ada pergi menunaikan ibadah umrah. Rombongan gitu agaknya Liyana pergi. Lihat sahaja gambar Liyana ni bukan main gembira lagi. Mungkin kali pertama Liyana pergi menunaikan umrah dalam hidupnya kot. Harap-harap pulang umrah nanti, bertudung lah yer. Macam Irma Hasmie tue~. :)

Azma bercinta dengan Sharifah Amani

Baru-baru ni penulis ada tengok-tengok facebook milik pelakon, Azma Aizal Yusoof (yang dulu dikenali sebagai Isma Yusoof). Kalau tidak silap Azma ni pelakon untuk telemovie Sutun. Dalam Facebook Azma, dia dan Sharifah Amani tengah 'in a relationship'. Nak dijadikan bukti lihat sahaja gambar dibawah ni, mesra banget. Kiranya Sharifah Amani dah tak 'couple' lagi lah dengan hero orang putih dalam Mahawangsa tue kan. Tahniah lah Azma dan Sharifah. :)

tulisan dibawah gambar berkenaan "Ya Allah kekalkan lah hubungan kami. Thanks sayang sebab selalu sejukkan aku di saat aku kepanasan. I LOVE U!"

Video lagu Yuna - fears and frustrations

Khamis, 7 April 2011

Yuna memang berbakat besar, sehinggakan menjadi pemenang bagi ketegori Penyanyi Wanita Popular ABPBH 2010 yang lalu mengalahkan Adira, Alyah, Ana Faffali dan Stacy. Bakat Yuna ni pun sampai ke US dan UK lagi tue, jadi memang layak lah Yuna menang anugerah tue. Lagu ni merupakan salah satu lagu yuna yang terdapat di dalam EP decorate yang di pasarkan di iTunes US. Kiranya lagu Yuna yang ni bertaraf internasional/global. Tahniah Yuna satu percapaian yang terbaik buat masa ini.

.. Dalam Botol kutip RM600,000 dalam 2 minggu

Filem ...Dalam Botol (DB) yang dikatakan sudah mencecah kutipan RM1 juta sejak ditayangkan 24 Mac lalu, sebaliknya hanya mengutip RM600,000 selepas dua minggu ditayangkan. Perkara itu disahkan oleh produser Metrowealth Movie Production, David Teo yang juga pengedar filem tersebut.

Kata David, sehingga Isnin (4 April), kutipan filem itu sebenarnya tidak pun mencapai RM1 juta sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini. Kata David, mengikut Skim Wajib Tayang, filem-filem Melayu yang meraih kutipan di bawah RM1 juta selepas tempoh 14 hari tidak akan disambung tayangannya.

Dengan kutipan sebanyak itu, berkemungkinan Raja Azmi akan benar-benar bersara sebagai penerbit filem sepertimana yang dinyatakan dalam wawancara bersama program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio 24, 30 Mac lalu.

DB diterbitkan dengan kos produksi sebanyak RM888,000 tidak termasuk promosi dan ditayangkan di 41 pawagam. -sumber mStar

PS: cincai pun mo RM1 juta juga modal filem ni, tambah gaji star2 lagi, balik pokok ker tidak nie erk.. Kalau tajuk filem tue, 'Jin dalam botol' ok juga, laku tue. hehe

Fahrin Ahmad tak datang ABPBH 2010 sebab umrah

ABPBH ternampak kelibat Scha al Yahya dan Linda Onn. Tapi kelibat pelakon yang pernah dulu dikaitkan dengan dua artis ni tak datang. Memang Fahrin dinantikan peminat-peminat ketika itu. Mungkin dah tahu empunya diri tak dicalonkan dari awal lagi, Fahrin pun pergilah membawa diri untuk menunaikan umrah dan balik pada malam hari Isnin keesokkan hari ABPBH 2010 melabuhkan tirainya. Fahrin memang seorang pelakon yang serba boleh, tapi napa lah dia tak dicalonkan erk. Cian Fahrin, belum rezeki lagi kot. huhu.

Gambar Josiah Hogan, pelakon baru kacak

Rabu, 6 April 2011

Nama pelakon baru ni, adalah Josiah Hogan. Josiah ni memang kerap kali muncul dalam pelbagai drama di Astro. Menjadi bualan hangat tak lama lagi, sebab orangnya macho dan kacak. Sepertinya ada campuran Latino+Arab muka Josiah. Dalam Astro tu dia pernah berlakon dalam Disapa Izrail. Kat Cerekarama pun ada juga tapi tak tahu tajuk yang mana satu yang penulis dapat tahu yang baru-baru ini. Lihat sahaja muka Josiah ni ada juga macam Iqram Dinzly dan ada juga macam Zac Efron. Wah mantop ni. Boleh mengalahkan dua artis hebat ni tak lama lagi. Nantikan.. Zass..

anak Siti Nordiana, Muhammad Rayyan Nakhaie

Kini Siti Nordiana atau panggilan famousnya, Nana hidup menjanda sebelum (cerai) dan selepas pemergian bekas suami tercintanya Faizal Yusof. Hidup sebagai janda memang banyak dugaan, apatah lagi anak Nana, Muhammad Rayyan Nakhaie, yang berusia tiga tahun perlukan belaian seorang ayah. Soal kahwin lagi, memang Nana mahu, tapi jawapan Nana adalah tetap untuk menangguhkannya sebab jadual Nana padat dan fokus terhadap anaknya. Nana sebagai janda tapi janda sejuk takde gosip liar melanda. Harap Nana berjumpa dengan jodoh yang baru. :) gambar Kosmo

Miss Malaysia Pahang 2010 ??

Penulis tak tahu serba banyak mengenai video 'miss malaysia pahang 2010' yang telah diupload di laman YouTube. Melihat video ni, bukan penulis nak kata lah ya, amat mengejutkan melihat peserta-pesertanya yang serba 'ayu' gitu dengan pakaian-pakaian yang diperagakan masing-masing. Ada juga Noraniza Idris nyanyi. Pelik ke tidak acara ni, korang nak tahu lebih lanjut, korang tengok lah sendiri betapa terpesonanya melihat. Kuang3.

Dato' Siti Nurhaliza - Nobody Else

Selasa, 5 April 2011

Mungkin banyak lagu inggeris yang dimainkan oleh Dato' Siti Nurhaliza, namun kebanyakkannya adalah untuk konsert atau majlis tertentu. Semalam di ABPBH 2010 pun Dato' Siti tak mahu bertanding sebab mahu beri laluan dengan orang lain untuk menang, dah penuh dah rak hadiah Dato' Siti kat rumah tu. Hehe. Acah jer. Tapi ada kejutan di akhir majlis tue, Dato' Siti nanyi lagu Bukan Cinta Biasa versi No Body.. Hoho. Ni dengar dulu lagu inggeris nyanyian Dato' Siti, Nobody Else, belum lagi diedarkan ni, cuma demo kat radio tempatan jerk. Macam suara Mariah Kari pun ada lah. Hehe.

gambar mirip Siti Saerah dengan seorang bayi?

Dalam rancangan Galaksi di TV9 minggu yang lalu memaparkan seorang yang mengambil gambar telah mendakwa gambar yang diambilnya seolah-olah mirip kepada adik Dato' Siti Nurhaliza, Siti Saerah yang sedang dukung bayi?. eik? bayi? jangan fikir yang bukan-bukan dulu erk, sebab gambar yang diambil ni kemungkinan hanya kebetulan jerk kot. tak pun memang Siti Saerah dukung anak kepada makcik sebelah tue kot. Memang banyak andaian disini boleh difikirkan. Mustahil lah juga kan Saerah dah beranak sampai anaknya besar macam ni da oi. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat komen Saerah nanti macamana. *Next updates..

Sabrina Ali dah kahwin, hamil 2 bulan?

Sabrina Ali mengesahkan sudah berumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya pada awal tahun ini. "Dah nikah awal tahun 2011 ni," katanya dalam satu SMS yang dikirimkan kepada wartawan mStar. Sumber memberitahu Sabrina bernikah dengan Syed Amirul Syed Ahmad dalam satu majlis tertutup.

Bagaimanapun tidak diketahui mengapa dia enggan menghebahkan pernikahan berkenaan. Sebaliknya kata Sabrina, dia tidak bersedia untuk mengulas mengenai desas-desus yang diperkatakan. Sementara itu sumber turut memberitahu Sabrina sudah mengandung dua bulan. -Sumber mStar