Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

gambar ABPBH 2010 | pemenang ABPBH 2010

Isnin, 4 April 2011

Memang sungguh dan banyak betul kejutan dalam ABPBH 2010 yang berakhir malam tadi. Dari awal hingga lah ke akhirnya. Artis-artis pun berwaspada dan berhati-hati dalam setiap penampilan mereka, takut nanti jadi gosip yang tak tentu pasal. Dan paling mengejutkan sekali adalah kemenangan Shaheizy Sam menjadi Bintang Paling Popular 2010. Mungkin kerana prestasi terbaik dalam kebanyakkan filem membuatkan Shaheizy Sam merupakan artis yang memang popular, mengalahkan Shahir, Zizan RL, Aznil Nawawi dan Faizal Tahir. Nasib Dato' Siti Nurhaliza menarik diri, sebab Dato' dah menang 13 kali tue~

Paling tak disangka kemunculan, Usop Wilca dalam pengakhiran ABPBH yang mendapat sorokan paling masyuk. Dengan aksinya dalam filem Hantu Kak Limah Balik Kampung yang terbawa-bawa sehingga ke atas pentas. Aksi mengelengkan lengan tangan turut dibuat oleh penonton disana. Haha. Memang melucukan dan mecuit hati penonton sungguh. Kalau ada apa-apa korang nak kongsikan lagi, silalah tinggalkan komen yer, sebab penulis ter'missed' di awal ABPBH tadi, jam 10 baru tengok. haha. Apa-apa pun tahniahlah kepada para pemenang ABPBH 2010, yang kalah teruskan lagi di tahun ini, buat yang terbaik, kurangkan kontroversi. *next updates..

Senarai pemenang:
Artis Komedi Lelaki Popular
1. Along
2. Angah
3. Johan
4. Nabil Ahmad
5. Zizan (Pemenang)

Artis Komedi Wanita Popular
1. Didie Alias
2. Kenchana Dewi
3. Noorkhiriah (Pemenang)
4. Raja Azura
5. Sharifah Shahirah

Artis Baru Lelaki Popular
1. Daus
2. Maulana
3. Shah Jaszle
4. Shahir (Pemenang)
5. Sharnaaz Ahmad

Artis Baru Wanita Popular
1. Adira
2. Ana Raffali (Pemenang)
3. Mizz Nina
4. Nur Syuhaida @ Dottie
5. Nurul Elfira Roy

Penyanyi Nasyid Popular
1. Hijjaz
2. In Team
3. Mirwana
4. Rabbani (Pemenang)
5. Raihan

Artis Berkumpulan Duo/Berkumpulan Popular
1. Ana Raffali/Sohaimi Mior Hassan/Altimet
2. 6ixth Sense (Pemenang)
3. Azlan & The Typewriter
4. Bunkface
5. Meet Uncle Hussain

Penyanyi Lelaki Popular
1. Aizat
2. Anuar Zain
3. Black
4. Faizal Tahir (Pemenang)
5. Shahir

Penyanyi Wanita Popular
1. Adira
2. Alyah
3. Ana Raffali
4. Stacy
5. Yuna (Pemenang)

Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Bront Palarae
3. Remy Ishak
4. Shaheizy Sam (Pemenang)
5. Syamsul Yusof

Pelakon Filem Wanita Popular
1. Diana Danielle
2. Lisa Surihani (Pemenang)
3. Liyana Jasmay
4. Maya Karin
5. Scha Alyahya

Pelakon TV Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Ady Putra
3. Fizz Fairuz
4. Remy Ishak (Pemenang)
5. Shaheizy Sam

Pelakon TV Wanita Popular
1. Fasha Sandha (Pemenang)
2. Noorkhiriah
3. Lisa Surihani
4. Scha Al-Yahya
5. Tiz Zaqyah

Pengacara TV Lelaki Popular
1. Ally Iskandar
2. Awal Ashaari
3. Aznil Hj Nawawi (Pemenang)
4. Jimmy Shanley
5. Zizan

Pengacara TV Wanita Popular
1. Cheryl Samad
2. Fara Fauzana (Pemenang)
3. Nurul Syuhada
4. Raja Azura
5. Sharifah Shahirah

Penyampai Radio Lelaki Popular
1. Aznil Hj Nawawi
2. Faizal Ismail (Pemenang)
3. Halim Othman
4. Kieran
5. Salih Yaakob

Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby Fana
2. Fara Fauzana (Pemenang)
3. Linda Onn
4. Raja Azura
5. Sharifah Aleya

-sumber Gua



gambar malam abpbh2010

gambar malam abpbh2010

gambar malam abpbh2010

gambar malam abpbh2010

gambar malam abpbh2010

gambar malam abpbh2010

gambar malam abpbh2010

gambar malam abpbh2010

Gambar terbaru Dayang Nurfaizah April 2011

Dayang Nurfaizah ni memang jarang kena gosip. Kiranya terpelihara juga daripada gosip-gosip panas. Kepada peminat Dayang, ni adalah gambar terbaru Dayang. Lihat Dayang kali ni memang agak kelihatan cantik dan hitam manis orangnya. Dayang punelum kahwin lagi, jadi bilalah nak kahwin agaknya Dayang. Dengan Anuar Zain pun ok juga, cocok gitue!

Iqram Dinzly, Puteri Sarah, Diana Amir dalam majalah Remaja

Selama 27 tahun terhangat di pasaran tue~, usia majalah Remaja kini dah lebih tua daripada usia penulis. haha. Majalah Remaja memang diantara majalah yang terlaku di Malaysia, tapi penulis tak beli lagi satu pun edisi majalah Remaja. Sebab penulis baca majalah ReTua. Hehe. Edisi baru-baru ni dalam majalah Remaja mempamerkan cover utama majalah berkenaan dengan tiga artis yang hot-hot suam, Iqram Dinzly, Puteri Sarah dan Diana Amir. Kalau nak tahu lebih lanjut, macam biasa, sila lah beli erk. :)

Bekas suami Erema, Seri Bayu meninggal dunia

Ahad, 3 April 2011

Seri Bayu meninggal dunia pada jam 8.50 malam kelmarin, 2 April 2011 di Hospital Batu 3, Port Dickson. Allahyarham meninggal disebabkan kegagalan jantungnya (kata mStar sebab penyakit saraf motoneuron). Menurut bekas isteri Allahyarham yang juga penyanyi, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, Allahyarham akan dikebumikan hari ini selepas sembahyang Zohor, di tanah perkuburan Batu 12 Kampung Teluk Pelanduk, Port Dickson. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Dan Erema banyak-banyak bersabar, dan sedekahkanlah al Fatihah untuk Allahyarham. -Sumber Gua

Elly Mazlein nak bertunang Mei 2011

Khabar berita kali ni bukan lagi khabar berita angin tau. Ini betul-betul udah, yang Elly Mazlein dah nak bertunang, dan bakal menlenyapkan gosip yang selama ini menimpa dirinya. Pertunangan Elly bakal dilangsungkan pada 29 Mei 2011 nanti. Pengumuman ini dibuat sendiri Elly melalui laman Facebook miliknya. Apa-apa pun kalau bukan 'fake profile' la, tahniah kepada Elly. :)

gambar Erra Fazira di majalah Mingguan Wanita

Sabtu, 2 April 2011

Manis dan sungguh angun melihat wajah Erra Fazira dalam majalah Mingguan Wanita, seperti awet muda gitu. Hurm, Tak perlu disoalkan lah, teknik photoshop pun. Ngeh3. Yang jadi isu menarik disini adalah soal pakaian yang dipakai oleh Erra. Memang ok jek nampak, bukan ada koyak apa-apa pun. Namun terasa hairan pula, sebab pakaian yang dipakai Erra sama dengan pakaian yang dipakai oleh Abby Abadi dan juga Rozita Che Wan. Eik? apa dah jadi ni? apa keistimewaan pakaian nie erk sampai 3 artis paling popular memakainya. Musykil2..

Joanna Bessey lahirkan anak sulung selepas 5 tahun kahwin

Pelakon, Joanna Bessey kini menerima kelahiran bayi sulungnya selepas 5 tahun berkahwin. Nama anak sulungnya itu adalah Aditya yang berusia sebulan. Bayi lelaki hasil perkongsian hidupnya dengan Aurel itu dilahirkan pada 28 Februari lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Selepas kelahiran Aditya, Joanna menggunakan khidmat bidan Melayu untuk rawatan mengurut selepas bersalin dan mengamalkan jamu.

Selain mengurangkan pengambilan makanan, dia juga mengelakkan makanan manis, bercoklat, lada hitam dan halia kerana akan mengundang ketidak selesaan kepada perut bayi. Tahniah diucapkan kepada Joanna dan suami. :) -sumber mStar

Dato' Siti Nurhaliza perjelaskan isu hamil

Jumaat, 1 April 2011

Baru-baru ni memang kecoh mengenai artis nombor satu Negara hamil anak sulung. Disebabkan gambar yang seakan-akan hamil maka ramai yang berpendapat ianya benar. Namun seperti biasalah, Dato' Siti belum lagi hamil, dalam twitter miliknya mengatakan ianya cuma lemak di bahagian perutnya. Hihi. Alahai boroi erk Dato' Siti. Takpe, lepas ni boleh pergi mana-mana spa untuk melangsingkan badan.

Selain tu, baru-baru ni juga Dato' Siti telah berjumpa dengan ahli keluarga 'hantuk kak limah'. Mereka juga termasuklah adik kak limah, abang kak limah, jiran punya sepupu punya kawan kak limah pun ada. Takut juga bila lihat mereka berada di tempat-tempat yang sunyi. Haha.

gambar Dahlia Daphne Iking dalam Gorgeous

Nama Dahlia merupakan nama baru Dapne Iking setelah berkahwin dan memeluk agama Islam. Memang sedap dan indah nama tu, sesuai dengan orangnya yang cantik. Tapi agak menghairankan juga lah, apabila melihat gambar Dahlia di majalah Gorgeous edisi yang ke-??. Sepertinya edisi yang terbaru sebab dah ada thread 'talk new husband, ex-husband and Islam'. Hu, yang bertambah pelik lagi gambar photoshoot tue diambil sebelum masuk Islam atau sesudah masuk Islam. Haiyo, banyak fening kalau macam ni. Zzz..

Datuk Malek Noor rebah ketika menjadi penjaga gol

Datuk Malek Noor, dimasukkan ke sebuah hospital di Perak malam Rabu selepas sesak nafas semasa menyertai perlawanan bola sepak Piala Amal Menteri Besar Perak di Stadium Perak. Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai dan keadaannya dilaporkan stabil.

Malek, yang menjadi penjaga gol, rebah secara tiba-tiba selepas lima minit perlawanan bermula, kata Pengerusi Jawatankuasa Piala Amal Menteri Besar Datuk Azhar Ahmad. Lebih 1,000 penonton menyaksikan perlawanan itu. Sebanyak RM10,000 berjaya dikutip untuk disumbangkan kepada tabung Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb).-Bernama