Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Farid Kamil jadi sempoi, Diana Danielle tertawan

Isnin, 8 November 2010

Diana Danielle tidak menafikan hubungan cintanya dengan pengarah muda, Farid Kamil meskipun berkali-kali menegaskan dia kurang gemar untuk bercerita mengenai hal peribadi berbanding kerjaya. Namun kali ini Diana dengan yakin memberitahu semua orang bahawa memang dia sedang asyik bercinta dengan Farid. Sempat ditanya bagaimanakah boleh jatuh cinta dengan Farid Kamil? kata Diana dengan jujurnya, ada tiga perkara yang menjadikan Farid begitu istimewa.

“Pada saya, Farid lelaki yang bijak. Yang keduanya, dia seorang yang ‘sempoi’. Saya selesa berada dengannya. Bukan itu sahaja, selama kami bersama, saya dapati dia juga seorang yang tidak suka mengambil hal yang remeh lalu menukarkan ia kepada sesuatu yang serius. Tak susah hendak memahami dia, dia seorang yang tak suka merumitkan sesuatu perkara.
“Lagi satu, dia seorang yang kuat bekerja dan berdedikasi dalam setiap apa jua yang dibuat. Kebetulan pula saya memang suka lelaki yang kuat bekerja,” katanya sambil menyuntik senyuman di bibir. -Utusan

Pelakon KL Drift dtiangkap kerana memiliki dadah

Seorang pelakon filem Evolusi KL Drift dicekup polis kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, pelakon berusia 30 tahun itu ditahan bersama tunangnya ketika menunggu bekalan dadah jenis metafetamin di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2) di Ampang. Katanya, saringan awal di ibu pejabat polis daerah itu mendapati kedua-dua mereka positif metafetamin.

“Ketika ditahan kira-kira pukul 8 malam, kedua-dua mereka menunggu bekalan dadah, dipercayai daripada bekas kekasih wanita terbabit yang menetap di kawasan berhampiran. Pelakon itu mengaku mengambil dadah itu sejak sembilan bulan lalu. Kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya,” katanya memetik laporan akhbar.
Kerjaya seni artis terbabit bermula sebagai anggota sebuah kumpulan muzik, namun hanya tampil dengan sebuah album sebelum dibubarkan. Selain watak utama beberapa drama, dia juga sering tampil sebagai pelakon pembantu di sebuah syarikat perfileman terkemuka. -mStar

Agak-agaknya siapa lah pelakon yang ada ciri-ciri diatas ni erk. Memalukan betul.

Amyza Aznan dihalau di kedai butik

Ahad, 7 November 2010

Amyza Aznan kecewa dengan sikap seorang individu terkenal yang bertindak menghalaunya dan beberapa orang kru produksi di sebuah lokasi penggambaran. Perkara tersebut terjadi ketika mereka sedang melakukan penggambaran untuk sebuah program televisyen berjudul Mister And Misses terbitan Astro di sebuah butik barang kemas terkemuka, di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Kejadian itu terjadi ketika kru produksi tumpang duduk dan berehat di sofa sebuah butik perhiasan yang dijadikan lokasi penggambaran. Selepas itu individu tersebut datang dan mengarahkan agar mereka ambil barang dan keluar dari butik berkenaan dengan cara yang kasar.

'Dia' sangat biadap seperti menganggap mereka semua ini orang bawahannya. Setelah berlaku sedikit kekecohan akhirnya lokasi penggambaran Amyza dialih ke butik barangan kemas bersebelahan. Individu yang dimaksudkan itu merupakan orang yang sering berurusan dengan para artis dan wartawan dalam mempromosikan butik berkenaan. -mStar

Imej terbaru Dafi AF5

Sabtu, 6 November 2010

Siapa peminat Dafi mesti ternanti-nanti imej terbaru daripada bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 ni. Kalau mengikutkan imej terbaru Dafi ni sedikit rock beb, rambut diwarnakan, sepertinya tiada kehitaman sudah. Tidak dipastikan samaada ianya berkonsep kekal ataupun sementara untuk studio photo. Apa-apa pun imej Dafi, Dafi yang juga anak orang berada (VVIP) tetapi dia seorang yang berbudi bahasa, tingkah laku yang sopan, dan pandai menghormati. Itu yang diakui ramai peminatnya.

Bila Aaron Aziz jadi ustaz

Jangan terkejut pulak bila pelakon kacak, Aaron Aziz jadi ustaz pula. Bukan main lagi kacaknya jika dia jadi ustaz ni. Bukan ustaz segera tetapi ustaz dalam lakonan sahaja lah. Lakonan dalam Filem 2 Alam arahan Dr Rozmey yang pernah ditayangkan satu masa dahulu. Kata Aaron, dia paling suka bila mendengar dialog atau mengucapkan tentang soal hidup dan mati serta amalan yang telah dilakukan sepanjang hidup di dunia ini. Ianya juga cukup menyentuh perasaan sehingga Aaron sendiri pun dapat merasainya. Baguslah kalau macam tu, dalam berlakon sekali gus boleh bermunasabahkan diri.

klik untuk besarkan..

Artis dengan fesyen 60-an

Jumaat, 5 November 2010

Selepas FFM baru-baru ini, kali ini artis kita sedia memberi satu lagi aneka ragam bentuk fesyen. Fesyen yang ditengahkan adalah berkonsep ala-ala 60-an. Memang suatu yang menarik, memandangkan suasana 60-an cuba dipraktikan ke zaman ini. Tapi ikut kemampuan artis itu juga, samaada dapat memberi suasana 60-an atau sebaliknya. Itulah yang berlaku dalam Party Glam Swinging 60′s di Celcius, Fahrenheit 88, Jalan Bukit Bintang anjuran Majalah Glam. Siapa lawa dan cantik, tiada pula anugerahnye. Tapi lihat kesemuanya seperti santai dan enjoy.

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Jaclyn Victor buka kasut untuk menyanyi

Khamis, 4 November 2010

Pelik sungguh gelagat artis yang bernama Jaclyn Victor ni, membuka kasut untuk menyanyi. Jarang dibuat mana-mana artis ketika menyanyi atas stage/pentas. Tapi itulah yang terpaksa dilakukan Jaclyn sendiri. Selepas lagu pertama, Jac dikatakan telah membuka kasutnya, dia buat demikian atas dasar takut jatuh disebabkan stage/pentas agak licin. Walaupun tak berkasut, Jac tetap memberikan persembahan yang mantap di Hard Rock Cafe baru-baru ini. Mantap~




Pembunuh Along Spoon dihukum mati

Tragedi yang berlaku kira-kira 11 tahun yang lalu itu, benar-benar masih lagi menghantui fikiran peminat artis tempatan terutama peminat Along Spoon. Timbul satu persoalan, apakah status si pembunuh tersebut? Adakah dia akan lepas atau tetap akan menerima hukumannya? Namun, telah mendapat tahu Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi yang mengetuai panel tiga hakim sebulat suara telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban.

Iaitu, Lans Koperal Mohamed Ya'cob Demyati, 44, bersalah terhadap tuduhan menbunuh Along Spoon atau Sabi'ul Malik Shafiee dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya. Dua lagi hakim yang berada dalam panel itu adalah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md Raus Sharif dan Datuk Abdull Hamid Embong. -Murai
Membunuh hukumannya juga dibunuh di dunia ini, di akhirat kelak, pembunuh akan kekal di neraka selamanya. Nauzubillah. Salam takziah kepada keluarga Along Spoon.

Stacy dalam Majalah Remaja

Penyanyi kelahiran Sabah yang sememangnya top dimana-mana sahaja di Sabah. Menjadi bualan orang Sabah asal dimana-mana ada show. Memang tidak dinafikanlah, Stacy ni mempunyai suara yang mantap, jadi kemungkin orang di Semenanjung juga tetap meminati Stacy. Disebalik usianya yang masih reamaja, baru-baru ini Stacy menjadi model untuk cover Majalah Remaja. Kata Majalah itu, menceritakan kisah cinta Stacy. Betul ke Stacy bercinta? ha, belilah majalah tu. Fesyen Stacy pun bukan main rockers juga.

Gambar Anak Afdlin Shauki

Rabu, 3 November 2010

Nama anak Afdlin ni Ileana Matin Shauki. Lahir pada bulan April yang lalu, kini usianya dah nak masuk 6 bulan. Sungguh comel melihat anak Afdlin ni. Mana tak comel, ayahnya kan seorang penghibur terkenal, jadi iras-iras anak pun mesti ada bakat juga ni nanti. Cuma dari segi size, nampaknya Ileana masih lagi tak gemuk seperti Adlin, biasalah anak perempuan, kalau anak lelaki, sah gemuk macam Afdlin juga. Lagi nampak comel.

Lisa Surihani menari tarian poco-poco

Tak tahulah majlis apa yang Lisa Surihani datang ni. Nak diikutikan majlis tak formal. Tapi biasa lah apa-apa majlis zaman modern ni, kalau tak datang artis takda meriahnya. Lisa ni pada awalnya 'usik-usik' Anuar Zain ketika nyanyi. Memang nakal juga Lisa ni, mungkin begitulah gelagatnya, Anuar pun hensem, bujang lagi tu. Kalau dorang bercinta, apa salahnya juga, mesti ramai peminat Lisa dan Anuar yang menangis. Hehe. Gurau sahaja lah. Video ni memaparkan Lisa tengah berjoget Poco-Poco bersama orang-orang disana. Boleh tahan juga langkah Lisa ni, takde yang sangkut-sangkut.

Adeline Tsen suka dengan Fahrin

Pelakon Hotel Mania, Adeline Tsen yang berusia 24 yang berketurunan Cina-Kadazan (Sino), mengakui sedang berkawan rapat dengan pelakon kacak Fahrin Ahmad, malah memberitahu dia tidak takut untuk mendekati jejaka yang pernah dihimpit pelbagai kontroversi cinta itu. Kata Adeline, semenjak perkenalan mereka awal tahun lalu, dia mendapati dakwaan negatif yang dilemparkan kepada pelakon lelaki itu adalah tidak benar.

"Kami memang sedang berkawan dan setakat ini tiada apa pun membuatkan saya berasa takut untuk terus mendekatinya. Bagi saya Fahrin seorang yang matang dan penuh dengan nasihat. Dia banyak memberi pandangan tentang lakonan dan dunia artis,"
Sambil menyifatkan Fahrin seorang lelaki yang mengambil berat, Adeline tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan jejaka tersebut. -mStar

Gambar Scha Alyahya, Yuna, Liyana Jasmay, Juliana Evans

Selasa, 2 November 2010

Siapa cantik diantara mereka? semestinya anda tahu sendiri menilai. Memang itulah yang bakal ditakdirkan dalam '20 yang anggun' pada 28 November nanti. Mereka berempat ni sempat jadi cover majalah Eh! keluaran November ni. Fesyen kemerah-merahan, memang padanlah jika seorang wanita memakai warna merah. Nampaknya, gambar ini juga sudah diedit, semuanya nampak hitam manis, tidak putih seperti biasa. Tapi pada dasarnya, mereka tetap cun melecun.

Artis kenamaan di majlis hari jadi Sultan Pahang

Majlis memang kelas kenamaan yang hadir adalah kerabat diRaja, golongan VVIP, VIP, kaya raya adalah menjadi sebagai penyeri majlis. Mungkin majlis makan malam agaknya, majlis ini adalah sempena ulang tahun Sultan Pahang baru-baru ini. Kelas kenamaan ni menampakkan serinya apabila didatangi oleh artis-artis yang bertaraf dengannya, maknaya mereka berkahwin dengan golongan berkenaan ler. Lihatlah siapa yang datang. Artis bergelar Datuk dan Datin. Siti Nurhaliza dan suami pun turut datang.

Irma Hasmie, Nabil RL sudah berpisah?

Adalah sedikit terkejut apabila terbaca dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini yang tertulis mengenai pengakuan Irma Hasmie dan Nabil yang mereka telah berpisah, maknanya tidak ber'couple' lagi agaknya. Hali ini disebabkan oleh sesuatu pristiwa yang agak sukar dipercayai. Dalam akhbar tu, menceritakan bahawa bukan Irma yang 'terjah' (macam Melodi tue) ke condominum yang baru Nabil beli berdekatan Changkat View. Apabila diterjah, ternampaklah kelibat perempuan (yang dikatakan seorang pramugari) memakai t-shirt T, memakai 'boxer' dan tidak memakai coli. Kejadian pukul 4 pagi itu turut bersama-sama adala kawan Nabil, Reza.

Irma dalam akhbar itu enggan mengulas panjang mengenai cerita itu. Kiranya tidak mahu komen apa-apa sebab terlalu sedih kot. Dalam hal berasingan apabila Irma tanya perempuan berkenaan ada hubungan dengan diri Nabil, perempuan berkenaan pulak suruh tanya kat Nabil. Kisah percintaan mereka berdua masih bersama lagi atau tidak, tunggu sahaja kenyataan rasmi daripada mereka. Siapa salah tak pasti pulak, nak kata khalwat, tak pulak. iskh pening dah memikirkannya.

Rozita Che Wan dan Shahir cover BiPop

Isnin, 1 November 2010

Bagi cover majalah edisi terhad mingguan Bipop Ahad lalu, dua gandingan artis yang kian bakal meninggalkan dunia artis dan seorang lagi artis baru yang bakal memberi kejutan kepada industri muzik, siapa lagi Rozita Che Wan dan Shahir AF. Dalam cover kali ini mereka nampaknya tidak begitu serasi sangat lah, maknanya tidak cocok. Dalam erti kata lain, Shahir kurang senyuman berbanding Rozita yang lebih memikat dan seksi. Shihir walaupun tidak senyum, dia masih lebih menonjol, 'control hensem' lah katakan.

Mizz Nina, Noh Hujan mahu bertunang?

Adalah satu orang peminat ni yang telah mendapat tahu gossip yang dipetik daripada sumber rasmi yang tak tahu rasminya dimana mendakwa penyanyi Mizz Nina dan Noh Hujan yang sebelum ini heboh dengan 'relationship' kat Facebook dikatakan bakal bertunang tidak berapa lama lagi. Begitulah ceritanya, tapi apa yang lebih mengemparkan daripada gosip itu adalah mengenai restu ibu kepada Mizz Nina. Dikatakan ibunya tidak berkenaan dengan pilihan anaknya itu yang sekaligus menjadi menantu kepada ibunya.

Tapi itu lah keadaannya, sekadar gossip. Selalunya sebilangan kecil keluarga berada ni, memang tak berapa minat dengan pilihan yang tak secocok dengan mereka. Jadi tak mustahil ianya terjadi kepada artis-artis kita. Apa-apa pun tunggu sahaja reaksi daripada kedua-dua artis ini mengenai gossip yang diura-urakan dalam forum Cari yang tengah panas.

Sazzy Falak sudah hamil?

Isteri Ashraf Sinclair, Dynas Mokhtar serta Aisyah Sinclair masing-masing sudah menimang cahaya mata sendiri, ramai yang tertanya-tanya bilakah pengacara dan pelakon comel, Sazzy Falak akan bergelar ibu. Agak-agaknya, adakah 'sindrom' kehamilan sudah berjangkit atau belum ke perut Sazzy. Hendak dijadikan cerita, seorang 'pereport', yang suka melepak di kedai kopi sudah terdengar satu berita pasal isteri Nazril Idrus itu.

"aku dengar Sazzy sekarang sedang hamil. Pasti anaknya nanti comel macam maknya juga kan. Kalau setakat cerita dalam Internet aku tak hairan, ini cerita yang keluar daripada mulut Sazzy sendiri. Lagi satu, sejak mengandung, doktor dah nasihat Sazzy supaya jangan ambil tawaran kerja yang berat-berat. Manja-manja bolehlah,". -Kosmo
Apa-apa kesudahan, tunggu sahaja kata-kata daripada Sazzy sendiri. Sebab cerita ni belum ada kesahihan tuan punya badan lagi. Kalau betul, tahniah le.