Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sheila Majid pakai baju kebaya RM5 Juta

Rabu, 14 April 2010

Memang diluar sangkaan kita, penyanyi popular nusantara, Datuk Sheila Majid bakal memakai pakain baju kebaya yang dianggarkan bernilai RM5 juta (rp10 Miliar) dan dikawal oleh lebih kurang 30 'bodyguard'. Manakan tidaknya mahal, dihiasi dengan berlian pada baju berkenaan Pada 10 April yang lalu di KLCC. Memang menjadi satu kebanggan kalau memakai baju yang dicatatkan sebagai kebaya termahal di dunia. Kebaya korang macamna pulak? yang ketat jerk ker or tak upgrade cikit. Hehe.

*klik untuk besarkan

Diana Danielle pakai subang lambang 'Farid Kamil'?

Ramai yang dah tahu keintiman yang terjalin antara dua bintang muda terhangat di pasaran ni. Walaupun Diana Danielle atau pun Farid Kamil tidak pernah membuat kenyataan rasmi tentang keintiman mereka, tapi orang dah boleh agak mereka ni bercinta. Yang menariknya, baru-baru ini ada seorang minah datang ke majlis pelancaran filem terbaru lakonan aktres 'meletup' tu.

Kata minah tue, pandangannya 'tertarik' pada telinga Diana. Terkesima jugalah minah ni dibuatnya bila terpandang ke arah telinga aktres tu. Jangan salah faham, bukannya minah tu terpukau dengan bentuk telinga Diana tapi subang di telinganya. Bukan sebab Diana pakai subang berlian, emas atau zhulian tapi subang yang cukup istimewa. Tapi subang yang berbentuk huruf.

Kata minah tu lagi, Diana memakai subang yang berbentuk huruf F dan K di kedua-dua belah telinganya. Perhati punya perhati, teman Ad Lib terus dapat menangkap apa maksud dua huruf itu. Kalau betullah dua huruf tu merujuk kepada Farid Kamil, sahlah mereka sedang bahagia. Kan dah kantoi.. -mStar

Kepondanan Keifli AF3 dan Ady Putra

Selasa, 13 April 2010

Pelakon berbakat baru Keifli dari Akademi Fantasia dan juga pelakon dari Singapura, Ady Putra menonjolkan bakat lakonannya dalam drama/filem Anu Dalam Botol. Mungkin drama ini dah lama berlalu, namun kesannya sungguh mendalam dan mendapat perhatian ramai. Apatah lagi ianya pernah di fatwakan oleh Mufti Johor pada waktu itu kerana isu ini. Namun itulah manusia, mahu mencari duit dan nafkah, alasan mereka hanya 'niat'. Melihat daripada lakonan ni, memang mereka berdua kelihatan cantik seakan-akan wanita sebenar. Diharap tidak terbawa-bawa selepas lakonan dah ler. hehe.


Emelda Rosmila mengandung dah ke?

Pelakon, Emelda Rosmila ni adalah seperti umum mengetahui adalah isteri kepada pengkritik dalam Akademi Fantasia 7, Adlin Aman Ramlie. Mereka diijab kabulkan pada bulan 5 pada tahun yang lalu. Dah lama dah usia perkahwinan mereka dah nak hampir setahun. Tapi perkhabaran berita mengenai Emelda berbadan dua masih lagi belum diketahui. Namun gambar terbaru milik Emelda ini dapat meyakinkan 'perkhabaran hangit' yang dirinya berbadan dua. Tidak tahulah kalau baju berkenaan kembung disebabkan angin yang ada disana. Hehe.

Aleeza Kassim sah bercerai talak satu dengan suami

Rumahtangga dan hubungan aktres dan pragawati Aleeza Kassim yang terbina sejak empat tahun lalu dengan suaminya akhirnya gagal dipertahankan apabila bekas suaminya, Mohd Fauzi Che Ros menjatuhkan talak satu ke atas drinya. Kejadian ini berlaku pada Februari 2010 lalu. Kini mereka sedang menanti kuasa keputusan mahkamah yang akan diumumkan pada 21 April nanti untuk mengesahkan penceraian mereka berdua itu.

Dalam temuramah dengan Harian Metro - 'Tiada orang ketiga'. edisi mingguan lalu, Aleeza menafikan pergolakan rumahtangga mereka disebabkan orang ketiga, sebaliknya masalah itu berpunca daripada mereka berdua. Dedah Aleeza lagi, hubungannya dan bekas suami masih baik malah mereka sedang mencuba untuk memperbaiki perkahwinan mereka. -Gua

Heliza AF5 menari dan menyanyi Hip Hop

Isnin, 12 April 2010

Pelakon, penyayi dan juga pelajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) ni memang berbakat dan juga seorang yang aktif. Makin lama meninggalkan dunia AF, kini Heliza dah mula menjinakkan diri dalam bidang tarian dan seni hip hop pula. Video menari dan nyayiannya bersama ahli keluarganya memang cukup mencuit hati dan tidak disangka-sangka. Pemakaian bertudung juga masih dikekalkan walaupun berada dirumah, almaklumlah video ni adalah untuk peminat-peminatnya juga, nak 'share' bakat baru yang dimiliki Heliza. Hip Hop mari~

Gambar anak baru Afdlin Shauki

Pada 3 pagi 9 April 2010 yang lalu isteri kepada pelakon, pelawak dan pengarah Afdlin Shauki Akhsan telah selamat melahirkan anak. Ianya telah diumumkan sendiri oleh Afdlin dalam laman sosial Twitter dan Facebook miliknya. Syukur, anaknya itu sihat dan kelihatan comel, anak perempuan itu bernama Ileana Matin Shauki. Ianya sesuatu yang membuatkan suami isteri ini bergembira. Apa-apa pun tahniahlah diatas kelahiran bayi berkenaan.

Jejai dan anaknya, Rayqal

Kisah hidup keluarga Jejai dan Nora Danish sentiasa mendapat perhatian ramai. Mana tidaknya keberantakan rumahtangga mereka yang disebabkan oleh Fasha Sandha sebenarnya bukanlah satu halangan besar bagi membahagiakan anak sulung mereka, Rayqal. Baru-baru ini Rayqal atau nama timangan 'atuknya' Payong dan ayahnya, Jejai sedang bersama-sama ketika Jejai ada sukan berkaitan kuda. Memang begitulah kisah kehidupan dunia, kasih ayah sukar dicari ganti, Rayqal juga perlukan seorang ayah bagi menemaninya untuk terus mencorakkan dirinya sendiri.

Adegan Maria Farida seksi

Ahad, 11 April 2010

Hehe. Bukannya semua tak kenal pelakon yang terkenal dengan keseksiannya, Maria Farida. Semua juga tergila-gila dengan kecantikan yang dia miliki. Ada lah dalam sebuah filem ni, yang dilakonkan oleh Harun Salim dan juga AC Mizal, tak tahu apa nama tajuknya, bersama-sama dengan Maria Farida juga yang berlakon sebagai seorang Datin. Mungkin adegan penyiasatan, dan Maria memujuk Harun untuk sesuatu tugas dengan cara yang cukup menawan hati Harun sendiri. Bertuah lah Harun, dekatnya tue~.

Radhi OAG akui sudah tidak ambil dadah 2 bulan

Penyanyi dan pelakon yang terkenal dengan sikap 'rockstar' dan perangai hiperaktif, Radhi OAG atau nama sebenarnya Muhd Radhi Razali benar-benar mengejutkan mStar Online apabila membuat pengakuan bahawa dirinya kini bebas dadah. Menurut Radhi yang ditemui baru-baru ini, dia bersedia untuk bercerita kepada umum tentang tabiat pengambilan dadah yang sudah sebati dengannya sejak umur belasan tahun.

"Terus-terang saya katakan, diri saya kini telah bebas dadah sepenuhnya. Sudah dua bulan sembilan hari saya tidak ambil dadah. Saya tahu pengakuan ini pasti mengejutkan banyak pihak tapi sebagai artis dan manusia yang bertanggungjawab, saya terpanggil untuk mengakui kesilapan ini dan cuba untuk memperbaikinya.
"Insya-Allah, saya akan jalani kursus pemulihan dengan Agensi Anti Dadah dan PEMADAM selama tiga hari bermula pada 9 hingga 11 April ini. Selepas ini, saya akan mewakili mereka untuk berucap dan berkongsi pengalaman dengan masyarakat demi manfaat bersama," kata Radhi. -mStar

Memey, Norman Hakim nak kahwin bulan Julai?

Ketika ditemubual Harian Metro edisi 9 April 2010 - 'Abang ajak Memey kahwin' - Memey mendedahkan Norman Hakim ada mengajaknya berkahwin pada bulan Julai ini. Luahan itu dibuat Norman ketika mereka sedang menjayakan sebuah telemovie bersama, memainkan watak sepasang kekasih. Namun Memey memberitahu dia tidak mengambil serius kata-kata Norman, sekadar menganggap apa yang dikatakannya itu sebagai satu gurauan.

Tambahnya lagi, dia tidak mahu tergesa-gesa menamatkan zaman solonya walaupun sudi. Baginya lebih baik jika perkahwinan itu dilangsungkan pada tahun depan. -Gua

Sheila Rusly bakal disaman RM5 Juta!!

Sabtu, 10 April 2010

Belum pun selesai kes samannya terhadap bekas rakan kongsi perniagaan restorannya, Datuk Azlina Che Abdullah, kelmarin (9/4) penerbit drama dan pelakon Sheila Rusly pula disaman oleh Azlina. Azlina menfailkan saman fitnah itu bagi menuntut gantirugi am RM5 juta terhadap penerbit akhbar Berita Harian, Berita Harian Sdn Bhd dan Sheila, di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada 21 Januari 2006, Sheila menyaman Azlina kerana melanggar perjanjian perkongsian lisan yang dibuat Azlina berhubung Restoran Nasi Dagang House, yang menyajikan masakan dari Pantai Timur. Hari ini, Azlina menyaman penerbit akhbar Berita Harian dan Sheila berhubung tiga artikel yang diterbitkan akhbar itu bertajuk "Nasi Dagang House Sheila Rusly Bungkus", "Sheila Rusly Minta Nasihat Peguam" dan "Ramai Simpati Nasib Sheila" yang diterbitkan pada 9, 12 dan 14 Oktober, 2005.

Dalam penyataan tuntutannya, Azlina mendakwa penerbit akhbar Berita Harian telah menerbitkan dan mencetak perkataan-perkataan berunsur fitnah mengenainya tanpa mendapatkan fakta yang sebenar darinya. Akibat perkataan fitnah itu beliau telah mengalami kerugian dan memohon gantirugi am RM5 juta, gantirugi khas, teladan, kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai. -Bernama

Aziz M. Osman kahwin Jun 2010, gambar bakal isteri

Aziz M. Osman kembali bercinta! Pengakuan ini dibuat sendiri oleh pengarah yang juga anak pasangan seniman dan seniwati handalan negara, Allahyarham M. Osman dan Afida Es. Pada 18 April ini, Aziz akan bertunang dan menjelang Jun depan, dia akan sekali lagi bergelar raja sehari. Bertuah benar lelaki bernama Aziz. Ini kerana pada usianya 48 tahun, dia bertemu jodoh dengan seorang gadis manis, Puteri Sarbainun Lokman yang berusia 21 tahun.

Majlis kesyukuran anak sulung Arni (bekas isteri Awie)

Walaupun tidak sepopular bekas suaminya, Awie, Arni Nazira yang telah selamat dinikahkan buat kali kedua di Masjid Sultan Zainal Abidin dengan Wan Hazrie pada 2009 lalu membuatkan Arni kini lebih bahagia menjadi seorang isteri dan juga ibu. Aktiviti nyayian juga sepertinya sudah tidak aktif lagi, mungkin kerana desakan suami yang mahu isterinya itu menjadi isteri yang lebih mentaati Agama. Baru-baru ini, berlaku Majlis Cukur Jambul anak sulung hasil perkahwinan mereka berdua di rumah Arni dan suaminya. Nama anaknya, ntah tak tahu pula.. Hehe.

















Pelakon Dira failkan tuntutan penceraian

Jumaat, 9 April 2010

Nampaknya khabar angin yang mengatakan rumah tangga Dira Abu Zahar dan Ash atau nama penuh Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid bergolak malah sedang menuju ke arah perceraian, bukanlah rekaan semata-mata. Di dalam keratan akhbar Berita Harian edisi kelmarin (8/4), Ash mengesahkan telah membuat tuntutan perceraian di mahkamah syariah dan kini dia sedang menanti keputusan mahkamah mengesahkan perceraian mereka.

Ash dan Dira berkahwin sekitar tahun 2007 dan mempunyai seorang anak perempuan, Tengku Anggun Deandra. Saat menyentuh tentang punca perpisahan mereka, Ash berkata,
"Saya tak nak kata masalah kami berpunca sebab dia berubah kerana dunia glamor ataupun orang ketiga. Saya sendiri tidak tahu apa punca dia berubah." -Gua

Nabil, Irma peluk mesra di Airport KLIA?

Adalah kisah daripada seorang mamat ni yang mendakwa ternampak Nabil di Airport KLIA. Dengar cerita daripada mamat ni Nabil dan keluarga hendak menghantar saudara terdekatnya untuk pergi belajar ke luar negara. Tanpa disedari, Irma Hasmie juga ada disana. Nak dijadikan isu/gosip oleh mamat ni kepada penulis adalah, Nabil dan Irma boleh berpeluk mesra dihadapan keluarga Nabil di Airport tue. Sampaikan mamat ni rasa tak puas hati dengan tindakan Nabil dan Irma tu, dia juga mengajukan luahannya kepada keluarga Nabil yang membiarkan sahaja aksi mesra itu.

Mamat ni mengakui ianya berlaku dihadapan matanya, kerana terlalu teruja kot atau mahu melihat artis ini dengan lebih dekat lagi, mamat ni dok lama disitu. Mengenai kisah peluk itu, dakwanya lagi, Irma seperti mengada-gada penat dan hendak pulang ke rumah, dan si Nabil pula datang ke dakapan Irma untuk peluk dan memujuk kekasih hatinya itu.

Kisah mamat di atas ni, tidak diselitkan gambar sebagai bukti. Tapi kalau benar dan terjadi betul, kita tunggu sahajalah pengakuan mereka berdua nanti. Penulis pun 50/50 juga, kalau ada gambar kan senang citer cikit nak tulis story. hehe..

Fasha Sandha dakwa Nora Danish kaki minum?

Haha. Semakin hangat kisah disebalik dua selebriti yang terkenal tanah air ini. Tidak tahu siapa dahulu yang memulakan perang mulut dan siap dahulu yang mencetuskan isu. Fasha Sandha dan Nora Danish ni bukan berperang berdepan, tetapi memakai medan Twitter untuk meluahkan satu sama lain. Masa ABPBH Ahad lalu, Fasha ada terkena jeritan 'boo' oleh penonton di sana, Nora Danish pun membalasnya melalui Twitter, mungkin disebabkan itulah Fasha mahu membalas Twitter Nora dengan berkata demikian dibawah ini, ntah benar or tak, dengar penjelasan daripada Fasha nanti jerk.

Inikah kekasih baru Nurul (bekas isteri Ajai)?

Khamis, 8 April 2010

Pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, ada ternampak kelibat bekas isteri Ajai. Siapa lagi kalau bukan penyanyi Nurul yang dilihat hadir bersama seorang lelaki. Dari penglihatan umum, gaya mereka tidak ubah seperti pasangan yang sedang dilamun cinta. Nurul nampak begitu bahagia di samping jejaka itu. Untuk pengetahuan semua, jejaka yang berjaya mencuri hati Nurul pada ketika ini ialah Ryzal Marzuki. Difahamkan Ryzal bekerja dalam industri kewangan. Menurut Nurul, pada awal perkenalan Ryzal tidak mengetahui dirinya seorang artis.

“Kami mula mengenali sejak beberapa bulan yang lalu melalui perkenalan dari kawan-kawan. Sekarang kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Dia juga lelaki paling istimewa dalam hidup Nurul sekarang. Kami ‘sama kepala’. Dia suka buat lawak dan buat Nurul ketawa. Nurul sangat selesa bila bersamanya.” kata Nurul.
Ryzal bukan seorang duda ataupun suami orang. Dia masih ‘solo’ lagi. Ini merupakan kali pertama Nurul membawa pasangannya itu keluar menghadiri majlis-majlis sebegini. Nurul turut mengakui, Ryzal adalah lelaki yang bertakhta dalam hidupnya kini. -Gua

Aksi mencuit hati Mislina Mustaffa, Remy Ishak

Kedua-dua artis ini Mislina Mustaffa (pelakon Zaiton Sameon) dan Remy Ishak sebenarnya sedang membuat shooting di salah sebuah kampung. Tidak ketinggalan Ning Baizura dan Maya Karin yang bersama-sama menjayakan filem Cun berkenaan. Namun yang paling menarik perhatian diantara babak yang dijayakan adalah aksi Mislina dengan melentikkan punggungnya itu dan juga Remy Ishak yang dimakeupkan seperti tak sedar diri daripada tidur. Memang filem ni berunsuru komedi kot. Apa-apa pun ada layan dululah gambar dibawah ini yang sempat diambil.

Ameng Spring ugut bekas isteri kerana apa?

Seorang penyanyi sebuah kumpulan rock 90-an akan dituduh di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi kelmarin (7/4) berikutan ugutan yang dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada bekas isterinya baru-baru ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supritendan Zainuddin Ahmad berkata, Ameng Spring atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail ditahan ketika hadir di balai polis Sentul kira-kira pukul 2 petang hari sebelumnya untuk membantu siasatan.

"Bekas isterinya membuat laporan polis pada 30 Mac lalu setelah menerima SMS ugutan itu. Esok (Hari ini), dia akan dituduh di Mahkamah Jalan Duta," katanya.
Pada 14 Disember 2005, Ameng pernah dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Besut, Kampung Raja dekat Jertih setelah mengaku bersalah menagih dadah jenis syabu awal September 2005. -mStar

Gambar Kavita Sidhu dalam majalah Glam

Rabu, 7 April 2010

Siapa tidak kenal Kavita Sidhu (lahir pada 29 November 1971) adalah seorang pelakon Malaysia dengan membintangi filem Layar Lara, Mimpi Moon and Pontianak Harum Sundal Malam I & II. Selain itu Kavita juga merupakan bekas ratu kecantikan dengan memenangi gelaran Miss Charm Antarabangsa pada tahun 1990. Dia telah tercatat dalam buku Malaysia Records sebagai orang Malaysia pertama yang memenangi gelaran ratu kecantikan antarabangsa. Satu pencapaian yang membanggakan Negara pada masa itu. Terbaru Kavita Sidhu sempat menjadi model kepada majalah Glam keluaran April 2010. Gambar jenis ape penulis pun tak tahu.. hehe.

Nabila Huda di ABPBH 2009

Musim ni seperti perlumbaan dalam episod artis mengandung kan. Ramai artis atau isteri artis yang mengandung dan melahirkan anak. Tidak ketinggalan anak kepada Amy Search, Nabila Huda. Yang dari dulu sarat dengan 'bola besar' nya itu. Hari demi hari ditunggu peminat, takhtala Amy yang menunggu kelahiran cucu pertamanya itu. ABPBH yang sudah melabuh tirainya juga telah dihadiri oleh Nabila walaupun sarat mengandung. Memang menarik perhatian sungguhlah Nabila ketika waktu itu, tak percaya? tengok gambar dibawah ini.