Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

ABPBH 2009 Warna

Jumaat, 5 Mac 2010

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 kali ini cukup menarik dengan mengandingkan ramai artis-artis baru tanah air. Begitu juga dengan saingannya terhadap artis-artis lama yang cukup besar tekanan yang dihadapi. Tapi itu rezeki dan nasib masing-masinglah, siapa terbaik dialah juara, siapa ceroot dialah balik hampa. Tema kali ni adalah bertemakan 'warna'. Jadi beraneka warna lah yang diperagakan oleh golongan artis-artis kita nie di ABPBH 2009 kali ni dengan 30 pereka fesyen tempatan turut mengambil bahagian.































Giliran Abby Abadi, Zul pula disaman!

Jika awal minggu lalu, berita pelakon komedi filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie (LPSdM), Nabil khabarnya akan disaman kerana melanggar kontrak produksi itu, SDAF Pictures Sdn Bhd. Kelmarin (4/3) pula, penerbit telefilem Paku Di Dinding Hati, Nor Faiz Ahmad Helimi mengesahkan aktres Abby Abadi dan kekasihnya, Zul Ariffin juga telah disaman oleh produksinya, Aficionado Media Sdn Bhd.

Abby dan Zul didakwa telah melanggar kontrak setelah menarik diri dari meneruskan penggambaran drama itu pada Mac tahun lalu kerana pihak produksi telah menjatuhkan air muka mereka. Lantaran daripada itu, pada April tahun lalu, Nor Faiz telah menyaman kedua-dua pelakon itu.

Sementara itu, Abby yang sedang sibuk dengan penggambaran berasa bengang dan marah apabila ditanya berhubung kes saman itu. Abby mempertahankan dirinya kerana mendakwa tidak bersalah dalam hal itu sebaliknya menyalahkan pihak produksi.

Turut terdengar sumber yang mengatakan Abby telah menerima bayaran dan hanya melunaskan separuh saja dari penggambaran telefilem itu. Namun Abby menafikan dakwaan itu dengan menjawab dia langsung tidak menerima apa-apa bayaran. Pelakon drama Gerak Khas itu juga mendakwa penerbit itu telah memburukkan dirinya. -mStar

Bekas artis nasyid cubit-cubit pipi wanita

Khamis, 4 Mac 2010

Luahan Peminat: Al-kisahnya dalam suatu rancangan hiburan yang paling hot waktu paling hot juga, tengahari, terbitan syarikat TV swasta. Ketika bekas penyanyi nasyid terbabit ditemuramah.. Secara tiba-tiba.. penyanyi lelaki tersebut menyentuh pipi wartawan wanita bukan Islam berkenaan sebagai reaksi kepada inginkan wartawan terbabit bertanyakan lagi soalan. Di manakah hilangnya identiti penyanyi terbabit yang sebelum ini sinonim dengan label sebagai eorang bekas penyanyi nasyid?

Ps: dengar-dengar si FT (ex-Mirwana) cubit pipi M kat dalam Melo** tue? huhuhu..

Shuib Sepah, Siti Sarah main-main cinta?

Setiap Ahad hujung minggu, selalu juga terdengar radio Era FM yang dikendalikan 3 bujang Sepah iaitu Jep, Mamat dan Shuib. Dalam jenaka mereka dikonti, mereka sering mengajuk sesama sendiri dan menunjukkan pembayang bahawa ada diantara mereka sedang hangat bercinta. Yang pasti, sudah pun periksa dengan teliti, hanya Jep yang bersuara ala-ala Ramli Sarip waktu menyanyi saja yang masih lagi solo serta sedang mencari. Yang lain iaitu Mamat dan Shuib pula dilihat sering bergayut telefon dan tak putus-putus menghantar pesanan SMS.

Malah, dapat tahu Mamat dan Shuib pernah terlepas cakap di konti apabila bercakap di telefon menggunakan panggilan istimewa sayang atau pun B. Alaa... panggilan mesra yang sering digunakan bagi pasangan yang sedang hangat bercinta tu. Namun tidak pula dapat tahu siapakah gerangan orang tersebut. Bagaimanapun, sewaktu teman Murai Batu sibuk bekerja di Hari Terbuka Astro di Plaza Alam Sentral, Ahad lalu (28 Februari 2010), ada pulak yang sibuk bertanyakan sesuatu tentang Shuib Sepah.

Pertanyaan itu agak mengejutkan sebab ianya membabitkan penyanyi genit Siti Sarah Raisuddin. Soal mereka, betulkah Shuib Sepah tengah hangat bercinta dengan Sarah sekarang ni? Sebab, sehandal-handal Murai Batu mengorek cerita, akhirnya kena scoop jugak Hai, ini tak boleh jadik ni. -Murai

Betty Benafe mempergayakan model gothik

Trend gothik ni penulis tidak berapa tahu sangat, tapi fesyen seperti ini nampak seperti seram dan ganas. Tak tahulah cara si pemakai. Baru-baru ni, Betty Benafe yang pernah digossipkan dengan duda, Nash membuat peragaan set Gothik didalam studio milik fotographer Raja Faisal. Memang sah, cara dan pemakaian yang dipakai oleh Betty sungguh seram dan seksi pla tue. Tapi daripada begini, bagus mempergayakan busana muslimah ker, dapat juga pahala. Kekeke.
















Yuna, Hanafi Estranged main-main cinta?

Penyanyi yang popular dengan lagu “Dan Sebenarnya” ini terbaru dikatakan sedang bercinta dengan gitaris utama kumpulan Estranged. Siapa lagi kalau bukan Hanafi. Apabila ditanya kepada tuan empunya badan, Yuna menafikan sekeras-kerasnya mereka berdua sedang bercinta. Bagaimanapun, gadis manis ini mengakui beliau mempunyai ramai kawan lelaki dan menganggap hubungannya dengan Hanafi hanya sekadar kawan dalam bidang muzik.

Gosip ini timbul apabila kelibat Hanafi sering dilihat bermain gitar untuk persembahan Yuna di beberapa gig. Kalau betul gosip ini pun, apa salahnya sebab dua-dua sama cantik sama padan. Tetapi Hanafi nampaknya terpaksa berenggang dengan Yuna buat seketika. Baru sahaja selesai membuat persembahan di Konsert Malam Nada Biru 2 hujung minggu lalu, Yuna sedang sibuk membuat persiapan akhir sebelum berangkat ke Los Angeles, Amerika Syarikat.

Biarlah anak saya jadi Ustazah -Zila Bakarin

Rabu, 3 Mac 2010

"SAYA mahu anak saya jadi ustazah." Itulah kata-kata spontan daripada pelakon Zila Bakarin, 35, apabila ditanya apakah dia bersedia permata hatinya, Kaseh Azri Izhar, mengikut jejak langkahnya sebagai pelakon. Sememangnya impian Zila itu mulia dan seperti harapan ibu bapa lain yang inginkan anak solehah kerana merekalah bakal mendoakan orang tuanya apabila sudah tiada kelak. Bagaimanapun, apabila kata-kata itu diucapkan pelakon yang dikenali dengan imej seksi ini, mungkin ada yang menganggap ia sekadar jenaka.

Apapun yang tersirat di hati, Zila atau nama sebenar, Rosmawati Bakarin, bersyukur menerima Kaseh yang dilahirkan pada 11 Mac tahun lalu, seminggu selepas dia menjangkau usia 34 tahun. Ujar Zila, walaupun agak lewat bergelar ibu, itu bukan alasan untuknya berkurung di rumah melihat anak membesar di depan mata. Sebaliknya, dia sedar perlu keluar bekerja kerana berlakon adalah periuk nasinya. Ketika mengandung dulu, Zila masih berlakon hingga kandungan berusia lapan bulan. -Metro

Awal bukan kekasih Scha al Yahya??

Putus cinta itu lumrah. Ia proses pembelajaran hidup untuk mendapat pasangan hidup yang serasi. Tidak sedikit pun menyimpan dendam terhadap bekas kekasihnya, Fahrin, Scha mengakui dia tiada masalah dengan pelakon tampan itu. Polemik yang tercetus antara Fahrin dan bekas kekasihnya, Linda Onn yang kini menjadi kawan, Scha juga diakui tidak mempunyai sebarang agenda untuk menjatuhkan lelaki yang pernah bertakhta di hati mereka.

Dijolok dengan persoalan adakah hatinya kini sedang dihuni seorang lelaki, Scha menjawab, tidak ada. "Tapi saya akui, saya sekarang sedang keluar dengan seorang lelaki," katanya sambil mengatakan dirinya tidak pandai menipu dalam hal seperti ini.

"Adakah lelaki itu Awal?", Scha hanya tersenyum penuh makna.
"Adalah seseorang. Tapi saya memang baik dengan Awal. Dia kawan lelaki paling baik dengan saya sekarang. Nak cakap kami berdating, saya geli pula rasanya guna perkataan dating. Tapi memang kami ada keluar bersama."
Tambah Scha, selain Awal, dia juga berkawan baik dengan pelakon Iqram Dinzly. Juga, kata Scha, hidupnya memang dikelilingi banyak lelaki.
"Bila tiba masa untuk bernikah kelak, saya hanya mahukan lelaki yang saya betul-betul kenal dan serasi."

Nabil Raja Lawak tetap akan disaman, RM2 Juta!

Mintalah maaf berjuta kali pun, kesalahan yang dilakukan oleh pelakon komedi Ahmad Nabil Ahmad tidak akan dimaafkan oleh Pengarah dan Penerbit Bersama filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie (LPSdM), Aminah Raphor. Baru-baru ini, juara Raja Lawak Musim Kedua itu didakwa telah melanggar kontrak dengan produksi SDAF Pictures Sdn Bhd iaitu tidak memberikan kerjasama semasa promosi filem itu dijalankan dan mengeluarkan kenyataan yang telah ‘menjatuhkan’ filem itu.

Aminah berpendapat, tindakan untuk menyaman Nabil bukan untuk menghukum pelakon itu semata-mata malah diharap dapat dicontohi oleh artis ‘segera’ yang lain. Pada 14 Februari lalu, Nabil hanya membuat permohonan maaf terbuka dalam dua akhbar mingguan, termasuk Berita Minggu tetapi tidak secara terus kepada mereka selaku pengeluar filem berkenaan.

Kembalilah pada ku oh Yana -Pierre Andre

Pertama kali muncul di sidang media setelah sekian lama hilang dalam industri perfileman, Pelakon dan pengarah filem, Pierre Andre dengan ikhlas menyuarakan hasrat hati untuk kembali dan berbaik semula dengan bekas kekasih hatinya, Yana. Meluahkan kekecewaannya apabila Yana tiba-tiba menghilangkan diri daripada Pierre dan keluarganya. Namun Yana memang mahu menghilangkan diri daripada Pierre.

"Memang saya sengaja menghilangkan diri namun apa yang saya buat bersebab. Saya tahu dia telah kembali dalam industri dan kami pasti akan berjumpa juga nanti. Saya sendiri tak tahu bagaimana nak jelaskan keadaan ini.
"Kami rapat semula selepas saya mengarahkan filem Selamat Pagi Cinta dan saya rapat dengan family Pierre. Saya tak marahkan dia tapi saya tak mahu keliru dengan perasaan sendiri. Bagi saya masa berfikir dan biar keadaan tentukan segalanya. Saya tak mahu ada kekangan antara karier dan masalah peribadi.' ujar Yana. -ManggaOnline

Diana Danielle nafi mahu kahwin

Selasa, 2 Mac 2010

Biar betul. Tapi begitulah khabar angin yang sedang bertiup mengenai gadis jelita itu. Tak masuk akal juga sebab Diana Danielle baru berusia 18 tahun. Tapi kata member, kalau dah suka sama suka dan takut ada yang datang mengganggu, baik disambar dulu. Bagaimanapun, bila ditanya tuan empunya badan yang hangat digosipkan dengan pengarah 'V3: Samseng Jalanan', Farid Kamil, dinafikannya terdapat sebarang perancangan ke arah itu pada masa ini.

Selain rezeki lakonan yang semakin murah, pengajiannya di Universiti Nottingham cawangan Semenyih dalam bidang bio-sains pun belum habis lagi, masih ada tiga tahun lebih sebelum digelar graduan. Ibu Diana, Norsiah Ramli pula, menurut laporan akhbar Berita Harian (1/3):
'Diana Danielle nafi mahu kahwin' - , "membantah sekeras-kerasnya" jika anak sulungnya itu ingin bergelar isteri.
"Kerana dia terlalu muda dan perlu memberi keutamaan kepada pelajarannya terlebih dulu sebelum memikirkan hal-hal lain." -Gua

Gambar Ziana Zain di Teater Antara

Selepas dilanda musibah terkena air panas pada sebahagian tubuh badannya dan juga kelahiran anak kembar baru-baru ini, tidak mematahkan semangat kak Ziana kita untuk bertenaga dan menjayakan teater Antara, di Istana Budaya yang turut dijayakan oleh Hattan. Dengan berpakaian ala-ala Arabian, kak Ziana kelihatan lebih menawan dan meletop di atas pentas. Kak Ziana bila pula nak tayangkan anak kembar, arwah MJ pun dah kasih nampak anak-anak dia.

Abby, Zul berpimpin tangan??

Luahan Peminat: Minggu yang sudah-sudah, Adlib (bukan nama sebenar) dan teman-teman keluar berlibur di kawasan Damansara. Cuti hujung minggu macam tu, bila lepak-lepak di kedai makan ala-ala cosy bersama teman-teman memang menyeronokkan. Sedang kami syok gelak ketawa berkongsi gosip dunia artis, tiba-tiba pandangan Adlib tertumpu pada kelibat seorang aktres berstatus 'janda meletup' ni melintas di depan mata sambil berpimpin tangan dengan kekasih mudanya.

Amboi, bukan main lagi mesranya. Satu Malaya dah tahulah awak tu ada kekasih muda, malah pernah kecoh sebelum ini kisah awak dengan lelaki tu. Tapi yang meluatnya, perlu ke si aktres ni nak bergurau mesra bermanja-manja macam tu depan khalayak ramai. Sekali pun awak bertopi pun, ingat orang tak cam ke wajah tu. Bangga ke tunjuk perangai macam tu. Awak tu artis, emak orang pula tu. Sudahlah, kes mahkamah tu masih menjadi buah mulut orang. Ditambah pula dengan cerita awak disingkir daripada produksi drama gara-gara perangai diva tak bertempat tu. Sekarang nak bangga diri pula tayang kekasih di tempat awam?

Awak tu bukannya anak gadis yang muda remaja lagi. Sudah-sudahlah dengan kes-kes 'panas' yang timbul, bawa-bawalah berubah.

PS: Cuba kawal sikit gelagat galak tu, terutamanya bila berada di kawasan umum.

Zila Bakarin seksi di Melodi?

Memang penampilan Zila Bakarin nie seksi dari dulu lagi sampai ada sesetengah pihak yang melebelkan Zila pada waktu itu sebagai simbol seks. Tidak dihairankanlah jika dia berpakaian seksi sehinggakan menampakkan ini itu. Mungkin itu caranya dan fesyennya. Dalam Melodi baru-baru ni, Zila ditemui soal isu 'tak rampas laki orang', memang banyak penafian yang Zila luahkan. Mengikut pengirim email yang tidak mahu dikenali telah mengirim gambar dalam tidak disangka, lens kamera telah merakam aksi Zila sewaktu menurunkan anaknya.

Raja Farah dah punya kekasih hati

Isnin, 1 Mac 2010

Raja Farah Raja Aziz yang pernah popular menerusi filem Anak Halal, semakin lama semakin namanya. Apa tidaknya pelakon manis ini sentiasa mendapat perhatian apabila kisah cintanya dengan seseorang itu diketahui. Walaupun pada umumnya dan rasminya tidak ada sebarang perkhabaran berita mengenai kisah episod cintanya, namun itu semua hanya mengaburi mata peminat, dalam diam Raja Farah dah dimiliki oleh seseorang melalui laman Facebook miliknya.

so happy now..alhamdulillah..harap nye jodoh pertemuan kami ini berpanjangan sehingga akhir hayat kami, dgn hubungan yang sah diijab kabul kan..aminn… -FB Raja Farah
Mengikut sumber lain, kekasih yang dimaksudkan Raja Farah memiliki sosok tubuh yang cun, macam badan ahli bina badan. Tegap dan mengerutu.. Dan ini adalah calon-calonnya...

Yatt Haryati selamat melahirkan anak perempuan

Syukur Alhamdulillah, itu lah ungkapan yang dikeluarkan oleh pelakon, Yatt Haryati apabila Yatt yang mengandung 9 bulan kandungan bakal penyeri hidup itu selamat melahirkan bayi berkenaan dan bayi berkenaan berjantina perempuan pada pukul 6.13am kelmarin (28/2). Bayi perempuan yang seberat 3.24kg dan sihat itu diberi nama dengan nama unik dan bermakna, Suci Hanania Malika Bt. Abdul Mutalib. Khabar berita ini diterima melalui laman Facebook milik beliau. Tahniah diatas perkhabaran gembira ini!

jangan soal populariti tapi jadual saya terurus - Mawi

Asmawi Ani, 29, cuma terketawa kecil apabila diajak bercerita tentang popularitinya. Bagi Mawi yang pernah terjulang dek fenomena Raja SMS itu, Mawi tidak mahu memberatkan kepala memikirkan soal popularitinya yang dikatakan sedang merudum dan semakin hari semakin jatuh bak ditimpa tangga. Kelibat isteri tercinta, Ekin yang sering menemani disisi ke mana sahaja acara hiburan ataupun majlis-majlis tertentu juga menimbulkan banyak cemuhan dan kejian.

"Soal populariti, saya letak tepi. Sibuk tetap sibuk tapi jadual hidup saya semakin terurus. Itu perkara pertama yang saya kesan buat masa ini. Saya selesa begini, sekarang saya menjadi seorang yang ada lebih masa untuk kehidupan peribadi. Tidak perlu terkejar-kejar seperti tahun-tahun pertama dalam industri dan sudah boleh beri banyak tumpuan terhadap satu-satu projek," katanya yang kini lebih banyak memberi fokus kepada syarikat produksi miliknya, Mawi World Entertainment (MWE) Sdn. Bhd. -Kosmo

Gambar macam-macam Scha al Yahya

Gadis yang pernah dikaitkan dengan aktor kacak, Fahrin Ahmad kini semakin bergaya dan berani dengan penampilan diri. Dimana-mana sahaja Scha sekarang menjadi perhatian malah menjadi buruan pengiklan-pengiklan di Malaysia kerana dia memiliki ciri-ciri yang menarik perhatian. Baru-baru ini Majalah Eh keluaran Mac 2010, menampilkan Scha sebagai individu utama dalam majalah itu. Pelbagai ragam dan gelagat Scha dengan pemakaiannya, ada juga yang dikatakan sampai terkantoi bila gambarnya ternampak 'kelawar'..