Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Fazura, Tengku tengok Pisau Cukur

Ahad, 6 Disember 2009

Ternampak si cantik jelita, Fazura telah keluar menonton wayang dengan seorang kerabat diraja, baru-baru ini. Siapa kerabat diraja tu, tak payahlah diceritakan buat masa ini tetapi dia memang jadi idaman ramai gadis. Maklumlah berpendidikan tinggi dan kacak pula orangnya. Memang gentleman habis oO. Sebenarnya tidak pasti pula sejak bila Fazura intim dengan anak raja ini. Tapi, sumber-sumber yang sahih telah pun melihat kehadiran mereka di pawagam itu.

Romantiknya, tengok pula filem Pisau Cukur lakonan Fazura sendiri dengan Maya Karin. Jadi mungkin Fazura hendak minta pandangan Tengku tadi tentang kualiti lakonannya.
"Mereka duduk satu baris bersama body guard lagi. Nampak mesra dan sangat bahagia," kata sumber itu.
Amboi macam babak dalam filem Kayangan lakonan Fazura dulu sebab ceritanya tentang gadis biasa bercinta dengan kerabat diraja.

Remy Ishak dibelasah 7 Mangkuk

Remy Ishak cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan kira-kira tujuh lelaki di perkarangan Istana Budaya (IB) malam kelmarin. Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 27, yang memegang watak Mansur Adabi dalam teater Natrah dipercayai diserang kumpulan lelaki terbabit ketika dia berehat di sebuah bilik selepas sesi pertama pementasan teater tersebut.

Berikutan kejadian, dia yang turut membintangi drama bersiri populer Nur Kasih mengalami cedera di kaki dan kepala. Menurut sumber, mangsa pada mulanya diekori oleh lelaki terbabit sehingga ke bilik persalinan sebelum dikepung di satu penjuru bilik tersebut.
"Lima daripada lelaki terbabit telah mengepung mangsa manakala dua lagi bertindak dengan memukul beliau. Mangsa mengalami bengkak di muka dan kaki selepas dibelasah," kata sumber tersebut.

Sharifah Amani Bersama Jojo Struys

Sabtu, 5 Disember 2009

Gandingan mantap Sharifah Amani dan Jojo Struys memang tidak dapat disangkal lagi. Walaupun Jojo dah berkahwin namun dia tetap seksi begitu. Sharifah Amani pula makin lebat dan menarik rambutnya, gaya yang simple dan anggun yang diperkenakan kepada Sharifah Amani, pelakon kecil molek. Tapi masih menjadi persoalan siapakah yang telah bertakhta di hati Sharifah Amani buat masa ini, adakah masih 'mat salleh' itu lagi.?

Maya Karin Berlakon Jadi Budak-budak

Peminat: Pelik la plak aku rasa. Maya karin yg dh mengjangkau usia 30 tahun, bawak watak seorang kanak2 berusia 13 tahun. sampai skrg aku pelik, atas dasar apa maya karin dipilih mendokong watak natrah.? pelik bin ajaib....tak sesuai langsung... takde ke pelakon2 yg lebih sesuai pegang watak natrah tu..remaja2 belasan tahun...aku rasa berlambak je....

nak kata maya karin nampak kematsallehan, tak pun...kulit dia gelap je... mcm mana la gayanya maya karin yg dh nak masuk era 30 an tu, jadik budak umur 13 tahun..

Suami dan Anak Siti Shahrizah

Puteri sulung yang dilahirkan selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga dengan Mohd Silahuddin, Nur Eishal diperkenalkan kepada rakan media di Hotel Crown Plaza, Kuala Lumpur, baru-baru ini oleh Eja. Selain daripada itu juga Eja juga telah membuat pengumuman dengan mengatakan telah menjadi duta produk kecantikan dan pelangsingan badan, Bio Essence sejak November lalu dan juga melakonkan drama 'Tasbih Cinta' di Mekah hasil produksi, Erma Fatima.

Azza Elite Baru Buang 'Benda'

Saya dipaksa untuk berubat dan dimandikan di sungai yang mengalir terus untuk membuang gangguan dari individu yang mahu melumpuhkan kerjaya seni saya. Benda itu ditanam di pangkal pokok berhampiran rumah saya dan Alhamdulillah semua gangguan itu berkurangan setelah saya mengikut saranan ahli keluarga dan kekasih untuk berubat!
Itulah pengakuan penyanyi, pelakon dan pengacara Azzarima atau Azza, 32, mengenai penyakit misteri yang pernah dihidapinya dulu. Akibat daripada gangguan yang diterima, Azza mengakui berat badannya semakin susut dan dirinya menjadi tidak terurus hinggakan kerjaya seninya terjejas.

Bagaimanapun keadaannya semakin beransur pulih dan enggan mengimbas kembali peristiwa itu kerana yakin semua yang berlaku ada hikmahnya tersendiri. Tambahan pula berkat sokongan dari si dia tersayang membuatkan hari-hari Azza menjadi semakin bermakna. Apa yang pasti, wajah Azza kelihatan berseri-seri apabila ditemani buah hati tersayang ketika menghadiri majlis ulang tahun penghibur, Roslan Shah, di Restoran Cherana Selasa lalu.

Siti Nurhaliza belum ada Plan Mahu Anak

Jumaat, 4 Disember 2009

Dalam tidak disangka-sangka, maka terjawablah isu hangat kepada soal anak yang melibatkan artis nombor satu negara, Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk K di Indonesia baru-baru ini. Siti Nurhaliza yang di temui di dada-dada media Indonesia di Kota Jakarta Selatan baru-baru ini sempat ditanyakan oleh beberapa media yang bertanyakan tentang kesediaan untuk memiliki anak kandung sendiri pada masa kini.

“Siti Nurhaliza berkata anak rezeki aturan Allah dan jika betul mahukan anak, Datuk K sudah pun mempunyai anak sendiri. Sekarang ini sebenarnya masih sibuk dengan kerjaya dan profession masing-masing, kalau kerja sudah selesai dan sukses, baru kami fikirkan tentang anak”, tambah Siti Nurhaliza yang berada di Indonesia atas jadual kerja yang padat.s

Scha al Yahya di Majalah Remaja

Nama sahaja kita dah tahu, Majalah Remaja yang berkonsepkan keremajaan. Namun yang menjadi icon pada muka hadapannya Scha yang berpakaian medium seksi. Mungkin bayaran yang diterima Scha lumayan, walaupun dia menyedari, dia dah bukan remaja lagi dah, dia dah jadi belia muda mudi. Selain daripada itu, motif dan isi majalah ini kebanyakkannya berunsurkan sosial daripada mendidik kalangan remaja, bukan penulis nak pertikaikan anda supaya tidak beli, tapi beli lah kalau terasa sangat2 bosan. hikhik.

Norman, Memey di WHI

Kelmarin di rancangan Wanita Hari Ini, pelakon sensasi dan kontroversi Norman Hakim dan Memey telah dijemput ke sana bagi menjadi tetamu jemputan bersempena tajuk 'Skandal @ Cinta'. Tidak diketahui motif kenapa mereka berdua yang dipilih, sedangkan penulis percaya ramai yang membenci mereka berdua ni daripada menyokong. Penampilan Memey di WHI memang agak 'control', rambutnya yang baru itu lebih moden berbanding yang dahulu.

Natasha Hudson pakai baju Ziana Zain

Memang lucu dan menarik ni. Natasha Hudson pakai baju Ziana Zain, ketika Ziana Zain waktu itu menyertai Juara Lagu. Mungkin mereka berdua ni mempunyai syarikat sponser yang sama dan disebabkan itulah baju yang dipakai mereka berdua cuma di recycle daripada membazir untuk dibeli dengan memakainya cuma sehari. Baju ni memang menarik, mungkin siapa yang memakainya akan lebih cun. Bagi anda siapa lebih cun diantara mereka berdua ni?

Esma Daniel Pukul Putri

Khamis, 3 Disember 2009

Pelakon sensasi, Esma Daniel kini melakonkan watak dalam filem Santau yang tidak lama lagi akan ditayangkan. Namun dalam pembuatan filem berkenaan, Esma secara tidak sengaja pukul Putri (pelakon Santau). Berkemungkinan dirasuk oleh semangat jahat kot. Kasihan putri sampai pengsan dibuatnya dengan penangan dari Esma. Sob3. Tapi siapa Putri ni?

"Bukan saya sengaja nak pukul dia masa babak tu, tapi entah kenapa saya macam di luar kesedaran masa tu. Saya hanya berhenti bila Lisdawati dan Zul sedarkan saya suruh berhenti sebab Putri sudah pengsan ketika itu.
"Dekat setengah jam juga dia pengsan. Tak tahu kenapa saya tak boleh nak control diri dan memang saya rasa bersalah sangat sebab over acting." ujar peneraju utama Santau, Esma Daniel.

Rashid Sibir VS Jinggo (suami Sheila Rusly)

Peminat : Aku bukan la peminat tegar drama2 melayu kat tv.. Tapi bile anak2 dara suker tengok, aku pun terikut2 sekali la tengok... yang aku nampak beza sgt kualiti drama2 ni bergantung kepada pengarahnya... kalau Jinggo punyer drama.. memang padat pengisiannya.. plot2 nyer pun tersusun compare pada rashid sibir punya drama macam x cukup garam la... banyak yg kurang.. even dier punya line up actor & actress sume superb dan ader name.. what do u all think.?

Islamic Fashion Festival 2009

Satu acara majlis peragaan busana muslimah, Islamic Fashion Festival, Kuala Lumpur - Jakarta yang diadakan baru-baru ini yang juga turut dihadiri oleh ramai tetamu kenamaan dan juga tidak melepaskan peluang selebriti Malaysia. Selebriti dari Malaysia yang turut datang adalah, Wardina, Ekin, Aien, Vie dan lain-lainnya. Sungguh anggun dan menarik pakaian yang dipakai oleh mereka. Berwarna warni berseri-seri tanda indahnya srikandi wanita Islam. Tapi semua dah berpunya dah.

Kanak-kanak takut akan Diana Rafar

Kesian pelakon Diana Rafar. Gara-gara lakonan menjadinya dalam drama seram Nenek Kebaya di TV3, dia ditakuti oleh kanak-kanak. Apabila dia ingin mendekati mereka, kanak-kanak menjauhkan diri kerana bimbang dengan kejahatan yang mungkin ditimpa ke atas mereka. Mereka sebenarnya terbawa-bawa watak Shamsiah lakonannya dalam drama itu.

Dalam drama Nenek Kebaya, watak Samsiah dimasuki roh jahat untuk membalas dendam membunuh keturunan suaminya. Watak itu juga digambarkan mempunyai kuasa sihir jahat menjadikan seseorang jatuh sakit dan sebagainya.Nampaknya lakonan Diana menjadi kalau boleh membuatkan Diana ditakuti di luar skrin. Itu tandanya lakonan Diana berkesan.

Agaknya sebab Diana belum lagi mendukung bayi. Kalau Diana dukung bayi agaknya mereka tak akan takut lagi sebab mereka nampak bayi selamat bersama Diana.

Posing Seksi Farah Alya,

Rabu, 2 Disember 2009

Kenal tak dengan Pelakon Farah Alya, ala yang berlakon dalam Drama Tari Tirana, yang dilakonkan juga oleh, Wan Sharmila dan Shaz Jazle. Memang sungguh hazab posingan Farah berkenaan di dalam sebuah majalah yang kurang dikenali identitinya. Memang sungguh berbisa segelintir pelakon atau artis baru zaman sekarang, mahu cepat popular dan terkenal, ambil jalan singkat, posing seksi dan mengancam. Rating pun naik lah juga, apa-apa pun rezeki masing-masing yang penting halal.

Nurul Kahwin Bulan Disember 2009?

Sejak bercerai, nama Nurul atau nama betulnya, Nurul Abdul Wahab tetap popular malah asyik terkena tempias gosip. Dulu cinta Nurul dengan anak seorang usahawan wanita pernah tergendala gara-gara tidak mendapat restu dan sekarang pula timbul lagi gosip Nurul bercinta dengan seorang VIP bukan Melayu.

Itu adalah adat biasa kalau artis perempuan kembali solo atau dalam bahasa direct, menjanda. Tambah-tambah pula dengan imej yang seksi, makin ramai lelaki cuba himpit Nurul. Tapi Nurul tidak mahu cepat kelabu mata kerana untuk berkahwin lagi sebab dia kena buat pilihan yang teliti. Tapi jangan terlalu sangat memilih Nurul, nanti melepas pulak.

Dalam laman Facebook, Nurul sendiri ada memberikan gambaran yang dia akan membuat satu pengumuman besar. Khabarnya, ada satu rahsia yang sedang disimpan Nurul dan dia berjanji akan memberitahunya tidak lama lagi. Adakah ia tentang tarikh perkahwinannya sebab ada orang cakap Nurul akan kahwin lagi Disember ini.

Farawahida yang berwajah baru

Dalam majalah Eh! keluaran baru-baru ini, cover depan bagi majalah berkenaan di paparkan penyanyi kontroversi yang pernah digosipkan dengan komposer terkenal, Farawahida. Namun kali ini penampilannya lebih fresh, lebih bergaya, lebih muda, lebih sopan dan lebih-lebih lagi kot. Memang pengalaman dahulu, menjadikan Farawahida lebih banyak berubah dan berani dalam menempuh arus bidang seni. Nantikan kemunculan Farawahida dengan yang lebih panas~

Liyana Jasmay di Hard Rock Cafe

Memang bersemangat wajah betul melihat pelakon dan juga penyanyi muda Liyana Jasmay yang telah menyampaikan dan seterusnya menyanyikan album single pertama Aku Tak Percaya Cinta di Hard Rock Cafe di ibu negara. Disamping itu Liyana juga berkesempatan untuk melancarkan album single keduanya berjudul Aku Jatuh Cinta. Ei, memang Liyana Jasmay gemar lagu-lagu cinta erk, bila nak dapatkan kekasih pulak.

Natasha Hudson Sah Cerai

Selasa, 1 Disember 2009

Dalam keluaran akhbar Berita Harian baru-baru ini, Natasha Hudson dikhabarkan telah sah bercerai dengan bekas suaminya, Datuk Shahrin Zahari. Katanya lagi mereka tiada persefahaman lagi di dalam rumah tangga. Mereka yang dihijab kabulkan pada Ogos 2007 yang lalu telah dikurniakan seorang cahaya mata. Natasha Hudson juga sebelum itu pernah berkahwin dengan seorang lelaki bernama, Mohd. Faiz Datuk Mohd. Raih dan perkahwinan itu juga gagal. Apa dah, berapa banyak mo kawen da.

Seksinya Aleeza Kassim

Makin lama makin menyeksi pula Aleeza Kassim ni. Drama dan filem kurang dilakonkan, namun konsep peragaan banyak pula dirinya menonjol. Menonjol dengan pakaian beradatkan ketimuran tidak menjadi masalah bagi mana-mana pihak, tapi Aleeza memang sungguh berani mengenakan pakaian hazab da dengan bertemankan kawan-kawannya di salah sebuah majlis yang kurang jelas infonya.

AC Mizal, Hans Isaac perang dingin

Ada keratan akhbar baru-baru ini mengatakan yang dua pelakon hebat, Ac Mizal dan Hans Isaac telah perang dingin mean bergaduh kecil. Namun tidak dipastikan apa penyebab berlakunya perang dingin berkenaan. Kata Hans Isaac cuma salah faham kecil-kecilan sahaja. Pada mulanya, ketika di Istana Budaya mereka berdua berjumpa. Namun ada babak yang Hans Isaac mengatakan kepada Ac Mizal "tidak boleh.."

Secara tidak langsung AC Mizal pun terasa dalam hatinya. Pada hakikatnya bukan Hans yang tidak beri, staf di Istana Budaya yang tidak membenarkan. Jadi AC pun melentinglah. Tapi tidak tahu lah kesudahan perang dingin ini. Mungkin pihak mereka berdua harus menjelaskannya dengan lebih terperinci. Jangan gaduh-gaduh macam budak-budak dah lah. Ngeh3.

Eksklusif : Video Nik Aziz Doakan Najib

Masuk ke ruang politik sebentar, mengenai isu panas yang sedang bergolak masa ini. Apa nak jadi dengan kepimpinan Islam sekarang ni. Saling sudah menunjukkan 'hero' dengan mendoakan kecelakaan kepimpinan tertinggi negara yang aman dan damai ini. Begitulah yang berlaku diantara Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz yang mendoakan kecelakaan Datuk Seri Najib Tun Razak (1.15). Sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri pun tidak pernah mendoakan kecelakaan orang apatahlagi Abu Lahab sejahat-jahat musuh Nabi. Kata korang pula?