Nurul Kahwin Bulan Disember 2009?

Pada: Rabu, 2 Disember 2009
Sejak bercerai, nama Nurul atau nama betulnya, Nurul Abdul Wahab tetap popular malah asyik terkena tempias gosip. Dulu cinta Nurul dengan anak seorang usahawan wanita pernah tergendala gara-gara tidak mendapat restu dan sekarang pula timbul lagi gosip Nurul bercinta dengan seorang VIP bukan Melayu.

Itu adalah adat biasa kalau artis perempuan kembali solo atau dalam bahasa direct, menjanda. Tambah-tambah pula dengan imej yang seksi, makin ramai lelaki cuba himpit Nurul. Tapi Nurul tidak mahu cepat kelabu mata kerana untuk berkahwin lagi sebab dia kena buat pilihan yang teliti. Tapi jangan terlalu sangat memilih Nurul, nanti melepas pulak.

Dalam laman Facebook, Nurul sendiri ada memberikan gambaran yang dia akan membuat satu pengumuman besar. Khabarnya, ada satu rahsia yang sedang disimpan Nurul dan dia berjanji akan memberitahunya tidak lama lagi. Adakah ia tentang tarikh perkahwinannya sebab ada orang cakap Nurul akan kahwin lagi Disember ini.

Tag : , , ,