Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Michelle Melodi Dengan Kekasih

Rabu, 9 September 2009

Michelle memang terkenal di rancangan Melodi TV3. Gaya dan pertuturannya nampak professional dan berbakat dalam bidang pengacaraan. Namun disebalik itu, dia juga kelihatan seorang yang sosial. Ini terbukti apabila dia menayangkan gambar dirinya dengan orang yang diklaim kekasihnya (pengacara Remaja) dengan penuh kemesraan dan belaian kasih. Anda saksikan gelagat mereka berdua ini.

Wartawan Zubir Disimbah Cat

Wartawan sisipan hiburan B*Pop aka Berita Minggu, Zubir Md Yunos, 38, yang menjadi mangsa simbah cat dan campakan bangkai ayam pada hari Isnin (7/9), merasakan tidak pernah menyimpan dendam terhadap orang yang bertanggung jawab melakukan tindakan yang keterlaluan itu. Malah kata Zubir, dia tidak pernah menggunakan khidmat Ah Long dalam membuat pinjaman. Bagi Zubir ini adalah pengalaman yang tidak akan dilupakan bagi dirinya dalam menjadi salah seorang pengossip artis. Bawak2 bersabar lah Zubir oi..

Ciuman Panas Aliff Aziz

Segelintir artis zaman sekarang ni, makin bebas dan liar. Lebih-lebih lagi artis berstatus remaja. Melalui gambar di bawah ini, maka terserlahlah betapa sosialnya seorang artis bernama Aliff Aziz atau kembar Aliff Aziz. Memang tidak dapat diduga, betapa ghairahnya ciumannya yang diberikan. Melambangkan tiada sempadan diantara Agama dan kebebasan. Semuanya nak yang segera-segera, kalau dah kemaruk sangat soal seks, diwajibkan untuk berkahwin sahaja, takut menjerumus kepada penzinaan. Nauzubillah..

Nashrin Mystarz LG dengan Kekasih

Kenal finalist MyStarz LG musim ke-2 yang lalu lagi tak?. Mesti kenal lagi kan, kalau tak kenal, buat-buat kenal jerk ler. Hehe. Disini tiada perkembangan kerjaya nya yang boleh dikongsi, namun 'kerjaya' percintaannya mungkin boleh dikongsi sedikit. Di bawah ni kononya dikatakan Nashrin bersama kekasihnya (hasil kongsian seorang pengirim mail), mungkin orang Penang juga lah tue kot. Gambar tidak lah semesra yang disangka, cuma berdekat-dekatan jerk possing amik gambar. Ngeh3.

Ashraff Muslim Beraya di Mekah

Selasa, 8 September 2009

Ashraff Muslim sekarang sedang mengerjakan umrah dan ziarah di Mekah dan Madinah. Ashraff bukan sahaja boleh merasai nikmat berpuasa di tanah suci yang dipenuhi manusia dari seluruh dunia, malah dia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti di sana.Ashraff akui sejak kecil lagi sudah menyimpan hasrat untuk ke Mekah. Kini apa yang diidamkannya sudah menjadi kenyataan.

"Alhamdulillah apabila ada rakan yang tahu saya ingin ke tanah suci, mereka turut memberi panduan kepada saya agar tidak menghadapai masalah semasa di sana," kata Ashraff kepada Mangga Online beberapa hari sebelum berangkat.
Ashraff berangkat ke Madinah dahulu pada 6 September lalu. Setelah beberapa hari menziarah makam Nabi Muhammad S.A.W di Masjid Nabawi dan tempat-tempat bersejarah di Madinah, Ashraff dan rombongan Andalusia Travel ke Mekah pula untuk mengerjakan umrah.

Bila Azwan Ali Soal Nabil

Dalam rancangan AC Sempoi yang sudah-sudah, adalah kena jemput dua artis ni, si Nabil Raja Lawak dan Azwan Ali (Diva No. 1 dari belakang). Diberi kesempatan Azwan Ali untuk menyoal Nabil, alangkah terkezutnya apabila soalan yang dikeluarkan adalah soalan yang berkaitan peluk Irma Hasmie sewaktu ABPBH yang lalu. Soalan macam ok jer pada mulanya, tapi selepas itu macam menyindir dan jelous rasanya Azwan Ali. Tapi begitulah artis, saling bermesra-mesra dan berlawak-lawak. Dan mungkin tiada yang sakit menyakiti hati, tapi bila tengok Azwan Ali tu yang sakit hati. Ngeh3.

Keluarga Din Ismail Hidup Susah

Siapa sangka selepas pemergian Allahyarham Ismail Din - pelakon Anak Mami The Movie, Mami Jarum dan Pondok Buruk- seramai 3 daripada 5 anaknya bersama seorang balu, kini terpaksa menerima bantuan daripada rumah kebajikan. Kesempitan hidup mereka telah terbongkar apabila - Yok Sahur 2 - telah singgah di lokasi kedua iaitu di Rumah Perlindungan Rahoma Darul Fakir, di Taman Melati, di sini, tengah malam Jumaat dan awal pagi Sabtu lalu.

Mendedahkan perkara ini, balu Allahyarham, Siti Zubaidah Abidin, berkata itulah hakikat kehidupan yang terpaksa mereka tempuhi selepas Ismai meninggal secara mengejut di Kota Makkah, kira-kira 4 tahun lalu

"Selepas mendapat tahu tentang kematian suami saya pada 5 Oktober 2005, dunia saya terasa gelap gelita. Memikirkan saya tidak pernah bekerja dan terpaksa menyara anak-anak yang masih bersekolah, perasaan saya berkecamuk pada mulanya. Susah untuk menyelesaikan pelbagai perkara seorang diri.
"Lalu saya mula meminta bantuan daripada badan-badan kebajikan sambil bekerja keras menjual kuih asalkan kehidupan 5 anak saya terjaga. Bagi saya apa yang paling penting ialah pendidikan. Malah itulah yang dipesan oleh arwah kepada saya dan anak-anak ketika dia masa hidupnya. Arwah seboleh-bolehnya tidak mahu anak-anak menjadi orang seni dan utamakan pengajian terlebih dahulu," katanya.
Selain Zubaidah, 3 anaknya yang masih menerima bantuan daripada Rumah Perlindungan Rahoma adalah Muhammad Saifullah, 16; Muhammad Maqiuddin, 12, serta Muhammad Zaqiuddin, 8. Malah anaknya yang bongsu itu sangat comel dan bersikap agak pendiam.

Kata Zubaidah lagi, sejak pemergian Ismail, mereka sekeluarga tidak lagi dapat pulang beraya di kampung. Banyak lagi perkara penting yang perlu diutamakan kerana tidak mempunyai cukup wang.
"Memang susah untuk menguruskan keluarga tanpa suami. Bagaimanapun, hidup tetap diteruskan. Saya sering nasihatkan anak-anak jangan rasa tersisih walaupun mereka tiada ayah," kata Zubaidah.
Namun 2 anaknya yang pertama, Syuja'auddin, 20, dan Thohiratun, 19, sedang menuntut di pusat pengajian tinggi dan mendapat bantuan pihak yang terbabit. Ismail telah meninggal dunia ketika mengerjakan umrah di Makkah pada bulan Ramadan 2005. Ismail berasal dari Jalan Langgar, Alor Star, Kedah dan cukup dikenali dengan lakonan komedi dan banyak berlakon dengan syarikat Metrowealth Movies dan dibimbing oleh pengarah Profesor Madya A Razak Mohaideen. -Murai

Rozita Che Wan Pergi Mekah

Rozita Che Wan kini sedang berada di Mekah kerana mengerjakan umrah. Dia berangkat pada 29 Ogos lalu dan dijangka pulang pada 15 September ini. Pemergiannya ke Tanah Suci merupakan kali kedua. Kali pertama dia menjejakkan kaki ke bumi para ambia itu enam tahun yang lalu.

Bersyukur dengan rezeki yang datang melimpah ruah, Rozita sebenarnya ingin merasai nikmat berpuasa dan mengerjakan ibadat di Mekah pada bulan Ramadan. Ditemani ibu tersayang, harapan wanita yang suka disapa dengan panggilan Ita ini ialah satu supaya dia mendapat rahmat dan ketenangan ketika beribadat.
“Saya selalu mendengar cerita keseronokan menyambut Ramadan di Tanah Suci dan memang bercita-cita untuk meraikannya pada bulan mulia ini. Syukurlah saya dapat menunaikannya juga bersama ibu tersayang,” katanya yang akan pulang lima hari sebelum menyambut Aidilfitri.
Kehadiran Syawal yang bakal menjelang sememangnya memberi makna bernilai buatnya. Setiap kali hadirnya Syawal, Rozita akan pastikan dia dapat pulang beraya di kampung. Setahun sekali pulang, tentulah masa yang terluang itu digunakan sepenuhnya untuk bersama orang tersayang.

Bell Ngasri Bakal Dapat Anak Kedua

Isnin, 7 September 2009

Misha Omar Nampak Pusat

Misha Omar sebenarnya seorang artis yang terkenal dengan sopan santun. Cuma sedikit sopannya hilang ketika berada di atas pentas. Mungkin kerana strateginya mahu menghiburkan peminat. Dalam tidak disangka, baju singkat yang dipakai oleh Misha, ternampak pusatnya. Ketika mana dia memberi tanda hormat kepada peminatnya, dan adalah juru kamera ni, panda amik kesempatan sedikit. Kepada yang posa, jangan tengok gambar nie erk. Ngeh3.

Anak Kembar Sharifah Aleeya

Deejay Radio Hot FM dan dahulunya seorang pelakon, Sharifah Aleeya yang selamat melahirkan anak kembar beberapa bulan lalu, kelihatan ceria dan gembira di bulan Ramadhan dengan datangnya Aza Ameena and Asha Ameena Ashraf. Anak kembar Sharifah Aleeya ini seberat 1.71 kg bagi Aza dan Kakaknya, Asha seberat sekitar 1.98 kg. Dengan kelahiran anak kembar ini diharap rumahtangga Sharifah berkekalan hinggan ke akhir hayat.

Sharifah Amani, Gavin Bercinta

Pendedahan ini di buat Sharifah Amani sendiri, menurut laporan Harian Metro edisi 6 September 2009 - 'Amani pilih mat saleh'. Bibit-bibit percintaan mereka bermula ketika penggambaran filem epik 'Hikayat Merong Mahawangsa' terbitan KRU Studios. Gavin Stenhouse memainkan watak Putera Roman sementara Nani pula bertugas sebagai pembantu pengarah lagak ngeri.

Nampak gayanya, Gavin benar-benar serius untuk mempelajari tentang agama Islam dan budaya Melayu apabila di kongsi Nani yang jejaka Scottish-Welsh itu belum lagi gagal berpuasa. Malah dia akan bersama Nani sekeluarga menyambut Hari Raya. Sudah ditempah pun sepasang baju Melayu.

Rusdi Ramli, Shahizey Sam berebutkan Jue Aziz

Ahad, 6 September 2009

Terpesona! aduh duh duh duh! aku tlah jatuh cinta kat Jue Aziz minggu lepas! Segalanya selepas aku nonton drama khas TV3 tajuk Intan cinta ....apa ntah aku dah lupa, tapi dalam drama tu ada Rushdi Ramli ngan Sam adik Zizie izette tu.....dua dua berebutkan adik angkat sendiri, lakonan Jue Aziz yang sungguh menawan, bertudung, ayu dan anggun! aku layan drama tu sampai habis! patutlah Rushdi Ramli dan Shahizie Sam berebutkan Jue Aziz! Mulai sekarang, aku nak letakkan Jue Aziz sebagai pelakon wanita bakal menggegarkan industri filem suatu hari nanti!

Tahniah Jue Aziz, wajah mu ayu....menawan tak jemu aku pandang terutama bila dia pakai tudung dalam drama tu! Semoga Jue Aziz terus berjaya di persada dunia lakonan! korang tengok tak drama tu...best gilerrrrr! tajuknya....apa tah tapi tayang malam hari Merdeka lepas.....harap ada ulang tayang lah! -Peminat

Stacy Suka Kanak-Kanak

Walaupun Stacy dari segi perwatakkannya di atas pentas agak lincah dan bertenaga, mungkin kita tidak tahu, Stacy ada sifat sayangkan kanak-kanak. Ini terbukti apabila dia bermain dengan anak pasangan artis juga, Sabrina Ali Dad Khan dan Shahrin Mohd Abdul Halim. Nama kanak-kanak bertuah berkenaan adalah Ariyana, berumur 2 tahun. Kalau Stacy tak suka kanak-kanak, dah lama dia kebas peniup belon buih dari Ariyana ni (gambar di bawah). Ngeh3..