Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Amylea AF dari gemuk ke ramping.. ini rahsianya.. (12 gambar perubahan)

Khamis, 14 September 2017


Amylea Azizan dari fanalis Akademi Fantasia ke-3 kini membuat kejutan apabila berat badannya dari 61kg ke 53kg.

Melalui sebuah posting di Facebook, Amylea memberitahu oleh kerana dia mempunyai ketinggian 149 cm / 4’11, berat badannya perlu hanya sekitar 42kg.

Walaupun belum mencapai tahap tersebut namun dia masih berusaha untuk menurunkan sehingga 47kg.

Video Fouziah Gous terlompat-lompat ketika sarat mengandung!

Rabu, 13 September 2017



Fouziah Gous kini hamil anak ke-2 nya. Namun kehamilannya bukan buat dia berehat malah semakin aktif dengan senamannya. Video yang dimuatnaik Fouziah mengundang padah apabila dia kelihatan melompat-lompat di gym dengan sarat mengandung itu.

Ramai yang beranggapan ianya terlalu bahaya dan boleh menganggu anak dalam kandungan. Ada juga yang beranggapan Fouziah mungkin tahu apa yang dilakukannya dan sentiasa berhati-hati dengan setiap langkahnya.

Diana Danielle singkirkan Fattah Amin!

Khamis, 17 Ogos 2017


Diana Danielle berjaya peroleh tempat keempat dalam perlumbaan GAZOO Racing Malaysia (GRM) yang berlangsung di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang pada Ahad lalu.

Lebih mantap, dia berjaya menyingkirkan Fattah Amin dan Janna Nick, masing-masing di tangga ke-6 dan ke-9.

Terdahulu, Diana menerima sijil daripada Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bulan lalu selepas menjalani kelas perlumbaan kereta selama tiga bulan.

Sementara itu, Shukri Yahaya juga turut memuat naik fotonya membawa pulang trofi kemenangannya.

Hobi baru Siti Nurhaliza, mengejutkan...

Isnin, 15 Mei 2017

Wah bukan main aktif lagi sebenarnya Datuk Siti Nurhaliza ni, semakin lama semakin menjaga kesihatannya. Aktiviti yang dilakukan Siti cukup lasak dengan berbasikal. Jom tengok bagaimana profesionalnya Siti bersukan basikal ini.

Gambar main futsal bersama Neelofa, Fattah jadi perhatian..

Isnin, 28 November 2016


Bukan main mesra lagi Neelofa dengan Fattah Amin ni sekarang, walaupun bukan di dalam set drama, di luar juga mereka memang akrab. Namun sejauh mana hubungan mereka ini, cuma mereka sahaja yang mengetahuinya. Macam bercinta atau tidak, itu hak mereka, kita sebagai peminat seharusnya rasa gembira melihat pasangan ini bersama.

Wak Doyok buat aksi lagak ngeri yang korang tak boleh tengok (video)

Selasa, 4 Oktober 2016

Agak kurang dipastikan siapa dalam video ini, ramai yang tak percaya jika ini adalah pereka fesyen, Wak Doyok, memandangkan dia yang memuatnaik video ini di bandar Melbourne, Australia baru-baru ini.

Namun tindakan seperti ini memang cukup berani oleh seseorang yang tak boleh ditiru oleh sesiapa.

Korang kalau tengok pasti berderau darah mengalir, dan kaki akan berpeluh. Percaya lah. Haha.

Lana Nordin dikecam hina Lee Chong Wei (3 gambar)

Rabu, 24 Ogos 2016

Semenjak kekalahan atlet Malaysia dalam final Badminton di Sukan Olimpik minggu lepas, media tempatan seperti Berita Harian dan Kosmo mendapat kecaman netizen kerana tajuk akhbar mereka yang seakan-akan merendahkan pencapaian atlet Badminton negara.

Kali ini Lana Noordin pula menjadi bahan kecaman kerana mengubah nama Dato' Lee Chong Wei kepada Loser Chong Wei dalam satu tweetnya. Tetapi respon salah seorang netizen pada tweet Lana itu cukup menggelikan hati ramai pemerhati.

Apa yang tak kena dengan Siti Saleha ni? (3 gambar)

Jumaat, 1 Julai 2016


Ni lah padah apabila tidak berhati-hati memuatnaik gambar di laman Instagram, kadang lebih banyak kecaman dan kritikan daripada komen membina.

Terbaru Siti Saleha ada memuatnaik gambar dia berpakaian sukan di kedai sukan untuk mempromosikan barangan sukan jenama terkenal.

Gambar berkenaan dikatakan agak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badannya dengan jelas sehingga menimbulkan banyak reaksi peminatnya memandangkan Saleha memuatnaiknya pada bulan Ramadan.

Umie Aida buat terjunan payung terjun, adakah berjaya? (8 gambar)

Khamis, 7 Januari 2016


Umie Aida dan rakan-rakannya telah mengambil kesempatan untuk mencuba sukan ekstrem terjunan dari kapal terbang ketika bercuti di Sydney, Australia baru-baru ini. Rupa-rupanya ini kali kedua Umie beraksi dari paras 14 ribu kaki.

Almy Nadia dah langsing.. Wuyoo (2 gambar)

Ahad, 11 Oktober 2015

Selepas kahwin dulu, Almy Nadia dikatakan mengalami berat badan, dan ramai yang perasan akan hal itu. Namun baru-baru ini Almy sekarang makin slim aka langsing.

Ini sendiri dipuji oleh rakan-rakannya di laman sosial. Tak dipastikan apa tips sebenar Almy ini, makan ubat? bersenam? diet seimbang? ha korang rasa apa. :)

Shuib Sepahtu mahu jadi abang sado! (3 gambar)

Jumaat, 9 Oktober 2015

Wah kini Shuib Sepahtu dah nak makin sado. Dengarnya perubahan itu dilakukannya setelah 2 bulan bekerja keras ke gym untuk menjadikan badanya berketul dan berurat.

Lihatlah pemakanan sahaja. Rasanya untuk Shuib je ni kot. hihi.

Agnes Monica tayang pehanya yang hot.. (6 gambar)

Khamis, 30 Julai 2015

Wah penyanyi Agnes Monica menayangkan pehanya yang dikatakan peha untuk atlit dan ahli bina badan, 'peha kekar' orang menyebutnya. Rasa-rasanya agak kedudukan Sharifah Sakinah bakal terancam ke tak ek. Hehe.

Pakaian Jubah Yatt dikritik ketika main boling! (gambar)

Jumaat, 29 Mei 2015


Agak menyedihkan apabila Yatt Hamzah telah dikritik kerana berpakaian jubah ketika bermain bowling. Kerana tidak bersesuaian dan tepat pada waktu dan tempatnya.

Ada juga pihak yang memberikan pandangan positif mengenai hal itu.

Buat admin, tidak menjadi kesalahan buat Yatt memakai pakaian berkenaan, jika dianggapnya selesa dan menjadi tuntutan agama, apa salahnya dia memakai pakaian seperti itu kan.

Wow bentuk badan Nabil Ahmad terkini! (2 gambar)

Isnin, 25 Mei 2015

Wah dengar khabar yang badan Nabil Ahmad kini dah sasah. Nak jadi bina badan yang sepertinya selebriti lain pun dah mula ke arah itu.

Bagi Nabil dia bukan nak menunjuk-nunjuk badannya yang baru dibina tu, tapi kawan-kawannya yang memuatnaik gambar bersama dia.

Bila Norman Hakim tayang bentuk badannya.. Aww (3 gambar)

Rabu, 8 April 2015

Wah bukan main lagi badan Norman Hakim sekarang ni. Mungkin dia dah nak mula membina badannya agar kelihatan lebih menarik dan menawan. Okey lah ni, sekurang-kurangnya menjaga kesihatan juga kan kalau hari-hari bersenam macam ni. keke..

Ini lah bakal suami Lana Nordin (2 gambar)

Khamis, 26 Mac 2015


Semalam Lana Nordin telah membuat sidang media untuk memperkenalkan suaminya dan tarikh perkahwinnya. Lana memeilih 15 Mei depan untuk bergelar isteri kepada pemain bola tampar Amerika Syarikat, David McKienzie.

Lana memberitahu yang dia dengan David berkenalan pada bulan Oktober 2014 yang lalu.

"Biarpun perkenalan kami singkat tetapi itu bukan soal utama kerana paling penting kami serasi dan paling penting dia memahami tentang Islam.

"Saya dan David mahu mempercepatkan perkahwinan ini kerana tidak mahu menunggu lama dan kami masing-masing pun sudah bersedia,"
Dalam pada itu, Lana memberitahu, David atau nama Islamnya Mohd Daud McKienzie, 35, memeluk agama Islam pada 5 Disember tahun lalu dan turut dibantu oleh rakan baiknya, pelakon Lisdawati. -petikan mStar

Sebenarnya Hanis Zalikha merupakan....

Jumaat, 23 Januari 2015

Sebenarnya Hanis Zalikha mempunyai minat sukan Taekwando la. Lihat sahaja tali pinggang dia, warna hitam tu. Bukan calang-calang kalau kena belasah. Hebat-hebat.

Mas Idayu, protege keluar bersama untuk.... (4 gambar)

Ahad, 7 Disember 2014

Selepas satu video viral yang kontroversi berlaku beberapa minggu lalu diantara Mas Idayu dengan seorang lelaki ketika pengambilan peserta protege untuk program Mentor yang lalu, kini Mas sudah mempunyai protagenya sendiri.

Yang paling menjadi tumpuan, Mas dikatakan telah meluangkan masa dengan protege nya itu untuk bersenam/berjogging.

Ini dibuatkan kemungkinan hendak menambahkan stamina, kekuatan dan mengeratkan hubungan diantara mentor dan protege.

Siti Nurhaliza bermandikan serbuk warna (14 gambar)

Khamis, 21 Ogos 2014

Cukup gembira dan ceria sekali melihat gelagat Dato' Siti Nurhaliza apabila bermandikan serbuk-serbuk pelbagai warna bersempena aktiviti riadah apabila dia dan rakan-rakannya yang lain turut menyertai larian ‘The Color Run’ pada Ahad lalu yang diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Walaupun sudah berusia, namun gelagat Dato' Siti ini cukup memperlihatkan dia kelihatan seperti seorang remaja yang begitu muda sekali.

Wow bentuk badan Agnes Monica! (7 gambar)

Rabu, 13 Ogos 2014

Bukan main lagi apabila melihat bentuk badan Agnes Monica ni, mengalahkan dan mencantas bentuk badan Sharifah Sakinah yang selama ini kita menyangka dia selebriti yang memiliki bentuk badan menarik.

Lihat Agnes, seorang yang rajin membentuk badannya dengan paling ketara bentuk badan perutnya, 6 pack gitu. Jadi macana Sharifah? boleh lawan ke?