Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Azlee dedah kenapa Senario belum 'terkubur' lagi..

Isnin, 6 Februari 2017

Kumpulan Senario mengakui bahawa kumpulan itu masih wujud dan mereka tidak pernah mengundurkan diri dari dunia hiburan tanah air.

Menurut pelawak Azlee berkata, ramai beranggapan bahawa kumpulan itu sudah berkubur kerana kewujudan mereka sudah tiada lagi di mana-mana rancangan sejak tidak bersama TV3 kira-kira tiga tahun lalu.

"Sebenarnya kumpulan kami masih wujud dan tidak menghilang dari dunia hiburan.

"Kami sebenarnya masih aktif namun mengakui sejak tidak lagi bersama TV3 kira-kira tiga tahun lalu tawaran yang diterima semakin berkurangan.

"Kumpulan Senario sudah bertapak selama 20 tahun dalam industri namun akibat daripada kekurangan tawaran kami dikatakan sudah berpisah sebenarnya perkara itu tidak betul.

"Senario sebenarnya masih ada seperti yang anda kenal dan kami tidak pernah mengundurkan diri cuma tidak banyak peluang yang kami dapat sejak tidak lagi bersama TV3," kata Azlee memetik AstroGempak.

Punca sebenar Saiful Apek enggan sertai MLM

Jumaat, 13 Februari 2015

Punca sebenar mengapa pelawak lagenda, Saiful Apek enggan menyertai MaharajaLawak Mega musim hadapan yang ditawarkan kepadanya walaupun program berkenaan memberikan hadiah cukup lumayan dalam sebuah pertandingan program realiti.
"Setiap tahun saya ditawarkan untuk menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega, namun saya menolak kerana merasai ia sudah tidak penting buat saya. Sebelum ini saya sudah beberapa kali menjadi juri pertandingan Raja Lawak dan kenapa pula saya mahu jadi peserta?

Lagi pula tiada apa lagi hendak di buktikan di pentas tersebut kerana sebelum ini saya sudah memeggang gelaran Artis Komedi Popular selama enam tahun berturut-turut... cukuplah tu,"
Saiful juga mengulas perbezaan pelawak sekarang dan dahulu ketika zaman-zaman Senario.
"Sekarang sangat berbeza. Semasa dengan Senario dulu... kami habiskan masa berbulan-bulan untuk buat album hingga ada tujuh buah album dan konsert sendiri untuk dapat hidup selesa.

"Sekarang buat show lima minit sahaja dah boleh dapat RM500,000. Namun, apa yang saya lihat jika cepat mereka meraih populariti, maka cepat juga akan dilupai," -Saiful Apek petikan portal mStar

gambar Yassin Senario kahwin

Isnin, 16 Mei 2011

Yassin Senario dikhabarkan kini dah berkahwin dengan seorang gadis pilihan hatinya. Sumber ini dipetik daripada laman blog gosip yang menyiarkan gambar pernikahan Yassin dan isterinya tu. Itulah jodoh Yassin ketika dia kini berusia 33 tahun. Walaupun berita ini belum lagi mendapat liputan media, namun kita ucapkan tahniahlah kepada Yassin yang selamat diijab kabulkan baru-baru ini. -gambar ZoomArtis





Lagi-lagi Yassin Senario positif dadah

Isnin, 26 Julai 2010

Bekas anggota kumpulan pelawak Senario, Yassin Yahya , ditahan polis kerana dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah, awal pagi Ahad kelmarin. Yassin ditahan di sebuah pusat hiburan di Sunway Piramid sekitar pukul 1 pagi. Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya juga menjalankan ujian air kencing kepada 30 orang awam lain yang berada di pusat hiburan itu.

"Tiga lelaki termasuk Yassin didapati positif dadah selepas ujian tersebut dilakukan. Ujian tersebut juga mendapati Yassin mengambil dadah jenis ganja, manakala dua orang lagi iaitu pengurusnya dan seorang ahli perniagaan dikesan mengambil dadah jenis ketamin," kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.
Tambahnya, kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya. -mStar

Saiful Apek direman polis miliki 40g Ganja

Isnin, 14 Jun 2010

Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek ditahan bersama lima rakannya ekoran dakwaan memiliki 40 gram dadah dipercayai ganja. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, mereka ditahan di rumah Saiful di Jalan PJS7 Subang Jaya di sini kira-kira pukul 10 malam semalam (12/6). Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Kesemua suspek akan direman selama empat hari bermula hari ini (13/6)" kata Zainal.
Gambar lama Apek dituduh hisap dadah

Senario Masih Lagi Bertahan

Isnin, 12 Oktober 2009

Biarpun negara melihat kemunculan pelawak baru, ia tidak pernah membunuh semangat Lan Pet Pet atau membuatkan dirinya berasa terancam. Malahan, hingga hari ini saham Lan Pet Pet atau Mazlan Ahmad serta 2 lagi anggota Senario, Azlee dan Wahid, tetap bertahan. Jika tidak masakan filem-filem lakonan mereka terus dihasilkan untuk tayangan layar perak.

Pejam celik pejam celik, penglibatan mereka kini sudah pun menjangkau 14 tahun dalam dunia komedi, sejak bakat masing-masing dicungkil menerusi pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan. Disatukan sebagai sebuah kumpulan pada tahun 1996, anggota asalnya terdiri daripada Azlee, Wahid, Ilya, Hamdan dan Lan Pet Pet. Walaupun ada anggota yang telah mengundur diri, nama Senario masih relevan dengan dunia hiburan. Kata Lan yang telah berumah tangga, dia tidak pernah melupakan niat asalnya yang ingin menjadi pelawak dan penghibur.

"Sejak di sekolah rendah lagi saya suka melawak. Perangai gila-gila saya sudah ada sejak dalam kelas hingga ke luar sekolah. Saya terfikir kalau berlawak tentu boleh dapat duit. Saya suka buat orang terhibur dan ketawa," kata bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim, Alor Setar, Kedah ini.
"Kami hargai David Teo (MIG) kerana terus beri kepercayaan untuk menebitkan filem kami. Kami terharu nama Senario masih mampu mengajak peminat ke panggung," katanya merujuk kepada kutipan Senario The Movie Episod 1 yang membolot RM4.5 Juta.
Dan kini selepas Senario The Movie Episod 1, filem Senario The Movie Episod 2 dan Zoo pula bakal ditayangkan tidak lama lagi. Terbarunya Senario The Movie Episod 3 akan memulakan penggambaran hujung tahun ini. Memang jelas itu semua rezeki Lan dan rakan-rakan Senario.