Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Naz mohon maaf!, rupanya ini yang dia ingin sampaikan...

Isnin, 18 September 2017


Pengacara TV3, Naz memohon maaf andai ada perkataan yang diluahkan di laman Twitter miliknya mengenai isu mati syahid menimbulkan perasaan kurang senang netizen.

Mmemetik portal mStarOnline, Naz apa yang diluahkannya itu bukan untuk mempertikaikan kenyataan 'mati syahid' tersebut.

Sebaliknya, dia mahu pihak yang menguruskan pusat pendidikan mengutamakan keselamatan pelajar dan tidak terlalu mudah memberi alasan bagi menutup sesuatu kejadian.

Erra Fazira temankan Engku Alessya di hari Sukan Sekolah (5 gambar)

Khamis, 24 Mac 2016

Nora Danish, Fasha Sandha bergambar bersama (5 gambar)

Jumaat, 19 Jun 2015

Nora Danish membuktikan hubungannya dengan Fasha Sandha kini semakin baik. Fasha sempat meluangkan masa apabila menghadiri anak lelakinya, Putra Rayqal Ramli, 6 tahun untuk temasya Sukan Sekolahnya.

Turut kelihatan Fasha Sandha serta Jejai yang bekas suami Nora dahulu. Mereka juga sempat ber selfie bersama di acara itu.

Ajak Shiro romantik juga orangnya.. cuba lihat.. (6 gambar)

Jumaat, 3 April 2015


Ingatkan pelawak ni tak romantik, tapi mereka jugalah orang-orang yang sering berkarya untuk jadi orang yang disayangi. Ajak Shiro telah meluahkan kata-kata manis kepada isterinya baru-baru ini bersempena hari jadi isterinya itu.

Siti Nurhaliza berpakaian sekolah sangat comel (10 gambar)

Isnin, 2 Februari 2015

Baru-baru ini Dato Siti Nurhaliza ada pergi satu majlis anjuran peminat Sitizone. Siti telah memakai pakaian ala baju pengawas sekolah atas tema 'Back to School' bersempena ulangtahun ke 11 penubuhan Sitizone.

Ragam-ragam anak artis ke sekolah (15 gambar)

Rabu, 14 Januari 2015

Sesi persekolahan yang bermula hari Isnin yang lalu, jom sergah mereka. Ada yang menangis ke tak..

Puteri Balqis enggan ke sekolah sebab..

Selasa, 13 Januari 2015

Pelakon kanak-kanak yang meningkat naik namanya, Aqish atau nama betulnya, Puteri Balqis difahamkan berhasrat tidak mahu bersekolah, bukan atas sebab popularitinya namun atas sebab pernah dibuli.

Balqis yang kini berusia 8 tahun mengakui, dia lebih selesa belajar di rumah dengan guru yang dibayar sendirinya sejak berusia 3 tahun lagi.

Sofi Jikan minta maaf sebab..

Rabu, 11 Jun 2014

Sofi Jikan memohon maaf kepada junior-junior beliau di Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan kerana suata ketika dulu beliau pernah menjadi pembuli.

Berkongsi pengalaman peribadi beliau di Buletin Awani 745 baru-baru ini, Jikan akui lakonan watak jahatnya hidup kerana mempunyai pengalaman yang banyak ketika zaman sekolah.
“Saya paling kesal kerana tidak kenal junior-junior Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan. Saya nak minta maaf sekarang ini. Namun cara kita mengganas terkawal, tidak di luar batasan dan tidak masuk hospital.

“Kepada pembuli dan yang dibuli, pengalaman-pengalam itu bukan sejarah yang membunuh tapi menghidupkan kita”
Beliau juga bersyukur untuk memasuki industry perfileman yang membuat beliau menjadi lebih baik danbeliau juga mempunyai niat untuk memperbaiki diri. -petikan portal AstroAwani

Anak Ajai Dapat 8A PMR 2013

Jumaat, 20 Disember 2013

Tahinah kepada anak komposer terkenal, Ajai bernama Ayu Nazirah yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam.

Menurut laman sosial instagramnya itu, anaknya mendapatt 8A dalam semua mata pelajaran yang diambilnya.
@ ] ajai911 YND Alhamdullilh. Syukur. The biggest reward for my girl today Ayu Nazirah. Efforts and knowledge and now result in your hand. Now go and grab your 8A's and say Syukur Alhamdulillah upon Allah. Amin @ayu_ace @mrsajai75 @ae_territory @kal_azuan @baloqliat @arman_clc @alfializar5 20min

@ ] mrsajai75 Alhamdulillah Ayu Nazirah. May the success that has come your way today lead you to a bigger achievement in your life. Bravo to PMR scorer! @ayu_ace @ajai911 22min

Sharnaaz Jadi Pemotivasi Pelajar di Buli

Jumaat, 12 April 2013


Berita buli dan video buli di sekolah sekarang semakin membimbangkan, ada beberapa buah video telah dimuatnaik di dalam laman sosial dengan memaparkan aksi pembelasahan brutal oleh gengster sekolah.

Namun pihak PDRM dan KPM telah dikhabarkan telah dapat menyelesaikan sedikit sebanyak gejala samseng itu dengan tindakan membuang sekolah. Apalah perasan mak bapak dorang ni kan, mesti sedih dapat anak kelakuan macam ni, lepas ni mesti kena hantar ke pondok sekurang-kurangnya untuk menyedarkan mereka menjadi insan yang berguna.

Pelakon, Sharnaaz juga sedia membantu pelajar yang dibuli itu untuk memotivasikan mereka supaya bersemangat dalam belajar. Namun kenapa mesti Sharnaaz yang tampil dan bersuara? mana perginya artis yang lain? walaupun rekod Sharnaaz sebelum ini dengan bekas kekasihnya menampakkan dia seorang yang tidak bermotivasi namun tindakan dia kali ini adalah wajar mungkin dia sudah memahami keadaan dahulu dan sekarang dan membantu orang memahami lakonannya sebagai Lan Todak dalam filem Juvana yang mungkin disalah tafsir oleh golongan muda. Syabas! -gambar Cari.com.my

Najwa Latif Tumbuk Pelajar Lelaki!

Selasa, 26 Mac 2013

Itu dia Najwa Latif yang boleh dikatakan pandai menumbuk dengan rakan lelaki di sekolahnya. Bahkan ianya terjadi kerana ketidak puasan hati Najwa sendiri kepada pelajar lelaki berkenaan.

Bukan kerana Najwa seorang kaki pukul atau gangster sekolah tapi kerana kebenaran berada di pihaknya, dia menumbuk disebabkan pelajar lelaki berkenaan menunjukkan isyarat lucah kepadanya, lalu kena debomm lah oleh Najwa. Wajar kan tindakan Najwa ini. Namun itu semua menjadi kenangan dan iktibar untuk pelajar wanita lainnya.

Lain-lain mengenai Najwa ada dibawah ini memetik portal GUA:
  1. Sering mengigau ketika tidur. Sama ada tidur siang mahu pun malam.
  2. Fobia dengan eskalator sebab pernah berlaku insiden di mana selipar yang dipakainya terputus gara-gara tersangkut di eskalator. Najwa lebih selesa naik tangga atau naik lif.
  3. Seorang yang kuat makan. Tidak pernah risau tentang berat badan.
  4. Pernah menaiki bas dari Batu Pahat ke Kuala Lumpur dengan berbekalkan wang RM20 sahaja.
  5. Suka menghendap orang di laman sosial seperti di Instagram dan Twitter.
  6. Memiliki beberapa gajet seperti telefon bimbit Blackberry, Samsung SIII, PlayStation 3, DVD mudah alih dan IPod.
  7. Tidak suka makan ubat atau mengambil sebarang vitamin. Selalu kena paksa dengan pengurus supaya makan vitamin untuk elak kelesuan.
  8. Untuk menjaga suara, Najwa minum madu pada setiap pagi.
  9. Selepas setahun bergelar penyanyi, Najwa sudah mampu membeli sebuah kereta MyVi untuk kegunaan sendiri.
  10. Mempunyai dua barang yang sangat disayangi iaitu jam tangan berjenama Casio dan seutas gelang tangan yang terukir namanya.
  11. Tidak makan di restoran mamak. Biarpun perut terasa sangat lapar, Najwa tidak akan sesekali menjamu selera di restoran pilihan ramai ini.

Najwa Latif Dapat 4A SPM

Jumaat, 22 Mac 2013

Tahniah! dengar khabar penyanyi, Najwa Latif mendapat keputusan yang dianggap baik dalam SPM 2012 yang diumukan keputusannya semalam.

Najwa bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat dengan aliran sains mengambil sepuluh (10) subjek akhir SPM dengan mendapat 4A sedikit tersasar daripada targetnya untuk mendapat 6A sebelum ini. Lain-lain subjek tidak dapat diketahui apa keputusannya.

Namun Najwa tidak dapat menhadiri untuk mengambil keputusan SPM berkenaan.

Tengku Aleesya Go To School

Rabu, 20 Mac 2013

Gambar Tengku Aleesya lagi, takde gambar anak artis lain ke. Haha. Biarlah memang admin minat dan suka sangat tengok Aleesya anak Erra Fazira ni. Sangat manis dan pastinya ramai pelawat yang bersetuju untuk melihat perkembangan anak Erra ini.

Perkembangan terbaharu melalui Instagram Erra, dia menghantar Aleesya ke sekolah dengan berpakain seragam. Itulah yang diupdates oleh Erra sendiri
" Sending aleesya to school.. mom gonna mish u sayang "

Gambar Kembar Anak Sazzy Falak

Jumaat, 11 Januari 2013

Dah nak masuk usia dua tahun anak kembar kelahiran Sazzy Falak iaitu Iman Lilly dan Tiara Rose. Baru-baru ini Sazzy membawa anak-anaknya itu mengalami suasana sesi persekolahan dengan kanak-kanak yang lain.

Memang cukup menghiburkan sekali melihat gelagat mereka. Gambar itu dimuatnaik di dalam laman Instagram Sazzy baru-baru ini.

Gambar Nora Danish Pakai Baju Sekolah

Sabtu, 29 September 2012

Pasti seronok bila mengenang kembali waktu di persekolahan kita ketika rendah mahupun menengah. Dan memakai kembali baju sekolah kita yang sudah lama ditelan zaman. Namun bagi aktress, Nora Danish, saat yang tidak dapat dilupakan apabila dia kembali kepada zaman persekolahannya.

Ianya adalah babak-babak dalam drama/filem Lagenda Budak Hostel yang dalam proses pembikinan lagi. Apa-apa pun mari kita lihat adakah Nora sama seperti budak persekolahan lainnya atau tak. Enjoy.. -gambar Facebook Nora Danish

Zizan Raja Lawak ketika waktu sekolah

Khamis, 17 Mei 2012

Mari kita lihat gelagat dan kenangan Zizan Raja Lawak ketika dibangku sekolah menengah dahulu. Gambar ni diambil ketika Zizan mungkin tingkatan 5. 4 orang lagi kawannya itu mungkin cukup berbangga dengan prestasi Zizan saat ini, iyalah mana taknya kawan yang dianggap dahulu di sekolah sebagai biasa-biasa, kini 1 Malaysia sudah dikenali. Apa-apa pun, kenangan tetap kenangan, saat dibangku sekolah ada kenangan korang yang paling manis sekali.

Gambar masa Akim di waktu persekolahan

Jumaat, 20 Januari 2012

Ni gambar Akim waktu masa waktu persekolahan dulu, rasanya waktu itu Akim sudah pon mempunyai peminat dikalangan pelajar perempuan aka kawan-kawan persekolahannya. Nampak dari gambar sahaja dah tahu, Akim seperti nya 'goodboy' punya orang. Sekarang tak usah kata la, lagi ramai peminat Akim ni kan. Boleh la gak dijadikan kenangan gambar-gambar persekolahan Akim ni.






-gambar Via

Sazzy Falak menunggang basikal berbaju sekolah

Kalau nak dilihatkan jarang dah pelajar pakai pakaian uniform sekolah menengah ala skirt rendah ni. Terlupa admin apa nama baju macam ni. Namun Sazzy Falak telah memakainya dengan menaiki basikal. Hah. Lucu pula lihat gelagat Sazzy ni. Kemungkinan ini sewaktu pengambaraan filem atau drama. Seksi ah kalau budak sekolah macam tu masih ada lagi. hoho.

Anak Didie Alias dapat 8A PMR

Jumaat, 23 Disember 2011

Didie Alias menganggap kejayaan anak ketiganya, Nur Dinie Ridzuan (baju kuning) yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Indah, Ampang, merangkul 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebagai satu hadiah paling istimewa buat dirinya.

Didie Alias berkata kejayaan anaknya dalam PMR yang diumumkan Khamis itu bagaikan pengubat kepada semua hasil penat lelahnya selama ini.

"Sebagai seorang ibu sudah tentu ada perasaan bangga dan ini merupakan hadiah paling istimewa buat saya. Biar apa juga orang ingin kata tentang saya namun kejayaan ini membuktikan saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan baik," katanya. -Via

Bila budak sekolah rendah menyanyi

Selasa, 6 Disember 2011

Video ni adalah ekslusif sebab bukan budak ni bukan dari kalangan artis. budak ni baru jerk sekolah rendah macam tu. tapi suara dia, alamak, setaraf macam selebriti muda yang lain da. Ada saingan dan bakat betul budak ni. Kalau besor nanti tak tahu lah pula macamana kerjayanya. Hope takyah jadi penyanyi jadi guru or lecture lagi bagus. Hehe.