Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Tahniah Shila Amzah dapat tempat ke-3 (video)
Isnin, 7 April 2014
Tahniah kepada penyanyi, Shila Amzah kerana sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa dimana beliau mendapat tempat ke-3 di pertandingan akhir I Am A Singer 2014 yang berlangsung di Changsha, China, pada hari Jumaat.
Juara program itu pula dimenangi oleh Han Lei dari China manakala naib juara disandang oleh penyanyi Hong Kong iaitu G.E.M.
Juara program itu pula dimenangi oleh Han Lei dari China manakala naib juara disandang oleh penyanyi Hong Kong iaitu G.E.M.
Gambar Percutian Eizlan, Vie di Hong Kong
Rabu, 1 Januari 2014
Ramai keluarga artis yang pergi bercuti di luar negara. Ke Eropah la, dalam negara la, ke mana-mana sahaja percutian menarik lah katakan.
Kali ni gambar Vie Shantie dengan ahli keluarganya serta suaminya, Eizlan Yusof yang pergi bercuti hujung tahun di Hong Kong baru-baru ini, dengan suhu yang sejuk di sana. -Instagram vieshantie
Kali ni gambar Vie Shantie dengan ahli keluarganya serta suaminya, Eizlan Yusof yang pergi bercuti hujung tahun di Hong Kong baru-baru ini, dengan suhu yang sejuk di sana. -Instagram vieshantie
Isteri Aaron Aziz Bertudung Sebab..
Selasa, 24 Disember 2013
Dengarnya isteri kepada pelakon Aaron Aziz, Diyana Halik kini bertudung (berselendang) selepas pulang dari percutian di Hong Kong baru-baru ini.
Sebelum ini, 2 tahun yang lalu, Aaron ada menyuruh isterinya itu bertudung tanpa paksaan selepas menunaikan umrah ketika itu.
memetik portal mStar semalam, Aaron kerap menghantar mesej dan video mengenai hari kiamat kepada isterinya tersayang itu. Disitulah terdetik mula berjinak-jinak untuk proses pembelajaran memakai tudung.

"Sejak kebelakangan ini, Aaron banyak bercerita tentang petanda kiamat dan perkara itu menguatkan hati saya untuk bertudung.
"Sebelum ini memang saya sudah ada niat untuk berubah, cuma hati masih belum benar-benar bersedia," -Diyana
Kilafairy, Hardy Hartono Bercuti Ke HK? Aksi Cium?
Ahad, 24 November 2013
Menurut laman forum Cari, pelakon Kilafairy kelihatan berada di KLIA bersama dengan seorang artis dari Negara seberang, Indonesia iaitu Hardy Hartono.
Mengikut laman forum itu lagi, keadaan sepertinya kantoi apabila ada orang yang cuba mengambil gambar mereka berdua terutama Hardy yang tergesa-gesa mencari tempat persembunyian.
Tambahan lagi, perjalanan mereka itu ke Hong Kong. Sumber ini juga mendakwa mereka saling bercium pipi ketika perjalanan Flight ke sana.

Suki OIAM Kahwin 12.12.12
Khamis, 6 Disember 2012
![]() |
| gambar malaysiandigest.com |
"Saya akan mendirikan rumah tangga pada tanggal 12 Disember ini, iaitu sehari selepas sambutan hari lahir saya.
"Jejaka yang sudah saya kenali selama empat tahun, Jeremy Chong bakal memikul tanggungjawab sebagai suami saya,
"Saya sudah lama dengan Jeremy malah sehingga ke mana-mana juga saya akan ditemani dia. Adalah lebih baik sebenarnya kami mempunyai ikatan yang sah kerana pada masa yang sama keluarga saya juga lebih lega untuk melepaskan saya dengan suami sendiri.
"Jika dibandingkan umur mungkin saya muda namun setelah enam tahun bergelar anak seni ada sisi kematangan dalam diri saya yang membezakan saya dengan mereka di luar sana," katanya.-sumber
Farah Asyikin Bercinta Suami Orang?
Rabu, 21 Oktober 2009
Nada suaranya jelas menggambarkan kesedihan hatinya apabila dilemparkan dengan tohmahan kononnya dia menjalinkan hubungan dengan suami orang. Bagi Farah Asyikin, dia tidak menyangka perkenalan ikhlas dengan seorang lelaki berusia 35 tahun yang akhirnya membuahkan bibit-bibit cinta antara mereka itu akan membuatkan dirinya 'terjerumus' dalam kontroversi ini.
Semuanya gara-gara satu e-mail yang tersebar dikatakan dihantar oleh seseorang kepada pihak-pihak tertentu termasuklah wartawan yang mendakwa Farah bercinta dengan suami orang dan mereka turut bercuti bersama di Hong Kong, baru-baru ini. Tutur Farah, dia tidak menafikan lelaki yang dimaksudkan di dalam e-mail itu ialah M, berasal dari Singapura, yang mana hubungan mereka baru saja benar-benar serius sejak empat bulan yang lalu. Namun, kata penyanyi berusia 30 tahun ini, apa yang diperkatakan di dalam email tersebut tentang dirinya adalah tidak benar.

"Kami sebenarnya berkenalan menerusi laman web Facebook sejak setahun lalu. Kami hanya kawan biasa saja ketika itu, sehinggalah beberapa bulan kemudiannya kami bertemu dan dari situ kami mula mengenali diri masing-masing.
"Pada waktu itu, dia beritahu saya bahawa dia baru bercerai beberapa bulan sebelum kami bertemu. Saya faham keadaannya ketika itu apatah lagi saya juga pernah melalui perkara yang sama dulu. Jadi, kami lebih senang berkawan saja waktu itu dan hanya benar-benar serius sejak empat bulan lalu," kata Farah yang juga pernah melalui perceraian dengan bekas suaminya, pada 26 Mei tahun lalu.Lantaran itu, kata penyanyi yang popular dengan lagu 1000 Penipuan dan Hello ini, tidak sepatutnya timbul dakwaan sedemikian ke atasnya memandangkan dia tidak ada kena-mengena di dalam perceraian pasangan tersebut sehinggalah mereka bertemu dan berkawan rapat selepas itu. Farah juga tidak menafikan pernah bercuti ke Hong Kong baru-baru ini, tetapi menyangkal dakwaan yang kononnya dia ke sana dengan lelaki tersebut.