Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar romantis atas katil!

Jumaat, 11 November 2011

Memang romantis sungguh melihat pasangan suami isteri ni apabila dah ada anak sulung. Sheikh Muszaphar dan Halina telah mengambil satu sesi photoshoot yang sungguh indah dan bermakna sekali. Memang pada mulanya melihat hanya mereka berdua sahaja diatas katil, tapi tip top ada si kecil punya kaki di hadapan. Nanti korang jangan lupa buat macam ni erk. Hehe

Sheikh Muszaphar, Halina di Langkawi

Selasa, 19 Januari 2010

Selesai majlis pertunangan mereka berdua, Sheikh Muszaphar dan Dr Halina baru-baru ini telah menangkis semua dakwaan bahawa ikatan mereka tidak akan menjadi. Namun itulah yang terjadi, mereka diikatkan dengan tali pertunangan. Memang kedua-dua cocok dan sepadan gitue. Baru-baru ini juga ada seorang peminat terserempak dengan kedua-dua Doktor ni di Pulau Langkawi. Tanpa segan silu, harus diambil gambarnya dahulu, sebagai kenang-kenangan. Apa motif Sheikh dan Halina ke Langkawi, yang itu tidak dapat dipastikan.

Pertunangan Sheikh Muszaphar, Dr Halina

Sabtu, 2 Januari 2010

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor hari ini telah mengikat tali pertunangan dengan Dr. Halina Mohd Yunus di Hotel Allson Kelana, Seremban, kelmarin (1/1/2010). Majlis pertunangan yang bermula pada pukul 4 petang itu berlangsung sederhana tetapi meriah dengan dihadiri kira-kira 100 tetamu jemputan terdiri daripada anggota keluarga, sanak saudara, rakan-rakan rapat dan wakil media.

Dr Sheikh Muszaphar, 37, segak berpakaian baju Melayu kelabu dan bersamping merah muda dan bersongkok dengan diiringi bapanya Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor dan ibunya Datin Zuraidah Sheikh Ahmad. Sementara Dr Halina, 29, yang tampak manis berpakaian baju kurung moden merah muda diiringi bapanya Mohd Yunos Mohd Ali dan ibunya Habibah Endan.

Dr Halina menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan membalas dengan lima dulang hantaran. Zuraidah kemudian menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Dr Halina sebelum Habibah pula menyarungkan cincin ke jari manis Dr Sheikh Muszaphar. Pasangan itu memilih tarikh 10 Oktober 2010 untuk majlis perkahwinan mereka sempena ulang tahun ketiga detik Dr Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Okt 2007.

Sheikh Muszaphar, Dr. Halina kahwin 10-10-10

Khamis, 22 Oktober 2009

Nampaknya angkasawan wisata kita Dr. Sheikh Muszaphar akan menamatkan zaman bujang trang tang tang beliau pada 10 Oktober 2010 (tahun depan). Dr. Muszaphar, 37, memberitahu bahawa paling istimewa tarikh pernikahan tersebut dipilih sebagai memperingati detik bersejarah sempena ulang tahun ketiga beliau ke angkasa lepas. Katanya, beliau bertolak ke angkasa lepas pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Tahniah lah kepada kedua-dua pasangan.

Beliau akan mengikat tali pertunangan dengan Dr. Halina Mohd. Yunus pada 1 Januari tahun depan.Mengimbas detik manis pertemuan dengan gadis pilihannya itu, beliau mengakui tertarik hati dengan bakal isterinya itu sejak mula berkenalan.
”Dr. Halina pernah menjadi murid saya sewaktu dia menjalani latihan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Ketika itu saya menjadi pensyarah di sana. Saya tidak mementingkan kecantikan luaran seseorang wanita. Bagi saya kecantikan dalam sangat penting. Ciri-ciri itulah yang ada pada beliau yang menambat hati saya,” ujarnya terus terang.