Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Aksi Luna Maya Memeluk Aeril Peterpan

Selasa, 22 Oktober 2013

Siapa tidak kenal Ariel Peterpan yang terkenal kerana lagu-lagunya yang mantap di nusantara ini. Bahkan episod dia dipenjara kerana penyebaran aksi video pornonya dengan mantan pacarnya dan juga bintang, Luna Maya hampir memusnahkan sepenuh kerjayanya.

Ariel sebenarnya sudah bebas sepenuhnya pada 21 September 2013 yang lalu, manakala Luna Maya masih perlu melaporkan diri sehingga 21 September 2014 sebelum bebas sepenuhnya.

Luna Maya Jatuh Cinta Lihat Aaron Aziz

Isnin, 20 Mei 2013

Bekas kekasih kepada Ariel Paterpan dan juga kini merupakan seorang pengarah filem, Luna Maya tidak menafikan yang dirinya sudah jatuh cinta dengan Aaron Aziz. Ini disahkan sendiri oleh Luna apabila melihat aksi dan kelibat Aaron melalui laman Youtube.

Tambah Luna yang memetik portal Murai semalam, jatuh cinta Luna hanyalah cinta kepada bayang-bayang Aaron apabila diberitahu yang Aaron sudah beristeri, Diyana. Namun tidak menolak jika mereka dapat digandingkan bersama untuk sebuah filem dua negara.
"Dalam ramai-ramai aktor di Malaysia, saya paling minat pada Aaron Aziz. Saya mengaku jatuh cinta pada lakonannya, dia pelakon aksi yang hebat."

"Saya melihat lakonan Aaron di YouTube, ternyata dia seorang hero Malaysia yang hebat! Lengkap dengan pakejnya. Aktor lain dari Malaysia juga saya kenal, tapi tidak tahu nama mereka,"

"Oh..Aaron itu sudah beristeri ya? Aduh...sayang sekali! Jangan salah tafsir ya...saya meminati Aaron kerana berpendapat dia seorang aktor yang hebat,"

"Kalau digandingkan dengan Aaron Aziz, itu sudah tentu satu penghormatan yang besar buat saya,"

Ariel Peterpan dibebaskan hari ini

Isnin, 23 Julai 2012

Mengikut jadual Ariel Paterpan akan dibebaskan pada tahun hadapan. Bagaimanapun, mulai esok, Ariel yang dihukum penjara 3 tahun bermula Julai 2011 akibat kesalahan mengedar bahan pornografi dan menjadi 'pelakon' kepada video berkenaan akan dapat menghirup udara segar di luar jeriji besi.

Ketua Bahagian Kemasyarakatan Indonesia, Dedi Sutardi menerangkan, Ariel dibebaskan setelah dia menjalani dua pertiga masa hukumannya.

"Selain itu, dia juga telah menjalani asimilasi dan berkelakuan baik selama di lembaga pemasyarakatan,

"Semua tahanan kalau sudah menjalani dua pertiga masa tahanan boleh dibebaskan. Selain itu juga dinilai melalui sikapnya," ujar Dedi. -Kosmo

Ariel Peterpan terbukti bersalah kes video porno

Isnin, 7 Februari 2011

Mengenai kes video pronografi yang dilakukan oleh Ariel Peterpan kini sudah terjawab. Sudah berkesudahan, selepas Ariel dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta (kira-kira RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung, baru-baru ini.

Baguslah kalau begitu, sebenarnya ramai yang tak sabar nak tunggu kes ini selesai. Apa-apa pun, Ariel dikatakan memang bersalah selepas tiga orang hakim bersepakat menyatakan bahawa Ariel terbukti melanggar Undang-undang Tentang Pornografi 2008 dan Undang-undang Jenayah.

Ketika pengumuman itu di buat, Ariel kelihatan tersenyum mendegar keputusan hakim, bagaikan dia telah menduga dan redha dengan keputusan yang dibacakan. Selain itu, kekuatan cintanya dengan Luna Maya amat luar biasa, apabila kekasih video pornonya itu ada bersama ketika hingga hari perbicaraan berkenaan dan sentiasa menemaninya untuk memberi semangat kepada Ariel. -Murai

Ariel, Luna Maya, Cut tari dalam majalah porno Japan

Khamis, 16 Disember 2010

Ariel bersama kekasihnya, Luna Maya dikhabarkan baru sahaja menghiasi sebuah majalah lucah di Jepun. Peguam Ariel tidak boleh memberikan sebarang komen yang boleh memalukan Ariel dan nama Negara Indonesia. Tambahan lagi apa pun juga berita negatif dimana-mana mahupun yang ini akan mengaitkan Indonesia dan amnya.

Peguam Ariel juga memberitahu dia baru sahaja diberitahu tentang berita tersebut. Dia tidak mahu mengulas lanjut mengenainya kerana ia dikhuatiri akan membebankan anak guamnya. Dalam majalah yang diterbitkan di negara Jepun itu, kelihatan gambar Luna Maya, Ariel dan Cut Tari sedang memperagakan pakaian seksi sambil beraksi lucah.

Band Peterpan mahu bankrap, tiada undangan

Isnin, 20 September 2010

Berita kurang enak meliputi kumpulan terkenal Peterpan. Setelah vokalis group asal Bandung itu, Ariel, dipenjara ekoran kes video lucah, group tersebut dikatakan bankrap pula. Sebuah bistro dengan nama Jet Zet yang terletak di Jalan Riau, Kota Bandung milik Lukman, pemain gitar Peterpan, dikhabarkan akan dijual bagi menanggung biaya pampasan akibat pembatalan beberapa persembahan.

Namun, khabar angin itu dinafikan penerbit Peterpan, Chapunk. Menurut Chapunk, khabar tersebut merupakan berita murahan. Memang setakat ini Peterpan tidak menerima undangan persembahan kerana kes Ariel yang merupakan kekasih Luna Maya itu belum selesai. -Kesiannyer~

Ariel Peterporn meninggal dunia?

Ahad, 27 Jun 2010

Terkejut seketika para peminat Ariel Peterporn dari Indonesia sehinggalah ke Malaysia apabila tersebarnya cerita yang menyatakan bahawa pada petang semalam kononnya vokalis Peterpan berusia 28 tahun itu telah meninggal dunia, gara-gara terlebih dos ('overdose') dadah psikotropik selepas penahanan Polis Indonesia terhadap dirinya baru-baru ini.

Namun berita itu kemudiannya disahkan sebagai satu olokan oleh laman KapanLagi.com - 'Ariel Tewas OD = HOAX!' - yang telah menghubungi salah seorang pegawai di balai polis Mabes, lokasi di mana Ariel sedang ditahan. Menurut pegawai berkenaan, Ariel
"baik-baik aja, sehat sekarang"
.Seperti yang ramai maklum, Ariel yang kini mendapat jolokan Peterporn, telah ditahan polis pada 22 Jun lalu selepas menyerahkan dirinya apabila dinamakan polis sebagai suspek kerana melanggar undang-undang antipornografi. Ini ekoran dari skandal dua klip video lucah yang memperlihatkan seorang lelaki mirip wajahnya bersama dua wanita yang menyerupai kekasih Luna Maya dan bekas teman wanita, Cut Tari.

Ariel, yang selama ini tegas menafikan lelaki didalam kedua-dua klip tersebut adalah dirinya, mungkin berhadapan dengan hukuman 12 tahun penjara jika didapati bersalah. Bagaimanapun, terdapat segelintir pihak yang menuntut supaya duda beranak satu itu dihukum rejam sampai mati, hukuman yang dirasakan mereka setimpal bagi seorang penzina. -Gua

Zina bakal hancurkan masa depan Ariel Peterporn

Khamis, 24 Jun 2010

Polisi Indonesia kelmarin secara rasmi mengesahkan bekas penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril Irham,29 (Ariel Peterpan) sebagai suspek utama kes video lucah yang dipercayai dilakukannya secara berasingan dengan dua wanita yang juga selebriti negara itu. Komisioner Jeneral Polis Jakarta, Ito Sumardi ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, Ariel kini ditahan di sebuah penjara bagi membolehkan siasatan ke atasnya dilakukan atas tuduhan melakukan hubungan suami isteri tanpa nikah.

Katanya, bukan sahaja Ariel tetapi sesiapa sahaja yang berzina dan perkara itu diketahui umum perlu dihukum.

“Kalau perkara ini tidak diketahui umum, mungkin ia boleh disembunyikan tetapi bila video (lucah) sudah keluar, ia di anggap telah melanggar hukum. Luna Maya dan Cut Tari berkemungkinan akan ditahan tetapi bukan untuk menjalani proses hukuman sebaliknya melindungi mereka daripada menerima sebarang ugutan pihak luar kerana ramai yang geram dengan perbuatan mereka itu,” katanya. -mStar

Video Mesum Ariel Peterpan, Luna Maya

Selasa, 8 Jun 2010

Ketua Hukum Jamin Rakyat Indonesia, Farhat Abbas membuat laporan polis berikutan tersebarnya video porno/mesum yang dikatakan milik bintang Luna Maya dan bekas anggota kumpulan Peterpan, Ariel. Farhat berkata, dia membuat laporan itu untuk menyedarkan mereka yang bertanggungjawab terhadap video berkenaan. Laporan tersebut dibuat di pejabat polis daerah Metro Jaya, Jakarta Selatan, kelmarin.

“Nama Luna dan Ariel disebut-sebut dalam video itu. Jadi kita buat laporan polis dan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat,” katanya.
Farhat mengaku belum sempat melihat video yang menggemparkan tersebut. Namun sebagai masyarakat yang prihatin dia juga terpanggil untuk membuat laporan terhadap pelaku dan penyebar video porno itu.
"Tapi kalau bukan mereka (Ariel & Luna), kesnya dihentikan," katanya.
Sehingga saat ini kedua-dua artis tersebut tidak membuat laporan polis berhubung penyebaran video adegan seks yang dikatakan melibatkan mereka. Malah mereka juga menyerahkan kepada pihak lain untuk memberi kenyataan berhubung insiden itu. -mStar

Luna Maya Cium Ariel Peterpan

Selasa, 21 April 2009

Luna Maya bercium Ariel Peterpan sebanyak 2 kali telah menjadi gosip panas yang lagi heboh di acara penganugerahan Dahsyatnya Awards (19/4). Disebabkan itu, pasangan fenomenal ini ngak lagi malu-malu memberi kemesraan di muka umum. Yup, ngak cuman sekali, Luna Cium Ariel sebanyak 2 kali.. (K)


Semalam di Dome Pantai Carnaval Ancol, tanpa malu Luna Mencium Ariel dihadapan ribuan penonton yang ber kumpul di acara penganugerahan Dahsyat Awards, bahkan di depan puluhan penonton live kaca tv, RCTI.

Aksi Ciuman Luna Ariel itu muncul selesai Peterpan jadi Pemenang Dahsyatnya Awards kategori Video Klip Terdahsyat versi acara Dahsyat. Ngak cukup sampai disitu, aksi ciuman itupun berlanjut kedua kalinya saat Peterpan lagi-lagi menang di kategori penghargaan Group Band Terdahsyat. Asyik nie… (L)