Pada:
Isnin, 25 September 2017
Zizan yang ketika itu menjadi host untuk Festival Filem Malaysia ke-29. Zizan yang terlepas cakap itu telah membuatkan ramai selebriti tempatan bukan sahaja Hans Isaac malah selebriti lain yang menerima pingat berkenaan.
"Zizan ada hubungi saya sejak malam tadi. Tapi saya tidak mahu membalas segala panggilannnya.
"Buat masa ini, saya memang tidak dapat terima apa yang dia katakan.”
"Terus-terang saya memang kecewa Zizan membuat lawak mempersoalkan gelaran Datuk yang saya terima daripada Sultan Pahang.
"Lawak tersebut telah membuatkan nama dan imej saya terjejas. Dia sebagai seorang pelawak tidak seharuskan menggunakan eleman lawak sebegitu.
"Dia bukan sahaja mempertikaikan kredibiliti saya tetapi juga Sultan,"
"Saya hanya memberitahu perkara yang benar dan mempertahankan rakan-rakan yang lain. Dia tidak sepatutnya memperkecilkan kredibiliti orang lain.
"Saya terima gelaran ini secara profesional atas usaha saya selama 25 tahun di dalam industri seni.
"Macam-macam saya usahakan untuk memajukan industri. Bukan saya meminta-minta sendiri gelaran tersebut," katanya kepada mStar Online pada Ahad semalam.
Hans menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada tahun.
Tag : Artis Datuk , Berita Artis , Film Festival , Hans Isaac , Kontroversi , Pelawak , Pengarah Filem , Zizan Raja Lawak



