Yazid Search dihalang masuk kapal terbang, ini sebabnya..

Pada: Rabu, 2 Ogos 2017

Pemain dram kumpulan Search iaitu Yazid Ahmad menempuh nasib malang apabila hasratnya untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Brunei gagal selepas dilarang menaiki pesawat kerana uzur.

Isterinya Ramlah Mat berkata, keadaan kesihatan suaminya itu merosot ketika mereka sedang menunggu pesawat untuk pulang di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada Isnin selepas empat hari berada di negara itu.


"Kami berada di Brunei sejak Jumaat lalu berikutan suami saya ada undangan menjadi juri sebuah pertandingan nyanyian.

"Pada awalnya kesihatannya baik tapi hari terakhir dia nampak penat dan mengalami sesak nafas dan semput sehingga tidak dibenarkan menaiki pesawat. Dia terus dibawa ke Hospital Ripas untuk mendapatkan rawatan," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Ramlah, suaminya diberikan rawatan dialisis bagi membuang air pada paru-paru yang menyebabkan dia menjadi semput.

Bagaimanpun katanya, keadaan semakin stabil biarpun masih berada dalam keadaan lemah.

Tag : , , , , , ,