Isteri Hazama mengandung di luar rahim...

Pada: Khamis, 23 Mac 2017
Isteri kepada Hazama, Genervie Kam terpaksa menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, semalam, apabila disahkan mengandung di luar rahim.

Genervie mengadu sakit perut sejak kira-kira dua minggu lalu dan selepas pemeriksaan dibuat, wanita itu disahkan hamil di luar rahim. Doktor turut menasihatkan isterinya segera menjalani pembedahan agar tiada sebarang komplikasi lain berlaku.

"Ketika Genervie ke hospital bersama ibunya, saya tidak dapat ikut bersama kerana sibuk menguruskan dua protege saya (Usop dan Balqis) untuk program Mentor Milenia.

"Kemudian dia menghubungi saya untuk memaklumkan, sakit itu disebabkan dirinya sedang berbadan dua. Tidak lama selepas itu, isteri sekali lagi menghubungi saya untuk memberitahu dirinya hamil di luar rahim dan doktor menasihatkannya untuk segera dibedah.

"Selain janin, tiub fallopio pada bahagian kiri juga dibuang. Syukur alhamdulillah, mujur dirinya selamat," kata Hazama kepada BharianOnline

Tag : , , , , ,