Pada:
Selasa, 7 Mei 2013
Namun kepada sesiapa yang terasa dirinya dalam 340 undi Herman itu, Herman mengajak untuk menghadiri majlis kenduri dengannya walaupun tewas dan hilang wang deposit, RM10,000!.
"Tidak semestinya menang sahaja boleh buat kenduri jadi saya memang berhajat untuk membuat majlis itu bagi meraikan kekalahan dan para pengundi yang mengundi untuk saya.
"Bagaimanapun saya masih belum menetapkan tarikh untuk mengadakan majlis berkenaan,
"Saya terima hakikat dengan kekalahan tersebut dan tidak pernah mempersoalkannya malah saya semakin memahami dengan situasi dan siapa sebenarnya diri saya,
"Seperti mana bidang nyanyian begitu juga dengan politik. Saya tidak main-main dan akan terus memperjuangkan kepercayaan saya. Insya Allah jika ada rezeki saya akan bertanding lagi," -Herman. mStar
Tag : Berita Artis , Herman Tino , Penyanyi 80-an , Pilihan Raya


