Pada:
Selasa, 29 Januari 2013

Yang paling pedas sekali, Najwa dianggap sebagai Mak Nenek (tua dari usia) kerana fesyennya yang old school. Namun Najwa tidak berasa kecil hati malah kini dalam usaha untuk mengupah perunding fesyen atau mencari alternatif lain sebagai rujukan dan cara fesyen yang diinginkan.
Ini komen Najwa yang memetik portal SinarHarian mengenai fesyen pada dirinya.
"Saya akui tidak pandai berfesyen dan saya masih lagi belajar mengenai fesyen serta gaya yang sesuai dengan umur saya.
"Saya hargai segala kritikan yang diberikan peminat dan pihak tertentu kepada saya dan saya akan cuba ubah gaya pemakaian saya selepas ini,
"Biasalah saya budak baru belajar dan saya akan cuba ubah sikit-sikit. Tapi sampai nak mengupah pakar, saya rasa tidak perlu. Tapi saya sentiasa merujuk pada majalah dan internet untuk mendapatkan imej lebih sesuai,"
Tag : Berita Artis , Fesyen Baju , Najwa Latif , Penyanyi