Osman Kering krittikal batuk kering

Pada: Selasa, 12 Jun 2012
Pelakon dan pelawak, Osman Kering sedang dirawat di Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM) semalam. Difahamkan keadaan Osman berada dalam keadaan kritikal dengan bantuan alat pernafasan. Anak kedua Osman iaitu Mohd Al Amin, mengesahkan perkara itu dan menolak khabar angin bapanya sudah meninggal dunia sekitar pukul 7 malam Isnin.

Amin menjelaskan, bapanya rebah sekitar pukul 6 petang Isnin di rumah mereka di Bandar Permaisuri, Cheras selepas mengalami batuk berdarah sebanyak dua kali.

Dia memberitahu seorang jiran yang datang untuk membantu kemudiannya mengesahkan bapanya telah meninggal dunia pada pukul 6.45 petang sebelum diperiksa sekali lagi oleh adiknya iaitu Nur Ain yang kebetulan bekerja dalam bidang perubatan.
"Selepas adik periksa nadi ayah, dia memberitahu ayah masih hidup tetapi nadinya lemah dan kami bergegas membawanya ke hospital," katanya. -Via

Tag : , , , , , ,