Anak Artis,
Berita Artis,
Linda Jasmine,
Que Haidar,
Linda Jasmine telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.8 kilogram pada 1.28 petang baru-baru ini. Bayi yang diberi nama Tengku Cleopatra Haidar telah dilahirkan secara pembedahan di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

Memang sengaja Linda melahirkan Cleo pada tarikh 26 April kerana kedua-dua anaknya yang lain turut dilahirkan pada haribulan yang sama. Anak pertama dari perkahwinan Linda yang terdahulu, Qalif Khan, 12, dilahirkan pada 26 Januari 2000 manakala anak kedua Linda bersama Que Haidar, Tengku Ratu Haidar, 2, pula dilahirkan pada 26 Oktober 2009.
Sehingga kini masih belum lagi kelihatan Linda berkongsi gambar bayi baru mereka.
Tag
:
Anak Artis
,
Berita Artis
,
Linda Jasmine
,
Que Haidar