Mamat Insaf Kes Dadah!

Pada: Ahad, 14 Ogos 2011
Bekas vokalis kumpulan Exist, Mohd Ali Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Mamat dijatuhi hukuman denda RM1,000 dan pengawasan polis selama dua tahun selepas mengaku bersalah memasukkan dadah ke dalam badannya, pada tahun lalu.

Mamat, 33, didakwa memasukkan dadah jenis methamphetamine di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya pada 9 November tahun lalu pada kira-kira jam 3.35 petang.

Dia membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam, sebaik pertuduhan selesai dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Maslinda Selamat.

Tertuduh disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Mamat dalam rayuannya meminta mahkamah meringankan hukuman kerana sudah insaf selain menanggung tiga anak.
[via]

-dah kira oklah RM1000, nasib tak disebat, kang berbekas pulak. Jangan lah terjebak dengan dadah ni, penyesalan juga akhirnya yang didapat. Lagi parah kalau ada anak bini, macam Mamat ni.

Tag : , , , ,