gosip Nabil RL, pramugari tidak benar

Pada: Jumaat, 24 Jun 2011
Nabil RL menafikan sekeras-kerasnya yang dia dah merisik seorang pramugari bernama Zira. Dakwaan ada yang mengatakannya sedemikian hanyalah gosip liar semata-mata. Nabil RL akui yang dia dengan Zira hanya kawan biasa sahaja, dan belum ada lagi mahu ke arah perkahwinan. Kalau ia pun kearah itu, Nabil pasti akan beritahu kepada korang, bukan daripada mulut longkang. Komen Nabil di mStar online baru-baru ni membuktikan dirinya kini single, dan lebih menumpukan kapada konsert akhir MaharajaLawak malam ini.

"Saya ingin jelaskan sememangnya tiada apa-apa yang berlaku seperti yang didakwa. Walaupun saya sudah mengenalinya selama lima tahun kerana dia adalah kawan baik adik ipar saya, cuma baru kebelakangan ini saja kami menjadi rapat. Tak mungkinlah hendak bercakap soal kahwin pula kerana memang belum ada perancangan ke arah itu buat masa ini," katanya. -mStar

Tag : , , ,