Fasha Sandha, Iqram Dinzly PERANG!

Pada: Selasa, 28 Jun 2011
Pergaduhan kecil diantara Fasha Sandha dengan Iqram Dinzly kini meletus di luar set pengembaraan drama Dewa Cinta. Masing-masing kelihatan seperti tidak puas hati antara satu sama lain. Ada sahaja yang mahu dibangkitkan. Memang tidak dinafikan sebelum ini ketika majlis pelancaran drama berkenaan, mereka kelihatan baik sahaja, rupanya ada 'udang disebalik mee'. Nak tahu kisah lebih lanjut. Baca artikel di bawah ni. Kesudahannya?

Kata Iqram, apa yang berlaku sebelum ini hanya salah faham, dia tidak dapat datang awal pada hari kejadian kerana terlibat dengan kemalangan, selepas meminta maaf, kata Iqram, hubungan dia dan Fasha kembali baik, malah mereka sudah boleh bergurau dan makan bersama-sama.

Kata Fasha pula, Iqram sudah meminta maaf sehari selepas dia kejadian itu, dan katanya lagi, dia menulis status di laman twitter dan facebook sekadar untuk menegur pelakon-pelakon baru supaya menghormati masa dan orang lain.

Namun, ini kata-kata mereka pada majlis itu! tapi malam tadi, Fasha sekali lagi mengamuk di lama twitter dan Facebooknya. Mengecam Iqram yang menurutnya sengaja mengungkit semula perkara itu di sebuah akhbar tempatan dengan tujuan memburuk-burukannya dan Fasha juga menggelarkan Iqram sebagai seorang Diva sewaktu dilokasi penggambaran.

Iqram dalam sebuah akhbar tempatan semalam juga mendakwa Fasha Sandha tidak menyukai dia sebagai hero dan mahukan Aaron Aziz, Fasha juga tidak bersikap perofesional kerana dikatakan meninggalkan dirinya ketika dilokasi.

Seperti biasa, kata-kata Iqram itu telah menimbulkan serangan bertubi-tubi Fasha terhadapnya dilaman sosial miliknya, dan ia kelihatan satu peperangan sudah bermula semula. -ManggaOnline

Tag : , , ,