Artis berpendapatan RM300,000 sebulan!

Pada: Khamis, 28 Oktober 2010
Sumber daripada laman hiburan artis ada mengatakan bahawasanya ada seorang artis ni berpendapatan lebih daripada USD100,000 sebulan atau bersamaan RM300,000 lebih. Artis ini tidak didedahkan namanya, atas faktor keselematan. Ye lah, kot-kot, pas ni kalau disiarkan namanya, terjadi rompakan pula. Kan naya juga. Jadi baik dirahsiakan sahaja. Mengenai pendapatannya itu, tidak dijelaskan pula bagaimana didapati, kerana yang pasti dia bukanlah daripada orang yang tahu berniaga (business).

Dulu dia ni panas akibat digosipkan yang dia ditaja oleh buaya-buaya darat yang kaya raya. Apa yang lebih mengejutkan lagi apabila web hiburan itu mendakwa dia ni jugak dikenali sebagai GRO kelas atasan. Adeh, kalau macam ini, tauke kilang ayam pun kalah pendapatannya. Setiap kali layanan mahu berapa bayaran dapat, tak sah kalau puluhan ribu ringgit dalam tanggan sekelip mata.

Tapi itulah manusia, tidak puas dengan apa yang ada, nafsu juga mengalahkan iman di dada. Kita sebagai manusia yang masih mempunyai akal fikiran, carilah jalan lain yang terbaik dalam mencari rezeki kehidupan, kalau terdesak pun tak dapat kerja, pergi laut, memukat ikan, dapat juga makan sehari, ada lebih ikan, boleh juga jual. :)

Tag : , , ,