Masa Zahid minta putus, Nita ketawa beb

Pada: Sabtu, 14 Ogos 2010
Nita pada mulanya enggan mengulas tentang punca perpisahan dengan Zahid AF. Katanya, dia ingin menjadi wanita yang rasional. Nita beranggapan lagi banyak kenyataan yang dikeluarkan akan menimbul keadaan yang tidak selesa. Nita finalis Malaysian Idol juga ingin menghormati perasaan orang lain selain menghargai momen-momen indah yang dilalui sepanjang tempoh percintaan itu. Namun Nita akhirnya mengalah jua demi merungkai tragedi putus cinta yang dialaminya itu.

“Siapa yang tinggalkan siapa? Sebenarnya Zahid yang minta putus,”
Jelasnya, bekas teman lelakinya itu memberi alasan mereka tiada persefahaman lagi biarpun mengakui dia seorang wanita yang baik dan menghormati orang tua.
“Saya reda apa yang berlaku dan mungkin tiada jodoh antara kami. Kami tidak selalu bergaduh walaupun setiap hubungan cinta itu ada pasang dan surutnya. Bagi saya dalam perhubungan, saya lebih gemar berterus-terang dan tidak suka simpan perasaan. Saya akui bila bercakap pasal kerja, saya akan serius tetapi mungkin ada benda yang saya tidak tahu,” tambah Nita.
Sempat ditanya perasaan ketika Zahid melafazkan permintaan putus cinta itu, Nita ketawa buat-buat bagi menutup pilu di hatinya.
“Mestilah sedih waktu itu. Dua tahun lapan bulan adalah satu tempoh percintaan yang panjang dan kami telah melalui banyak kenangan pahit dan manis. Waktu nak berpisah baru teringat kenangan yang manis. Dari luar orang nampak saya macam okey tetapi hati di dalam siapa yang tahu. Saya tidak mahu berbohong namun saya akan cuba lalui semua ini biarpun masih terasa dengan perpisahan ini,” Nita.

Tag : , , ,