Waheeda berpurdah itu bukan paksaan dari ana -Akhil Hayy

Pada: Isnin, 8 Mac 2010
Akhil Hayy, suami kepada Waheeda menegaskan atas isu pemakaian purdah itu semua atas kerelaan hati. Pemakaian purdah adalah atas kerelaan hati Waheeda sendiri, terbit dari rasa keinsafan yang lahir pada dirinya sendiri. Bukan atas desakan Akhil sebagai suami atau orang lain. Akhil juga tidak pernah melarang atau menggalakkan Waheeda memakai purdah. Akhil sebagai suami mithali memberi kebebasan penuh dan tiada paksaan untuk memilih mana yang terbaik buat isteri tercinta walaupun akuinya yang berstatus suami.

Berkaitan gambar pemakaian purdah Waheeda tersebar di internet, Akhil merasakan ianya kurang elok sekiranya hasrat murni Waheeda itu didedahkan secara terang-terangan. Mereka merasakan juga kurang adil sekiranya individu yang merakam gambar kami itu kemudiannya memuat naik gambar berkenaan di Internet secara bebeas. Akhil yang sayangkan isterinya itu menganggap itu semua dugaan mereka dalam melayari rumah tangga yang baru terbina. Waheeda kini menjadi suri rumah tangga sepenuh masa, menguruskan rumah tangga dan juga menjaga anak-anak. -Utusan

Tag : , , ,