Pada:
Isnin, 11 Januari 2010
Menurut sumber, Faizal sebenarnya akan bernikah dengan wanita yang dikenali sebagai Munirah selepas waktu Asar hari kelarin di Taman Ibu Kota, Setapak, Kuala Lumpur. Mengikut sumber itu lagi, wanita berkenaan merupakan seorang pelakon tambahan dan pernah bekerja dengan sebuah syarikat produksi."Memang betul berita yang saya dengar Faizal dan Munirah tu nak kahwin hari ini. Hanya majlis nikah gantung tapi resepsi mungkin akan diadakan bulan Mac depan," kata sumber itu.
Sebelum ini, majlis merisik telah diadakan Disember tahun lepas, pada waktu malam sebab Faizal tak mahu kecoh-kecoh. Dalam suasan lain, Nana juga agak terkejut kerana dia tidak diberitahu oleh Faizal. Cuma menurut Nana, sebelum ini Faizal pernah beritahu kepada keluarga Nana di Seremban yang dia mungkin akan kahwin lain.
Tag : Duda , Faizal Yusop , Gossip Artis , Siti Nordiana

