Yuna bakal jutawan segera

Pada: Jumaat, 18 Disember 2009
Anugerah MACP 2009 yang diadakan sama tarikh dengan Anugerah Skrin 2009 (ASK09), baru-baru ini telah mencium bau bahawa seorang komposer dan penyanyi baru bakal mendapat durian runtuh. Penyanyi baru yang dimaksudkan itu ialah penyanyi bertudung yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya, Yuna.

Walaupun nama Yuna sering dikaitkan dengan masalah tidak mesra atau kekwat, dapat tahu kini Yuna tetap senang apabila lagu Dan Sebenarnya terus popular hingga dapat masuk AJL24. Bukan sekadar meletup, lagu tersebut juga telah meletakkan Yuna sebagai komposer serta artis baru yang akan bergelar jutawan.

Kalau betul, baguslah, harap-harap dengan kejayaan itu, Yuna akan lebih bersemangat untuk berjuang dan mampu mencetuskan idea kepada anak muda lain untuk menjadi artis serta pemuzik.

Tag : , , ,